Tuesday 26 March 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (40/2019): 6 PERKARA YANG DIRASAKAN ASING


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 25 Mac 2019/ 18 Rejab 1440H (Isnin).

●Pendahuluan
-Syukur kerana kita dapat nikmat beribadat dan menjalankan ketaatan kepada Allah.
-Terdapat enam perkara yg dirasakan asing yg akan berlaku di akhir zaman. Pada zaman Nabi saw dan para sahabat, perkara tersebut tidak asing.
-Sabda Nabi saw: “Akan datang pada satu zaman berlaku pada umat ku, mereka cinta pada 5 perkara dan lupa kepada 5 perkara.”
1. Umat ku akan lupa pada akhirat dan cinta pada dunia.
-Ramai yg melakukan dosa dan lupa akhiratnya. 
-Iaitu ramai yang berkira-kira dengan Allah. Suka melewat-lewatkan dan acuh tak acuh dengan suruhan Allah.
-Ramai yang berat utk bersedekah dan membuat kebajikan.

2. Mereka mencintai rumah mewah dan sekaligus melupai kuburnya.
-Walau pun telah mendengar seruan azan daripadanya rumahnya tetapi ia terlalu cinta pada rumah. 
-Bila dengar azan subuh ia terus menarik selimut dan menikmati tilam pembaringannya.

3. Mereka mencintai harta kekayaan sekaligus melupai hisabnya.
-Tidak mahu membuat kebajikan dengan harta kekayaannya.
-Tidak sama berhijrah ke jalan Allah dengan orang yg hanya duduk & memerhatinya sahaja.
-Orang yg bermujahadah, bantu orang miskin tidak sama dengan orang yang tidak menbuatnya.
-Allah akan tambahkan darjat orang yg banyakkan infaq pada jalan Allah. Iaitu darjat keampunan dan darjat kerahmatan daripada Allah.

4. Mereka mencintai keluarga sekaligus ia melupakan bidadari di syurga.
-Ini orang yg terlalu mendengar sangat kata keluarga (isteri/anak2) sehingga menjerumuskan dirinya kepada maksiat dan kealpaan. 
-Tinggal solat dan tidak hendak membuat kebajikan/amalan.

5. Mereka mencintai diri sendiri sekali gus melupai Allah.
-Terlalu mencintai diri, wanita, kekayaan, pekerjaan dll menyebabkan ia lupa utk beribadat kpd Allah.

Ada 6 perkara asing yg berlaku pada akhir zaman di kalangan umat Nabi saw:
1. Masjid akan dirasakan asing di tengah masyarakat.
-Masyarakat tidak senang utk beribadat di dalamnya.
-Ini berlaku bila di kawasan perumahan yg ramai orang Islam tetapi sedikit yg datang berjemaah.
Ini perkara yg tidak pernah berlaku di zaman Nabi saw.
-Di akhir zaman Masjid terasa kosong & sepi.

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada orang yg mengucapkan kalimah Allah.”
-Maka sama-sama kita memakmurkan masjid. Hadir dalam program-program mengimarahkan masjid.
-Masjid terasa asing juga bermakna orang telah ramai tidak solat.
Firman Allah, surah At-Taubat:
-“Orang yg memakmurkan masjid adalah orang yg beriman pada Allah dan beriman pada hari akhirat. Orang yg menunaikan solat dan zakat. Orang yg tidak merasa takut melainkan kepada Allah.”

Orang yg imannya rendah dan tidak percaya pada hari akhirat ia tidak akan dapat memakmurkan masjid.
-Buat baik dengan masjid/rumah Allah maka Allah akan pelihara kita.
2. Mushaf akan terasa asing bila berada di rumah orang yang tidak membacanya.
-Tanya diri sendiri adakah kita hari-hari baca al-quran. Adakah al-quran hanyak dirak sahaja. 
-Sabda Nabi saw: “Bacalah al-quran kerana al-quran akan datang kepada kamu untuk menyelamatkan kamu daripada api neraka.”

-Jadi jangan kita lupa baca al-quran. Jadikan ia sebagai amalan rutin kita. Mungkin amalan lain spt untuk bersedekah, membantu orang, dll sukar untuk dilakukan.
-Bila kita diuji dengan pelbagai masalah maka kita tanya diri kita adakah kita telah dekat dengan al-quran atau jauh dpd al-quran.
Surah Al-Talaq: “Sesiapa yg bertaqwa pada Allah maka Allah akan beri jalan keluar kepadanya.”
Sebaik-baik amalan ialah mengajar al-quran dan belajar al-quran.
3. Al-quran akan terasa asing apabila al-quran berada di hati orang yg fasikh.
-Orang yg fasikh dan munafik ia tidak boleh terima al-quran. Ia tidak boleh terima hukum hakam Allah. Tidak boleh terima qada & qadar Allah.
-Surah At-Taubah:
“Orang yg fasikh itu ada sebahagian daripada kamu. Antara cirinya ia menyuruh orang buat kemungkaran dan ia halang orang untuk buat baik.”

-Allah yg mentakdirkan sesuatu musibah dan kecelakaan. Jangan kita guna perkataan “kalau, jika”. 
-Jangan kita nafikan qada dan qadar Allah dengan perkataan “kalau.”

-Usaha untuk menjadikan kehidupan kita dekat dengan Allah. Kita rasa Allah ada di mana-mana.
-Jangan kita rasa ringan buat maksiat, membuat fitnah, dll. Ini berlaku bila seseorang itu rasa jauh daripada Allah.

4. Wanita solehah yg tidak terasa asing bila ia berada berdampingan dengan lelaki yang tidak baik dan suka buat maksiat.
-Ia tidak hendak nasihati suaminya.

5. Lelaki yg soleh yg tinggi imannya akan menjadi asing bila mendapat perempuan yg mendampingnya buruk perangainya & ia menyukainya.
-Ia tidak hendak nasihati isterinya.

-Firman Allah: “Wahai orang berimanan jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka.”
6. Orang alim akan terasa asing bila berada di tengah masyarakat yg tidak hendak mendengar nasihatnya.
Bagi keenam-enam golongan tersebut, Sesungguhnya Allah tidak akan pandang mereka di hari kiamat dengan pandangan Rahmah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.