Monday 30 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (53/2020): TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-IMRAN 154-155


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 30 Mac 2020 / 5 Rejab 1441H (Isnin) oleh Ustaz Ikhmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 154: “Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.”

Friday 27 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (52/2020): RASA MENGANTUK (KEDAMAIAN) ADALAH KURNIAAN ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 27 Mac 2020 / 2 Rejab 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Surah ali-Imran, ayat 153-154
●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 153: “(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
HURAIAN (samb):
-Dalam ayat ini Allah gambarkan tentera Islam yang tidak stabil. Mereka telah melarikan diri dan meninggalkan Nabi saw.
-Allah mentakdirkan sesuatu yang mendukacitakan iaitu dengan kekalahan dan perselisihan di antara mereka.
-Supaya kamu tidak berdukacita dengan apa yang ditakdirkan dan apa yang telah diluputkan. Iaitu tentera Islam telah ditakdirkan kalah.
Supaya tidak bersedih dengan segala kesakitan dan kecederaan.

-Seterusnya, Allah menfirman bahawa dosa mereka telah diampunkan.
-Allah juga ampunkan apa yang ada dalam hati-hati kamu.
Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalah hati-hati manusia.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (51/2020): TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-IMRAN AYAT 152-153


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 26 Mac 2020 / 1 Syaaban 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 151: “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”

Wednesday 25 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (50/2020): INGKAR PERINTAH MENYEBABKAN NIKMAT KEMENANGAN HILANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 25 Mac 2020 / 30 Rejab 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Sumber: Tafsir Surah ali-Imran, ayat 152 (samb.)
●Pendahuluan
-Tafsir Surah ali-Imran, ayat 152: “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (49/2020): TAFSIR SURAH AL-IMRAN AYAT 152


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 24 Mac 2020 / 29 Rejab 1441H (Selasa) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 152: “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”
HURAIAN:
-Imam al-Qathubi menyatakan bahawa apabila Nabi saw pulang ke Madinah selepas peperangan Uhud maka para sahabat berkata sesama mereka, kenapakah mereka mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud tersebut sedangkan pada mulanya mereka telah hampir mencapai kemenangan.
-Dalam peperangan Uhud ini seramai 70 orang para sahabat telah terkorban.

-Pada peperangan tersebut, mulanya tentera Islam telah menang.
-Nabi saw semasa peperangan Uhud telah meletakkan pasukan pemanah di posisi tertentu yang diketuai oleh Abdullah bin Jubai.
-Nabi saw juga telah berpesan kepada mereka untuk tidak meninggalkan posisi walau pun sekiranya tentera musuh telah menunjukkan tanda kekalahan.

-Semasa peperangan berlangsung, tentera Islam telah hampir mencapai kemenangan.
Tentera musyrik yang diketuai oleh Khalid al-Walid (yang ketika itu belum memeluk Islam) telah hampir kalah. Mereka telah mula melarikan diri daripada medan peperangan.

-Maka ini telah menyebabkan berlaku keinginan tentera Islam untuk mendapatkan harta rampasa perang (harta ghalimah) yang ditinggalkan oleh musuh.
-Abdullah bin Jubai telah menasihat rakan-rakannya untuk tidak meninggalkan posisi kerana hendak mendapat tentera ghalimah. Namun nasihatnya tidak didengarinya.
-Bila mereka meninggalkan posisi yang ditetapkan oleh Nabi saw maka tentera musyrikin telah kembali menyerang tentera Islam. Akhirnya tentera Islam telah dikalahkan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (48/2020): TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-IMRAN AYAT 151


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 23 Mac 2020 / 28 Rejab 1441H (Isnin) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Tajuk: Tafsir Surah ali-Imran, ayat 151
●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 151: “Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.”
HURAIAN:
-Ketakutan/kegentaran akan Allah campakkan kepada hati orang-orang yang kufur.
-Sesuatu hujah yang didasari dengan kebenaran adalah diumpakan sebagai sultan. Iaitu satu bentuk keteguhan dan ketegasan.
-Jadi Allah yang akan memasukkan ketakutan ke atas hati orang musyrikin kerana kesyirikan menyembah bahala. Mereka menyengutukan Allah.
-Jadi, apa yang menjadi prinsip aqidah ialah kita tidak boleh menggunakan akal dalam ketauhidan kita. Ia kita perlu berpaksi kepada wahyu Allah.
-Orang musyrik akan dicampakkan rasa gerun mereka kepada orang beriman.
Contohnya, dalam peperangan Uhud Allah telah campakkan rasa kegerunan ke atas tentera musuh.

-Salah seorang ketua mereka, Safuan bin Umaiyyah berkata wahai tentera Mekah, janganlah kamu kembali untuk berperang dengan tentera muslim. Pastinya kita akan tewas.
-Ulamak tafsir kebanyakannya menyatakan ayat ini dikhususkan kepada peperangan uhud.
Mereka menyatakan dua kaedah Allah campakkan kegerunan ialah:
i. Campakkan kegerunan semasa dalam peperangan
ii. Dalam perjalanan pulang mereka merasa bahawa mereka telah hampir memusnahkan tentera Islam. Maka mereka berazam untuk kembali ke medan berperang. Namun Allah telah campakkan rasa kegerunan dalam hati mereka.
-Orang yang musyrik itu kelak akan dimasukkan ke neraka sebagai tempat tinggal kekal mereka.
-Maka orang beriman tidak boleh mengikuti orang yang kufur/kafir.
Dalam ayat ini, Allah janjikan apakah natijah buruk kepada musuh-musuh Islam.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (47/2020): BERDOA UNTUK KEJAYAAN DALAM PERJUANGAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 19 Mac 2020 / 24 Rejab 1441H (Khamis) olehUstaz Zaidi Ikhmal Hashim.

Sumber: Surah ali-Imran, ayat 147-148

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 147: “Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
HURAIAN:
-Doa yang dirakam oleh Allah dalam ayat 147 ini:
1. Mohon keampunan atas dosa-dosa
2. Mohon untuk tidak menjadi orang yang berpaling tadah
3. Mohon untuk kemenangan dalam perjuangan menentang musuh

-Dalam ayat ini juga Allah rakamkan contoh orang yang benar-benar berjuang kerana Allah:
-Berjuang dengan suci hati
-Tawaduk
-Merasa amalan yang dibuat amat kecil dan hinanya (tidak ujub)

-Memohon menetapkan kaki (pendirian) mereka untuk kuat berjuang.
-Tidak mahu lari dari medan berjuang menegakkan agama Allah.
-Mohon menang terhadap musuh Allah.

-Mulakan doa dengan mohon ampun terlebih dahulu sebelum mohon kejayaan dalam berjuang.
-Iaitu tidak mahu kelemahan dan dosa-dosa dahu yang menyebabkan kita jauh daripada rahmat Allah.
-Kita mungkin bukan kalah kerana musuh tetapi kerana kita sendiri.
-Surah ali-Imran, ayat 148: “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.”
-Ayat ini menerangkan balasan kepada mereka yang beriman dan berjuang/berjihad ke jalan Allah serta berdoa dengan sebenar-benarnya. Allah tidak mensia-siakan mereka.
-Apa yang dikurniakan di akhirat adalah terlebih baik dan kekal abadi.
-Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani orang yang berbuat kebajikan/kebaikan.
-Umat Nabi saw terus berjuang menegakkan syariat Islam walau pun setelah kewafatan Nabi saw.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (46/2020): SABAR DALAM PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 18 Mac 2020 / 23 Rejab 1441H (Rabu) oleh Ustaz Zaidi Ikhmal Hashim.

Sumber: Surah ali-Imran, ayat 145-146.

●Pendahuluan
-Surah Ali-Imran, ayat 145: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.”
-Surah ali-Imran, ayat 146: “Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
HURAIAN:
Untuk terus berjaya dalam perjuangan:
-Tidak berbolak balik dalam setiap usaha dan perjuangan (perlu steadfast).
-Sentiasa berpaksi kepada kecemerlangan
-Tidak mudah hilang semangat.
Sekiranya hilang semangat maka ia menatijahkan mudah untuk mengalah dan menyerah diri. Bahkan yang lebih teruk merasa tidak guna lagi hidup di dunia ini.

-Allah mengasihani orang-orang yang sabar.
-Allah suka kepada orang yang sabar dalam membuat ketaatan.
-Kata kunci kejayaan dan kecemerlangan ialah kesabaran. Ianya hendaklah dibuktikan perbuatan dan tindak tanduk.
-Nabi saw telah mencontohkan kepada kita maksud kesabaran dalam segenap kehidupan baginda saw.
-Nabi saw sentiasa bersabar dalam menyampaikan dakwah. Nabi saw telah tunjukkan kepada arab jahilliah bahawa baginda saw sentiasa bersabar untuk mengajak mereka memeluk Islam walau pun menghadapi halangan/ujian yang besar.
-Nabi saw dan para sahabat menghadapi pelbagai peperangan dengan sabar. Ada peperangan yang di menangi dan ada yang kalah.
Antaranya menang dalam peperangan Badar dan kalah dalam peperangan Uhud.

-Justeru, kita jadikanlah Nabi saw sebagai contoh dalam perjuangan. Kesabaran sentiasa bersama Nabi saw.
-Kita hiasilah diri kita dengan sifat sabar!
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.