Showing posts with label MATI. Show all posts
Showing posts with label MATI. Show all posts

Wednesday, 19 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (95/2019): RISALAH PERSEDIAAN BAGI YANG SAKIT SEHINGGA KEMATIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 17 Jun 2019/ 13 Syawal 1440H (Isnin) oleh Ustaz Ahmad Al-Hafiz

●Pendahuluan
-Risalah ini menerangkan adab-adab dan doa bagi orang yang sakit dan kemudian selepas mati. Sehingga dikuburkan dan ziarah kubur.
-Doa anak-anak yang soleh akan sampai kepada simati.
-Bagi doa daripada orang selain daripada anak-anskvperlu disebutkan nama orang yang didoakan secara spesifik. Contohnya seorang yang membaca al-quran kemudiannya disedekahkan pahalanya kepada simati.
-Nabi saw bersabda bahawa bila mati seorang anak Adam maka terputus semua amalannya kecuali tiga:
i.Sedekah jariah
ii. Ilmu yang bermanafaat
iii. Doa dan amalan titipan daripada anak-anak yang soleh
-Firman Allah: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku.”
-Kita belajar ilmu ini sebagai persiapan untuk kita menghadapi situasi kesakitan dan kematian.
-Risalah ini adalah himpunan daripada sifakir, ia berharap kepada keredhaan Allah.
-Kebanyakan orang awam tidak memperdulikan adab-adab dan doa-doa bagi orang yang sakit sehingga ia letih, kemudian pada kematian serta pengkebumiaannya.
-Bila kita menjadi orang yang soleh dan berilmu maka kita akan rasa tenang menziarahi orang yang sakit & mati.
-Kita sentiasa memohon kepada Allah untuk sentiasa diberikan kesihatan dan mati atas iman & Islam.
-Ada seorang lelaki yang mengelilingi kaabah hanya berdoa “Matikan aku dalam iman dan khusnul khatimah”. Lalu perbuatannya telah diketahui oleh seorang ulamak yang pada masa yang sama tawaf di kaabah.
Maka ditanya oleh ulamak itu kenapa ia hanya berdoa yang sama. Maka jawab lelaki itu bahawa jika ia tahu apa yang berlaku pada kisah hidupnya maka ia tahu kenapa ia berdoa begitu. Dinyatakannya bahawa seorang muazzin yang telah banyak membuat kebajikan telah keluar daripada mulutnya untuk keluar daripada Islam di saat kematiannya. Maka ini yang menyebabkan ia sentiasa memohon untuk ditetapkan iman dan mati dalam husnul khatimah semasa mengelilingi kaabah.
-Kita doa untuk Allah tetapkan hati kita dalam keimanan dan untuk mendapat kematian yang husnul khatimah.
-Bila mana kamu mengusung ke kubur satu jenazah maka kamu ingat bahawa pada satu masa nanti kamu akan juga diusung ke kubur.
-Bila kamu memerintah rakyat pada satu masa iaitu menjadi pemimpin maka ingatlah maka kamu akan dipersoalkan satu persatu.
Setiap daripada kamu adalah pemimpin. Seorang ayah, seorang suami dll adalah pemimpin kepada anak-anak, isteri dll.
-“Ya Allah jadi kematian ku lebih baik daripada kehidupan ku dan jadikanlah kubur ku lebih baik daripada rumah ku.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday, 23 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (85/2019): KEMATIAN SENTIASA BERDAMPINGAN DENGAN KITA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 20 Mei 2019/ 15 Ramadhan 1440H (Isnin).

●Pendahuluan

-Syukur alhamdulillah atas segala limpah nikmat kurniaan Allah. Daripada kita bangun tidur di pagi hari hingga kita kembali tidur di malam hari begitu banyak nikmat kurniaan Allah.
-Bila kita bersyukur atas segala kurniaan Allah, nescaya Allah akan tambah.

Adakah Ramadhan ini adalah yang terakhir pada kita? Setiap kita tidak mengetahuinya.

Antara nikmat yang Allah beri pada kita ialah ketaatan kita kepada suruhan dan meninggalkan larangan Allah yang dibawa oleh para Nabi/Rasul.

-Surah Al-Haj, ayat 23: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai. Mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, serta pakaian mereka pula daripada sutera.”

-Perkara yang hampir sekali dengan kita adalah kematian.
Diriwayatkan oleh Imam Malik & Ibnu Madja, datang seorang lelaki Ansar kepada Nabi saw & ia bertanya: “Wahai Rasulullah, mukmin yang mana paling utama. Sabda Nabi saw: “Yang baik akhlak budi pekerti, yang paling banyak mengingati kematian, yang membuat banyak persiapan selepas ia mengingati mati..”

-Bila seseorang itu ingat mati maka ia akan sentiasa insaf. Kita akan membuat banyak persiapan & tidak leka dengan keduniaan.

-Sabda Nabi saw: “Sekiranya seseorang kamu melintasi taman-taman syurga, maka kamu berhentilah dan berehatlah kamu di situ. Maka ditanya kepada Nabi saw, apakah itu taman-taman syurga, maka jawab Nabi saw, ia adalah majlis-majlis ilmu.”

-Bila seseorang itu mengingati mati maka akan hilang/kurang rasa keinginan untuk kelazatan terhadap dunia. Kita akan kurang rasa keinginan untuk mendapat pangkat, harta dan wanita.

Setengah ulamak menyatakan untuk kita mudah mengingati mati, hendaklah kamu:

i. Dekatkan rumah kamu dengan kubur
ii. Dekatkan rumah kamu dengan masjid

-Bila kita ingat mati maka kita akan sentiasa bertaut kpd akhirat. Setiap saat dimanafaatkan utk akhirat.
Kita sentiasa takut untuk dihisab.

Siapa yg mengingati mati,maka ia akan:

i. Mempercepatkan bertaubat

ii. Bersifat qanaah. Cukup dengan yang ada. Tidak panjang angan-angan untuk kemewahan dunia. Tidak tergopoh gapah & tidak mencintai dunia.

iii. Rajin untuk beribadat

Sebaliknya, bagi sesiapa yang jauh daripada mengingati mati, maka ia akan:

i. Lambat bertaubat & menunda-nunda

ii. Tamak & lahab atas urusan-urusan dunia. Melebihkan urusan dunia hingga lupa laksanakan ibadat yg ditetapkan

iii. Malas untuk beribadat

-Nabi saw menziarah kubur.

Pada mulanya Nabi tidak menggalakkan untuk menziarahi kubur. Kemudian Nabi saw telah menggalakkannya. Ini kerana:

i. Ziarah ke kubur untuk kita mengingati mati. Untuk kita merasa keinsafan.

ii. Ia dapat mengendurkan kecintaan kepada dunia dan mengurangkan pangjang angan-angan

-Orang yg beriman akan sentiasa mengingati mati.

-Betapa ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak taat kepada Allah.

-Ada yang memasuki bulan Ramadhan ia tidak rasa apa-apa. Merekalah orang yang paling rugi.

-Ramadhan sepatutnya dapat mendidik kita untuk istiqamah.
Para sahabat membuat persiapan 6 bulan sebelum tiba bulan Ramadhan.

-Hendaklah kita sibukkan diri kita dengan akhirat.


-Jika kamu melihat kematian, lihatlah tiga perkara:
i. Dahi berkeringat (berpeluh)
ii. Air matanya bersinar
iii. Hidung keluar hingus
Perkara tersebut adalah petanda rahmat Allah.

Sekiranya mayat itu dilihat:
i. Terdengar bunyi umpama mendengkur
ii. Merah padam wajahnya
iii. Gerahangnya bunyi gementur
Maka itulah petanda datangnya azab Allah.

-Petanda orang baik itu menuju kematian, ia telah merasa kehadirannya beberapa lama.

-Nabi saw bila hendak wafat, baginda telah memasukkan tangan ke air dan menyapu dahinya. Betapa kematian adalah kesakitan walau pun Nabi saw adalah kekasih Allah.

-Banyak membaca kalimah:
“Tidak ada tuhan yg patut disembah melainkan Allah....”
“Allah lah Yang Maha Tinggi..”

-Nabi Musa as bila hendak wafat..seperti kambing hidup yang dagingnya disiat-siat.

-Ada yg berkata kematian itu umpama pedang yg melukai tubuh badan.
Iaitu dinyatakan, kedatangan malaikat maut itu lebih dasyat daripada 1,000 libasan pedang.

-Berdoalah kita kepada Allah, semoga Allah meringankan kematian kita.

-Malaikat maut datang melihat orang yg  hendak dicabut nyawanya lebih 360 kali sehari.

-Maut itu penghapus segala dosanya. Maut adalah musibah bagi orang muslim. Allah boleh gugurkan segala dosanya.

-Sabda Nabi saw: “Talkinkan orang yg hendak mati dengan kalimah Laillah.. (syahadat) dan hiburkan mereka dengan syurga.”

-Bagi orang yang hendak mati ada dua makhluk yang akan datang. Iaitu syaitan yang datang menyerupai ibunya & bapanya.
Syaitan yg menyerupai ibu/bapa itu usaha untuk menyesatkan orang yang hendak mati.

-Roh yang beriman ia akan berlegar-legar dan mengharapkan doa-doa orang yang hidup.

-Ulamak menyatakan, kalimah-kalimah tauhid yg disebut disaat kematian dapat menolak gangguan-ganguan syaitan.
Kalimah tauhid yang dibaca akan mendapatkan keselamatan.

-Bila kita mengungjunggi mayat, hendaklah bercakap yang baik-baik sahaja.
Nabi saw bersabda: “Apabila kamu menziarahi mayat,maka hendaklak kamu bercakap yang baik-baik. Sesunguhnya malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan..”

Nabi saw mengajar doa ini kepada Abu Salamah:
“Ya Allah ampunkan hamba mu yang meninggal. Dan gantikanlah dengan yang lebih baik ..”

-Doa orang yang hidup amatlah berguna untuk orang-orang yang mati.


Bagai mana untuk sentiasa mengingati mati:
i. Selalulah mendekatkan diri kepada masjid, majlis ilmu, zikirullah, dll

ii. Meninggalkan perkara-perkara maksiat


●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday, 10 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (14/2019): SETIAP YANG HIDUP BAKAL MENEMUI KEMATIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Tuanku Ahmad Shah, Kuantan Pahang : 6 Jan 2019/ 29 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azhar.

●Pendahuluan
-Syukur atas nikmat kehidupan yg dikurniakan oleh Allah. Kita ambil semua nikmat yg diberi untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Dari tanah kita datang ke tanah kita pergi.
Kita milik Allah dan kita akan kembali kpdNya.
Jisim kita akan akhirnya jadi tanah. Yang ada dalam alam barzakh nanti ialah roh/hati kita.

-Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Kita walau pun telah beriman, kita akan diuji untuk kita dilihat keimanannya.
-Surah Al-Mulk, ayat 2: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
-Kesenangan, kesusahan, pangkat, harta benda dan kekayaan dll adalah ujian Allah.
Allah tidak melihat pada rupa kamu tetapi pada hati kamu.
Hati digunakan utk meletakkan sifat-sifat diperlukan. Kita perlu ikhlas dan yakin dengan Allah. Bukan yakin dengan harta & wang ringgit.
Setiap hidup akan menemui mati. Maka kita perlu dua sifat:
1.Takut/bimbang kpd Allah.
Kita takut dlm hati. Kita banyak buat dosa.

-Sabda Nabi saw:Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.
Syeikh Abdul Kadir Al-Madini menyatakan sekurang-kurang takut ialah takut untuk membuat dosa. Iaitu bukan sahaja hanya tahu takut sahaja.

2. Takut dengan anggota.
Bila hendak bercakap, melihat dll kita takut utk buat dosa.

Jangan kita suka mencela.
Jangan kita berjalan di atas muka bumi ini untuk melaga-laga. Suka wujudkan kebencian.
Janga lihat benda yg dilarang.
Kita nilai semua perkara yg kita buat samada Allah marah atau tidak.

Maka bila kita telah takut dgn hati dan dengan anggota maka kita akan mendapatcbalasan syurga.
Harap kepada Allah.
-Surah Al-Baqarah, ayat 218: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

-Surah Muhammad, ayat 7: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
-Surah Muhammad, ayat 8: “Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.”
-Dalam surah al-Baqarah, ayat 6 & 7, Allah ceritakan tentang perangai orang kafir. Dalam surah al-Baqarah juga Allah menfirmankan dengan panjangnya tentang orang yg munafik.
-Surah al-Baqarah, ayat 6: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”
-Surah al-Baqarah, ayat 7: “ (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.”
-Antara ayat al-quran yg menyatakan perangai orang munafik:
-Surah al-Baqarah, ayat 10: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
-Surah al-Baqarah, ayat 11: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”
-Sahabat Nabi saw bila lalu di kawasan perkuburan ia menangis sehingga basah janggutnya. Ia berkata, jika di kubur kita lepas maka di masyar kita lepas.
Di alam Barzakh, ditanya siapa tuhan kamu?
Maka adakah semasa hidup kita kenal Allah.
Jika di dunia penampilan tidak semacam bertuhan maka bagai mana ia kata kenal tuhan.

Orang kafir akan menghalang orang islam utk mengenal Islam.
Bila kita diminta berhijrah kepada yg lebih baik maka kita tinggalkan kekotoran hati kita. Kita bersihkan. Di hari akhirat tidak ada guna lagi isteri & anak-anak melainkan hati yg sejahtera.
Bila manusia cela kita marah. Tetapi bila Allah cela, kita buat tak tahu aje.
-Wahai manusia taubat & minta ampunlah kpd Allah. Nabi bertaubat 100x sehari.
-“Sesungguhnya orang yg bersungguh-sungguh pada jalan Kami, sesungguh kami akan membuka jalan-jalan untuk sampai kepada kebaikan.”
-Jadi kita perlu bersungguh-sungguh dalam beramal. Bermujahadah dalam ketaatan.
Orang beriman perlu ada sifat hijrah. Segalanya akan kita tinggalkan.
Jangan kita bawa sifat-sifat buruk.

Orang yang bersungguh-sungguh dalam membuat ketaatan maka ia akan mendapat keredaan Allah.
Takut yang amat sangat ialah untukkita tinggalkan maksiat dan tidak derhaka kepada Allah. Yang Allah suruh kita taat.
Jadi bagi orang yang banyak buat dosa hendaklahvia kena banyakkan takut kepada Allah.
Bagi org yg sama banya pula iaitu ia taat dan dalam masa yg sam buat juga maksiat, maka ia perlu takut dan harap sama banyak.

Nabi saw puji iman Saidina Umar ra.
[Saidina Umar ra menyatakan bahawa sekiranya malaikat menyeru semua manusia untuk masuk syurga kecuali seorang, ia takut dialah orang yg seorang itu. Dan jika semua diseru oleh malaikat untuk masuk neraka kecuali seorang, Saidina Umar ra mengharapkan bahawa yg seorang itu adalah ia.]

Bagi yg telah di hujung umur maka hendaklah lebih banyak harap daripada takut. Harap kpd rahmat, harap keampunan &. harap balasan syurga.
Kita perlu harap lebih banyak kepada Allah. Harapkan keampunan & rahmatNya.

-Sabda Nabi saw: “Jangan mati di kalangan kamu melainkan ada di penghujung umur kamu, kamu bersangka baik kepada Allah. 
Iaitu Allah hendak beri keampunan & rahmatNya.

-Harap & cita-cita adalah berbeza. Harap kita akan buat sesuatu.
Kita bukan digagahi tetapi kita perlu usaha. Bila makan nasi kita akan pilih nasi yg ada lauk berbanding nasi yg tidak berlauk.
Maka kita berusaha bila hendakkan sesuatu. Iaitu kehendak itu kita sertakan dengan perbuatan kita.

Kalau kita hendak diampunkan dosa maka kita usaha. Berdoa, bertaubat & beramal.
Jadi kita hendaklah berusaha,bukan tidak buat apa-apa.

Jangan ikut pemikiran jabariah, di mana manusia dikatakan tergagah. Ia rasa pebuatan itu dijadikan untuknya.
Iktiar adalah pilihan kita.
Ikhtiroh bila kita jatuh tidak boleh buat apa-apa.
Kita berharap bererti kita buat sungguh-sungguh utk kita dapat pahala.
Allah akan buka jalan-jalan kebajikan bila kita sungguh-sungguh. Kita jangan berangan-angan sahaja.

Jadi bila kita takut maka kita sungguh-sungguh takut untuk buat dosa. Bukan hanya takut itu diterima sebagai perkhabaran sahaja.
Kita tidak tinggal puasa, solat, zakat, tidak buat maksiat dll kerana kita takut dosa.
-Al-quran adalah sumber hidayah.
Hidup biar bermatlamat.
Jangan kita ikut orang kafir yg tidak ada matlamat hidup.

Surah al-Baqarah, ayat 6: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”
Moga kita memahami al-quran dan mengambil petunjuknya.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.