Showing posts with label DAKWAH. Show all posts
Showing posts with label DAKWAH. Show all posts

Thursday, 2 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (77/2019): DAKWAH DI BUMI SAKURA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 1 Mei 2019/ 25 Syaaban 1440H (Rabu). oleh Ustaz Ahmad Maeno

●Pendahuluan
-Penduduk Jepun: 128 juta.
-Apakah tanggungjawab seorang muslim dalam meneruskan usaha para Nabi.
-Firman Allah: “Tidak diutuskan kamu wahai Muhammad melainkan utk membawa rahmat ke sekelian alam.”
-Rahmat terbesar yg dibawa oleh Nabi saw adalah menyelamatkan insan & jin dpd terjerumus dpd api neraka.
-Apa gunanya kita mempunyai segala kemewahan, darjat & segala nikmat kedunian jika kesudahan kita di akhirat nanti tidak mendapat naungan Allah.
-Adakah berbaloi kita mengejar kesenangan yg sementara di dunia ini & meninggalkan persiapan kita utk kehidupan yg kekal abadi di akhirat.
-“Kamu adalah sebaik-sebaik umat. Dan kamu mengajak manusia kpd kebaikan & mencegah manusia dpd kemungkaran (Amal Maaruf, Nahi Mungkar). Dan kamu beriman.”
-Jadi menjadi tanggungjawab orang Islam meneruskan usaha para Nabi utk mengajak manusia beriman kpd Allah. Kita tidak mahu non-muslim terus hidup dengan kekufurun.
-Manusia terakhir dikeluarkan dpd api neraka oleh malaikat dengan perintah Allah ialah manusia yg ada kalimah tauhid & kesan sujud wp banyak melakukan kemaksiatan.
-Senario Islam in Japan:
-Japanese population: 128 million.
-In late 19 centries, Japanese embrace Islam after meeting muslim in Istanbul.

Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (67/2019): KITAB METODOLOGI DAKWAH DALAM AL-QURAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 27 Mac 2019/ 20 Rejab 1440H (Rabu) oleh Ustaz Ahmad Rijal Ghazali Al-Hafiz


●Pendahuluan
-Dakwah bermaksud menjemput atau menyeru manusia melalui lisan dan perbuatan kepada Islam.
-Jadi berbuat baik adalah perbuatan berdakwah kepada orang lain. Kita tunjuk perbuatan baik agar dapat elakkan gejala yg tidak baik, dll.
-Maksud dakwah ialah al-balaraq (menyampaikan).
-Surah Al-Maidah (Hidangan), ayat 99: “Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan (lisan)dan apa yang kamu sembunyikan
-Berdakwah antaranya adalah menyampaikan perkara tauhid, akhlak & syariat.
-Surah Yunus, ayat 25: “Dan Allah menyeru manusia kepada syurga dan Allah memberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang lurus kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”
-Persaudaraan dan persahabatan adalah nikmat kurniaan Allah yg besar.
-Allah menyeru kita ke syurga dengan menyuruh kita beribadat & beramal.
-Surah Al-Quraishi:
“....Amal beribadat lah kamu kepada Tuhan kaabah. Allah akan cukupkan makanan, pakaian. Allah beri keamanan kepada orang yang beramal.”

-Dengan solat, Allah cegah kita daripad melakukan maksiat. Allah beri kecukupan dari segi fizikal dan Allah beri ketenangan. Allah jauhkan kita daripada ketakutan.
-Jauhilah daripada bercakap kasar dan membuat fitnah kepada orang lain.
-Dalam kita menjalani kehidupan, tidak dinafikan bahawa ujian kehidupan sentiasa ada. Tidak kira siapa kita, ujian akan ada. Allah menguji hambaNya.
-Memang lumrah manusia, mudah untuk berbuat keburukan.
-Semua perkara datang pada Allah. Allah yg memberi sakit dan Allah yang menyembuhkan.
-Dakwah boleh kpd perkara kebaikan dan juga keburukan.
-Surah Al-Baqarah, ayat 221: “Dan janganlah kamu menikahi perempuan musyrik (yg mempersekutukan Allah), sehingga mereka beriman. Sekali pun seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih daripada perempuan musyrik walau pun kamu terpesona. Dan jangan kamu kahwin dengan lelaki musyrik sehingga mereka beriman. Walau pun lelaki musyrik itu lebih baik daripada hamba lelaki yg beriman. Ini kerana mereka mengajak ke neraka. Sedangkan Allah mengajak kepada kebaikan. Sesungguhnya ayat-ayat Allah untuk memberi petunjuk.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (55/2019): TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN URUSAN DAKWAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Besi, Putrajaya: 20 April 2019/ 15 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Nik Sakiman.

●Pendahuluan
-Kehidupan ini sentiasa memerlukan orang lain.
-Justeru jangan kita memandang rendah kpd orang lain kerana pangkat, darjat, harta kekayaan, kecantikan dll.

-Menjalankan amal makruf dan nahi mungkar adalah tanggungjawab kita.
-Rugilah bila kita nampak majlis ilmu tetapi kita berlalu pergi.
Sekurang-kurangnya hendaklah kita duduk sekejap bagi mendapat doa para malaikat dan mencerap sedikit ilmu.

-Semua orang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah. Sekurang-kurang kita berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan adab yg baik.
-Dalam menjalankan kerja dakwah dan menyampaikan kebaikan memang banyak ujian. Baginda Rasulullah saw dan para Nabi pun begitu banyak ujian yang dilalui. Apa jua ujian yg kita lalui sekarang tidaklah sehebat ujian para Nabi & para sahabat terdahulu.
-Dalam membuat usaha dakwah hendak dengan berlemah lembut dan berkhikmah.
Usaha dakwah juga perlu mengikut tahap-tahapnya. Ianya perlu berstrategik.

-Surah Al-Assyura ayat 43: “Tetapi orang yg bersabar itu adalah yg lebih baik..”
-“Maafkan kesalahan itu adalah lebih baik..”
-Surah Az-Zummar: “Sesungguhnya orang yg bersabar itulah yg dicukupkan mereka dengan pahala yg baik.”
-Dalam setiap perkara kebaikan yg hendak dibuat hendaklah dengan usaha secara istiqamah, kemudian kita hendaklah berdoa dan berserah/bertawakkal kepada Allah.
-DUIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal).
-Jadikanlah membaca al-quran & menghafalnya sebagai keutamaan dalam hidup kita.
-Semoga Allah sentiasa memberi keluatan iman kepada kita. Semoga kita & keluarga kita sentiasa dipanjangkan umur dalam keberkatan. Sama-sama kita amalkan akhlak dan keperibadian yg mulia. 
Semoga kita menjadi Hamba-Hamba Allah yg soleh. Aamiin.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.