Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (55/2019): TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN URUSAN DAKWAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Besi, Putrajaya: 20 April 2019/ 15 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Nik Sakiman.

●Pendahuluan
-Kehidupan ini sentiasa memerlukan orang lain.
-Justeru jangan kita memandang rendah kpd orang lain kerana pangkat, darjat, harta kekayaan, kecantikan dll.

-Menjalankan amal makruf dan nahi mungkar adalah tanggungjawab kita.
-Rugilah bila kita nampak majlis ilmu tetapi kita berlalu pergi.
Sekurang-kurangnya hendaklah kita duduk sekejap bagi mendapat doa para malaikat dan mencerap sedikit ilmu.

-Semua orang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah. Sekurang-kurang kita berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan adab yg baik.
-Dalam menjalankan kerja dakwah dan menyampaikan kebaikan memang banyak ujian. Baginda Rasulullah saw dan para Nabi pun begitu banyak ujian yang dilalui. Apa jua ujian yg kita lalui sekarang tidaklah sehebat ujian para Nabi & para sahabat terdahulu.
-Dalam membuat usaha dakwah hendak dengan berlemah lembut dan berkhikmah.
Usaha dakwah juga perlu mengikut tahap-tahapnya. Ianya perlu berstrategik.

-Surah Al-Assyura ayat 43: “Tetapi orang yg bersabar itu adalah yg lebih baik..”
-“Maafkan kesalahan itu adalah lebih baik..”
-Surah Az-Zummar: “Sesungguhnya orang yg bersabar itulah yg dicukupkan mereka dengan pahala yg baik.”
-Dalam setiap perkara kebaikan yg hendak dibuat hendaklah dengan usaha secara istiqamah, kemudian kita hendaklah berdoa dan berserah/bertawakkal kepada Allah.
-DUIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal).
-Jadikanlah membaca al-quran & menghafalnya sebagai keutamaan dalam hidup kita.
-Semoga Allah sentiasa memberi keluatan iman kepada kita. Semoga kita & keluarga kita sentiasa dipanjangkan umur dalam keberkatan. Sama-sama kita amalkan akhlak dan keperibadian yg mulia. 
Semoga kita menjadi Hamba-Hamba Allah yg soleh. Aamiin.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment