Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (71/2019): PENGURUSAN HARTA PUSAKA - ISU BERBANGKIT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 7 April 2019/ 1 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Mohd Hisyam Mohd Daud (Peg Agama JAWI).

●Pendahuluan
-Pengurusan harta pusaka adalah antara isu yg banyak berlaku di Malaysia.
-Kita perlu mempunyai ilmu faraid ini sebelum kita menghadapinya iaitu bila kita meninggal dunia.
-Amat penting utk kita belajar ilmu munakahad.
-Wasiat harta boleh dibuat untuk satu pertiga sahaja. Manakala untuk hibah ia tidak ada had.
-Jika seseorang isteri meninggal maka harta akan pergi kepada suami dan anak-anak. Kalau ada anak, suami dapat satu perempat.
-Jika seseorang suami meninggal maka harta akan pergi kepada isteri dan anak-anak. Isteri akan dapat satu per lapan.
-Harta Sepencarian:
Iaitu harta yg dimiliki sepangjang perkahwinan.

-Maka bila ada kematian, perlu diselasaikan dahulu harta sepencarian.
-Penama yg diletakkan dalam KWSP, dll tidaklah semestinya penerima harta faraid. Ia perlu mengikut hukum Faraid.
-Fikirkanlah, adakah harta yang ditinggalkan akan memberi manafaat atau tidak kepada kita.
-Maka kita rancang betul-betul sekiranya kita hendak membuat infaq.

-Salah satu pahala yg akan mengalir kepada kita bila kita telah meninggal ialah harta yg dibuat infaq & memberi manafaat kepada agama Islam.
-Ibubapa yg berada di alam kubur dahagakan doa anak-anak dan kaum keluarga yg masih hidup.
-Walau pun kita kata tidak ada harta tetapi mungkin kita mempunyai rumah yang nilainya tinggi.
-Anak angkat tidak boleh mewarisi harta ibubapa walau pun satu sen.
Bapa yg bukan biologi, ia tidak wajib memberi nafkah.

-Anak yg tidak sah taraf hanyalah ada hubungan pada sebelah ibu sahaja.
Maka amat perlu kita menjauhi berlaku anak tidak sah nasab.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment