السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 24 April 2019/ 18 Syaaban 1440H (Rabu) oleh Ustaz Prof Ustaz Dr Ghafaf Don.
●Pendahuluan
Sujud syukur:
-Ia adalah perbuatan di luar solat. Jadi tidak ada rukuk, dll. Tidak ada apa-apa bacaan dlm sujud syukur. Wbp boleh baca spt dlm bacaan solat.
Tidak perlu berwuduk.
Keuntungan-Keuntungan Syukur:
1. Orang yg bersyukur akan beruntung & mendapat keutamaan-keutamaan dpd Allah.
-“Sekiranya kamu beriman & bersyukur maka kamu akan diselamatkan dpd siksaan Allah”
2. Dikurniakan pelbagai nikmat dpd Allah.
-Firman Allah: “Jika hendak dihitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhintung..”
-Firman Allah: “Kamu carilah bekalan akhirat. Sebesar-sebesar bekalan adalah taqwa kpd Allah..”
-Dalam surah Ar-Rahman, Allah bertanya kpd kita: “Nikmat tuhan manakah yg kamu dustakan”
-Nikmat adalah amanah. Adakah kita gunakan dgn betul. Jika kita gunakan dgn betul maka kita akan selamat.
-Firman Allah: “Sesungguhnya, semua nikmat itu akan dipersoalkan”
-Nikmat mata, telinga, mulut, hati, dll semuanya akan ditanya oleh Allah.
-Kita akan menghadapi makhamah Allah yg Maha Adil.
-Nama-nama Allah dlm Asma al-Husna,ia adalah nama-nama yg cantik (Maha Adil, dll).
Keadilan Allah Maha teliti & halus.
-Surah Ibrahim: “Jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah. Bagi kamu yg kufur, sesungguhnya azab Ku amatlah keras.”
-“Hendaklah kamu takut api neraka di mana bahan bakarnya adalah dpd manusia dan batu-bata.”
-“Tidakkah kamu perhatikan apa yg berlaku kepada tentera-tentera bergajah....burung-burung yg dilontar dpd api neraka..jadilah mereka spt daun-daun yg dimakan ulat.
3. Dari segi kejiwaan
-Orang yg bersyukur ia akan rasa qanaah. Wp pun sedikit, ia syukur dgn ketentuan-ketentuan Allah.
-Ada rasa cukup dlm apa jua nikmat yg diperolehi.
-Ia akan jauh dpd sifat tamak. Ia tidak cuba menidakkan hak orang lain.
-Dengan apa yg Allah beri kpd kita, kita rasa cukup.
-Imam Ghazali nyatakan, orang yg ada sifat qanaah ia akan tidak ada sifat tamak dlm dirinya.
Ia tidak memudaratkan orang lain. Tidak ada sifat hasad dengki.
-Manusia
-Sesiapa yg masuk dalam Islam, ia akan dijamin kesejahteraan.
Segala urusan hidup manusia tidak ada satu pun yg ditinggalkan oleh Islam. Semuanya ada panduan yg ditetapkan (al-quran & sunnnah).
“Jadi diri kamu seorang yg warak, maka kamu akan menjadi orang paling mengabdikan diri kepada Allah, jadilah kamu menjadi orang yg qanaah, maka kamu akan menjadi orang paling bersyukur kepada Allah.”
-Seorang yg warak & mempunyai sifat qanaah ia tidak akan terjerumus dpd kpd perkara kekufuran. Ia akan laksana setiap tanggungjawab dgn penuh amanah.
4. Orang yg bersyukur ia tidak lalai dalam kehidupannya.
-Ia menghargai nikmat yg diperolehinya.
-Ia akan mengisikan kehidupan dgn perkara yg bermanafaat.
-Ia tdk mempersia-siakan usianya.
-Hadith Nabi saw: “Janganlah kamu mempersia-siakan lima perkara: masa muda mu sebelum masa tua mu, masa sihat sebelum masa sakit mu, masa kaya sebelum dtg masa susah, masa lapang sebelum masa sibuk kamu & masa hidup kamu sebelum masa mati kamu”
-Dua nikmat yg manusia selalu sia-siakan ialah masa sihat dan masa lapang.
5. Berterima kasih & menghargai orang lain.
-Hubungan sesama manusia (silaturrahim) amatlah penting.
-Perlu saling berterima kasih & menghargai.
-“Sesungguhnya Kami lah memberi makan kepada kamu. Allah tidak menghendaki balasan dan sebutan terima kasih daripada kamu...”
Orang melakukan ketaatan kpd Allah maka ia akan disukai dan akan dikurniakan dgn kurniaan yg banyak.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment