Monday, 17 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (39/2020): PENJAGAAN KESIHATAN MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 14 Feb 2020 / 21 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Prof Dr Azizi Al Safi Ismail (Pakar Kesiharan Lincoln University)

●Pendahuluan
Formula penjagaan kesihatan Nabi saw:
-Berbekam
-Madu
-Kecergasan Fizikal
-Tiada bahan memabukkan seperti arak, dadah dan rokok

Mengapa Perubatan Semulajadi?
-Ibn ‘Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Penyembuhan terdapat di dalam tiga perkara: seteguk madu, berbekam dan besi panas. Tetapi aku melarang umatku menggunakan besi panas.” (HR: Bukhari).

Steps In Improving Renal Functions:
i. Cupping therapy
ii. Avoid animal protein (vegetarian)
iii. Barley diet & drink
iv. Detox, drugs
v. Exercise (Breathing & Swinging)
vi. Fasting / Intermitten Fasting.

Menjaga Makanan Tidak Berlebihan:
-Sabda Nabi saw: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya.”

-Sabda Nabi saw: “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR: at-Tirmidzi)
-Sabda Nabi saw: “Anak Adam tidak mengisi bekas yang lebih buruk dari cara mereka memenuhi perut mereka. Hendaklah Anak Adam mengambil beberapa suapan untuk menguatakan tulang mereka. Sekiranya Tidak Boleh, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk pernafasan.” (HR: at-Tirmidzi).
-Surah al-Anbiya, ayat 107: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
-Rahmat bukan sahaja dari segi rezeki tetapi juga rahmat dalam penjagaan kesihatan.
-Kesihatan perlu dipelihara dengan menjaga aktiviti harian kita.
-Tidak boleh bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Segitiga Kesihatan:
-Detox
-Nutrisi
-Meningkatkan sistem imunisasi

-Perut: 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 pernafasan.
-Surah al-Isra’, ayat 70: “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”
-Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian
-Untuk makan yang betul, kita makan buah dahulu. Ianya hendaklah dikunyah bukannya diminum.
-Bila kita makan buah dahulu maka usus akan mengeluarkan enzim yang membolehkan perut bersedia untuk menerima makanan.
-Amalan yang baik untuk menurunkan lemak & kolesterol secara asli adalah minyak zaiton. Sunah Nabi saw makan minyak zaiton.
Surah At-tin:
-Minyak zaiton terbaik untuk turunkan kalesterol.

-Habbarul sauda juga baik untuk mengaktifkan sistem pemakanan kita.
-Habatul sauda itu direbus..dengan 2 liter air kemudian diminum airnya
-Bagi kencing manus tahap tiga, perlu berbekam setiap minggu.
-Nabi saw adalah seorang semi vegeterian. Baginda saw maka daging tidak selalu.
-Barli adalah kegemaran Nabi saw.

Fasting:
-concep auto fedding

●Penutup
-Dalam setiap amalan sunnah itu ada kejayaan.
-Amat rugi tidak beramal dengan amalan sunnah Nabi saw.
-Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk beramal dengannya.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment