Sunday, 23 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (43/2020): TANDA-TANDA KIAMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presin 18, Putrajaya: 18 Feb 2020 / 25 Jumadilakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohamad Firdaus.

●Pendahuluan
-Wajib beriman akan berlakunya kiamat.
-Tanda-tanda kiamat juga perlu diimani kerana ianya telah disebut dalam al-quran dan hadith Nabi saw. Ia bukan sekadar kita mengambil tahu sahaja.
-Kedatangan hari kiamat adalah antara kunci-kunci perkara ghaib.
Ia adalah perkara-perkara ghaib yang Allah dikhususkan untuk Allah sahaja yang mengetahuinya.
-Ada beberapa ayat al-quran yang menyatakan bahawa hari kiamat itu dalam pengetahuan Allah sahaja.
-Dalam Surah Luqman, ayat 34, Allah SWT menjelaskan kepada manusia bahawa pengetahuan-Nya meliputi banyak perkara.
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”
-Sesungguhnya apa yang manusia ketahui amatlah sedikit sekali.
Allah lah mengetahui segalanya.

-Surah al-Kahfi, ayat 109: “Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”
-Surah al-Israk, ayat 85: “… dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”
-Pendita yahudi bila ia tanya kepada Nabi saw tentang bila akan berlakunya kiamat maka baginda saw nyatakan bahawa ia tidak tahu. Pendita Yahudi itu memang mengetahui bahawa Nabi yang sebenar akan menjawab tidak mengetahuinya.
-Surah Al-A’raf, ayat 187: “Mereka menanyakan kepada mu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhan ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di Bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
-Sabda Nabi saw (Hadith Jibril):
“Daripada Umar ra katanya: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang putih melepak pakaiannya, bersangatan hitam rambutnya, tiada tanda orang itu kesan musafir, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya lalu ia duduk berdekatan kepada Nabi s.a.w lalu ia menyandarkan kedua lututnya kepada dua lutut Nabi SAW dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas dua pahanya, kemudian ia berkata: Wahai Muhammad, Khabarkanlah kepadaku perihal Islam. Rasulullah SAW menjawab: Islam itu ialah engkau mengakui bahawa tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan haji di Baitillah sekiranya engkau bekemampuan pergi ke sana. Ia berkata: Benarlah engkau!

Maka kami kehairanan kerana ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya. Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku berkenaan Iman. Rasulullah SAW menjawab: Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikat-Nya, segala kitab-Nya, para Rasul-Nya dan hari akhirat dan engkau beriman kepada taqdir baik-Nya dan jahat-Nya. Ia berkata: Benarlah engkau! Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah menjawab: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya,maka sesungguhnya ia melihat engkau.
Seterusnya dia bertanya: Maka khabarkan kepadaku darihal hari kiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang ditanya kepadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau melihat orang-orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berlumba-lumba menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian ia pun pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu, Rasulullah s.a.w bertanya: Hai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu? Kataku: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Rasulullah berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.”
-Ulamak mengkategorikan tanda-tanda kiamat kepada tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar.
Terdapat 10 tanda besar akan berlakunya kiamat. Manakala sebelum berlakunya tanda besar maka banyaklah tanda-tanda kecil.
Antara tanda kecil ialah kelahiran Nabi saw.
Nabi saw menyatakan dalam hadith Jibril di atas antara tanda kecil ialah:

i. Seorang ibu melahirkan tuannya
-Ini bererti berlakunya kerosakan akhlak.
-Ia juga bererti kerosakan muamalat.

ii. Orang yang tidak berpakaian, berselipar, orang yang mengembala kambing menjadi kaya dan berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
-Orang Arab terutamanya orang Arab Badwi dahulu mereka tidak mempunyai ikatan yang kuat pada tempat tetapi mempunyai ikatan kuat pada kabilah.
Mereka tidak menetap pada satu tempat. Iaitu mereka berpindah randah. Jadi mereka tidak mengumpul harta yang banyak. Mereka membela kambing dan di bawa ke mana-mana.

Apa yang dinyatakan dalam hadith Jibril di atas telah berlaku sekarang. Orang-orang Arab telah membina bangunan yang tinggi-tinggi, mengeluarkan minyak dan lain-lain.
-Firman Allah: “Tidaklah mereka menunggu, melainkan mereka menunggu malaikat maut datang mencabut nyawa atau menunggu azab Tuhan kamu atau datang sebahagian besar tanda-tanda kiamat.”
Ulamak mentafsirkan ayat ini juga menerangkan tanda-tanda kiamat.
Pada ketika telah keluar tanda kiamat besar maka pintu taubat telah tertutup.

-Sabda Nabi saw: “Hari kiamat tidak sekali-kali berlaku sebelum kamu melihat 10 peristiwa, iaitu...”
1. Keluarnya asap (Ad-Dukhan)
2. Munculnya Dajjal
-Sebelum munculnya Dajjal ialah munculnya Imam Mahadi
3. Kemunculan Dabbah (binatang berkaki empat)
4. Terbitnya matahari dari barat
(Sebelumnya berlaku keadaan malam yang lama)
5. Turunnya Nabi Isa as
(Sekarang baginda berada di langit kedua)
Ia bertujuan untuk membantu Imam Mahadi menghadapi Dajjal
6. Munculnya Ya’juj dan Ma’juj
7. Tiga Gempa bumi bermula di Timur
8. Api akan keluar dari satu kota bernama Kota Aden (Yaman)

Kesepuluh-puluh tanda tersebut tidak ikut urutan. Nabi saw tidak menyatakan mana yang datang dahulu.
Dalam al-quran tidak disebut tentang Imam Mahadi. Tetapi ada disebut dalam hadith Nabi saw.
Ia adalah keturunan Nabi saw.
Imam Mahadi sendiri tidak tahu bahawa ia adalah Imam Mahadi. Beliau adalah seorang yang paling beriman. Ia akan diumumkan di Mekah. Kemudian dia dan pengikutnya akan bergerak ke Syam dan ia akan menakluk Kota Konstantinopel (Turki).

Kemudian akan munculnya Dajjal di Iran.
Ia muncul selama 40 hari sahaja. Satu hari pada masa itu bersamaan setahun.
Dajjal turun dengan membawa makanan, hujan dan pelbagai keperluan hidup di dunia.
Ia dibantu tentera jin dan syaitan.
Maka ia akan bertembung dengan tentera Imam Mahadi.

Nabi Isa as diturunkan bagi membantu Imam Mahadi.
-Kita bimbang dengan Dajjal. Ia boleh pergi ke mana-mana. Cuma ia tidak boleh masuk di Mekah dan Madinah.
Namun ia boleh menyeru daripada luar berdasarkan apa yang orang suka.

Kita hanya boleh terselamat dengan amalannya.
Antaranya, kita amalkan membaca surah al-Kaffi.

Bukan bermakna kita telah kenal rupa Dajjal maka kita boleh lari daripadanya.
~bersambung
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment