السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kursus Haji 1441H / 2020@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 9 Feb 2020 / 15 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin (Kursus Minggu Kesembilan)
●Pendahuluan
RECAP:
Hukum Berwangi-wangian:
-Berwangi-wangian yang tidak dibenarkan ialah jika kita dengan sengaja untuk mendapatkan kewangian.
-Maka jika kita menghantar kain ihram dan didapati ia berbau wangi maka tidak mengapa.
-Menjadi ketidakselesaan jika kita basuh di bilik air dan sidai di bilik menyebab bau ditanggung oleh ramai orang yang sebilik. Maka lebih elok kita hantar ke tempat dobi walau pun selepas itu didapati kain ihram kita berbau wangi.
-Agama tidak membebankan hambanya.
-Justeru, “Ambillah yang mudah selagi ia tidak berdosa.”
Points utama untuk kita ingat bagi kuliah hari ini:
Melontar Jamrah
1. Bermula 10 zulhijjah adalah waktu mulanya untuk melontar jamrah kubra.
2. Pada hari-hari Tasryik (11, 12 dan 13) adalah lontaran bagi ketiga-tiga jamrah, iaitu jamrah kubra, sughra dan wusta.
-Waktu mula masuk pada ketiga-tiga hari ini adalah selepas masuk waktu subuh.
3. Waktu tamat kesemua lontaran ialah waktu maghrib sebelum 14 Zulhijjah.
Mabit di Mina:
1. Mabit di Mina berbeza dengan mabit di Muzdalifah.
2. Mabit di Mina waktunya adalah pada malam-malam hari Tasyrik.
3. Mabit di Mina itu memerlukan seseorang itu berada di Mina separuh malam. Iaitu bermula daripada waktu maghrib hingga ke waktu subuh.
HURAIAN.
Melontar Jamrah:
-Kita boleh bermalam di Mina samada dua malam atau tiga malam.
-Dalam al-quran telah menyatakan bahawa kedua-duanya (dua malam atau tiga malam) juga boleh.
Tidak ada dinyatakan samada dua atau tiga yang afdal.
-Namun jangan kita berniat untuk hanya untuk berada dua malam dengan mengutuk orang-orang yang berada tiga malam sebagai tidak bersih. Sebaliknya jika kita berada tiga malam, jangan kita kata kepada orang yang hanya berada dua malam sebagai tidak baik dan kita merasakan kita sebagai yang baik.
-Melontar jamrah adalah pada hari Nahar.
Kenapa dinyatakan sebagai Hari Nahar?
-Dalam al-quran disebut.
-Ianya adalah hari sembelihan.
-Berbanding binatang-binatang lain yang perlu disembelih secara berbaring, unta sahaja yang disembelih secara berdiri.
-Unta adalah binatang yang istimewa yang dimuliakan oleh Allah.
-Maka 10 Zulhijjah dikenali sebagai hari nahar. Manakala 11,12,13 Zulhijjah dinamakan sebagai hari-hari Tasyrik.
-Hari 9 zulhijjah dinamakan sebagai hari Arafah.
-Hari 8 Zulhijjah dinamakan juga sebagai hari Tarwiah (hari kumpul air). Nabi saw bermalam di Mina dahulu sebelum bergerak ke Arafah.
-Jadi jumlah keseluruhan hari-hari haji adalah 6 hari (8–13 Zulhijjah).
-Bermula masuk hari baru pada kiraan Islam adalah bila masuknya waktu maghrib.
Maka bila bermula maghrib pada hari 10 Zulhijjah ia telah jadi hari Nahar (iaitu 11 Zulhijjah).
-Mula masuk waktu melontar jamrah kubra ialah selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah (masuk waktu maghrib).
-Waktu afdhal melontar ialah waktu Dhuha (28 minit selepas waktu syuruk) iaitu seperti yang dibuat oleh Nabi saw.
Sirah bagaimana Nabi saw membuat haji:
i) Nabi saw selepas sahaja habis solat subuh di muzdalifah, Nabi saw telah bergegas berjalan kaki ke Mina.
ii) Sambil berjalan ke sana, Nabi saw berjalan sambil mengutip batu.
iii) Nabi saw sampai di Mina pada waktu Dhuha. Iaitu jumlah masa perjalanan daripada Muzdalifah ke Mina sekitar dalam 2 jam hingga 2.30 jam.
iv) Kemudiannya, selepas sampai Nabi saw melontar jamrah aqabah.
v) Selepas itu Nabi saw memanggil para sahabat yang tolong membawakan binatang korban Nabi saw iaitu unta sebanyak 100 ekor kepadanya untuk disembelih.
-Nabi saw membuat sembelihan sehingga unta yang ke 63. Bagi unta yang ke 64 Nabi saw minta Saidina Ali ra untuk menyembelihnya sehinggalah unta yang ke 100.
Nota: korban bagi mazhab Syafie adalah sunat sahaja. Tetapi mazhab Hanafi ianya adalah wajib.
vi) Kemudian selepas itu Nabi saw bercukur.
vii) Maka selepas itu Nabi saw telah menukar baju (ini kerana baju ihram Nabi saw telah digunakan untuk menyembelih dan bercukur).
Iaitu selepas itu Nabi saw memakai baju biasa sahaja.
viii) Selepas itu, iaitu pada pagi 10 Zulhijjah itu Nabi saw bergerak ke Mekah dengan berjalan kaki.
xi) Sebelum memulakan berjalan ke Mekah untuk membuat tawaf di Kaabah, Nabi saw sempat menghirup/makan daging korbannya. (Jadi disunatkan untuk memakan makanan korban kita).
x) Sampai di Mekah maka Nabi saw telah membuat tawaf.
-Maka dengan itu Nabi saw telah pun mendapat tahalull sani (iaitu tidak terikat lagi dengan perintah larangan-larangan ihram).
Nota: Ingat bahawa Nabi saw telah pun membuat saie semasa membuat tawaf qudum.
Melontar Jamrah:
-Biasanya bus pertama bermula pergi buat lontaran selepas maghrib. Akan sampai dalam pukul 1 malam. Maka mulalah melontar walau pun ianya bukanya waktu yang afdhal untuk melontar (iaitu waktu Dhuha seperti yang dibuat oleh Nabi saw).
-Selepas melontar maka kita sudah boleh bercukur. Maka dapatlah tahalull awal.
Nota: Jika kita hendak buat seperti sirah Nabi saw (iaitu berjalan kaki daripada Muzdalifah ke Mekah) hendaklah kita maklumkan/daftarkan dengan pihak TH.
-Hendaklah dibuat secara berkumpulan.
-Jumlah jaraknya lebih kurang 3-4 km sahaja.
-Dalam perjalanan boleh singgah makan dikedai makan dan boleh bercukur di kedai gunting.
Nota: Semasa musim haji, melaksanakan haji secara berjalan kaki adalah lebih cepat berbanding berkenderaan kerana kesesakan.
Syarat sah melontar jamrah kubra:
1. Perlu lontar satu-satu. Bukan sekali tiga.
-Bacaan waktu melontar yang sahih yang sebut dalam hadith:
Nabi saw sebut: “Allahuakbar”. Selepas masuk batu ke dalam, Nabi saw sebut: “Laillahaillah anta”.
2. Telah masuk waktu melontar
3. Yakin bahawa batu masuk ke dalam jamrah.
-Justeru, jangan kita melontar dari jarak jauh.
-Seboleh-bolehnya pegang dinding.
-Jangan lontar “target’ pada dinding. Jamrah adalah di bawah.
Iaitu tempat Nabi Ibrahim as dan Saidina Hajar melontar.
-Kita jangan wakilkan melontar kepada orang lain. Kecuali memang ada yang tidak nampak, maka boleh minta bantuan orang untuk melontar.
-Jika ada jemaah yang lebih rendah pada benteng maka boleh buat lontaran secara sepatutnya.
-Hendaklah pergi dekat ke dinding dan hendaklah ada orang yang bantu melihat batu yang dilontar masuk ke jamrah.
-Jangan kita melontar seumpama merejam.
-Jangan ada rasa geram semasa melontar.
-Lontarlah secara khusuk dan tawadduk.
-Kita ingat semasa melontar kerana mengikut sunnah Nabi saw.
-Adakah patut dibasuh batu yang kita hendak guna untuk melontar?
Adalah makruh membasuh batu (iaitu ia menyusahkan)
-Cukuplah sekadar cuba patah-patahkan untuk pastikan ianya batu.
-Lontar dengan tangan.
-Cukup 7 batu.
-Tujuan tidak terpesong (iaitu bukan untuk lontar syaitan).
-Maka selepas habis melontar kita telah dapat tahalul awal (iaitu kita telah buat dua perkara sama ada melontar dan bercukur atau telah buat tawaf dan saie serta bercukur).
-Bila habis ketiga-ketiganya barulah dapat tahalul thani (bebas semua larangan ihram).
Waktu Melontar:
-Masuk waktu melontar adalah tengah malam 10 zulhijjah.
-Tempat melontar mengikut negara telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Jadi ia bantu mengurangkan sedikit kesesakan.
Adakah boleh kita melontar jamrah untuk ketiga-tiga hari secara jama’?
-Jarak perjalanan daripada tempat khemah dan tempat melontar lebih kurang 3 km.
-Maka bagi yang sakit atau ada halangan termasuk yang bertugas ianya boleh buat secara jama’.
-Tidak perlu niat jama’ tadim atau jama takhir seperti solat.
-Hanya qasad sahaja dalam hati bagi hari yang kita hendak buat jama melontar tersebut iaitu contohnya 11 Zulhijjah dibuat pada 12 Zulhijjah (ini adalah lontaran untuk hari 11 zulhijjah).
-Seelok-eloknya kita sampai pukul 4 pagi 12 Zulhijjah. Buat sebelum subuh. Maka selepas azan subuh maka boleh buat sekali lagi untuk buat lontaran untuk hari ke 12 Zulhijjah.
-Selepas itu kita pergilah balik ke khemah untuk solat subuh berjemaah. Dalam perjalanan akan ada tempat untuk kita berjemaah sekiranya tidak sempat sampai ke khemah untuk solat subuh berjemaah.
Bolehkah Jama’ Lontar jamrah dibuatcuntuk ketiga-tiga hari (iaitu buat pada satu hari sahaja):
-Ianya boleh.
-Untuk melakukannya kita perlu sampai dalam pukul 3 pagi pada hari 12 Zulhijjah.
-Ini adalah untuk kita dapat siapkan tiga jenis lontaran itu bagi dua hari (11 dan 12) sebelum azan subuh.
-Jumlah masa yang diperlukan bagi 3 lontaran itu adalah sekitar satu jam.
-Kemudian kita buatlah lontaran bagi hari ke 13 selepas azan subuh.
-Selepas itu kita baliklah ke khemah untuk solat subuh berjemaah.
Bermabit di Mina:
-Terdapat dua pendapat.
Waktu Melontar:
-Waktu Afdhal
-Waktu harus
Untuk hari ke-13 sebaiknya jangan kita pergi selepas zohor kerana waktu agak suntuk.
Kaedah wakil melontar:
-Perlu disahkan oleh doktor dan pembimbing haji.
Nafar Awal (Pada 12 Zulhijjah).
-Sebaiknya kita bawa satu beg galas sahaja untuk ke Arafah (jangan guna beg tarik).
-Syarat untuk niat nafar awal mestilah berada di Mina dan telah melontar jamrah Kubra.
Nota: Kawasan jamrah kubra bukannya sebahagian daripada Mina.
-Maka kita perlu balik dulu di Jamrah Wusta untuk berniat.
Di situlah kita berniat nafar awal iaitu niatkan “aku keluar daripada Mina”.
[nota:istilah nafar bermaksuf kumpulan].
-Jika kita berjalan, selepas turun daripada ramp (daripada Mina, maka kita jalan ke kiri untuk menuju ke Mekah untuk membuat tawaf.
-Manakala jika kita ke kanan akan jumpa teksi (iaitu kita akan berkenderaan).
-Jadi sebaiknya kita terus sahaja berjalan ke Mekah untuk membuat tawaf dan tidak kembali ke khemah di Arafah yang jaraknya sejauh 3km bagi menaiki bas untuk ke Mekah.
Ini kerana kalau kita terus berjalan ke Mekah, jaraknya hanya 3km juga.
-Jika balik ke khemah dan telah masuk waktu maghrib maka kita sudah tidak boleh lagi Nafar awal. Ini kerana bila masuk waktu maghrib ia telah berubah hari ke hari 13 Zulhijjah.
Q&A:
Q1: Adakah membunuh belalang itu perlu bayar dam.
Ya.
Q2: Adakah nafar thani lebih afdhal daripada nafar awal.
A: Tidak.
-Surah al-Baqarah, ayat 203: “Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.”
-Justeru, jika kita terpaksa keluar daripada mina awal maka kita keluarlah.
Q3: Adalah boleh solat jamak di Mina, Muzdalifah dan Arafah
Ingat dua perkara ini.
-Jamak solat dibenarkan kerana ada musaqah (halangan).
-Jamak qasar dibenarkan kerana bermusafir.
-Maka kita boleh solat jamak di Mina, Muzdalifah dan Arafah kerana musaqah susah untuk dapat air.
Tetapi perlu kita perlu buat tammam (bukannya qasar).
Q4: Perlukah tambah batu jika buat jika melontar secara jama’
-Tidak perlu.
-Jika kita buat lewat, maka lewatlah untuk mendapat nafar awal.
Q5: Tidak boleh buat Jama’lontar untuk yang tidak masuk hari ke 13.
-Maka janganlah buat lontaran pada hari ke 11 untuk hari ke 12 dan ke 13.
(Jika hendak jama melontar maka kita buat pada hari ke 12 sebelum subuh iaitu pukul 3-4 pagi).
Lontaran untun hari yanb ke 13 buat selepas azan subuh.
-Batu boleh dikutip di tanah haram atau di tanah halal (jumlahnya ialah 70 batu).
-Tanah Haram merangkumi: Muzdalifah, Wadi Muhassar, kawasan kota Mina, kawasan jamrah dan lobang jamrah, serta mana-mana kawasan tanah haram seperti kota Makkah.
-Manakala tanah halal ialah seluruh kawasan yang berada diluar kawasan tanah haram seperti Padang ‘Arafah, Jeddah dan lainnya.
-Sunat diambil di kawasan Wadi Muhassar (yang terletak di antara Muzdalifah dan Mina) atau mana-mana tempat di Kota Mina (termasuk kawasan Jamrah) untuk lontaran ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.
-Makruh diambil dari lobang jamrah atau dari kawasan luar tanah haram seperti padang ‘Arafah, Jeddah dan lainya.
Tidak boleh bawa daripada Malaysia.
Q6: Hukum memakai tali/rantai cermin mata.
-Dibenarkan.
Q7: Bagaimana untuk melakukan solat Aidil Adha.
-Boleh solat sendiri atau berjemaah di khemah.
-Tidak perlu ada bacaan khutbah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment