Sunday, 9 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (34/2020): KURSUS ASAS HAJI: JENIS HAJI DAN CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kursus Haji 1441H / 2020@Surau Jumaat Ar-Rahman, Presint 16, Putrajaya: 8 Feb 2020 / 14 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Dr Mohd Najib Abdullah, Universiti Sains Malaysia (Kursus Minggu Kesepuluh)

●Pendahuluan
-Haji adalah satu ibadat yang maha agung. Ianya hanya boleh dibuat satu tempat sahaja. Ianya juga wajib sekali sahaja sepanjang hidup kita.
-Sungguh besarnya keutamaan kita belajar ilmu untuk menunaikan haji. Ini kerana kita perlu mempunyai ilmu untuk mempastikan haji yang kita tunaikan sah dan diterima Allah.
RECAP:
Q1: Bilakah bermulanya wukuf di Arafah?
-Wukuf adalah rukun terpenting dalam perjalanan ibadat haji, di mana setiap jemaah wajib berada di Arafah sekurang-kurangnya seketika pada waktu ditetapkan iaitu dari waktu Zohor 9 Zulhijjah sehingga Subuh keesokan hari.
-Jadi waktu wukuf ia bermula pada waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum waktu subuh 10 Zulhijjah.
-Selesai ibadat di Arafah, jemaah haji akan dibawa ke Muzdalifah dengan bas di mana kita boleh bergerak selepas waktu Maghrib 9 Zulhijjah dan kita perlu berada di situ sehingga separuh malam iaitu 11.55 malam.
-Dari Muzdalifah, jemaah dibawa pula ke khemah di Mina secara berperingkat-peringkat dan proses keseluruhan dijangka berakhir pada pagi 10 Zulhijjah.
-Seterusnya, jemaah perlu berada di Mina dari 11 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadat melontar di Jamrah Kubra, Sughra dan Wusta.
-Waktu melontar yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi untuk jemaah Malaysia biasanya adalah dari waktu selepas Asar sehingga Isyak.

Q2: Bilakah waktu yang sepatutnya keluar daripada Arafah menuju ke Muzdalifah?
-seperti dijelaskan di atas.

Q3: Di manakah Muzdalifah?
-Muzdalifah adalah antara mekah dan mina.

Q4: Adakah Arafah termasuk dalam tanah haram.
-Arafah bukan tanah haram.
-Bererti tidak boleh berniat haji di Arafah. Maka jika ada yang terlupa niat di Mekah tidak boleh untuk ia berniat di Arafah.

Q5: Apa hukum mematah pokok di Arafah:
-Boleh (samada memakai ihram atau tidak memakai ihram). Kerana Arafah bukannya tanah haram.
Kita tidak boleh mematahkan pokok di Mekah samada kita memakai ihram atau tidak memakai ihram. Jika kita patahkan pokok maka kita perlu bayar dam.

Q6: Bolehkah orang buat haji memburu di Arafah?
Kita tidak boleh memburu. Di Mekah juga kita tidak boleh memburu.

Q7: Bagaimanakah untuk kita sah bermabit di Muzdalifah.
-Tengah Malam 10 zulhijjah.

Q8: Berapa lama kita perlu berada di Muzdalifah untuk haji kita sah?
-Kita perlu berada selepas setengah malam walau pun sedetik. Pastikan melepasi setengah malam.
-Sekejap sahaja sehingga terbit fajar.

Q9: Bagaimana jika keadaan terlalu sesak menyebabkan pemandu bas terus bawa jemaah haji balik ke Hotel di Mekah. Iaitu bas tidak pergi ke Muzdalifah.
-Maka ada yang marah dan pujuk pemandu bas untuk pergi semula ke Muzdalifah. Lalu pemandu bas itu bersetuju dan ia sempat sampai sebelum subuh. Namun ada yang marah dan mereka terus naik ke hotel tanpa pergi semula ke Muzdalifah.
-Jika semuanya tidak pergi dan mereka terpaksa maka semuanya tidak perlu bayar dam.
-Sekiranya ada yang pergi semula maka yang tidak mahu pergi iaitu terus tidur di Hotel maka mereka yang tidak pergi dikenakan Dam Tertib taqdim. Iaitu bayar Dam bersamaan seekor kambing atau puasa 10 hari atau memberi makan seramai 6 orang fakir miskin i.e 2 cupak setiap hari (12 cupak).
-Jika kita membunuh seekor belalang (terpijak) semasa di Mekah perlu bayar RM 1.
-Selepas bermabit muzdalifah, ada yang terus pergi ke Mina dan ada yang terus pergi ke Mekah untuk membuat tawaf Haji atau tawaf Iffadah (bagi yang buat haji Tammartu’). Ia buat tawaf, saie dan bercukur. Esoknya barulah ia pergi ke Mina.
-Tawaf haji adalah rukun. Ia hanya bermula selepas tengah malam.
Q10: Apakah dua perkara yang perlu dibuat untuk kita mendapat tahalull awal.
-Selepas sahaja wuquf di Arafah, kita boleh buat tahallul awal. Maka apakah 2 perkara yang perlu kita buat:

i.Tawaf ifadah
ii. Melontar jamratul aqabah pada 10 zulhijjah
iii. Bercukur

-Bila kita buat tawaf, saie dan bercukur maka ia telah tahallul awal. Jika telah juga melontar jamratul aqabah maka ia telah tahallul sani (telah buat tiga perkara).
Maka ia telah boleh buat semua perkara yang dilarang dalam larangan ihram.

-Ketiga-tiganya boleh dibuat tanpa mengikut susunan.
-Atau pun kita hanya buat melontar jamratul aqabah dan bercukur maka ia juga telah dikira sebagai tahallul awal.
Q11: Bilakah kita perlu buat tawaf Iffadah selepas kita balik daripada Mina?
-Ianya tidak ada tempoh (tidak expired). Masanya tidak limited, iaitu selagi ada kehidupan.
-Namun jika ia meninggal sebelum tawaf iffadah maka ia tidak dapat haji pada tahun tersebut. Maka warisnya perlu buat badal haji untuknya.
Q12: Bagaimanakah jika setelah balik Malaysia baru teringat bahawa semasa tawaf Iffadah dalam keadaan batal wuduk.
-Dalam kes ini maka hajinya belum sah (hajinya tergantung). Ia perlu kembali semula ke Mekah dan membuat tawaf, saie dan bercukur (ini jika ia telah tahallul awal). Ianya boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Bukannya pada waktu musim haji sahaja.
-Maka setelah selesai barulah sah hajinya dan ia terlepas daripada larangan-larangan Ihram.
Semasa membuat tawaf tersebut ia tidak boleh niat umrah.

Q13: Bagaimana jika ada satu rukun yang tidak selesai kemudian buat perkara yang sunat? Contohnya Saie dan umrah tidak habis terus pergi ke Mina.
-Maka hajinya tidak sah. Ia hanya dapat umrah sahaja.

Q14: Adakah umrah itu wajib
-Umrah yang pertama adalah wajib.

Q15: Bolehkah setelah kita siap buat umrah kita maka kita hendak membuat umrah buat orang lain yang sihat.
-Syarat untuk buat haji untuk orang lain mestilah mengambil hukum umpama orang yang telah mati.
Ganti haji/umrah terbahagi kepada dua:
-Ganti fardhu (haji dan umrah fardhu)
-Ganti sunat

-Ganti fardhu boleh dibuat oleh sesiapa terutamanya oleh waris walau pun si mati tidak membuat wasiat.
-Namun jika ganti sunat, tidak boleh sesiapa pun buat untuknya termasuk waris kepada orang yang telah mati jika simati tidak pernah memberi sebarang wasiat.
-Sekiranya orang masih hidup (masih boleh berfikir) dan ia sakit maka barulah orang lain boleh buatkan haji badal.
Tetapi jika kemudiannya ia telah sihat maka haji badalnya batal. Ia perlu buat sendiri.

-Haji Badal:
-Orang yang hendak membuatkan haji badal itu ia telah buat haji

-Ia hanya boleh buat untuk seorang sahaja pada satu masa
-Mestilah berihram di Miqat bagi orang yang hendak buat haji itu bermiqat. Jadi berhati-hati jika memberi upah haji badal kepada orang yang duduk di Mekah.
Q16: Apakah Jenis-Jenis Haji:
-Haji Fardhu
-Haji Badal
-Haji Sunat
-Haji Nazar
-Haji Qada’

Q17: Apakah Cara Mengerjakan Haji:
-Haji Tamathu’
-Haji Ifrad
-Haji Qiran

Q18: Bagaimana untuk membuat haji/umrah kali kedua untuk ibubapa kita yang tidak pernah memberi wasiat
-Kita boleh buat umrah untuk diri kita dan kemudian kita berdoa “Ya Allah, jika ada pahala untuk ibadat umrah ku maka aku hadiahkan buat ibuku”
Q19: Bolehkah haji Nazar menggantikan haji wajib
-Haji Nazar tidak boleh menggantikan haji wajib. Tetapi jika ia kata “Aku bernazar untuk buat haji tahun ini” maka boleh. Iaitu niat nazarnya telah merangkumi haji wajib.

Q20: Kenapa Haji Tamattu’ kena Dam?
-Ini kerana kita buat umrah pada bulan musim haji sebelum masuk 9 zulhijjah. Tetapi jika telah sampai sebelum bulan haji dan ia buat umrah maka tidak dikenakan dam.

Q21: Jika kita pergi Tanaim boleh kah kita berniat di situ?
-Tidak boleh.

-Kita perlu berniat di miqat yang kita masuk.
Q22: Bilakah masa tawaf qudum
-Tawaq qudum ialah tawaf penghormatan kepada Baitullah bagi orang yang mengerjkan haji Qiran dan haji Ifrad. Tawaq qudum Ia tidak ada pada umrah.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment