السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 23 Feb 2020 / 29 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zulrusdi.
●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) di dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.” (HR: al-Bukhari).
-Iaitu syaitan itu mengikut anak Adam melalui aliran darah.
-Dalam kehidupan, kita akan diiikuti dengan tipu daya dan bisikan iblis.
-Untuk menghentikan bisikan syaitan, kita diminta untuk membaca surah An-Nas: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
-Iaitu kita bacalah surah muawaziatan (surah berlindung daripada kejahatan iblis, syaitan, manusia, jin).
Tiga surah tersebut ialah: Surah al-ikhlas, al-alaq & An-Nas.
-Iblis akan berbisik-bisik pada kita bila kita tidak berzikir mengingati Allah.
-Sabda Nabi saw: “Aku diutuskan untuk menyeru dan menyampaikan agama Allah. Tetapi hidayah adalah daripada Allah.”
-Sesungguhnya Allah jualah yang memberi hidayah.
-Surah al-Qasas, ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
-Dijadikan iblis untuk merayu/membisik. Tetapi ia tidak dapat menyesatkan anak Adam.
Iaitu bagi orang yang diberi rahmat dan kasih sayang Allah maka ia akan terselamat.
-Iblis hanya boleh berbisik-bisik dan membayangkan kelazatan kejahatan.
-Surah al-Baqarah, ayat 208: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
-Surah Fathir, ayat 6: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.”
-Justeru jangan kita mengikut bisikan syaitan.
-Orang yang berakal ia dapat membezakan yang mana yang baik dengan yang buruk.
-Contohnya, bila hendak bersedekah maka syaitan akan mempengaruhi untuk tidak memberi sedekah. Akan dibisikkan rasa tidak cukup.
-Sesungguhnya Iblis/Syaitan sentiasa membisikkan kefakiran dan kemiskinan dengan bersedekah.
-Jika ada orang yang datang berjual semasa kita makan maka kita belilah dengan niat untuk menolong walau pun mahal sedikit.
Jika kita hendak beri maka kita beri dengan baik dan jika menolak maka tolaklah dengan baik.
Jangan kita menjadi orang bodoh. Antara ciri orang yang bodoh:
1. Marah tanpa alasan
2. Orang yang suka mengikut hawa nafsu
3. Orang yang memboroskan harta tanpa kepentingan
4. Orang yang tidak boleh membezakan antara kawan dan lawan.
-Iaitu tidak tahu membezakan ajakan yang baik dan ajakan yang buruk.
Jadilah kita orang yang berakal. Antara tanda orang berakal:
1. Sabar dalam menghadapi kemarahan.
-Nabi saw menyatakan bahawa orang yang dapat menahan diri daripada marah maka ia adalah orang yang hebat.
-Nabi saw menyatakan sebaik-baik orang adalah orang yang baik pada keluarganya.
-Nabi saw sabar dan tidak marah terhadap orang yang berbuat buruk padanya termasuk orang yang meludahnya. Bahkan Nabi saw pergi ziarah orang yang sering meludahnya apabila ia sakit.
-Nabi saw pernah menyuapkan makan pada seorang perempuan Yahudi tua buta yang menyatakan perkara buruk dan menghinanya.
Bila Nabi saw wafat maka Saidina Abu Bakar ra telah pergi menyuapnya makan seperti yang biasa dilakukan oleh Nabi saw (amalan yang dibuat Nabi saw ini diketahui oleh Saidina Abu Bakar ra daripada isteri Nabi saw iaitu Saidina Aishah ra). Tetapi bila Saidina Abu Bakar ra yang menyuapnya makan, perempuan tua itu tida rasa bahawa orang yang sama yang menyuapnya (kerana makanan yang disuapkan oleh Saidina Abu Bakar ra tidak dihancurkan seperti yang dibuat oleh Nabi saw untuk orang tua itu mudah mengunyahnya).
Maka Saidina Abu Bakar ra telah menyatakan bahawa orang yang menyuapkannya dahulu ia Nabi saw dan ia telah wafat.
Akhirnya barulah orang tua yahudi yang buta itu mengetahui betapa baiknya Nabi saw yang telah menyuapnya sebelum ini walau pun sentiasa mencacinya.
Lalu perempuan tua yahudi itu telah memeluk Islam.
-Sesungguhnya satu kejahatan yang dibalas dengan kebaikan dan kemaafan maka ia akan menghancurkan kejahatan.
-Surah al-qasas, ayat 54: “Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.”
-Surah al-Qasas, ayat 55: “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
-Ia adalah nikmat bila kita dapat menjadi orang yang pemaaf.
2. Menahan nafsu daripada kebathilan
3. Menginfaqkan harta kepada yang benar
4. Dapat bezakan antara kawan dan lawan.
-Pada satu hari datang iblis kepada Nabi Yahaya. Ditanya kepada iblis bagaimanakah tabiat anak Adam.
Maka kata iblis, golongan pertama seperti kamu iaitu sentiasa taat kepada Allah.
Golongan kedua ialah umpama bola. Boleh tendang, sepak terajang dan sebagainya. Iaitu yang memang jahat seperti minum arak, buat maksiat dan lain-lain. Iaitu ia sendiri tergoda. Iblis tidak perlu menggodanya.
Golongan ketiga ialah anak Adam yang sukar digoda. Mereka sentiasa berzikir. Meraka kadang-kadang taat dan kadang-kadang tidak taat. Namun iblis tidak putus asa untuk menggoda. Antaranya iblis akan datang kepada suami isteri yang telah berkahwin. Ia akan menggoda dan mendatangkan fitnah kepada mereka. Iblis juga datang menggoda anak-anak muda untuk berzina, kemudian minum arak dan membunuh.
Iblis akan datang menggoda anak Adam untuk buat maksiat.
Namun golongan ketiga ini mereka walau pun berbuat dosa, ia juga beristigfar dan bertaubat atas dosa yang dilakukan.
Golongan ketiga ini amat berat untuk iblis hendak menggodanya.
Kita istigfar kerana:
1. Mohon ampun kerana ibadat kita yang kurang sempurna
2. Mohon ampun atas dosa-dosa yang kita lakukan.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya syaitan itu menyusup dalam aliran darah anak Adam, maka persempitlah jalan masuknya dengan lapar (puasa).” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Bila kita berpuasa maka hendaklah kita menjaga lidah dan deria kita.
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR: Bukhari).
●Penutup
Moga kita jaga diri kita dan kaum keluarga kita daripada godaan syaitan.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment