السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 21 Feb 2020 / 27 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Salleh Saad (Mantan Imam Masjid Putra).
●Pendahuluan
-Penuhilah masa kita dengan membaca al-quran.
-Jangan kita terlepas untuk membaca 10 ayat pertama surah al-kaffi pada malam jumaat atau hari jumaat.
Ia akan memberi ketenangan dan melindungi kita di alam barzakh.
-Surah al-Kaffi, ayat 2: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”
-Surah al-Kaffi, ayat 3: “(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.”
Jadi ayat ini memberikan berita yang gembira bagi orang yang beriman dan ancaman bagi orang yang kufur.
Apa itu penyakit hati?
-Segala sifat, perbualan, perasaan, fikiran, sangkaan dan niat yang menjauhkan diri kita daripada menjadi seorang hamba Allah SWT yang mulia lagi suci.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguh hati manusia itu boleh berkarat seumpama berkaratnya besi. Maka para sahabat bertanya apakah rawatannya. Nabi saw bersabda, rawatannya adalah al-quran dan mengingati mati.”
-Bila kita ingat mati maka kita akan buat persiapan untuk menemui kematian. Bila ingat mati maka kita tidak terlalu mencintai dunia.
-Sabda Nabi saw: “Akan datang suatu masa pada umat ku, di mana mereka mencintai 5 perkara dan lupa terhadap 5 perkara; pertama: mereka cinta dunia dan melupakan akhirat, kedua: mereka cinta hidup dan melupakan kematian, ketiga: mereka cinta bangunan-bangunan mewah dan melupakan kubur, keempat mereka cinta kepada harta dan melupakan hisab, kelima mereka cinta kepada makhluk dan melupakan Pencipta.”
-Pada umumnya, bila telah sampai umur umur bayi 4 bulan dicampakkan ketentuan 3 perkara iaitu:
1.Ajal
2. Rezeki
3. Baik dan buruknya
Tiga Golongan Manusia:
1. Tewas dengan nafsu
2. Berjihad melawan nafsu
3. Suci dari dosa (Maksum). Ini adalah para Nabi/Rasul
Setiap anak Adam itu banyak buat dosa. Maka hendaklah bersegera bertaubat.
Orang yang tidak berdosa bila meninggalkan perkara yang wajib:
1. Lupa
2. Tertidur
Sendi Pertarungan Jiwa:
1. Hati
2. Akal
Hati itu adalah kalbu.
Hati boleh jadi hidup, mati, kotor, keras, sihat atau sakit.
Bila hati kita bersih dan beriman maka ia akan melihat yang benar itu benar dan yang bathil itu adalah bathil.
-Seketul daging (Hadis)
-Sarang syaitan
-Mazmumah
-Mahmudah
-Wajib disucikan
-Kualiti manusia terletak di hati
-Sejati
Allah tidak melihat rupa paras kamu. Sebaliknya Allah pandang hati-hati dan amalan kamu.
Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.
Nabi saw menyatakan tidak ada beza orang ajam dan orang bukan ajam. Yang membezakan adalah ketaqwaannya.
Jika hati dipenuhi dengan sifat Mahmudah maka sifat mazmumah akan lari.
Sabda Nabi saw: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia bercakap baik atau berdiam diri.”
Tanda-Tanda Penyakit Hati:
-Kekufuran
-Kemunafikan (bohong, mungkir)
-Kemaksiatan
-Kebid’ahan
-Syirik dan Riya’
-Cinta Pangkat dan Kepimpinan
-Banyak bercakap
-Hasad dengki
-Ujub
-Takkabur dan sombong
-Kikir
-Takkabur
-Tidak senang kejayaan orang lain
Kisah Kaab bin Malik yang tidak pergi berperang tetapi ia tidak bercakap bohong memberi alasan tidak pergi kepada Nabi saw.
10 Pintu-Pintu Syaitan:
1. Jahat sangka (menaruh kepercayaan)
-Perlu didik diri bersangka baik dengan orang lain. Bersangka baik orang lain boleh buat lebih baik daripada kita.
Bersangka baik bahawa orang lebih tua lebih banyak membuat amalan.
-Kita perlu pertahankan orang yang baik jika ia difitnah/dihina.
2. Cinta Hidup (Ingat mati)
-Jauhi kecintaan dunia
-Nabi saw menyatakan bahawa pada satu masa umat manusia akan diganyang seumpama daun dimakan ulat walau pun mereka ramai umpama buih dilaut. Ditanya sahabat kenapa, ia adalah kerana cintakan dunia dan takutkan mati.
3. Cinta Rehat-nikmat (Nikmat Hilang)
-Nikmat akan hilang. Yang sihat akan sakit. Nikmat makan akan hilang.
4. Kagum Diri Sendiri (Syukur-Takut Balasan)
-Syukur hendaklah pada lisan, pada perbuatan dan pada harta
5. Memandang Rendah (Mengetahui Hak-Kehormatan)
-Pandangan Allah adalah yang terbaik
6. Hasad Dengki (Puas Hati-Redha)
Faktor Hasad Dengki:
7. Riya’-Pujian (Ikhlas kerana Allah)
8. Bakhil (Tiada yang kekal)
9. Tawaduk
Segeralah mengingati Allah dan bertaubat
Bagaimana Penyakit Hati Boleh Wujud Dalam Diri Seseorang:
-Imam Hassan Al-Basri pernah berkata: “Sesungguhnya enam perkara yang membuat hati manusia menjadi rosak iaitu:
i. Mereka yang sengaja berbuat dosa dengan mengharapkan bertaubat
ii. Mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya
iii. Mereka yang beramal tetapi tidak ikhlas
v. Mereka yang makan rezeki daripada Allah tetapi tidak bersyukur
vi. Mereka yang tidak merasa senang dengan ketentuan Allah
vii. Mereka yang menanam mayat tetapi tidak mahu mengambil pengajaranNya.
Mengubati Sakit Hati:
-Tauhid dan Ubudiyyah
-Keikhlasan
-Berlaku Benar
-Tawakkal
-Mencintai Allah SWT
-Takut dan Mengharap
-Taqwa dan Wara’
-Syukur
-Redha
-Dan lain-lain.
Kata Saidina Umar Ibnul Khatab ra: “Barang siapa yang banyak ketawa maka sedikit pengaruhmya, (yakni kewibawaan). Barang siapa meremehkan orang lain, ia akan diremehkan, barang siapa yang banyak berbuat akan sesuatu, maka ia akan terkenal, barang siapa yang banyak cakapnya, maka sedikit malunya, barang siapa yang sedikit malunya, maka akan sedikit akan sedikit wara’nya, dan barang siapa yang sedikit wara’nya maka akan mati hatinya.”
●Penutup
Sabda Nabi saw: “"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada Mu."
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment