Sunday, 2 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (27/2020): PANDUAN BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 29 Januari 2020/ 5 Jumadilakhir 1441H (Rabu) oleh Ustaz Haniff Hashim.

●Pendahuluan
-Alhamdulillah banyaknya nikmat yang kita perolehi daripada Allah.
-Terdapat 8 jenis nikmat yang boleh kita simpulkan daripada firman Allah dalam al-quran.
Antaranya ialah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.
-Surah Ibrahim, ayat 7: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
-Sabda Nabi saw: “Dibolehkan iri hati dalam dua perkara iaitu irihati orang yang pandai baca al-quran dan irihati orang kaya yang banyak memberi infaq.”
-Kita baru menyambut tahun baru. Maka hendaklah kita munasabah diri kita adakah amalan dan bekalan kita semakin bertambah.
-Bagaimana kita hendak mendapat kekhusukan dalam membaca al-quran dan taddabur ayat al-quran?
-Bila baca al-quran maka hendaklah kita datangkan keikhlasan semata-mata kerana Allah.
Bagaimana Untuk Dapat Kekusyukan Dalam Membaca Al-quran:

1. Meletakkan dunia ketepi
-Hendaklah kita merenung dan menghayati sungguh-sungguh ayat yang dibaca.

-Banyak dalil-dalil bagai mana untuk kita hendak mendapatkan kekhusukan dalam membaca al-quran.
-Surah Saad, ayat 29: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
1. Al-quran akan memberi syafaat kepada yang membacanya.
-Nabi saw bersabda:
Dalam satu hadith daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (HR: Imam Ahmad).

-“Ya Allah kurniakan keredhaan kepada kami, kurniakan syurga Mu dan aku berlindung dengan Mu daripada api neraka..”
2. Setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kali pahalanya.
-Justeru, kita jangan tinggalkan al-quran walau pun satu hari.
Dua perkara yang perlu dibuang untuk pandai baca al-quran:
-Buang rasa ego
-Buang rasa malu

Ulamak shalaf mereka hidup dan mati dengan al-quran.
-Seorang ulamak yang mengimamkan solat subuh ia tumbang dan meninggal bila ia membaca ayat ,surah al-muddaththir.
-Surah , ayat 2-5: “Kerana setelah ditiup sangkala adalah saat yang paling sukar..”
-Surah al-Naml, ayat 87: “Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah -gerun gementar- makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepada-Nya dengan keadaan tunduk patuh.”
-Surah al-Zumar, ayat 68: “Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).”
Kata Ibrahim al-Khawaj, lima ubat untuk menyucikan hati manusia daripada dosa:
-Bila kita telah bersihkan hati maka kita boleh terima teguran. Kita tidak terus melenting.
1. Melazimi membaca al-quran
-Taddabur dan memahaminya

2. Memelihara perut kita
-Pastikan perkara yang halal sahaja

3. Bangun malam (Qiamullail)
-Salah satu daripada tiga golongan yang Allah rindu untuk berjumpa ialah orang yang sentiasa bangun malam untuk beribadat kepada Allah (qiamullail, baca al-quran, berzikir dan lain-lain)

4. Sentiasa berdoa dan bersabar dalam menghadapi ujian.
-Dua jenis ujian iaitu ujian kesusahan dan ujian kesenangan.

5. Duduk bersama orang yang soleh.
-Manusia akan terpelihara bila ia dapat menjaga hatinya untuk tidak rosak.
-Sabda Nabi saw: “Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung).” (HR: Bukhari dan Muslim)
Moga Allah limpahkan nikmat kurniaan yang lebih banyak dengan kesyukuran kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment