Sunday, 1 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (243/2019): MENCARI SAKINAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah,Presint 18, Putrajaya: 29 November 2019/ 3 Rabiulakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Hasli bin Haji Othman

●Pendahuluan
Nusyuz:
-Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
-Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.
-Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.
-Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
-Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.
Antara punca nusyuz:
-Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
-Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
-Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
-Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
-Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
-Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah
-Tidak mahu duduk bersama suami (bersembang/bercakap).
-Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.
-Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh syarak.
-Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.
Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.
-Seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.
-Surah an-Nisaa, ayat 34: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
-Seorang suami perlu berbuat baik kepada isteri dan anak-anak.
Bagaimana Untuk Mendapat Sakinah Dalam Berumahtangga:
i. Kita perlu syukur kerana Allah kurniakan kita pasangan.
Bila kita syukur, maka Allah akan tambah keberkatan.
ii. Kita perlu senyum kepada suami/isteri kita.
iii. Bergurau senda dengan pasangan (nabi saw bergurau senda dengan isterinya)
iv. Memanggil suami/isteri dengan panggilan yang penuh kasih sayang
v. Peruntukkan masa untuk makan, berbual bersama isteri/suami
vi. Niat untuk jadi suami/isteri yang terbaik
-Apa yang berlaku dalam rumahtangga adalah bergantung dengan niat kita.
-Kekurangan itu adalah ujian Allah.
-Nabi saw menyatakan mana-mana isteri meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha maka ia masuk ke syurga.
-Dengan mengingati Allah maka hati kita akan tenang.
-Masalah rumah tangga hendaklah diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment