السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Raja Haji Fi Sabillilli, Cyberjaya, Selangor: 1 Disember 2019/ 5 Rabiulakhir 1441H (Ahad).
●Pendahuluan
-Semua kita ingin meraih keimanan yang teguh bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
-Martabat atau tingkatan iman umumnya dibahagikan kepada 6 tingkatan.
Tingkatan Iman:
1. Iman ikut-ikutan /taklid
-Iaitu iman mengikut fahaman orang lain. Antaranya melalui apa yang diajar oleh guru/ibubapa.
-Iman ini amat lemah dan menghampiri kejahilan.
-Orang yang mempunyai iman kategori ini ia lemah dalam menerangkan hakikat dan penghayatan terhadap apa yang ia imani. Ia hanya berpandukan kepada penerangan orang kepadanya.
2. Iman pada ilmu
-Iaitu iman yang terbit daripada ilmu.
-Ianya hasil daripada pembelajaran mengenai dalil-dalil dan hujah-hujah yang berpandukan kepada al-quran dan hadis serta penerangan oleh ulamak.
-Ia yakin dan mampu menerangkan dan menghayati hakikat iman yang ia imani.
3. Iman dalam hati (iman orang soleh)
-Iaitu iman yang dapat merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya dalam apa jua keadaan.
-Tingkatan iman ini dikurniakan Allah kepada hambaNya yang terpilih sahaja.
4. Iman “Hak”
-Iaitu iman yang terbit daripada “hak”.
-Orang yang mempunyai tingkatan iman ini ia terlepas daripada hawa nafsu syaitan.
-Ia dekat dengan Allah.
-Ia melihat Allah dengan mata hati.
-Ianya dikurniakan kepada insan terpilih sahaja.
-Ianya dikurniakan kepada insan terpilih sahaja.
5. Iman “Hakikat”
-Iaitu Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT.
-Iaitu Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT.
-Hanya para Wali Allah yang dapat mencapai sehingga ke tingkatan iman ini.
-Orang yang mempunyai tingkatan iman ini, mereka menjadi fana’ kepada Allah dan tidak dapat menyedari dan mengawalnya.
6. Iman “Hakikatul Hakikat”
-Iaitu Iman yang terbit daripada “Hakikatul hakikat”
-Iman tingkatan ini adalah hasil daripada “fana’unfillah”
-Iman tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada para Anbia sahaja. Di mana para nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan dapat melihat zat Allah itu tetapi masih mampu untuk mengawalnya dan hidup seperti manusia biasa.
-Seperti Rasulullah saw dapat melihat syurga dan neraka ketika Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun kebumi dan dapat hidup seperti manusia biasa.
Huraian Iman #4: Iman Hak:
- Iaitu orang yang dapat melihat Allah dengan mata hati. Dikurniakan kepada insan yang terpilih.
-Iman hak ialah orang yang melihat Allah dalam apa sahaja tindakannya.
-Bila ia melihat apa sahaja ciptaan Allah maka ia melihat kebesaran Allah.
-Ia bukannya dibuat-buat. Ia datang secara spontan. Ia merasa keberadaan Allah sebenar-benar dalam kehidupannya.
Ciri-ciri orang yang mempunyai Iman Hak:
(i). Hatinya terpaut pada Allah. Ia tidak terpedaya pada dunia.
-Ia warak, tidak makan dipuji. Ia tidak mengejar kekayaan dunia.
-Orang yang mempunyai iman ini umpama ia mendapat syurga yang disegerakan di dunia ini. Ia rasa nikmat beribadat dan membuat kebajikan.
-Jadi kita hendak mencapai tahap sebenar-benar keimanan seperti ini. Iaitu iman hak.
-Proses untuk mendapat tahap iman hak ini perlu berterusan.
-Ia datang dengan pemahaman yang sebenar. Ia meresap masuk dan merupakan anugerah Allah.
-Sabda Nabi saw: “Wahai Muaz, bertaqwalah kamu kepada Allah dalam apa jua keadaan.”
-Iaitu tidak berlaku manupulasi dalam kebaikan yang dibuat. Samada di masjid, di tempat kerja, di depan orang ramai atau bersendirian ia sentiasa taat kepada Allah sepenuhnya. Kebaikan dibuat di mana sahaja.
(ii). Hatinya sentiasa mengingati Allah. Lidahnya sentiasa basah berzikir kepada Allah.
-Kehidupan ini berpasang-pasangan. Siang-malam, kaya-miskin, tua-muda, suami-isteri dan lain-lain.
-Siapa yang mempunyai iman hak, ketaatannya kepada Allah sama sahaja dalam kedua-dua keadaan (pasangannya).
-Siapa yang mempunyai iman hak, ketaatannya kepada Allah sama sahaja dalam kedua-dua keadaan (pasangannya).
-Ia menyerahkan segalanya kepada Allah.
-Misalnya, bila kita keluar daripada rumah bermusafir maka kita berserahkan segalanya kepada Allah.
-Peri pentingnya bila kita mengingati Allah waktu kita senang, maka Allah akan sentiasa ingat Allah samada kita senang dan susah. Ketika kita sihat dan sakit.
-Bila kita ingat Allah waktu senang maka pasti Allah ingat kita waktu kita susah. Jika kita ingat Allah waktu kita hidup, pastinya Allah ingat kita waktu kita mati.
-Bila kita ingat Allah bererti kita sentiasa bersyukur kepada Allah.
-Sepanjang kehidupan kita, bagai manakah pelaksanaan ketaatan kita kepada Allah?
-Ingatlah kamu kepada Allah waktu senang dan susah.
(iii). Ia tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dikalahkan oleh hawa nafsu.
-Contohnya bila kita makan, kita tidak berlebihan. Bila berbelanja, kita tidak membazir.
-Allah mendatangkan pelbagai amalan untuk kita dekat kepadaNya. Solat, puasa, zakat, bersedekah, haji dan lain-lain amalan sunat.
-Surah Yassin, ayat 62: “Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?”
-Sesungguhnya syaitan itu musuh manusia yang nyata.
-Syaitan-syaitan itu menakut-nakutkan manusia akan kefakiran dan suka kepada kebakhilan.
-Janji Allah kepada kita, setiap kebaikan yang kita buat akan diberi ganjaran yang besar.
-Kita permudahkan segala urusan sesama manusia.
-Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah kita berserah kepada Allah. Sesungguhnya Allah yang menyusun segalanya.
-Surah az-Zumar, ayat 9: “Katakanlah: “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”
-Sesungguhnya orang yang mengambil pelajaran dan pengajaran adalah orang yang beruntung di dunia dan di akhirat.
-Sesungguhnya sesuatu yang Allah yang natijahkan dalam kehidupan ini adalah suatu kebaikan bagi orang yang mampu mengambil pengajaran dan pembelajaran atas apa yang berlaku.
-Apa yang ada di langit dan bumi adalah perkara yang boleh kita ambil pengajaran.
-Surah al-anbiyaa’, ayat 105: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
-Jadi, Allah telah nyatakan bahawa bumi ini diwariskan kepada orang yang soleh.
-Untuk menjadi orang yang soleh perlu menghadapi pelbagai ujian.
-Empat perkara yang menjauhkan diri kita daripada menjadi orang yang soleh:
i. Nafsu
ii. Syaitan
iii. Dunia
iv. Makhluk yang ada di sekeliling kita
i. Nafsu
ii. Syaitan
iii. Dunia
iv. Makhluk yang ada di sekeliling kita
-Sabda Nabi saw: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).
-Dalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi s.a.w. dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan. “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu”(HR: Bukhari & Muslim).
-Semoga kita berjaya meraih keimanan yang sebenar.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment