Sunday 31 May 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (101/2020): BUKTIKAN KETAQWAAN KITA DENGAN MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 29 Mei 2020 / 6. Syawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah An-Nisa, ayat 1-2.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru berlalu jadi asbab keredhaan Allah.

-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

-Surah An-Nisa, ayat 2: “Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

HURAIAN:
-Allah telah menyatakan bahawa manusia adalah dari yang satu. Allah lah yang menciptakan manusia bermula dengan Nabi Adam as.

-Allah memerintahkan manusia untuk bertaqwa dan ingatkan bahawa mereka adalah bermula daripada ciptaanNya yang satu.

Thursday 28 May 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (100/2020): INGATLAH BAHAWA KITA DARIPADA YANG SATU



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 28 Mei 2020 / 5 Syawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 1.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Sama-sama kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan. Semoga jadi asbab keredhaan Allah kepada kita semua.

-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

HURAIAN:
-Surah ini dimulai dengan seruan yang kepada seluruh manusia yang mukalaf ketika mula turun ayat hingga kepada seluruh manusia yang lahir di dunia ini sehingga hari kiamat.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (99/2020): OVERVIEW SURAH AN-NISA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 27 Mei 2020 / 4 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru berlalu. Moga jadi asbab keredhaan Allah.

OVERVIEW SURAH AN-NISA:
-Dinamakan surah An-Nisa kerana ayat berkaitan wanita lebih banyak berbanding ayat-ayat yang lain.

-Surah ini juga dikenali sebagai surah Nisa Al-Kubra yang bermakna surah An-Nisa yang besar. Manakala al-Thalaq dikenali juga dengan nama Nisa al-Sughrah atau Nisa al-Qushrah iaitu surah An-Nisa yang kecil.

Bagaimanakah hubungan surah An-Nisa dengan surah sebelumnya iaitu surah ali-Imran:
-Surah ali-Imran telah diakhiri dengan seruan untuk bertaqwa iaitu di ayat 200.

-Jika kita hubungkan dengan ayat pertama pada surah An-Nisa ini, ianya juga dimulai dengan seruan untuk kita bertaqwa kepada Allah.

-Surah An-Nisa, ayat 2: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

-Jika di dalam surah ali-Imran diperincikan tentang peristiwa perang Uhud, dalam surah An-Nisa ini juga disentuh tentang peristwa peperangan tersebut.

-Terdapat juga ayat-ayat yang menyanggah hujah-hujah golongan munafik dan membongkar penyelewangan serta tipu daya mereka.

Tuesday 26 May 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (98/2020): SNAPSHOT SURAH ALI-IMRAN DAN PENGENALAN KEPADA SURAH AN-NISA.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 26 Mei 2020 / 3 Syawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

Segala puji hanya milik Allah.
-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya selepas sebulan kita menjalani tarbiah Ramadhan. Moga jadi asbab keredhaan Allah.

SNAPSHOT Surah ali-Imran:
-Alhamdulillah kita telah selesai kuliah tafsir surah ali-Imran.

-Menurut sebahagian ahli tafsir, surah ali-Imran ini turun selama terjadi perang Uhud dan perang Badar, iaitu pada tahun kedua dan ketiga hijrah.

-Surah ali-Imran terdiri dari 200 ayat, 3508 perkataan dan 14984 huruf. Ia adalah surah ketiga terpanjang selepas surah al-Baqarah dan surah An-Nisa.

-Surah ali-Imran mempunyai dua perkara penting. Dua rukun agama iaitu aqidah dan syariat.
1) Aqidah:
-Begitu banyak ayat-ayat dalam surah ali-Imran yang menerangkan keesaan Allah, kenabian dan kebenaran al-quran. Ia juga merakamkan tingkah laku dan perbuatan ahli kitab Nasarah yang kufur yang menolak al-quran dan kenabian Nabi saw.