السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 26 Mei 2020 / 3 Syawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya).
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ
وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
Segala puji hanya milik Allah.
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga kita menjadi hambaNya yang
kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya selepas sebulan kita
menjalani tarbiah Ramadhan. Moga jadi asbab keredhaan Allah.
SNAPSHOT Surah ali-Imran:
-Alhamdulillah kita telah selesai
kuliah tafsir surah ali-Imran.
-Menurut sebahagian ahli tafsir,
surah ali-Imran ini turun selama terjadi perang Uhud dan perang Badar, iaitu
pada tahun kedua dan ketiga hijrah.
-Surah ali-Imran terdiri dari 200
ayat, 3508 perkataan dan 14984 huruf. Ia adalah surah ketiga terpanjang selepas
surah al-Baqarah dan surah An-Nisa.
-Surah ali-Imran mempunyai dua
perkara penting. Dua rukun agama iaitu aqidah dan syariat.
1) Aqidah:
-Begitu banyak ayat-ayat dalam surah
ali-Imran yang menerangkan keesaan Allah, kenabian dan kebenaran al-quran. Ia
juga merakamkan tingkah laku dan perbuatan ahli kitab Nasarah yang kufur yang
menolak al-quran dan kenabian Nabi saw.
-Dalam surah al-baqarah, terdapat
banyak ayat yang menjelaskan kekufuran golongan ahli kitab Yahudi. Allah
rakamkan konspirasi dan muslihat tersembunyi mereka terhadap Islam dan
tentangan kepada dakwah Nabi saw.
-Dalam surah ali-Imran ini dinyatakan
pula sifat golongan ahli kitab Nasarah yang mendustakan Nabi Isa as dan Nabi
Muhamad saw.
-Hampir separuh daripada surah
ali-Imran menerangkan tentang golongan ahli kitab Nasarah. Ditunjukkan
bukti-bukti jelas yang tidak boleh dinafikan terutamanya pendustaan mereka
terhadap kejadian Nabi Isa ra dan ibunya Mariam.
-Selain itu, di pertengahan surah
dinyatakan juga tentang golongan orang Yahudi yang tidak habis-habis menolak
dan mempermainkan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi saw.
2) Syariat
-Surah ali-Imran ini juga membawa
ayat-ayat berkaitan syariat termasuk berkaitan seruan jihad dan berjuang di
jalan Allah. Dinyatakan tentang hukum haji, jihad, riba dan orang yang
menghalang pengeluaran zakat. Kemudian dinyatakan tentang jihad dan peperangan
termasuk Perang Badar dan Perang Uhud. Dirakamkan ujian yang dihadapi oleh
orang beriman dan pengajarannya.
-Kemudiannya, surah ini memaparkan
tentang kemenangan Islam dalam Perang Badar dan kemudiannya kekalahan dalam
Perang Uhud kerana tidak mematuhi arahan Nabi saw.
-Terdapat pengajaran-pengajaran yang
hebat dirakamkan dalam peristiwa peperangan Uhud. Ianya suatu tarbiyah dan
pengajaran buat orang beriman. Allah tunjukkan siapakah di kalangan orang Islam
itu benar-benar beriman dan orang yang munafik. Allah telah tampilkan
sifat-sifat kemunafikan golongan yang kufur.
-Kekalahan dalam Perang Uhud yang
dikehendaki oleh Allah tersebut adalah untuk kita mengetahui bahawa Allah boleh
menzahirkan sifat sebenar orang munafik. Mereka disaring daripada tentera orang
Islam yang mengaku beriman kepada Nabi saw dengan mentakdirkan kekalahan
tentera Islam. Ditunjukkan juga kekotoran jiwa dan sifat buruk kemunafikan
golongan kuffur yang mengikut hawa nafsu.
-Bagi golongan munafik mereka
bersifat buruk kepada Nabi saw dan orang beriman.
-Allah juga nyatakan sifat-sifat
orang yang benar-benar beriman iaitu golongan Ulul Albab. Iaitu golongan yang
banyak bertaffakur melihat kebesaran penciptaan Allah pada langit dan bumi.
Segala ciptaan Allah penuh dengan rahsia dan hikmah yang tidak dapat disingkap
dengan akal manusia. Semuanya menunjukkan kekuasaan Allah.
-Kemudian diterangkan tentang seruan
jihad buat orang beriman pada ayat 200.
-Mudah-mudahan kita beroleh ibrah
daripada tafsiran ayat-ayat yang kita pelajari. Moga kita diberi kekuatan untuk
mengikuti dan mengamalkan ayat-ayat yang diturunkan Allah di sepanjang
kehidupan.
-Antara tema utama dibawa dalam surah
ali-Imran ialah:
i. Tauhid, sifat-sifat Allah, ma'ad
dan ma'arif Islam;
ii. Perintah jihad dan pengambilan
pelajaran dan ibrah daripada perang Badar dan Uhud;
iii. Isyarat kepada sebagian
hukum-hukum Islam mengenai Kaabah, kewajiban haji, amar ma'ruf, nahi mungkar,
tawalli, tabarri, amanat, infak di jalan Allah dan meninggalkan perkara dusta;
iii. Seruan kepada penyatuan umat
Islam dan kesatuan dalam menghadapi musuh;
iv. Bersabar dan tabah dalam
menghadapi kesulitan dan berbagai ujian-ujian Ilahi serta mengingat Allah dalam
setiap keadaan;
v. Beberapa isyarat kepada sejarah
para nabi seperti Nabi Adam as, Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan
Nabi Isa as;
vi. Kehidupan dan keutamaan-keutamaan
Saidina Maryam dan keluarganya;
vii. Tipu daya dan konspirasi
pengikut yang menentang Nabi Musa as dan Nabi Isa as dalam dakwah Islam.
Pengenalan Kepada Surah An-Nisa:
-Perkataan nisa (kaum perempuan)
digunakan lebih daripada 20 kali dalam surah ini dan kebanyakan hukum fikih
yang disebutkan dalam surah ini adalah berkaitan dengan kaum perempuan. Justeru
itu surah ini disebut sebagai An-Nisa.
-Nama lain bagi surah ini adalah Nisa
Al-Kubra yang bermakna surah An-Nisa yang besar. Surah al-Thalaq dikenali juga
dengan nama Nisa al-Sughrah atau Nisa al-Qushrah iaitu surah An-Nisa yang
kecil.
-Surah An-Nisa merupakan surah
Maddaniyah dan bagi para pembaca al-quran (Qurra), terdiri dari 176 ayat dan
menurut para pembaca al-quran dari Suriah (Syam) terdiri dari 177 ayat.
-Manakala menurut para pembaca
lainya, surah An-Nisa memiliki 175 ayat. Pendapat yang sahih dan masyhur di
antara ketiga pendapat ini adalah pendapat pertama.
-Bagai mana boleh berbeza bilangan
ayat tersebut. Maka ini adalah perbahasan tentang ilmu pengiraan ayat-ayat yang
mempunyai perbezaan pandangan antara ulamak. Ianya bergantung pada
kawasan-kawasan. Di waktu pemerintahan Saidina Uthman, beliau telah menghantar
para hufaz ke serata negara Islam untuk mengajar al-quran dan berdakwah.
-Surah An-Nisa ini memiliki 3,764
kata dan 16,328 huruf. Surah ini dari sisi penyusunan, pengumpulan dan sesuai
dengan urutan mushaf merupakan surah keempat al-quran dan manakala jika
mengikut tertib pewahyuan surah An-Nisa adalah surah ke-92.
-Surah An-Nisa adalah surah yang
keenam yang diturunkan di Madinah. Dari sudut panjang surah, surah An-Nisa
adalah surah yang ketiga dari ketujuh surah thuwal (panjang) dalam Al-Quran.
Setelah surah Al-Baqarah, surah An-Nisa merupakan surah yang terbesar dan
mencakup kurang lebih 1/5 juz Al-Quran.
-Surah An-Nisa adalah surah pertama
dari sebelas surah yang memulai khitabnya dengan redaksi umum, Wahai segenap
manusia (ya ayyuha al-nas).
-Surah An-Nisa ini diturunkan selepas
Nabi saw berhijrah ke Madinah. Di turun selepas surah al-muthahsnah.
-Diriwayatkan Saidina Aishah ra
menyatakan, “Tidaklah diturunkan surah An-Nisa dan surah al-Baqarah selepas aku
berada di sisi Nabi saw.”
-Walau bagaimana pun ada pandangan
menyatakan ianya surah Makkiyah. Namun bila teliti dan taddabur kandungan
ayat-ayatnya maka kita dapati terdapat ciri-ciri ayat Madiniah. Iaitu surah
yang banyak menerangkan tentang hukum-hukum berkaitan hijrah, jual beli,
kekeluargaan, hijrah dan lain-lain.
-Apa jua ayat yang diturunkan selepas
hijrah Nabi saw dinamakan surah al-Madaniyyah. Ayat Madaniyyah tidak banyak
menyentuh hal aqidah tetapi lebih kepada persoalan Tasyri’ dan pembinaan
organisasi.
-Surah-surah Makkiyah biasanya pendek
dan berbicara tentang Tauhid dan penafian syirik serta tidak banyak menyentuh
masalah pensyariatan dan perundangan. Sementara surah-surah Madaniyyah adalah
surah-surah yang lebih panjang dan lebih banyak terlihat di dalamnya tentang
penjelasan undang-undang dan hukum-hukum syariat.
-Ayat-ayat Maddiniyah ditujukan
terutamanya kepada orang beriman. Ayat-ayatnya menjelas aturan-aturan kota,
pengadilan, kemasyarakatan, pemerintahan, aturan-aturan peperangan dan
perdamaian.
-Tema Umum Surah An-Nisa:
Kebanyakan hukum fekah yang berkaitan
dengan perempuan, anak-anak yatim dan hukum-hukum faraith/pusaka disebutkan
pada surah ini.
Berikut adalah tema utama surah
An-Nisa:
i. Ajaran tentang pembentukan dan
pengaturan rumah tangga
ii. Silaturahim dan membantu kedua
orang tua, kerabat terdekat, tetangga, orang-orang dalam perjalanan dan
orang-orang kurang mampu.
iii. Jihad melawan orang-orang kafir
iv. Peringatan melawan orang-orang
munafik
v. Masalah wilayah, pemerintahan
Islam, terciptanya keadilan sosial, hijrah dari masyarakat rusak menuju
masyarakat yang sehat untuk menunaikan perintah-peritah agama.
●Penutup
《May Allah give us
ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment