Showing posts with label HALAL & HARAM. Show all posts
Showing posts with label HALAL & HARAM. Show all posts

Saturday, 22 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (97/2019): TASAWUF: HALAL HARAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Program Tanya Ustaz@TV3, 6.45pagi: 22 Jun 2019/ 17 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Jaffri Abu Bakar

-Jika Allah hendak kita buat kebaikan, maka Allah akan bagi hidayah dan berikan kefakihan (kefahaman) dalam agama kepada kita.
-Kita perlu menjadi orang yang berkira-berkira dalam perkara halal haram.
-Kita jangan jatuh kepada perkara yang subahah.
-Sabda Nabi saw: “Kamu jagalah Allah, maka Allah akan jaga kamu”
-Maksud jaga Allah ialah kita meletakkan tembok antara yang halal dan haram. Tembok itu adalah perkara subahah. Maka meninggalkan yang haram dan subahah itu adalah selamat.
Kita jaga akhlak dan diri kita dalam beragama.
Q& A:
Q1: Bagaimana kalau telah termakan makanan yang haram
A1: Hendaklah kita bertaubat dan berhati-hati dengan apa yang kita makan. Jadilah kita orang yang menjaga daripada perkara yang haram dan subahah.
Q2: Ada yang menyatakan bahawa Islam itu penuh dengan perkara yang pantang larang sedangkan banyak lagi perkara yang tidak dilarang.
A2: Allah tidak menjadikan dengan sia-sia. Allah buat semua itu ada sebab. Ada check & balance. Ada malam & siang. Ada lelaki & perempuan. Ada syurga & neraka.
Allah hendak menguji kita samada kita hendak menjadi hambaNya yang taat kepadaNya.
Surah al-Mulk, ayat 2:
-“Allah yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun”
yang mentadbirkan yg hidup dan yang mati..siapakah?
Kita ada nafsu dan syaitan. Ia membisikkan untuk membuat kejahatan. Kita banyak yang halal tetapi masih hendak yang jahat. Contohnya, telah ada isteri & kehidupan yang halal tetapi kenapa cari juga yang tidak halal.
Itu sebab satu yang paling sukar dalam taubat adalah untuk rasa menyesal untuk lakukan perkara yang tidak baik.
Jangan kita terjebak untuk merasa kelazatan dalam melakukan kejahatan.
Q3: Mengapa Islam menetapkan halal dan haram. Bagaimana orang yang culas dengan kerja. Kerja tidak ikut masa.
A3: Kita perlu amanah dalam kerja kita. Setiap sen yang kita dapat akan dihitung.
Syarat Taubat:
i.Berhenti
ii. Azam tidak hendak buat lagi
iii.Menyesal atas perkara yg berlaku
iv. Jika bersabit pd orang kita minta maaf dan pulang balik jika terambil barang.
Kita sebagai manusia memang banyak buat janji. Terutama janji kita pada majikan.
Adakah layak kita ambik gaji jika kita tidak jalankan tugas dan amanah kita.
Kita jauhilah daripada sifat-sifat kecurangan.
Ada perkara yang mulanya halal tetapi jika tidak amanah maka ia menjadi haram. Justeru kita jagalah pekerjaan dan amanah.
Sabda Nabi saw: “Apa yang aku larang dalam kehidupan maka kamu lakukan. Apa yang kamu larang dalam kehidupan maka kamu tinggalkan”
Q4: Bagaimana kita banyak membuat perkara-perkara makruh
A4: Makruh itu duduk dalam perkara yang dibenci. Jika kita dapat tinggalkan maka kita dapat pahala.
Kita usaha untuk tinggalkan perkara makruh. Kita tinggalkan juga perkara subahah.
Siapa yang tinggalkan perkara subahah maka kita telah menjaga diri dan agama.
Jauhi dpd mengambil racun iaitu perkara yang dilarang.
Ada juga perkara yang haram buat seseorang tetapi halal buat seseorang kerana adanya musaqah. Misalnya memakan bangkai kerana tidak ada makanan lain dan jika tidak makan maka membawa kepada kemudaratan.
Q5: Adalah makanan halal dan haram mempengaruhi akhlak dan peribadi seseorang
A5: Ya, apa yang masuk dalam perut kita akan mempengaruhi akhlak kita. Jika banyak makan perkara haram maka akan mempengaruhi akhlak.
Terlebih makan pun akan mempengaruhi tindak tanduk kita, seperti letih dan banyak tidur.
-
Apa makanan yang kita makan akan mempengaruhi kita.
Allah berkehendak untuk memberi kemudahan kepada kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday, 13 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (90/2019): HUKUM MUZIK & NYANYIAN DALAM ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 11 Jun 2019/ 7 Syawal 1440H (Selasa). oleh Prof. Madya Ustaz Dr Hj Mohd Izhar b. Mohd Khashim.
Sumber: Kitab Halal Haram Dalam Islam (Dr Yusof Qardawi).
●Pendahuluan
-Nyanyian adalah antara hiburan yang menenangkan jiwa.
-Hiburan membawa kepada ketenangan. Ia boleh merehatkan tubuh badan & ia akan mengurangkan stress.
-Fitrah manusia adalah hendak kepada hiburan.
-Bila seorang bayi dilahirkan ia mula dengan menangis. Kemudian bila besar sedikit ia banyak ketawa..
-Lagu/muzik ada beberapa kategori, ada membawa kepada harus, makruh dan haram.
-Oleh sebab banyak jenis lagu/muzik maka hukumnya terbahagi kpd beberapa bahagian.
Muzik/lagu Yang Diharamkan:
i. Muzik/lagu yang mengajak kepada maksiat.
ii. Muzik/lagu yang membawa kepada penghinaan.
iii. Muzik/lagu yang mengajak kepada seks.
iv. Suara wanita yang dilenggok-lenggokkan dengan melampau.
-Bagi yang tidak melampau dibenarkan.
v. Lirik lagu yang membawa kepada perbalahan.
Muzik/lagu Yang Dibenarkan:
i. Muzik/lagu yang mempunyai unsur/nilai fitrah. Mengajak kepada ketenangan & kebahagian.
ii. Muzik/lagu seorang suami kepada isterinya.
Dalam hal-hal di zaman mukhtahir ini, ianya perlu dirujuk kepada pandangan fatwa.
Sabda Nabi saw:
Saidina Aisyah ra hadiri satu kenduri orang Ansar terdapat hiburan.
Nabi saw bertanya kepada Saidina Aisyah ra, semasa pergi kenduri tadi adakah kamu melihat hiburan oleh perempuan-perempuan muda di majlis orang Ansar tersebut. Maka Saidina Aisyah ra menyatakan ya.
Nabi saw menyatakan bhw di kalangan orang Ansar ada yang suka menyanyi.
Nabi saw tidak melarangnya.
-Sabda Nabi saw:
Pada hari raya Aidul’ Adha, Saidina Abu Bakar ra datang ke rumah Nabi saw dan didapati bahawa ada dua orang lelaki sedang menyanyi. Saidina Abu Bakar ra cuba untuk memberhentikannya, tetapi ianya dilarang oleh Nabi saw. Nabi saw menyatakan biarkanlah kerana hari ini adalah hari raya.
Berdasarkan hadith ini, maka nyanyian adalah dibenarkan untuk tujuan hiburan asalkan ia tidak membawa kepada maksiat & lagha’.
~bersambung.
Q&A:
Q1: Bagaimana menyanyi nasyid dalam masjid
A1: Ianya tidak digalakkan.
Q2: Adakah perlu qada puasa wajib dahulu sebelum puasa sunat 6 hari di bulan syawal
A2: Terdapat banyak pandangan:
i. Boleh buat puasa sunat 6 hari syawal dahulu. Ini kerana puasa qada boleh dibuat dalam tempoh 11 bulan.
ii. Perlu buat dahulu qada puasa wajib.
iii. Gabungkan puasa qada dan puasa sunat 6 hari syawal (ini adalah pandangan ijtihad).
“Sahaja aku puasa qada wajib dan bersama dengan puasa sunat bagi 6 hari di bulan syawal.”
Q3: Bagaimana dengan kumpulan marhaban:
A3: Ia dibenarkan jika tidak menimbulkan gejala negatif & tidak bertentangan dengan syarak.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (68/2019): KITAB HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9,Putrajaya: 19 April 2019/ 12 Syaaban 1440H (Khamis) oleh Ustaz PU Ustaz Dr Toha
Sumber: Kitab karangan Dr Yusoff Qardawi).

Syarat-Syarat Halal Makanan Buruan.

●Pendahuluan
-Syarat-Syarat Halal Makanan Buruan:
1. Orang yg memburu yg membunuh binatang buruan itu mestilah orang Islam atau ahli kitab.
2. Bila berburu, kita bukan berburu dgn niat utk menganiaya. Kita berburu utk menjadikan binatamg buruan tersebut sebagai makanan.
-Nabi saw menyatakan bhw sesiapa melastik burung dgn niat bermain-main maka bila di akhirat nanti ia akan bangun dalam keadaan...”
3. Orang yg berburu tidak boleh dalam ihram haji atau umrah.
-Surah al-Maidah ayat 94 & 95.
Binatang Yg Digunakan Untuk Memburu:
-Binatang buruan terbahagi kpd dua iaitu binatang buruan darat dan udara.
-Binatang yg digunakan utk buruan darat ialah anjing atau singa. Binatang buruan udara ialah burung helang.
Syarat-Syarat Menggunakan Binatang Buruan Untuk Memburu:
1. Ianya telah terlatih.
-Iaitu binatang yg boleh faham arahan umum.

2. Bila si pemburu hendak lepaskan anjing/burung helang/singanya, maka ia perlu membaca kalimah Bismillah...
-Sabda Nabi saw: “Dan jika kamu lepaskan anjing mu maka sebutlah nama Allah (Bismillah..) atas buruan mu itu. Dan jika kamu mendapati binatang buruan yg ditangkap itu masih hidup maka hendaklah kamu menyembelihnya.”
Alat Yg Digunakan Untuk Buruan:
1. Perlu tajam
-Senjata yg digunakan utk berburu perlu tajam.

-Nabi saw menyatakan bhw dalil bagi keperluan utk menggunakan alatan yg tajam spt firman Allah dlm Surah Al-Maidah, ayat 94: “Yang mudah ditangkap dgn tangan kamu dan dengan lembing-lembing kamu..”
-Surah Al-Maidah, ayat 24 (4?): “Katakanlah wahai Muhammad, telah dihalalkan kepada kamu benda-benda yg elok. Makanlah dari binatang-binatang buruan yang terlatih..”
-Sabda Nabi saw: “.......”
3. Binatang pemburuan itu hanya memburu untuk tuannya.
-Surah Al-Maidah, ayat 90 & 91: “Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya arak, judi, bertenung nasib adalah daripada syaitan. Maka hendaklah menjauhinya.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (62/2019): FIQH MUAMALAT ( JUAL BELI YANG DIHARAMKAN & ADAB BERJUAL BELI)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 8 April 2019/ 2 Syaaban 1440H (Isnin).


●Pendahuluan
-Jual beli yg haram tetapi sah:
Ada juga jual beli yg haram dan tidak sah.
-Apabila diketahui semua harta atau pendapatan seseorang itu daripada sumber haram, maka haram untuk kita berjual beli & bermualat dengannya (termasuk sewaan). Juga haram memakan makanan yg dijamunya.
-Namun jika harta/pendapatan seseorang itu bercampur aduk antara sumber yg halal & haram maka berurusan jual beli dengannya hukumnya makruh. Memakan makanan yg dijamunya juga makruh.
-Sabda Nabi saw: “Yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas. Dan antara yg halal dan haram itu ada yg samar-samar (subhah). Maka hendaklah kamu menjauhinya/tinggalkannya.”
-Nabi saw menyatakan bhw sesiapa yg meninggalkan perkara yg samar-samar maka ia telah memelihara agama dan maruahnya. Insan ini adalah hamba Allah yg bertaqwa.
-Sekarang banyak benda yg baik telah disukai utk diamalkan.
Perumpamaan perkara subahah bila seseoran itu suka tekan minyak bila waktu lampu traffic light kuning. Ia akan menyusahkan diri dan orang lain serta akan merosakkan harta benda.

Cth yg lain, di Malaysia telah ditetapkan waktu syuruk. Bagi yg telah siap makan, maka adalah digalakkan berhenti makan. Ini utk elakkan terlajak.
-Jadi kita perlu elakkan benda-benda yg subahah. Ia akan mendatangkan mudarat. Orang yg terlibat dalam perkara subahah akan tergelincir utk membuat perkara yg dilarang.
Adab-Adab Berjual Beli:
1. Bertolak ansur dalam berjualbeli.
-Penjual & pembeli perlu saling meraikan. Penjual perlu letakkan harga yg berpatutan. Tidak ada masalah untuk peniaga membuat keuntungan.
-Seseorang peniaga jangan menyusahkan peniaga lain dgn meletakkan harga yg terlalu murah walaupun ia telah membuat untung.
-Bagi pembeli pula perlu bertolak ansur dgn tidak membeli terlalu murah. Jika didapati ada penjual yg terdesak hingga sanggup jual dibawa harga pasaran maka boleh tawarkan utk membeli pada harga yg lebih mahal.
-Bagi penjual, jika didapati amat memerlukan utk membeli tetapi tidak mampu membayar lebih maka boleh menolong dengan jual lebih rendah atau menangguh bayaran. 
-Juga bila menuntut hutang, penjual perlu bertolak ansur.

-Nabi saw bersabda:”Semoga Allah merahmati orang yg bertolak ansur dalam berjual beli dan dalam menuntut hutang.”
2. Bersifat jujur
-Penjual perlu bersifat jujur bila memberi maklumat.
-Jika memberi maklumat, penjual perlu jujur. Jangan jika hendak memberi info tetapi sengaja tidak memberi maklumat yg lengkap. Perlu telus.

-Tidak wajib utk pembeli memberi maklumat kos barang & margin keuntungannya.
-Sabda Nabi saw: “Pada hari kiamat, para peniaga akan dibangkitkan bersama orang yg berdosa kecuali orang yg bertaqwa, berbuat baik dan jujur.”
-Sabda Nabi saw: “Para peniaga yg jujur dan amanah ia akan dibangunkan bersama para Nabi & syuhada.”
-Penjual dan pembeli boleh membatalkan pembelian sekiranya belum berpisah secara fizikal.
-Sekiranya pembeli dan penjual menipu/ tidak jujur maka Allah akan hilang keberkatan dalam jualbeli mereka.
3. Tidak bersumpah walau pun benar.
-Jangan guna nama Allah untuk mendapat keuntungan dunia.
-Walau pun benar, tidak perlu bersumpah dalam berjual beli.
-Firman Allah: “Janganlah kamu menjadikan Allah sebagai pagar yg menghalang kamu melakukan amal soleh.”
“Sumpah itu melariskan jualan tetapi ia menghapuskan keberkatan.”
-Sabda Nabi saw: “Tiga jenis manusia yg Allah tidak melihat mereka dengan pandangan rahmat. Amat malanglah mereka itu. Tiga golongan itu ialah orang yg suka mengungkit, orang yg melerekkan kain pelikatnya (orang yg sombong) dan...”
-Sabda Nabi saw: “Jangan kamu membatalkan pahala sedekah kamu dengan mengungkit & menyakitkan hati orang yg menerima sedekahnya.”
-Ada juga hadith berkaitan meleretkan pakaian tetapi tidak berkaitan dengan sifat sombong.
Nabi saw: “Sesiapa yg seret bajunya maka ia masuk neraka. Maka Saidina Abu Bakar ra menyatakan seluarnya meleret. Maka Nabi saw menyatakan bahawa kamu bukan daripada golongan mereka.”
-Kita perlu berlapang dada dalam perbezaan pandangan. Ini utk melahirkan masyarakat yg harmoni.
-Nota: Adab terhadap makanan: Jangan memaki hamun makanan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.