Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (62/2019): FIQH MUAMALAT ( JUAL BELI YANG DIHARAMKAN & ADAB BERJUAL BELI)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 8 April 2019/ 2 Syaaban 1440H (Isnin).


●Pendahuluan
-Jual beli yg haram tetapi sah:
Ada juga jual beli yg haram dan tidak sah.
-Apabila diketahui semua harta atau pendapatan seseorang itu daripada sumber haram, maka haram untuk kita berjual beli & bermualat dengannya (termasuk sewaan). Juga haram memakan makanan yg dijamunya.
-Namun jika harta/pendapatan seseorang itu bercampur aduk antara sumber yg halal & haram maka berurusan jual beli dengannya hukumnya makruh. Memakan makanan yg dijamunya juga makruh.
-Sabda Nabi saw: “Yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas. Dan antara yg halal dan haram itu ada yg samar-samar (subhah). Maka hendaklah kamu menjauhinya/tinggalkannya.”
-Nabi saw menyatakan bhw sesiapa yg meninggalkan perkara yg samar-samar maka ia telah memelihara agama dan maruahnya. Insan ini adalah hamba Allah yg bertaqwa.
-Sekarang banyak benda yg baik telah disukai utk diamalkan.
Perumpamaan perkara subahah bila seseoran itu suka tekan minyak bila waktu lampu traffic light kuning. Ia akan menyusahkan diri dan orang lain serta akan merosakkan harta benda.

Cth yg lain, di Malaysia telah ditetapkan waktu syuruk. Bagi yg telah siap makan, maka adalah digalakkan berhenti makan. Ini utk elakkan terlajak.
-Jadi kita perlu elakkan benda-benda yg subahah. Ia akan mendatangkan mudarat. Orang yg terlibat dalam perkara subahah akan tergelincir utk membuat perkara yg dilarang.
Adab-Adab Berjual Beli:
1. Bertolak ansur dalam berjualbeli.
-Penjual & pembeli perlu saling meraikan. Penjual perlu letakkan harga yg berpatutan. Tidak ada masalah untuk peniaga membuat keuntungan.
-Seseorang peniaga jangan menyusahkan peniaga lain dgn meletakkan harga yg terlalu murah walaupun ia telah membuat untung.
-Bagi pembeli pula perlu bertolak ansur dgn tidak membeli terlalu murah. Jika didapati ada penjual yg terdesak hingga sanggup jual dibawa harga pasaran maka boleh tawarkan utk membeli pada harga yg lebih mahal.
-Bagi penjual, jika didapati amat memerlukan utk membeli tetapi tidak mampu membayar lebih maka boleh menolong dengan jual lebih rendah atau menangguh bayaran. 
-Juga bila menuntut hutang, penjual perlu bertolak ansur.

-Nabi saw bersabda:”Semoga Allah merahmati orang yg bertolak ansur dalam berjual beli dan dalam menuntut hutang.”
2. Bersifat jujur
-Penjual perlu bersifat jujur bila memberi maklumat.
-Jika memberi maklumat, penjual perlu jujur. Jangan jika hendak memberi info tetapi sengaja tidak memberi maklumat yg lengkap. Perlu telus.

-Tidak wajib utk pembeli memberi maklumat kos barang & margin keuntungannya.
-Sabda Nabi saw: “Pada hari kiamat, para peniaga akan dibangkitkan bersama orang yg berdosa kecuali orang yg bertaqwa, berbuat baik dan jujur.”
-Sabda Nabi saw: “Para peniaga yg jujur dan amanah ia akan dibangunkan bersama para Nabi & syuhada.”
-Penjual dan pembeli boleh membatalkan pembelian sekiranya belum berpisah secara fizikal.
-Sekiranya pembeli dan penjual menipu/ tidak jujur maka Allah akan hilang keberkatan dalam jualbeli mereka.
3. Tidak bersumpah walau pun benar.
-Jangan guna nama Allah untuk mendapat keuntungan dunia.
-Walau pun benar, tidak perlu bersumpah dalam berjual beli.
-Firman Allah: “Janganlah kamu menjadikan Allah sebagai pagar yg menghalang kamu melakukan amal soleh.”
“Sumpah itu melariskan jualan tetapi ia menghapuskan keberkatan.”
-Sabda Nabi saw: “Tiga jenis manusia yg Allah tidak melihat mereka dengan pandangan rahmat. Amat malanglah mereka itu. Tiga golongan itu ialah orang yg suka mengungkit, orang yg melerekkan kain pelikatnya (orang yg sombong) dan...”
-Sabda Nabi saw: “Jangan kamu membatalkan pahala sedekah kamu dengan mengungkit & menyakitkan hati orang yg menerima sedekahnya.”
-Ada juga hadith berkaitan meleretkan pakaian tetapi tidak berkaitan dengan sifat sombong.
Nabi saw: “Sesiapa yg seret bajunya maka ia masuk neraka. Maka Saidina Abu Bakar ra menyatakan seluarnya meleret. Maka Nabi saw menyatakan bahawa kamu bukan daripada golongan mereka.”
-Kita perlu berlapang dada dalam perbezaan pandangan. Ini utk melahirkan masyarakat yg harmoni.
-Nota: Adab terhadap makanan: Jangan memaki hamun makanan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment