Monday, 15 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (41/2019): KEPERIBADIAN SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 13 April 2019/ 7 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Dato’ Dr Zulkefli (SS Mufti Terengganu)

●Pendahuluan
-Saidina Abu Bakar r.a adalah orang dewasa pertama yg memeluk Islam.
-Apakah sebab Saidina Abu Bakar r.a mudah utk memeluk agama Islam?
Saidina Abu Bakar r.a sebelum memeluk Islam ia adalah peniaga.
Dari aspek keperibadiannya, beliau tidak pernah tipu orang, tidak pernah khianat, tidak pernah berzina, tidak pernah minum arak & tidak pernah buat perkara-perkara yg buruk yg lain.
Jadi Saidina Abu Bakar ra mempunyai sifat-sifat fitrah semulajadi. 
Pada hakikatnya, manusia memang suka kepada perkara-perkara yg fitrah.
Bila kita dilahirkan, fitrah kita ada suci bersih zahir dan batin. Roh kita bertauhidkan Allah. Tidak ada sifat-sifat mazmumah disaat kelahiran kita.

-Oleh kerana Saidina Abu Bakar ra telah sedia ada sifat-sifat fitrah semulajadi maka ia mudah menerima Islam.
Jadi, jika kita mempunyai sifat-sifat yg baik maka kita mudah utk menerima Islam. Mudah menerima kebenaran. Kita tidak akan menentang perintah Allah dan Rasulullah saw. 
Kita akan melaksanakan tanggunggjawab kita untuk amal makruf nahi mungkar.

Sebab itu jugalah kita diminta utk melatih anak-anak utk diajar mereka solat sejak kecil lagi. 
Ini untuk mengambil kesempatan umur mereka yg kecil lagi yg masih kuat sifat-sifat fitrah manusia yg ada padanya untuk mudah menerima dan mengamalkan Islam. Untuk dekat dengan amal ibadat.

Bila bayi lahir kita dikehendaki utk di azankan di telinga kanan dan di iqamatkan di telinga kiri. 
Ini adalah untuk ia dpt mendengar nama Allah dpd sejak kecil lagi, semoga ia akan menjadi insan yg bertaqwa hingga ke akhir hayatnya.

Sesungguhnya Islam adalah agama fitrah. 
Berbanding dengan Saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar ra pula memeluk Islam selepas 6 tahun Nabi saw menjadi Rasul.

Saidina Abu Bakar ra setelah memeluk Islam, apa yg ia telah lakukan selepas itu ialah, ia telah memberikan dirinya kepada Islam. Ia telah menjalankan dakwah walau pun ia seorang yg kaya dan berpengaruh. 
Saidina Abu Bakar r.a telah berdakwah kpd Saidina Uthman ra hingga beliau memeluk Islam.

Saidina Abu Bakar ra juga telah memberikan harta bendanya kepada Islam.
Beliau juga telah berhijrah bersama Nabi saw. Beliau telah merancang perjalanan hijrah. Anak-anak dan hambanya telah membantunya (Saidina Asmah, Saidina Abdullah...)
Pada satu ketika, Nabi saw telah mengumpulkan para sahabat lalu baginda saw bertanya beberapa perkara. Pertamanya Nabi saw bertanya siapakah yg berpuasa sunat pada hari ini (tidak ada yg menjawab kecuali Saidina Abu Bakar ra), kemudian Nabi saw bertanya lagi, pada hari ini siapakah yg memberi makan orang miskin, maka tidak ada yg menjawab kecuali Saidina Abu Bakar ra. Ditanya oleh Nabi saw lagi, siapakah hari ini yg menziarahi orang mati hingga ke kubur, maka tidak ada yg menjawab kecuali Saidina Abu Bakar ra, akhirnya Nabi saw bertanya lagi siapakah hari ini yg menziarahi orang sakit, maka tidak ada juga yg menjawab kecuali Saidina Abu Bakar ra.
Nota: Tidak bermakna dalam hadith ini bahawa Saidina Abu Bakar ra menunjuk-nunjuk. Segala pertanyaan Nabi saw sahabat akan menjawab dengan jujur. Ianya juga untuk memberi ilmu kepada umat.

Kemudian Nabi saw berkata tidak berkumpul empat perkara ini pada orang lelaki melainkan ia adalah ahli syurga.
Daripada hadith ini, keperibadian Saidina Abu Bakar ra dapat kita ketahui bahawa beliau ialah orang yg mengambil tahu tentang masyarakat. Ia adalah aktivist masyarakat. 
Ia bukan sahaja beribadat semata-mata tetapi ia juga sentiasa aktif membuat kebajikan.

Islam menekankan kemasyarakatan. Justeru kita contohi Saidina Abu Bakar ra. 
Kita perlu bermasyarakat. Kita saling bantu membatu dan saling meraikan sesama kita di waktu senang dan susah. Ada yg sakit & susah kita bantu.

Saidina Abu Bakar ra juga adalah seorang yg amat teguh dengan aqidah.
Apabila Nabi saw wafat ia merupakan satu peristiwa yg amat besar.
Bila Nabi saw wafat, ada seorang sahabat menghunuskan pedang iaitu Saidina Umar ra. Beliau berkata, barangsiapa menyatakan Nabi saw wafat maka aku akan memancungnya.
Maka Saidina Abu Bakar ra telah bangun dan menenangkan Saidina Umar ra. 
Saidina Abu Bakar ra menyatakan bahawa siapa yg menyembah Nabi saw maka sesungguhnya Nabi saw telah wafat. Sesungguhnya Nabi saw adalah makhluk. Sesiapa yg sembah Allah maka sesungguhnya Allah tidak mati.
Nabi saw adalah utusan Allah yg membawa risalah dan keterangan Islam. 
Nabi saw mengajar kita untuk mentauhidkan Allah dan untuk memperbetulkan akhlak manusia.

Saidina Abu Bakar ra telah membaca ayat:
“Nabi saw itu seorang makhluk....”

Nabi saw adalah makluk yg terpilih dan layak menerima selawat dpd kita.
Namun jangan sekali-kali kita meletakkan sifat Allah kepada Nabi saw.
Nota: Nabi saw tidak bunuh sifat “samseng” yg ada pada Saidina Umar ra. Tetapi ia telah Islamkan sifat samseng itu. Sifat keberanian dan ketegasan yg ada pada Saidina Umar ra adalah diperlukan dalam Islam. Beliau adalah antara sahabat yg dijamin syurga oleh Rasulullah saw.
Saidina Abu Bakar ra adalah oran yg berjaya menyatukan ummah.
Iaitu beliau adalah penyelesai kepada perpecahan ummah.

Ketika Nabi saw wafat maka berpecahlah umat muslimin. Kaum muhajirin dan kaum Ansar masing-masing ingin mewujudkan ketua mereka.
Maka Saidina Abu Bakar ra menyatakan bhw Nabi saw telah menyatakan pemimpin selepasnya adalah di kalangan orang Quraish.

Maka Saidina Abu Bakar ra telah mencalonkan Saidina Umar ra dan Saidina Ubaidah al-Jarrah ra untuk menjadi khalifah yg pertama.
Kemudian Saidina Umar ra telah mengangkat tangan Saidina Abu Bakar utk beliau menjadi Khalifah. Lalu cadangan Saidina Umar ra tersebuat telah dipersetujui oleh semua.
Bila Saidina Abu Bakar ra hendak wafat (di mana beliau demam 17 hari), beliau terus memikirkan ummah/masyarakat.
Ia tidak fikir tentang sakitnya.
Lalu ia telah mengadakan perbincangan utk melantik penggantinya. Akhirnya telah dipersetujui utk melantik Saidina Umar. Ia telah tulis surat tentang perlantikan penggantinya yg dibaca slp beliau wafat.

Jadi, seorang pemimpin yg baik ialah pemimpin yg memikirkan tentang umat. Ia tidak risau tentang sakitnya dan keluarganya.
Saidina Abu Bakar ra adalah seorang yang amat mendekatkan dirinya pada Allah.
Bila ia sakit maka ia mengadu pada Allah, ia sakit kerana dosa-dosanya. Bila ditanya apakah yg dikehendakinya di saat ia sakit, beliau berkata bhw ia hendak kepada keampunan Allah.
Ia bimbang jika Allah tidak ampunkan dosa-dosanya.

Maka kita ingatkan diri kita bahawa bila kita sakit jangan ingat kepada ubat dan anak isteri sahaja, tetapi banyakkanlah memohon keampunan kpd Allah.
Kita banyakkan amalan sunat (puasa, baca quran, solat mlm, dhuha dll) utk dekatkan diri kepada Allah.
Nota: Dalam berkata-berkata kita perlu beradab. Saidina Abu Bakar ra adalah orang yg pertama meletakkan perkataan “Saidina” pada Nabi saw. Bila kita berselawat kpd Nabi saw kita sebut “saidina”. Ia adalah pengormatan kepada Nabi saw. Kita santuni Nabi saw.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment