السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 13 April 2019/ 7 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Mohd Romli (Pengerusi Yayasan Mujamma’ Darul Hadith Malaysia).
Sumber: Kitab Nasha’ihil Ibad (Imam Nawawi Al-Bantani)
●Pendahuluan
Jenis-Jenis orang alim ulamak dan orang yg berilmu:
-Orang yg berilmu dam alim ulamak ialah orang yg menuturkan ilmu dengan hikmah.
-Tidak semua orang berilmu boleh mengeluarkan hikmah dari tutur katanya.
-Begitu juga orang yg datang belajar ilmu, ada yg tidak mendapat hikmah. Ada orang yg datang dan balik dari majlis ilmu tanpa mengubah dirinya.
Contoh hikmah, bila dikatakan: “kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat apa kebaikan dan keburukan yang kita buat”, maka tersentuh hati kita. Dan ada juga yg tidak rasa apa-apa.
-Sesiapa yg belajar dan ia mendapat hikmah, ia punya respon terhadap apa yg dipelajari adalah berbeza dengan orang yg tidak mendapat hikmah. Yang dapat hikmah, kefahamannya adalah di dalam hatinya.
-Orang dapat menuntut ilmu dengan hikmah ia dapat memperolehi & mencatat ilmu yg ditutur oleh gurunya serta mengamalkannya.
-Ulamak fukarak adalah ulamak yg berusaha memperbaiki dirinya dan cuba memperbaiki orang lain.
-Ulamak ini ialah bila kita melihatnya maka ingat kita kepada Allah. Ulamak fukarak ia mampu menyentuh hati orang mendengar bila ia memberi kuliah/ceramah.
-Mereka sentiasa berusaha meningkatkan makrifatullah.
-Ulamak yg menguasai tiga bidang, bidang aqidah, bidang hukum dan bidang makrifatullah.
-Maka kita dikehendaki duduk dengan ulamak dan bergaul dengannya. Maka sesiapa yg bergaul dengannya maka ia akan dekat dengan hatinya.
Kita akan mendapat input daripada hati mereka (ulamak). Perangai dan akhlak kita akan berubah. Daripada sombong kpd merendah diri, dpd tamak kepada pemurah, dpd hasad dengki kepada mengasihani dlll.
-Justeru, akhlak yg mulia pd diri ulamak akan berpindah kepada diri kita bila kita mendekati mereka. Sifat sabar, kuat beribadat, bertawakal, qanaah dll.
-“Seringlah kamu duduk, bertanya dan bergaul dengan para ulamak fukahak.”
-Bila kita bergaul dengannya, sebelum bercakap pun kita sudah boleh tersentuh.
-Orang yg jika kamu tengok tingkah lakunya dan ia tidak memberi kesan kepada kita, maka tutur katanya juga bakal tidak memberi kesan kpd kita.
Contohnya: Cara ulamak memegang kitab pun kita rasa tersentuh. Bila makanan yg terjatuh juga ia ambil dimasukkan dlm pinggan. Cara ia bercakap & berinteraksi juga menyentuh hati.
-Ulamak fukahak, dengan tingkah lakunya spt merendah diri pun sudah menyentuh diri kita.
-Sesiapa yg nampak akhlak seseorang yg berilmu itu tidak baik, maka kita perlu menjauhinya.
-Tingkah laku dan adab yg baik boleh menambat jiwa manusia.
-Antara sifat ulamak fukarak ialah ia mempunyai sifat Istiqamah dalam amal ibadatnya.
-Insyallah kita cuba untuk istiqamah dlm amalan kita; solat berjemaah,solat sunat rawatib, solat tahajud, puasa sunat, bersedekah, dll.
-Kalau kita boleh istiqamah dalam amalan kita, ia adalah lebih baik daripada seribu karamah.
-Jika hendak berjaya maka kita perlu ikut/tiru orang yg berjaya dalam sesuatu kejayaan.
-Bila kita hendak jadi orang soleh maka kita tirulah orang yg soleh.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment