Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (49/2018): PERSIAPAN RAMADHAN & BERAMAL DENGAN ILMU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 28 April 2019/ 22 Syaaban 1440H (Ahad).

●Pendahuluan

-Di akhirat nanti Allah himpunkan kita dlm 2 barisan. Satu barisan ahli syurga dan satu barisan ahli neraka.
-Sebab amal baik kita spt menolong para sahabat kita, memberi makan & banyak bersedekah maka kita boleh meminta doa/syafaat rakan2 kita yg berada di barisan ahli syurga.
-Sesiapa Allah hendak memberikan ia kebaikan maka Allah berikan ia fakeh dalam ilmu.
-Berbeza orang yg berilmu dgn orang yg beramal semata-mata.
-Ibadat kita buat hendaklah ibadat yg ikhlas.
-Kita perbanyakkan amalan kita pada bulan Ramadhan:
1. Tingkatkan amalan-amalan sunat

2. Jangan tinggal terawikh
-Sekiranya kita hdk balik kampung atau lain-lain urusan, maka kita selesaikan dahulu ibadat terawikh kita. Orang yg berilmu ia tahu besarnya ganjaran ibadat terawikh.

3. Solat malam
4. Membaca al-quran
5. Kita simpan duit mulai sekarang utk kita banyak bersedekah & membuat kebaikan pada bulan Ramadhan.
6. Belanjakan duit kita banyak ke arah bersedekah, memberi makan utk orang berbuka. Bila kita beli kuih/buat kuih maka kita beli/buat lebih utk kita beri kepada jiran tetangga kita.
7. Beriktikaf di masjid/surau
8. Berada dalam majlis-majlis ilmu/kuliah. Biasanya pad bulan Ramadhan banyak kuliah zohor. Maka kita cuba hadir dlm kuliah2 ilmu.
-Bila beri makanan pada jiran jgn guna pinggan yg mahal-mahal. Memadai dgn pingggan kertas. Jangan kita harap pulangan. Jika kita beri pinggan maka menjadi keberatan utk jiran memberi pula.
Ada yg bila beri makanan kpd jiran ia minta terus salinkan pinggan. Ini juga adalah cara yg baik.
Orang yg ada ilmu ia akan berhati-hati. Ia beri sesuatu dgn ikhlas.
Buat amalan dgn betul dan tepat.

Dampingiah ulamak utk kita mendapat ilmu.
Dengan ilmu kita menjadi hamba Allah yg baik. Kita akan mudah utk buat amal ibadat dan kebaikan. Kita suka utk membantu orang, dll.
Dua perkara yg tidak akan kenyang selama-selamanya iaitu pertamanya ialah menuntut ilmu (dari buaian hingga ke liang lahad). Keduanya ialah mengejar dunia.
Kedua-duanya tidak sama. Orang yg sentiasa menuntut ilmu ia akan mendapat redha Allah. Ia akan sentiasa rasa hendak ke majlis ilmu.
Manakala orang yg mengejar dunia semata-semata ia akan rugi.
Manusia akan lekakan utk mengumpul harta hingga ia di matikan.
Harta benda akan tinggal. Jika ia tidak diguna utk buat kebaikan maka ia memberi kemudaratan kpd kita di dunia dan di akhirat.
Jadi hendaklah kita gunakan harta utk manafaat akhirat kita.

Bila kita mengumpul ilmu & kita mengajar/menyampaikan kpd orang lain maka pahalanya akan mengalir kpd kita.
Ilmu akan mdpt manafaat kpd kita sampai bila-bila.
Bagi yg kejar harta benda maka maharajalela nya kesesatan. Semakin jauh dpd Allah. Jangan kita jatuh kpd golongan yg mendapat celaan Allah.
Sesungguhnya dengan ilmu maka banyak manafaat yg kita ambil dpd bulan Ramadhan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment