السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Sungkai, Perak: 26 April 2019/ 20 Syaaban 1440H (Jumaat).
●Pendahuluan
-Setakat ini berapa kali kita telah berpuasa Ramadhan sejak kita telah mencapai umur baligh.
-Kemudian kita tanya juga berapa banyak puasa Ramadhan kita benar-benar menepati kehendak yg ditetapkan oleh syariat. Bukan puasa sekadar lapar & dahaga sahaja.
-Rasulullah saw pada akhir bulan Syaaban telah naik ke atas mimbar dan memberi nasihat kepada para sahabat & para jemaah.
-Semasa menaiki anak tangga mimbar Nabi saw telah menyatakan Aamiin beberapa kali pada setiap anak tangga. Maka bila turun dpd mimbar, para sahabat telah bertanya kpd Nabi saw apakah yg baginda saw Aamiin kan. Maka Nabi saw menyatakan bahawa malaikat jibril telah membaca tiga doa dan baginda saw telah mengaminkan doa yg dibaca.
-Nabi saw menyatakan kpd sahabat bhw tiga doa tersebut ialah:
i. Bertambah jauhlah seseorang itu dpd rahmat & keampunan Allah bila mana seseorang menemui Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan. Iaitu tidak dpd keampunan Allah.
ii. Bertambah jauhlah seseorang itu dpd rahmat Allah bila mana seseorang menemui Ramadhan ia tidak berselawat kepada Nabi saw bila nama Nabi saw disebut.
iii. Bertambah jauhlah seseorang itu dpd rahmat Allah bila mana ia menemui Ramadhan seseorang itu tidak berbuat baik kepada ibubapanya.
-Dalam perkara yg pertama, para ulamak menyatakan bhw seseorang itu tdk dapat pengampunan Allah adalah kerana dua perkara, iaitu seseorang yang tidak berpuasa dan seseorang yg membuat banyak dosa & kemaksiatan.
-“Wahai manusia, telah tiba akan bulan yg banyak kebesarannya. Iaitu bulan Ramadhan. Di dalamnya terdapat Lailatul qadar yg lebih baik dpd seribu bulan. Diwajibkan keatas setiap orang Islam berpuasa di siang hari dan memperbanyakkan amalan.”
-Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab & Syaaban. Ya Allah,sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Ya Allah, rezekikan kami utk berpuasa dan utk kami pertingkatkan amalan kami.”
-Pembuka kepada ibadat bulan Ramadhan ialah solat maghrib berjemaah. Kmd solat Isyak dan diikuti dgn solat terawikh/witir.
-Umpamakan kita masuk bulan Ramadhan spt kita masuk pasaraya. Kita sediakan kewangan, senaraikan & rancang apa yg hendak dibeli, dll. Jika kita tdk merancang maka kita akan tercari-cari & byk mundar mandir.
-Maka dalam kita memasuki Ramadhan kita juga perlu bersedia dan merancang. Kita bersedia utk berjemaah, meningakatkan ibadat sunat, berbuat baik, dll.
-Siapa yg mengerjakan ibadat sunat dalam bulan Ramadhan, pahalanya umpama ibadat wajib.
-Sesiapa yg mengerjakan ibadat fardhu pd bulan Ramadhan umpama mengerjakan 70 ibadat fardhu di bulan lain.
-Sesiapa org yg memberikan makan kpd orang berbuka ia dpt pahala seperti orang yg berpuasa. Wp dgn secawan susu atau seulas kurma.
Maka jika kita mengenyangkan orang yg berbuka, ianya lebih baik balasan pahalanya.
Kita akan dapat pahala dan diampunkan dosa. Kita juga akan mendapat minum air telaga Nabi saw di akhirat kelak.
-Allah melimpahkan rezekinya pada orang yg beriman.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment