Tuesday 6 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (156/2019): ADAB-ADAB TERHADAP KAUM KERABAT DAN JIRAN TETANGGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 5 Ogos 2019/ 4 Zulhijjah 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.

● Pendahuluan
-Surah Ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Surah al-Hasyr, ayat 18: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
-Hidup kita sebagai hamba kadang-kadang kita terleka dan terlupa dengan perintah Allah.
Ada kalanya mulut kita lupa mengucapkan syukur.
Ada kalanya kita lewat sahut seruan Allah.
Namun Allah terus kurniaan dengan nikmat. Boleh sahaja Allah mengambil semula apa yang kita kecapi.
-Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.
-Seseorang muslim terikat dengan ikatan kaum kerabat. Maka sama dengan kewajipan kita beradab dengan ibubapa dan adik beradik maka hendaklah kita juga beradab dengan ibubapa saudara dan kerabat.
-Hendaklah kita memberi pertolongan dan memberi bantuan kebajikan sebagai mana diberi kepada ibubapa dan adik beradik kita.
-Hubungan silaturrahim hendaklah dijaga samada dengan yang muslim dan dengan bukan muslim, dengan yang lebih tua atau lebih tua.
-Yang sakit diziarahi. Yang diuji dengan bala disimpati.
-Yang perlu dibantu maka kita bantu sebaiknya.
-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati.”
-Surah Muhammad, ayat 22: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”
-Maka tidaklah harus bimbang bila kamu berkuasa sekiranya kita dapat sentiasa taat kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Monday 5 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (155/2019): KITAB RIYADUS SOLIHIN: BAB 51- MENGHARAPKAN RAHMAT/ KASIH SAYANG ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 30 Jun 2019/ 26 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin.

●Pendahuluan
-Surah Az-Zumar, ayat 53: “Katakanlah, “wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan setiap dosa. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
-Surah Saba ayat 12: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
-Surah Saba, ayat 17: “Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.”
-Surah Toha, ayat 48: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".
-Surah Al-A’raf, ayat 56: “Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
-Surah Al-A’raf, ayat 156: “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.”
Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mengaku percaya perkara-perkara berikut, Allah masukkan dia ke dalam syurga walau bagaimana pun amalannya. Perkara-perkara itu adalah menjadi saksi tiada Tuhan selain Allah, hanya Dia yang satu, dan tidak ada sesuatu pun yang menjadi rakan kongsiNya. Orang itu juga menjadi saksi Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya. Juga menjadi saksi Nabi Isa adalah hamba Allah dan utusanNya, beliau adalah kata-kata Allah yang dia sebut kepada Maryam dan roh daripada Allah. Dan mempercayai syurga benar-benar ada dan neraka benar-benar ada.” (HR: Bukhari dan Muslim).

Sunday 4 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (154/2019): KITAB RISALAH AT-TAUHEEDIAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 4 Ogos 2019/ 3 Zulhijjah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azhar Ghazali (Imam Muda Azhar).

~samb (ms 11).
● Pendahuluan
~samb:
Kenapa baca basmallah:
-Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada. Ia adalah nama Tuhan yang bernama Allah.
-Allah yang bersifat Ar-Rahman.
-Penulis kitab ini banyak memperbaiki penggunaan termologi dalam ilmu theologi.
-Kebanyakan kita membaca al-quran untuk dapat pahala membaca.
-Allah Maha boros, iaitu Maha Pemurah walau pun seseorang itu Islam atau tidak muslim dikurniakan nikmat rezeki.
-Walau pun orang bukan Islam berlawan dengan Allah iaitu menafikan keesaan Allah, mereka juga mendapat nikmat Allah.
-Kenapa orang kafir itu lebih kaya daripada orang Islam kerana Allah itu Ar-Rahman. Allah Maha Pemurah kepada semua makhluknya.
-Allah bersifat Ar-Rahim. Ar-Rahim dikurniakan Allah kepada orang Islam. Sebesar-besar nikmat ialah nikmat iman dan Islam.
-Risalah At-Tauheediah ini digabungkan daripada beberapa kitab.
Ia dibuat untuk buat peringatan untuk diri perhamba ini (untuk takkik ilmu).
-Kitab ini membincangkan tentang pegangan hati.
-Manusia ini tidak bersih daripada kesilapan dan kelemahan. Maka jika terdapat kelemahan dalam risalah hendaklah diperbaiki.
Berapakah hukum akal?
Terbahagi kepada beberapa bahagian.
i. Wajib
-Allah mempunyai sifat-sifat yang wajib.
-Wujud ialah sifat yang wajib ada yang tidak membenarkan ia tidak ada.
-Contoh:
RM 10> RM 2: ia adalah wajib.
RM 2 > RM 10: ia adalah mustahil.
ii. Istihalah
-Iaitu tidak membenarkan akan ketiadaan sifat yang wajib.
-Contoh: Akal tidak boleh terima bahawa Allah itu mati. Akal tidak boleh terima Allah itu tidak esa.
iii. Jawas (jais).
-Membenarkan akan akal apa yang ada dan yang tidak ada.
-Apa yang berkaitan makhluk adalah harus. Ianya terpulang kepada Allah.
-Contoh: Tidak boleh miskin dan kaya pada masa yang sama.
-Sesuatu yang kita hukum ia tidak ada maka ia adalah mustahil.
Imam Harmain menyatakan bahawa sesiapa yang tidak belajar hukum akal, maka ia tidak ada akal.
Hukum Korban:
Ia terbahagi kepada korban sunat dan korban wajib.
Niat korban di hati:
“Sahaja aku menunaikan korban yang disunatkan.”
Perlu sebutkan “sunat” dalam niat korban kita jika ianya adalah sunat.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (153/2019): AMALAN-AMALAN DISUNATKAN DI 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Al-Azim, Melaka: 4 Ogos 2019/ 3 Zulhijjah 1440H (Ahad).

● Pendahuluan
Amalan Sunat Di Sepuluh Hari Pertama di Bulan Zulhijjah.
-Surah Fajr, ayat 1 & 2: “Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu dengan fajarnya hari Arafah.
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu adalah hari raya korban.
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu adalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu adalah 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
-Sabda Nabi saw:
“Barang sesiapa yang membaca 10 kali akan tahalil/zikir maka akan diampunkan dosa-dosanya.”
-Sabda Nabi saw:
-“Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai Allah untuk dilakukan amalan kebaikan berbanding hari-hari yang sepuluh(10 hari pertama Zulhijjah) oleh itu perbanyakkanlah Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir pada hari-hari tersebut." (HR: Tabarani).
-Kita amat digalakkan untuk membaca tahlil kalimah لااله الا الله bermula subuh pertama bulan Zulhijjah sehingga Hari Raya Eidul Adha. Ianya telah menjadi amalan para wali Allah dan orang-orang soleh.
لا إله إلا الله عدد الليالي والدهور
La ilaha illa Allah adada layali wa ad duhur
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan malam dan siang.
لا إله إلا الله عدد الأيام والشهور
La ilaha illa Allah adada ayyam wa s shuhur
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan hari dan bulan-bulan.
لا إله إلا الله عدد أمواج البحور
La ilaha illa Allah adada amwajil buhur
La ilaha illa Allah sebanyak keluasan lautan.
لا إله إلا الله عدد أضعاف الأجور
La ilaha illa Allah adada adh'afil ujur
La ilaha illa Allah sebanyak banyak ganjaran.
لا إله إلا الله عدد قطر المطر
La ilaha illa Allah adada qatril matar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan titisan hujan.
لا إله إلا الله عدد أوراق الشجر
La ilaha illa Allah adada awraqis syajar
La ilaha illah Allah sebanyak bilangan dedaun pokok.
لا إله إلا الله عدد الرمل والحجر
La ilaha illa Allah adada ramli wal hajar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan pasir dan batu-batu.
لا إله إلا الله عدد الزهر والثمر
La ilaha illa Allah adada zahri was samar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan bunga dan buah-buahan.
لا إله إلا الله عدد الشعر والوبر
La ilaha illa Allah adada sya'ri wal wabar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan rambut dan bulu-bulu.
لا إله إلا الله عدد أنفاس البشر
La ilaha illa Allah adada anfasil basyar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan nafas manusia.
لا إله إلا الله عدد ذنوبنا حتى تغفر
La ilaha illa Allah adada zunubina hatta tughfar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan dosa-dosa kita sehingga diampunkan.
لا إله إلا الله عدد لمح العيون
La ilaha illa Allah adada lamhil 'uyun
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan kerdipan mata.
لا إله إلا الله عدد ماكان ومايكون
La ilaha illa Allah adada ma kana wa ma yakun
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan makhluk dan yang akan diciptakan.
لا إله إلا الله تعالى عما يشركون
La ilaha illa Allah taala amma yushrikun
La ilaha illa Allah itu lebih agung daripada apa yang mereka sekutukan.
لا إله إلا الله خير مما يجمعون
La ilaha illa Allah khaira mimma yajma'un
La ilaha illa Allah itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan ( harta dunia ).
لا إله إلا الله في الليل إذا عسعس
La ilaha illa Allah fil laili iza 'as'as
La ilaha illa Allah pada sebelah malam sehingga penghujungnya.
لا إله إلا الله في الصبح إذا تنفس
La ilaha illa Allah fis subhi iza tanaffas
La ilaha illa Allah pada sebelah pagi sehingga terang.
لا إله إلا الله عدد الرياح في البرار والصخور
La ilaha illa Allah adada riyah fil birar was sokhur
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan angin di daratan dan lautan.
لا إله إلا الله من يومنا هذا إلى يوم ينفخ في الصور
La ilaha illa Allah min yaumina haza ila yauma yunfaghu fis suur
La ilaha illa Allah daripada hari ini sehingga ditiupkan sangka-kala.
لا إله إلا الله عدد خلقه أجمعين
La ilaha illa Allah adada khalqihi ajmain
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan seluruh MakhlukNya.
لا إله إلا الله من يومنا هذا إلى يوم الدين
La ilaha illa Allah min yaumina haza ila yaumad din
La ilaha illa Allah daripada hari ini sehingga Hari Qiamat.
لا إله إلا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شي قدير
عدد خلقه ورضى نفسه وزنة عرشه
ومداد كلماته((عشراً))
La ilaha illa Allah, wahdahu la syarikalahu, lahu mulku, wa lahu l hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa ala kulli syai in qadir, adada khalqihi, wa ridho nafsihi, wa midada kalimatih,
La ilaha illa Allah , Tunggal tiada sekutu baginya, bagiNya kerajaan langit dan dunia, bagiNya segala pujian, Ia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan Ia ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu sebanyak bilangan makhlukNya , sehingga Dia redha, perhiasan ArasyNya dan sebanyak-banyak tambahan-tambahan kalimat-kalimat Mu.”

Saturday 3 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (152/2019): ILMU YANG BERMANFAAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Zohor@Surau C7, Kompleks C, Putrajaya: 31 Julai 2019/ 28 Zulkaedah 1440H (Rabu) oleh Ustaz Zainol Hanif

● Pendahuluan
-Setiap mukmin wajib menuntut ilmu
-Namun amat rugi bila mana ilmu telah diperolehi tetapi tidak diamalkan. Ia menyebabkan ilmu yang kita ada tidak bermanafaat dan tidak membawa rahmat kepada kita.
-Bila kita mengamal ilmu yang diperolehi maka akhlak dan adab kita dalam segala aspek kehidupan seperti melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pekerja/majikan, ketua/ahli keluarga, ahli masyarakat, pemimpin dan lain-lain dapat dilaksanakan sebaiknya. Setiap amanah tidak dikhianati.
-Imam Ghazali umpama orang yang ada ilmu tetapi tidak menggunakannya seperti seorang panglima perang yang mempunyai 10 pedang yang tajam dan peralatan peperangan yang lengkap namun bila datang seekor singa yang buas ia tidak menggunakannya bagi mempertahankan diri.
-Sebenarnya banyak perkara yang di dalam kehidupan termasuk perlakuan binatang boleh dijadikan sebagai ilmu. Kisah pemuda yang menggunakan hujah bahawa bagaimana ada tahi unta jika tidak ada unta.
Maka katanya, mana mungkin adanya bumi, matahari dan lain-lain dengan tidak ada yang menciptanya.
Jadi segala kejadian alam ini boleh menjadi bukti/dalil adanya Allah bagi orang yang mahu berfikir
-Ulamak menyatakan, walau pun kamu belajar ilmu 100 tahun lamanya, menghimpun lebih 1,000 kitab, maka engkau tidak dapat manafaat dan keberkatannya jika tidak mengamalkan.
-Kita perlu mengamalkan ilmu untuk mendapatkan rahmat Allah.
-Sesiapa hendak mendapat tempat yang baik di sisi Allah hendaklah beramal dengan ilmu yg dipelajari.
-Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah maka hendaklah ia beramal dengan amalan yang soleh.
-Seseorang akan dibalas setimpal dengan amalannya.
-Orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh maka Insyallah tempatnya di syurga dan kekal selamanya di sana.
-Iaitu Insyallah tidak masuk neraka bagi orang yang beriman dan beramal dengan amal yang soleh.
-Amal yang soleh adalah amal yang sah dengan patuhi rukun dan syarat-syaratnya.
-Amalan yang soleh ialah amalan yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (151/2019): KITAB SHAHIH SUNAN IBNU MAJAH (MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Al-Azim, Melaka: 3 Ogos 2019/ 2 Zulhijjah 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Rahim

Sumber: Bab 39: Seorang Lelaki Yang Masuk Islam dan Telah Mengawini Dua Perempuan Bersaudara (ms 212).
● Pendahuluan
-Ada 6 kitab hadith yang utama untuk dijadikan rujukan dan pembelajaran ilmu.
-Firman Allah: “Tidak boleh seseorang itu bernikah dua adik beradik.”
-Jadi haram himpun adik beradik dalam satu pernikahan.
-Sabda Nabi saw: “Tidak boleh dihimpunkan seorang perempuan dengan emak saudaranya samada di sebelah bapa atau sebelah ibunya Dan juga anak saudara sebelah bapa dan anak saudara sebelah ibunya.”
-Sabda Nabi saw: “Dari Shahih Abu Daud-Dailami, ia berkata, “Aku mendatangi (untuk menyatakan Islam) kepada Rasulullah saw, dan aku telah mengawani dua perempuan bersaudara pada masa Jahiliyah. Maka Nabi saw bersabda, “Jika kamu kembali (ke rumah mu) maka cerailah salah satu dari keduanya.”
-Dalam hadith yang lain, ada seorang lelaki yang datang daripada negeri Yaman dan ia memeluk Islam. Maka diberitahu bahawa ia mempuyai dua orang beradik sebagai isterinya. Maka Nabi saw menyatakan bahawa bila kamu balik ke negeri Yaman hendaklah kamu menceraikan salah satu daripadanya.
-Sabda Nabi saw:
“Dari Fairuz Ad-Dailami, ia berkata, “Aku mendatangi Rasulullah saw dan aku katakan, “Wahai Rasulullah, sungguh aku telah memeluk Islam, dan aku memiliki dua orang isteri bersaudara. Maka Rasulullah saw bersabda kepada ku, “Cerailah salah satu dari keduanya yang mana kamu suka.”
-Seorang lelaki yang memeluk Islam dan telah mengawini dua beradik maka perlulah memilih salah seorang daripadanya.
-Mengikut Imam Syafie dan Hambali menyatakan bahawa boleh pilih salah satu daripadanya. Namun bagi imam Hanafi, beliau menyatakan yang pertama yang dinikahi lebih utama dikekalkan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (150/2019): KITAB HALAL HARAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Al-Aziz, Kampung Pernu, Umbai, Melaka: 2 Ogos 2019/ 1 Zulhijjah 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Jantan.

● Pendahuluan
-Undang-undang syariat Allah hendaklah kita dahulukan dan dijungjung dalam kehidupan kita.
-Hendaklah kita memahami dan mematuhinya.
-Perlu terima sepenuhnya dengan akal yang waras dan hati yang redha.
-Wujudkan kemantapan iman dalam hati kita.
-Hendaklah kita yakin dan bersedia untuk mematuhi dan melaksanakan.
-Allah mengetahui apa yang dizahirkan (lisan) dan yang tidak dizahirkan (hati).
-Kita yakin bahawa untuk kebahagian di dunia dan di akhirat maka kita melaksanakan hukum Allah.
-Patuhi apa yang halal dan haram. Ikut yang disuruh.
-Kita hendaklah membawa diri kita selari dengan perintah dan ajaran Islam.
-Kita kekang hawa nafsu yang hendak supaya kita melanggar perintah Allah. Nafsu yang membawa kepada kencintaan kepada dunia dan kufur kepada Allah.
-Orang Islam pada generasi yang awal sentiasa ikut batasan yang ditetapkan dan malahan mereka berlumba-lumba melaksanakan perintah Allah.
-Contohnya, hadith Nabi saw menyatakan; jika kamu mengetahui kelebihan berada di saf pertama maka kamu akan berhimpit-himpit dan bertolak-tolak untuk mendapatkannya.
Maka para sahabat dan generasi Islam terdahulu sentiasa berusaha untuk mendapatkan saf berjemaah yang pertama.
-Justeru hendaklah kita ikutinya. Iaitu kita bersegeralah melaksanakan perintah Allah. Jangan kita berlengah-lengah.
-Dalam contoh yang lain, iaitu dalam pelaksanaan pengharaman arak.
Allah telah turunkan ayat menyatakan keburukan arak. Hampir setahun sebelum pengharaman arak difirmankan oleh Allah.
Iaitu bila turun ayat yang terakhir iaitu pengharaman arak yang mutlak.
-Surah Al-Maidah, ayat 90:” Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
-Akhirnya, bila ayat pengharaman arak secara mutlak diturunkan, mereka berlumba-lumba mencurahkan semua bekas-bekas arak hingga banjir dengan limpahan arak. Mereka terus melaksanakan perintah Allah.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.(

Friday 2 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (149/2019): FORMULA RAHMAT DALAM PENYATUAN UMMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ceramah Perdana@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 12 Julai 2019/ 9 Zulkaedah 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Adi Hidayat (Lc, MA)

● Pendahuluan
-Syukur kita telah dapat sama-sama berkumpul untuk bersolat berjemaah dan beramal ibadat.
-Hendaklah kita sentiasa berdoa agar segala amal ibadat kita diterima oleh Allah.
-Setiap kali selesai solat Nabi saw akan berdoa: “Ya Allah, kurniakan kepada kami ilmu yang bermunafaat, rezeki yang baik, semoga diterima segala amalan.
-Justeru hendaklah kita sentiasa berdoa untuk Allah menerima amalan kita.
-Jarak tempoh antara zaman Nabi saw dan Nabi Ibrahim as ialah 30 generasi.
-Nabi Ibrahim as, bila beliau telah mendirikan kaabah yang telah musnah semasa banjir besar di zaman Nabi Nuh as juga telah berdoa di hadapan kaabah.
Doanya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
-Jarak masa antara Nabi Nuh as dan Nabi Adam as adalah 5-6 generasi. Antara generasi ada yang sampai mencecah 1,000 tahun.
-Nabi Ibrahim as tidak membina kaabah tetapi hanya meninggikan bahagian yang runtuh sebelum ini.
-Rumah pertama yang dibangun untuk manusia adalah Baitullah. Ianya difirmankan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 96 & 97.
-Surah Ali-Imran ayat 96: “Sesungguhnya rumah (tempat ibadah) yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah, yang berkat dan (dijadikan) hidayah bagi umat manusia.”
-Surah Ali-‘Imran ayat 97: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, antaranya ialah) Makam Ibrahim. Sesiapa yang masukk ke dalamnya, dia akan aman tenteram. Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekelian makhluk di alam ini.”
-Surah al-Baqarah ayat 127: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka’abah) itu, sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
-Sesungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Mensyukuri. Allah Maha Mengetahui setiap kadar amalan hambaNya.
-Dalam ayat tersebut, Nabi Ibrahim as yang diperintah untuk meninggikan kaabah. Manakala Nabi Ismail as ia hanya membantu. Ia membawa batu (hajar) kepada Nabi Ibrahim bagi membantu memperbaiki dan meninggikan kaabah.
-Sesungguhnya sesiapa yang mencintai Nabi maka ia akan sentiasa mengikuti perintah Allah.
Kita buktikan kecintaan kita kepada Allah dengan melaksanakan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah.

Thursday 1 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (148/2019): MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA EMPAT PERKARA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 31 Julai 2019/ 28 Zulkaedah 1440H (Rabu) oleh Ustaz Mohamed Sabir

● Pendahuluan
Nabi saw telah berdoa kepada Allah untuk berlindung daripada empat perkara.
-Bila Nabi saw berdoa untuk empat perkara ini maka ia menunjukkan ianya adalah amat penting.
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, perlindungan daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa kenyang dan perlindungan daripada doa yang tidak diperkenankan. (HR: Muslim)
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَيَنْفَعُ وَقَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَدُعَاءٍ لاَيُسْمَعُ وَنَفْسٍ لاَ تشبع
“Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak diterima, dan nafsu yang tidak kenyang (puas).”
-Ya Allah aku mohon perlindungan daripada Mu Ya Allah:
1. Ilmu yang tidak bermanafaat
2. Hati yang tidak khusuk/tenang/bahagia
3. Nafsu yang tidak pernah puas
4. Doa yang tidak dimakbulkan (tidak terangkat).
Huraian:
1. Ilmu yang tidak bermanafaat
-Menuntut ilmu yang bermanafaat itu adalah wajib bagi semua muslim dan muslimat.
i. Ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.
-Firman Allah: “Sesungguhnya Tuhan mencipta langit dan bumi, siang dan malam. Sesungguhnya semua ciptaan itu adalah tanda-tanda kebesaran Allah.”
ii. Ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang kita belajar dan kita amalkan.
Contohnya, ilmu berjumpa sesama muslim kita beri salam.
Kita beri salam tidak mengira latarbelakang seseorang.
Tugas kita hanya memberi salam kepada semua samada yang dikenali dan tidak dikenali.
Tidak perlu kaji masa silamnya.
-Contoh seterusnya ilmu kelebihan solat berjemaah di saf pertama.
-Sabda Nabi saw: “Sekiranya mereka mengetahui ganjaran berada di saf pertama maka pasti mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya.”
-Namun tidak ramai yang mahu mengejar untuk berada di saf pertama walau pun telah pelajari ilmu tersebut bertahun-tahun.
Ilmu Yang Tidak Bermanafaat:
-Ilmu yang tidak bermanafaat ialah ilmu yang semakin dipelajari menyebabkan ia jauh daripada Allah. Semakin diberi rezeki/ganjaran, jawatan dan pangkat yang besar ia jauh daripada Allah. Walau pun ada pendidikan sampai ke PhD dan diberi jawatan tinggi namun ia jauh daripada mentaati Allah. Banyak sumbangan yang boleh diberi kepada masyarakat tidak dilakanakan.
-Sepatutnya kita rasa malu kepada jiran yang datang ke rumah Allah tanpa kita mendoakannya.
Lagi malang jika kita menjadi punca orang tidak ke rumah Allah.
Jangan kita belajar tinggi-tinggi menyebabkan kita tidak suka kepada Allah. Kita jauh daripada mengamal dan mentaati perintah Allah.
Itu sebab Nabi saw memohon sangat kepada Allah untuk berlindung daripada ilmu yang tidak bermanafaat.
Jangan kita mempunyai ilmu tinggi tetapi tidak mahu membantu orang lain.
Justeru kita juga perlu taat kepada perintah Allah.
Jangan kita makin sombong, tidak mahu menerima perbezaan pandangan.