Thursday 12 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (174/2019): CIRI MANUSIA LUAR BIASA


Proram Generasi@Radio IKIM, 12 September 2019/ 12 Muharram 1441H, 8.30 pagi (Khamis) oleh YBhg Prof Datuk Dr Muhaya Hj Mohamad
Moderator: DJ Haji Suffian (Wak Pian) & DJ Hazwan
Manusia yang luar biasa mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Sangat tenang
-Walau orang kelam kabut, orang marah dan seumpamanya, ia sentiasa tenang. Ketauhidannya kepada Allah amat kuat.
-Ia tahu bahawa semuanya daripada Allah.
-Ia mempunyai kebergantungan kepada Allah yang amat tinggi.
-Ringkasnya, ia tidak mudah hilang punca dalam apa jua ujian dan perkara yang berlaku.
ii. Sangat lemah lembut
-Mempunyai akhlak yang amat baik. Ia lemah lembut bila berbicara, bila memandang orang.
-Pergerakan dan tindakannya sentiasa bersopan santun.
-Bila duduk bersamanya rasa seronok dan tenang.
-Ketauhidannya kuat.
-Salah satu tanda Allah sayang pada kita, bila kita dikurniakan kelembutan.
-Mudah menyapa dan memberi salam
iii. Sangat senang untuk bermesra dengannya (tawaduk)
-Kita rasa senang dan selesa dengannya
-Ia tawakduk dan rendah hati
-Tidak sombong
-Orang sombong bukan luar biasa. Ia tidak disenangi.
-Orang yang berjalan di muka bumi dengan sombong tidak bau syurga.
iv. Senang untuk berurusan dengannya.
-Ia tidak buat payah.
-Sentiasa positif untuk membantu.
-Tidak berkira dalam memberi khidmat.
v. Suka berkawan dan tiada musuh
-Biar semuanya menjadi kawan kita.
-Kita mudah maafkan kesalahan orang.
Kelima-lima ciri tersebut tidak pun dikaitkan dengan bank akaun, pangkat, name card, besarnya rumah, kekayaan, darjat, pengaruh, kuasa, cantik, ramainya follower dalam sosial media dan lain-lain.
Maknanya semua orang boleh jadi orang luar biasa!
Tidak kira siapa kita, samada kita duduk di bandar atau kampung.
Iaitu kita semua layak menjadi insan yang luar biasa!
Sebabnya, semuanya terletak di jiwa. Maka beruntunglah orang yang membersihkan jiwa.
Iaitu siapa yang faham Islam, ia boleh menjadi manusia luar biasa.
Keupayaan luar biasa bukan milik sesiapa. Ia milik semua. Kita semua boleh mempunyainya!
Alangkah indahnya bila kita menjadi orang luar biasa. Kita perlu sentiasa berfikir bahawa hidup ini adalah ibadah.


a) Bagaimana untuk mendapatkannya?
-Ciri-ciri orang yang luar biasa tersebut terkait dengan jiwa.
-Orang yang bersih jiwanya akan mempunyai ciri-ciri luar biasa tersebut.
-Dan seterusnya, jiwa yang bersih berada bersama orang-orang yang faham Islam dan mengamalkan dalam kehidupan hariannya.
b) Bagaimana kita boleh bekerja dengan luar biasa?
Kita sentiasa ingatkan kepada diri kita bahawa:
i. Kerja itu ibadah
ii. Kerja itu bukan kerana mencari rezeki~tetapi kerana taqwa.
iii. Kerja itu taqwa
iv. Keutamaan kita untuk solat berjemaah.
Huraian:
-Hanya Islam yang menyatakan bahawa kerja itulah adalah ibadah.
-Orang yang luar biasa, ia kata bahawa ia kerja bukannya untuk mencari rezeki. Rezeki tidak payah cari.
-Kita dilahirkan dengan rezeki. Habis rezeki maka kita akan mati! Selagi kita hidup, ada rezeki!
Tidak payah cari rezeki. Kita bekerja untuk bertaqwa!
-Justeru, orang yanbg luar biasa ia akan menambah taqwa.
Huraian (tambahan):
-Sesungguhnya setiap anak Adam yang dilahirkan di dunia ini telah ditentukan rezekinya oleh Allah.
-Allah SWT telah berfirman, jikalau hambanya itu bertakwa kepadaNya, maka Allah SWT akan mencukupkan rezekinya. “
-Surah At-talaq, ayat 2-3: “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya).”
-Khalifah yang agung dalam sejarah umat Islam, Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau di penghujung usianya, orang-orang bertanya kepada beliau: Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?”
Khalifah Umar bin Abdul Aziz pun menjawab:
“Aku meninggalkan untuk mereka ketakwaan kepada Allah. Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh. Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan aku tinggalkan sedikitpun yang membantu mereka bermaksiat kepada Allah.”
-Sabda Nabi saw:
“Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rezeki, sebagaimana burung mendapatkan rezeki, ia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang.” (HR: Tirmizi).
-Doa yang diucapkan oleh Nabi saw yang baik untuk kita amalkan:
“Ya Allah tidak ada siapa yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang dan tiada siapa yang berkuasa memberikan manfaat selain daripada Mu.” (HR: Bukhari dan Muslim)
-Secara kerohaniannya, rezeki tidak perlu cari. Kita bila dilahirkan telah ditetapkan rezeki kita. Bila kematian menemui kita bererti setakat itu sahajalah rezeki kita di dunia ini.
-Jadi dalam pekerjaan, untuk menjadi luar biasa hendaklah kita menambah taqwa.
-Maka untuk dapat taqwa, kita perlu sentiasa menjaga solat. Solat yang terbaik adalah berjemaah.
Kuncinya adalah solat!
-Bayangkan kita bercakap dengan boss yang paling besar.
-Kita “bercakap dengan Allah” lima kali sehari!
-Allah belum panggil kita sudah datang! Bila belum azan, kita telah berwuduk!
-Kita telah menunggu azan di masjid! Kita merasa rugi jika tidak solat berjemaah!
Tetapi jika kita solat tidak cukup, melambat-lambatkan solat, tidak solat berjemaah maka kita bukanlah orang yang luar biasa!
Menjaga solat berjemaah:
-Allah adalah yang paling utama. Kita perlu jaga Allah.
Jangan dipanggil berkali-kali tetapi kita tidak menyahutnya.
Bila azan berkumandang, kita tinggalkanlah semua perkara. Kita tunaikan hak Allah!
-Pekerja yang luar biasa adalah orang yang jaga solat berjemaah.
~”Bila boss paling besar belum panggil pun kita sudah datang.” Maka apa tah lagi jika Allah menyeru kita untuk solat.
-Maka kalau hendak jadi pekerja luar biasa, jaga solat berjemaah.
c) KSI vs KPI
-Biasanya setiap organisasi atau pekerja mempunyai Key Performance Index (KPI). Ia adalah satu proses nilaian pencapaian yang ditetapkan oleh manusia.
-Namun sebagai insan yang bertaqwa kita perlu menjaga Key Solat Index (KSI).
-KPI adalah nilaian manusia. Tetapi KSI adalah nilaian Allah. Bila kita jaga KSI maka Insyallah KPI kita akan cemerlang.
-Maka, mana-mana organisasi yang hendak meningkatkan prestasi dan KPI, tidak ada cara lain melainkan dengan mengadakan KSI !
-KPI adalah pandangan manusia! KSI adalah pandangan Allah !
Maka jika sesuatu organisasi itu hanya mementingkan prestasi KPI yang dinilai oleh manusia alangkah ruginya!
Organisasi dan kita yang bekerja dengannya hilang keluarbiasaan sebab kita tidak merasakan bahawa solat itu adalah perkara yang sangat besar.
d) Ingatlah:
i. Tidak ada orang yang solat betul yang tidak tenang jiwanya!
ii. Tidak ada orang solat yang tidak lembut akhlaknya!
iii. Tidak ada orang yang solat yang tidak ada rasa tawaduk. Dengan rukuk dan sujudnya ia akan tawakduk!
iv. Tidak ada orang yang solat yang tidak mudah urusannya dengan orang!
-Sebab bila di akhir solat, kita bagi salam ke kiri dan ke kanan. Iaitu salam sejahtera kepada orang kanan dan orang kiri.
Iaitu kita mendoakan, “sejahtera ke atas kamu, rahmat ke atas kamu, barakah ke atas kamu”
Barakah dan sejahtera itu untuk kita dan semua.
Maka bila kita sentiasa mendirikan solat dengan betul, kita tidak akan mudah mengecewakan orang!
Kita akan sentiasa membahagia dan memuliakan orang!
-Kita hilang luar biasa kerana kita hilang rasa taqwa. Bila tidak ada taqwa maka nafsu akan menguasai dan memandu kehidupan kita. Kerja dan perbuatan kita akan dipengaruhi hawa nafsu.
-Bila tidak ada taqwa, maka kita mudah untuk tinggalkan/mencuaikan solat.
-Tidak ada orang mukmin yang jadi luar biasa jika ia tidak jaga solat.
-Tidak ada orang yang lemah lembut, tenang, suka bermesra dan suka membantu jika ia tidak jaga solatnya.
e) Di manakah rezeki?
-Rezeki ikan di laut. Rezeki monyet di hutan. Rezeki manusia? Ia adalah misteri!
-Rezeki manusia terletak di kebahagian dan kemuliaan orang lain!
-Maka sesiapa yang memuliakan dan membahagiakan orang lain, Insyallah rezekinya akan bertambah-tambah.
-Setiap kali kita menghilangkan kemuliaan orang dengan celaan dan tidak membahagiakan orang dengan kekasaran akhlak, kita menutup punca rezeki!
Rezeki itu datang, tetapi kita ada “penutupnya”. Rezeki kita ada, tetapi kita tolak! Ia dinamakan “rezeki repellent (sickening)”
Kita ingatlah bahawa setiap kali beraklak dengan akhlak yang buruk, kita tidak tenang dan kita akan kelam kabut.
-Bila kita suka marah orang, suka kasar dengan orang, sombong, menyusahkan kerja orang maka kita menolak rezeki! Kita hilang ciri manusia yang luar biasa !
-Maka marilah kita semua yang bertugas memberi khidmat sentiasa memasang niat untuk memudahkan urusan orang. Kita layan orang lebih baik daripada kita hendak dilayan!
Anggap semua orang keluarga kita!
-Dan lihatlah bahawa kuasa Allah di mana-mana!
-Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita buat kepada orang, kita buat kebaikan kepada diri kita sebab, Ada Beri Dapat!
Allah sentiasa membalas kebaikan yang kita buat.
Kita beri baik maka kita dapat baik!
Kita dapat tidak baik kerana kita ada dosa yang kita tidak nampak!
-Maka hendaklah kita perkasakan niat untuk tolong memudahkan urusan orang.
-Surah Al-Isra, ayat 7: “Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri.”
-Segala kebaikan bukan atas usaha kita tetapi dengan rahmat Allah.
Usaha kita hanya mencari taqwa!
-Maka kita niat kerja untuk taqwa.
Jangan berhenti buat kebaikan.
f) Bagaimana Hendak Bezakan Orang Yang Mempunyai Ciri Luar Biasa Dengan Yang Tidak Mempunyai Ciri Biasa?
Keempat-empat ciri tersebut iaitu tenang, lembut, tawaduk dan mudah urusan adalah perkara yang di dalam jiwa seseorang. Kita boleh bina dalam jiwa anak-anak kita.
Ibubapa yang tidak membina sifat-sifat tersebut kepada anak-anaknya adalah rugi!
i.Tenang
ii. Lembut
iii.Tawaduk
iv. Mudah berurusan
-Jangan kita sibuk hendak mempunyai anak yang luar biasa dengan mendapat 10A!
-Maka bila kita hendak mendidik anak-anak kita mempunyai keempat-empat ciri tersebut, ibubapa yang terlebih dahulu perlu mempunyai dan menjiwainya.
-Bila ibu tenang, tawaduk, ibuh mudahkan urusan, maka anak-anak akan juga ikut sedemikian.
g) Bagaimana untuk bercakap sebagai manusia luar biasa?
-Katakanlah kita hendak membeli sesuatu yang mahal. Contohnya hendak beli kereta.
-Jika kita dapati harga sesuatu barang (contohnya kereta) yang hendak dibeli itu tinggi biasanya kita kata “mahal”.
-Seorang yang luar biasa ia tidak kata bahawa kereta itu mahal tetapi ia kata “kereta itu berkualiti”!
-Ingatlah, bila kita kata “kereta itu mahal” kita telah merendahkan kita punya keupayaan! Iaitu kita “orang miskin”.
Orang miskin sahaja yang mengatakan sesuatu barang itu mahal.
Bagi orang kaya, semuanya murah. Kerana duitnya banyak!
Jadi, orang luar biasa ia mempunyai mental “kaya” (abundance mentality).
Orang yang biasa-biasa ia mempunyai “mental miskin” (scarcity mentality).
h) Pola Berfikir
Formula berfikir:
-Fikir->rasa->buat->dapat
Fikir miskin, rasa miskin, buat miskin maka dapat miskin!
Fikir kaya, rasa kaya, buat kaya maka dapat kaya!
Bila kita hendak dapat sesuatu yang mahal kita kata “kita akan simpan duit dulu”, itu adalah fikiran yang biasa-biasa!
Sesungguhnya banyak yang kita dapat dengan cara yang tidak kita sangka.
Ingatlah sesungguh sesuatu yang kita dapat adalah dengan rahmat Allah!
-Orang biasa-biasa ia bergantung kepada usahanya. Orang luar biasa ia bergantung kepada rahmat Allah.
Orang yang luar biasa, ia tetap buat kerjanya. Setiap pergerakan membawa barakah! Majadah, wajadah!
Bagai mana?
-Perlu niat kerana Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jika kita niat kerana Allah maka kita lagi cepat dapat apa yang kita hajatkan.
-Buat tindakan ke arah itu (bayangkan, ambil brochure dll)
-Kita ingat bahawa kita akan dapat bukan kerana usaha tetapi atas rahmat Allah.
Jika kita seorang yang tenang maka kita akan tenangkan orang lain.
Jika kita seorang yang lembut, maka kita akan tenangkan orang.
Jika kita tawaduk, maka kita akan tenangkan orang
Jika kita mudahkan urusan orang, maka kita akan tenangkan orang
Jika kita ada anak, orang buat baik padanya maka kita rasa amat seronok dan tenang!
Maka demikianlah, bila kita buat baik kepada semua makhluk Allah, mudah sahaja untuk membalasnya. Rahmat Allah akan mencurah-curah datang kepada kita dengan kebaikan-kebaikan yang kita buat.
i) Agama Islam adalah amat ajaib.
-Nabi Musa as belah laut dengan tongkat.
-Nabi Ibrahim as yang berada dalam api yang amat panas (burung yang terbang di atas api pun terbakar) rasa sejuk dengan doanya kepada Allah
Bulan dibelah dan lain-lain lagi!
Semuanya adalah keajaiban. Kita perlu yakin Itulah kebesaran dan kekuasaan Allah.
Rahmat Allah tidak bertepi, tidak ada hadnya!
-Kita memahami sunnatullah seperti hukum graviti dan lain-lain untuk kita tahu cara bekerja. Tetapi jangan putus asa dan jangan tidak yakin dengan rahmat Allah.
Orang mental kaya ia yakin dengan rahmat Allah! Ia bergantung kepada Allah. Bukan pada usaha.
Orang mental miskin ia merasa bergantung pada usahanya. Orang mental kaya ia bergantung kepada rahmat Allah.
Orang yang bergantung dengan amalan untuk dapat kebaikan bererti ia tidak yakin dengan rahmat Allah!
Jangan kita bergantung dengan amalan!
Jangan kita rasa bahawa hari ini kita bagus kerana kita bangun tahajud. Ia adalah salah!
Bila kita tidak terjaga untuk buat tahajud, maka kita bersangka baik pada Allah. “Ya Allah mungkin Engkau ingin aku berehat”
Dengan berprasangka baik maka jiwa kita akan sentiasa rasa tenang.
Kita melihat setiap perkara yang berlaku itu semuanya Allah yang takdirkan.
Jangan kita rasa akan berlaku perkara yang tidak baik bila kita tidak terjaga untuk buat tahajud. Kita perlu yakin bahawa ia adalah kehendak Allah.
j) Bolehkah kita ubah takdir?
-Hendaklah kita percaya kepada takdir.
-Takdir kita tidak boleh ubah. Tetapi respon dan cara kita melihat takdir itu yang boleh kita ubah. Jadi kita akan rasa tenang.
Formula melihat takdir:
Peristiwa/takdir + respon iaitu makna yang kita beri, yang kita pilih untuk ketaqwaan kita adalah bersamaan ) dengan kehidupan kita (iaitu hasil atau nasib kita).
Bolehkah kita ubah nasib?
Boleh! Iaitu respon kita dapat mengubah nasib kita!
Peristiwa (takdir) + respon = nasib
-Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri,”
-Yang boleh mengubah nasib kita adalah kita punya respon.
k) Hentikan Menghukum Orang
-Hari-hari kita lihat pelbagai berita dan peristiwa yang berlaku!
Biasanya, yang banyak kita respon ialah kita beri memberi komen yang negetif. Kita dengan mudah terus mengutuk orang!
Tetapi diri kita sendiri kadang-kadang masih banyak yang tidak betul.
Contohnya bila kita dengar orang meninggal, sebaiknya hendaklah kita berfikir nanti jika kita yang meninggal bagaimanakah kita.
Jika kita dengar ada yang ditangkap kerana rasuah, adakah kita baik untuk kita katakan “padan muka dia”.
-Bila kita mengutuk orang kerana kesalahannya, apa yang akan berlaku ialah perkara buruk itu akan datang pada kita!
Kita perlu sentiasa berkata yang baik. Contohnya, “alhamdulillah, ia ditangkap. Semoga ia dapat menyedarkannya untuk berubah jadi baik dan bertaubat”
Kita rasa syukur, ia dapat bertaubat sebelum ia mati! Jika tidak ia akan berterusan membuat kesalahan.
-Maka bila kita mengucapkan syukur, kita secara langsung telah mendoakan ia untuk mendapat pengakhiran yang husnul khatimah.
-Sesungguhnya bila doa untuk orang iaitu kita doakan husnul khatimah, maka itulah yang kita dapat!
-Inilah orang yang luar biasa! Kita mengambil setiap peristiwa yang berlaku itu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah! Kita membina jiwa untuk menjadi orang lebih baik.
-“Barulah berbaloi hidup!”😊
-Justeru, kita dengar satu berita orang tangkap dan seumpamanya, maka hendaklah kita fikir positif, doakan kebaikannya. Itulah yang kita dapat.
-Kita hentikan menghukum orang!
Manusia yang biasa-biasa ia suka menghukum orang. Suka melebelkan orang, mengumpat, menuduh, merungut dan lain-lain.
Orang yang biasa-biasa ia hanya respon kepada suasana. Ia tidak mengubah suasana.
-Orang mengeluh kerana suasana.
-Orang merungut kerana suasana.
-Orang mengumpat kerana suasana.
-Orang cari alasan kerana suasana
-Orang yang luar biasa, ia akan menyatakan, wow something happened”. Kemudian:
- Ia akan mengambil ibrah.
- Ia mengambil suasana yang berlaku itu untuk ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah. Macam mana untuk ia lebih baik.
-Jadi orang yang luar biasa ia mengubah suasana.
Setiap respon kita akan datang balik kepada kita. Jika positif respon kita maka positiflah yang kita dapat dan sebaliknya.
Jika kita mengeluh, maka keluhan itu akan datang balik kepada kita!
l) Bagaimanakah emosi orang luar biasa?
-Tenaga kita ada yang tinggi dan rendah.
Siapa yang tenaganya tinggi, emosinya adalah seorang yang “kaya”.
Orang yang “kaya”, emosinya:
Sayang, syukur, sabar, tenang, gembira, lembut dan ceria.
Sesungguhnya orang mukmin adalah orang yang paling ceria.!
Jika kita sedih, bermakna kita tidak bersyukur kepada nikmat Allah! Bila kita sedih bermakna kita kufur nikmat!
Contohnya kita ada 10 makanan pada hidangan kita. Ada satu daripadanya busuk. Adakah patut kita hendak merungut kerana satu yang busuk atau kita bersyukur yang amat sangat dengan 9 makanan lagi yang sedap dan lazat.
Jadi, orang yang jiwa “kaya” ia sentiasa bersyukur dengan apa yang ia ada.
-Sesungguhnya siapa yang bersyukur akan Allah tambah nikmat kurniaanNya.
-Surah Ibrahim, ayat 7: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
m) Adakah orang luar biasa (kaya) mempunyai banyak masalah?
-Ada yang kata, orang kaya, orang terkenal banyak yang bercerai berai. Hidup tidak bahagia.
Maka adalah yang menyatakan “janganlah menjadi kaya.”
-Sebenarnya, kajian menunjukkan perceraian banyak berlaku kerana kewangan. Iaitu ramai orang tidak berjaya, bercerai kerana kewangan.
-Sebenarnya ramai orang yang tidak berjaya bercerai. Tetapi ia tidak mendapat sorotan akhbar. Sebab mereka tidak terkenal.
Orang yang tekenal/berjaya mendapat sorotan. Jadi seolah-olah banyak orang berjaya/kaya itu bercerai.
Ia sebenarnya bagaimana cara kita melihat.
Orang berjiwa miskin akan berkata: “itulah, padan mukanya”. Orang jiwa “miskin” ada sifat dengki kepada orang.
n) Apakah Dua Penolak Rezeki Yang Besar
i. Dengki pada orang
ii. Tidak redha atas kebahagian orang lain. Ia sakit hati. “Kenapa dia, kenapa tidak aku?”
Dua perkara ini jika ada pada seseorang, maka ia akan penolak rezeki.
Jika dua perkara ini “selalu lalu lalang” dalam jiwa kita, maka kita akan sentiasa “rasa susah.”
-Maka sekarang bila kita hendak komen, semak dahulu. Kita berjiwa “kaya” atau “miskin”. Kita luar biasa atau biasa-biasa sahaja.
Bila kita ubah cara pemikiran kita ke arah yang positif, maka Insyallah kita akan berjaya.
o) Berhati-hati dengan sosial media dan handphone (HP)
-Sekarang HP menjadi racun!
-Sekarang ini, suami/isteri banyak melihat HP/sosial media daripada melihat wajah isteri/suami. Tidak memberi perhatian antara satu sama lain.
Ibubapa lebih banyak melihat HP/sosial media daripada melihat anak-anak. Tidak memberi perhatian kepada anak-anak.
-HP sebabkan rumahtangga huru-hara.
-Bila kita tengok HP iaitu “racun”, pastikan kita buat dua perkara dan tidak buat dua perkara.
Itulah penawar kepada “racun” yang dibawa oleh HP.
Bila orang tidak tenang, ia hanya fikir tentang manusia dan tidak dekat dengan Allah. Maka bila ia ambil gambar, ia akan usaha cantikkannya (beauty shop). Iaitu ia bukannya “real”.
Sebaiknya jangan kita hendak tunjuk kepada orang. Jika berhias dan bermake-up hendaklah ala kadar sahaja.
-Bila kita upload gambar di media sosial, hendaklah berhati-hati. Jangan kita “cantikkan” untuk dilihat hebat.
Jangan kita melampau dan menipu dengan gambar yang ditunjukkan.
Jangan kita posting gambar untuk menunjukkan kita bahagia. Akan ada orang yang dengki.
Bila nampak kebahagian orang, maka jika kita “jiwa miskin” akan ada rasa dengki. Kita rasa kenapa kita tidak dapat.
Ingat ayat ini:
Kita tidak akan dapat apa yang kita dengki pada orang.
Contohnya, kita nampak orang kaya, kita dengki. Maka kita tidak akan kaya.
Kita nampak orang pergi luar negara, kita dengki. Maka kita tidak akan dapat pergi ke luar negara. Kita nampak orang kahwin, kita dengki. Maka kita tidak akan kahwin.
-Sebaliknya, hendak kita bahagia melihat orang bahagia.
-Orang paling bahagia adalah orang yang bahagia melihat bahagia!
-Hanya orang yang berhati bersih suka melihat orang bahagia.
Orang mukmin itu tidak sempurna iman selagi ia tidak kasih kepada saudaranya.
-Sabda Nabi saw: “Tidak akan beriman seseorang pun di kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
-Jadi, orang mukmin adalah orang yang mengasihani orang lain seperti mana ia kasih pada diri sendiri.
-Bayangkan jika kita nampak orang itu diri kita, orang itu diri kita. Kita akan rasa seronoknya. Rasa bestnya.
Jadi kita akan dapat seperti orang yang kita redha. Jika kita redha dengan kebahagiannya, maka kita juga akan bahagia.
Sebaliknya jika kita dengki, maka kita tidak akan dapat.
Kita perlu redha dengan kebahagian orang lain.
Jika kita doakan ia, Insyallah kita juga akan dapat.
p) Mendapat doa malaikat
-Manusia luar biasa ialah orang yang sentiasa hendak malaikat mendoakan kita.
-Maka banyakkan doa untuk orang lain. Setiap kali kita doakan untuk hamba Allah/orang lain, maka malaikat akan mendoakan kita.
-Bila kita pergi buat haji/umrah, kita banyakkan doa untuk orang.
-“Wahai sahabat ku, demi Allah aku redha atas rezeki yang Engkau berikan pada sahabat ku, aku doakan semoga rezeki sahabat ku ini terus melimpah ruah, dapat tolong ibubapa, dapat beribadat dengan sempurna, dapat istiqamah, dikurniakan jodoh yang paling baik, keluarga bahagia, badan sihat, dapat ia beribadat, sampai hajat, dosanya diampunkan, dapat pengakhiran yang husnul khatimah, maka aku juga berharap dapat sama dengan sahabat ku ini. Dan sahabat ku, doakanlah yang sama untuk ku.”
-Maka tidak ada dengki pada doa kita. Semua kita hendak kaya, sihat, banyak berbuat baik dan lain-lain.
Semua yang kita hendak,orang lain juga hendak!
Tidak ada yang kita tidak suka, ada orang yang suka.
Kita sama samuanya! Jadi kenapa kita hendak berlawan. Kenapa hendak mengutuk. Kenapa hendak berdengki.
Jadi kita hendak sama-sama dapat.
Justeru tidak perlu untuk kita dengki, sombong.
Kita semua tahu bahawa rezeki itu semuanya Allah yang beri. Kita yakin semuanya daripada Allah.
Jadi adakah kita hendak dengki jika Allah beri lebih pada orang lain.
Allah Maha Tahu. Ada orang yang dapat kaya, ada orang yang tidak dapat kaya.
Allah tahu, jika ia kaya mungkin ia sombong. Jadi Allah tidak jadikan ia kaya.
Tidak bermakna kita tidak hendak kaya kerana takut jadi sombong.
Kekayaan tidak mengubah seseorang. Kekayaan membuka topeng seseorang.
Jika asalnya miskin, kemudian kaya ia buat maksiat. Sebenarnya masa ia miskin, ia juga hendak buat maksiat. Cuma ia tidak buat kerana miskin.
Jika orang itu kaya, kemudiannya pemurah pula. Sebenarnya ia telah mempunyai sifat pemurah sebelum ia menjadi kaya.
Maka bila ia sudah kaya, sifat pemurahnya bertambah-tambah.
-Topeng sebenar akan terbuka bila kita kaya, kita ada kuasa!
-Maka bagi siapa yang ada kuasa, ada harta, perhatikanlah akhlak anda!
Jika anda tidak tenang, tidak lembut, tidak tawaduk, menyusahkan orang, hendaklah perbaiki ketaqwaan dan kefahaman agama anda.
q). Jangan cari musuh
-Kita jangan cari musuh. Kita cari kawan. Masa hendak berperang pun Nabi saw berpesan, jangan kamu cari musuh. Kamu hendaklah sabar.
Maka jangan hanya sebab perbezaan pandangan kita bermusuhan. Jangan kita cari musuh. Sepatutnya kita cari ramai kawan.
Jika kita ada 1,000 kawan, maka 1,000 orang yang akan mendoakan kita. Setiap hari kita akan sambut birthday.
Satu musuh pun jangan kita cari. Bayangkan di tempat kerja kita, yang duduk sebelah meja kita adalah musuh kita. Pastinya kita tidak aman dan tidak bahagia. Kita akan rasa susah.
Jika kita tidak ada musuh, hidup lapang. Kita rasa hidup luar biasa. Kita saling mendoakan dan meraikan. Saling memaafkan. Saling memberi. Saling beralah. Saling bersopan santun. Saling beri salam, senyum.
Orang yang muka masam jika ia senyum, pahalanya lebih besar berbanding orang yang muka manis dan mudah untuk senyum.
Senyum itu adalah sebagai sedekah.
Maka usahalah untuk banyakkan senyuman.
Allah lihat kepada usaha kita, bukannya result.
r) Apakah perniagaan yang menguntungkan.
-Kita lakukan 3 perkara:
i. Hendak tingkatkan taqwa
ii. Hendaklah banyakkan bertawakal
iii. Hendaklah perbanyakkan bersedekah
iv. Hendaklah kita terima setiap pemberian dengan rasa syukur
Sesiapa yang suka meminta dan mendapat, ia sedang menghinakan diri.
Maka kita sentiasalah berdoa untuk di lapang rezeki dan kita tidak menjadi orang yang meminta-minta. Kita hendak menjadi pemberi.
Jika kita penerima zakat, jangan kita berterusan menjadi penerima zakat.
Jika kita terima pemberian, kita terima dengan penuh syukur. Dan kita terus niat bahawa apa yang kita dapat satu hari nanti akab dapat memberi lebih daripada itu.
Ini adalah mental “kaya”. Mental miskin asyik rasa hendak dapat sahaja.
Itu sebab ada setengah orang turun temurun meminta sahaja kerana tidak diajar untuk mempunyai mental kaya.
Jangan kata “jangan kaya, nanti sombong”. Ini ada anasir dengki kepada orang kaya.
Jadi hendaklah kita meraikan semua orang.
Seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain. Orang kaya, kita kaya. Orang bahagia, kita bahagia.
Orang mukmin itu bahagia dan membahagiakan orang
s). Sifat dengki itu mengurangkan tiga perkara.
Jika kita mempunyai sifat dengki:
1. Mengurangkan potensi diri
2. Mengurangkan rezeki
3. Kesihatan akan merosot
Cuba sebut: “Dengki” 100x
Cuba sebut: “Syukur” 100x
Bila sebut dengki kita akan jadi lemah. Bila sebut syukur, kita bertenaga.
Tenaga tinggi rezeki murah. Tenaga rendah, rezeki kurang.
t) Bagaimanakah untuk menambah rezeki
1. Perbanyakkan taubat
-Penghalang Rezeki ialah dosa-dosa kita. Maka kita banyak bertaubat dan beristigfar.
-Kita selalu sebut bahawa kita salah dan orang betul. Semua orang baik, saya pun hendak jadi baik.
Maka kita tidak hendak bergaduh, kita lembut, tawaduk dan tenang.
2. Setiap perkara yang berlaku pada kita, kita sebut “bestnya”. Ia akan mengerakkan banyak hormon magnet yang positif. Kita akan nampak best sahaja.
3. Kita mulakan setiap perkara dengan banyak berzikir. Mulakan dengan membaca Basmallah dan akhiri dengan alhamdulillah.
Kita bersyukur. Kita tidak minta, Allah beri.
4. Disiplin dalam perkataan/percakapan.
-Percakapan kita adalah doa.
-Perasaan itu doa
-Kita jangan sebut negetif.
-Contohnya, jangan sebut jalan jem tetapi sebut jalan banyak kereta!
Jangan sebut “saya sakit”. Sebut “saya tidak sihat.”
Jangan sebut “saya benci”. Kita sebut “saya tidak suka”
5. Setiap yang berlaku itu umpama kita mendapat ujian setiap hari.
-Contohnya, bila nak makan gula-gula ada kulitnya. Maka gula-gula itu rezeki, kulitnya adalah ujian.
-Maka kita terima hakikat, untuk mendapat rezeki kita perlu menerima ujian.
-Hendak dapat rezeki banyak, maka ujian kita akan banyak juga. Gula-gula besar, kulitnya juga besar.
-Maka bila kita terima ujian berat, kita kata “wow bestnya”. Ini kerana kita hendak dapat rezeki/kejayaan yang banyak. “Something is coming.”
Bila sakit, kita sebut alhamdulillah. Bila ada halangan, kita sabar.
6. Buang perasaan sombong.
-Bila takbirratur ihram, kita buang perasaan sombong.
-Bila kita solat, kita buang segala perbuatan buruk kita yang lampau.
-Kita gunakan solat untuk reset minda kita. Solat sebagai perawat.
7. Sentiasa baca al-quran
-Guna al-quran untuk selesaikan masalah kita.
-Bila ada masalah, tengok al-quran. Ada jawapan daripada Allah. Al-quran bercakap dengan kita.
-Ingat bahawa solusi permasalahan adalah dengan taqwa
8. Banyakkan solat taubat
-Kita takut laknat Allah.
-Kita sentiasa maafkan orang
-Kita banyakkan minta maaf
Selalunya, orang yang tidak maafkan orang ia tidak akan meminta maaf kepada orang!
Kita saling memberi.
Kita bila kita sering maafkan orang, silaturrahim kita berkembang. Maka rezeki kita akan berkitar dan meningkat.
9. Doakan kemuliaan dan kebahagian orang lain.
-Rezeki manusia terletak pada kemuliaan dan kebahagiaan orang lain.
-Kita jangan pedulikan sangat kemuliaan dan kebahagian kita.
Kita pedulikan kemuliaan dan kebahagian orang lain.
10. Kita sebut bahawa kita ingin bahagia tanpa syarat.
-Jangan letakkan bahawa perlu duit untuk bahagia.
-Jiwa yang penuh dengan zikirullaj kita rasa tenang
-Dengan ibadat kita, jiwa kita lembut
-Fokus kepada: Ada->Beri->Dapat
-Jangan sebut ada duit baru sedekah, baru buat umrah. Maka penatlah.
Tetapi kita sedekahlah sehingga kaya.
Manusia yang biasa-biasa, ia rancang-rancang tetapi tidak buat.
Orang yang luar biasa, ia buat sahaja dan yakin bahawa rezeki itu akan datang.
Orang yang luar biasa ia akan kahwin dahulu baru cari rezeki. Ia yakin dengan firman Allah, siapa yang kahwin akan dikurniakan rezeki.
Kesimpulan:
-Orang luar biasa ia gunakan minda yang ajaib. Selft motivated.
Dia ada jati diri, amat optimistik. Bahkan ia tidak perlu motivasi.
Ia pergi seminar motivasi untuk tahu cara untu membuat sesuatu sahaja.
Ia mempunyai own direction.
Ia mempunyai impian besar.
Contohnya, ia bukan sahaja hendak pergi umrah tetapi ia juga hendak umrahkan orang lain.
Ia bukan sahaja hendak jadi doktor tetapi hendak bina hospital.
Bila ia hendak buat sesuatu, ia bergerak dahulu. Ia yakin, bila barakah datang, Allah akan bantu.
Orang yang biasa ia akan kata, kita perlu buat plan dulu. Kita perlu ada duit dahulu baru boleh pergi buat umrah.
Bila hendak buat busuness, kena belajar dahulu dan lain-lain.
-Lihat Richard Branson, Bill Gates. Mereka fall out daripada sekolah.
Anak-anak ada yang lahir dengan right brain thingking. Ia kreatif, banyak imaginasi.
Jangan force anak-anak guna left brain (guna logik).
Orang yang guna magik ia orang luar biasa.
Orang yang guna logik ia orang biasa-biasa.
Magical thingking, magical life!
Logical thinking, logical life!
Logik adalah di fizikal. Magik berada pada jiwa.
Magik itu roh dan jiwa. Percaya pada kuasa Allah.
Roh dan jiwa boleh merewang ke mana-mana. Kita teringat pada orang, orang akan call kita. Kita ingatkan emak kita, kita boleh nampak mak kita.
Kita tidak ada mukjizat, tetapi kita boleh buat sangkaan yang positif-positif.
Untuk dapat magik, mula dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah
Setiap kali berpisah kita bermaaf-maafan.
Setiap malam doakan semua orang masuk syurga
Iman, ikhlas, ihsan dan buat kerja sebaik mungkin.
Kita perlu mempunyai emosi dan hati yang baik.
Orang luar biasa ialah berada dalam kelab 5%!

1 comment:

  1. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete