Monday 16 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (179/2019): IMAN YANG BERBOLAK BALIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 14 Sept 2019/ 14 Muharram 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Surah Al-An’am, ayat 110:
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”
-Bila kita buat dosa maka hendaklah kita cepatlah bertaubat.
-Allah membuka banyak pintu harapan. Kita dekatkan hati kita kepada Allah.
-Pendidikan jiwa dan rohani berlaku di masjid/surau.
Benteng terakhir kita adalah iman kita.
-Bila kita mempunyai kuasa, jawatan dan kekayaan kita akan mudah mengkhianatinya jika kita tidak mempunyai iman yang sempurna.
-Kita selalu dibisikkan oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai, kufur dan dosa.
-Justeru jiwa yang dikuasai oleh iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani dugaan dan godaan hawa nafsu.
-Iman/hati kita selalu berbolak-balik dan selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman. Ia berbolak-balik dan turun-naik.
Iaitu hati kita akan sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap.
-Kadang-kadang hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
-Kadang-kadang hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya kaku dan keras.
Kadang-kadang hati begitu zuhud dan tawaduk manakala di masa lain ia berubah menjadi sombong dan angkuh.
Pada satu masa hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah, kecelaruan dan hilang sabar.
Satu ketika hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong dan huru-hara.
Dalam beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyuk dan boleh pula dengan mudah menjadi lalai.
Hati boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
Jika seseorang itu menjadi ketua dan ia tidak beramanah maka bukan dia sahaja bertindak buruk tetapi organisasi dan warga organisasi akan menanggung akibatnya.
Iman adalah “CCTV” kita. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai kita.
Nafsu tidak akan pernah puas.

-Kita perlu berserah kepada Allah terhadap apa yang dilakukan.
Hendaklah kita sentiasa bersangka baik pada Allah.
-Allah berfirman (hadith Qudsi):
“Aku adalah seperti mana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.” (Hadith Qudsi , HR: Tirmidzi dan Abu Hurairah ra).
-Justeru, kita perlu optimis kepada Allah. Kita redha kepada Allah.
-Boleh jadi apa yang kamu sangka buruk itu baik kepada kamu. Boleh jadi apa yang kamu sangka buruk itu adalah baik bagi kamu!
-Contohnya, bila lift rosak maka kita naik tangga. Ia nampak buruk tetapi ia juga adalah baik kerana ia satu exercise.
Kita makan ubat yang pahit untuk mendapat kebaikannya.
-“Win the war is not about power but about mental.”
-Doa kita kepada Allah:
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”.
-Semua perkara yang kita buat adalah bergantung dengan niat/hati kita.
-Kita kukuhkanlah iman kita. Jangan kita mudah terpedaya dan akhirnya kita menjadi hamba dunia.
Carilah kehidupan akhirat yang kekal abadi!
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment