Monday, 9 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (173/2019): KEMULIAAN HARI JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM), Presint 8, Putrajaya: 8 Sept 2019/ 9 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Halim Md Derus
Sumber: (Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Membicarakan Hal-Hal Sembahyang)
●Pendahuluan
-Kita perlu mengetahui tentang tatacara makmun yang muafiq dan makmun masbuk bila kita solat berjemaah.
-Membaca surah itu sunat. Tetapi mengikut pergerakan imam itu adalah wajib bila kita solat berjemaah.
Hari Jumaat adalah hari yang sangat mulia pada Allah.
Ia adalah kerana:
1. Ia adalah penghulu segala hari
2. Nabi Adam as dijadikan pada hari Jumaat
3. Hari kiamat berlaku pada hari Jumaat
4. Menurut satu riwayat, ia adalah sebaik-sebaik hari yang naik matahari padanya.
Pada hari tersebut Allah memerdekakan 600,000 orang daripada api neraka.
Sesiapa yang mati pada hari tersebut, Allah memberi ganjaran baginya pahala syahid dan dipelihara daripada fitnah kubur.
5. Pada hari Jumaat, disunat memperbanyakkan bacaan selawat pada siang hari dan malamnya, membaca surah al-Kahfi, mandi dengan niat sunat Jumaat, kemudian pergi awal pagi ke tempat sembahyang Jumaat dan sunat memberi perhatian kepada khutbah.
-Orang yang datang ke masjid awal pada hari Jumaat bakal antara yang awal bertemu Allah di syurga kelak.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

-Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda;
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam as) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim).
-Surah Jumaat, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
-Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir ra berkata, Nabi saw bersabda; “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad).
-Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Nabi saw: “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (HR: Muslim).
-Pada hari Jumaat ada satu saat di mana Allah makbulkan segala doa.
-Nabi saw bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim).
-Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
i. Allah SWT ciptakan Adam as
ii. Nabi Adam as dimasukkan ke dalam syurga.
iii. Nabi Adam as diturunkan dari syurga menuju bumi.
iv. Allah mewafatkannya Nabi Adam as
v. Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
Nota:
-Untuk syarat jumaat, perlu mempunyai bilangan 40 orang bermastautin. Ia perlu bemastautin, bukannya bermukim.
Masalah Mentakhir Sembahyang Jumaat:
1. Mentakhir sembahyang Jumaat kerana menunggu peniaga-peniaga dan orang bekerja adalah bida’ah walau pun mereka wajib mengerjakannya.
2. Pihak pemerintah diwajibkan menguatkuasa undang-undang dan peraturan, supaya orang merasa takut hendak meninggalkan sembahyang Jumaat dan pihak pemerintah tidak boleh bertindak sambil lewa dalam menyuruh dan menakutkan mereka, supaya syi’ar Islam dapat dinyatakan dengan jelas.
-Kita sentiasalah meminta keampunan dan bertaubat kepada Allah.
-Sekarang telah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Antaranya banyaknya berlaku gempa bumi, banyaknya manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit.
Tanda besar, muncul Yakjud dan Mahjud, turunnya Nabi Isa as.
Solat Berjemaah: Penggantian Imam:
~bersambung di kuliah akan datang.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment