Monday 8 June 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (106/2020): MANAFAATKANLAH HARTA SEBAIKNYA DAN SERAHKANLAH HARTA ANAK YATIM SETELAH IA MATANG



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 5 Jun 2020 / 13 Syawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 5:

●Pendahuluan
-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.

-Surah An-Nisa, ayat 5: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”

HURAIAN:
-Kalimah al-sufaha adalah merujuk kepada insan yag lemah atau tidak mampu mengurus diri dengan sempurna.

-Kalimah al-sad pula ia merujuk kepada kata jamak kelemahan yang berlaku. Iaitu dalam aspek menguruskan harta ia akan kehilanganya kerana tidak bijak akal dan kekurangan keupayaan menyebabkan tidak memperolehi manafaatnya di dunia mahu pun di akhirat.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (105/2020): WAJIB MEMBERI MASKAHWIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 4 Jun 2020 / 12 Syawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya)

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 4

●Pendahuluan
-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.

-Surah An-Nisa, ayat 4: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”

HURAIAN:
-Dalam ayat ini Allah memperihalkan perhubungan perkahwinan dalam perkara kewajipan memberi maskahwin oleh lelaki kepada perempuan yang hendak dinikahi.
-Kalimah “tabarukh” sebelum ini difahami sebagai sesuatu yang berbentuk hadiah. Tetapi dalam ayat ini ia bermaksud wajib.

-Maka dalam ayat ini Allah berfirman, “berikanlah kepada perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.”

-Ia juga perintah larangan untuk lelaki mengambil dan menggunakan maskahwin ini kerana sifat ketamakan dan hawa nafsu.

Thursday 4 June 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (104/2020): BERLAKU ADIL DALAM PERKAHWINAN (2) ~SAMB.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 3 Jun 2020 / 11 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 3.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.

-Surah An-Nisa, ayat 3: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

HURAIAN:
-Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Aziz bin ‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad dari Shalih bin Kaisan dari Ibnu Syihab, ia berkata: ‘Urwah bin az-Zubair mengabarkan kepada ku bahawa ia bertanya kepada Saidina Aisyah ra. tentang firman Allah: wa in khiftum allaa tuqsithuu fil yataamaa (“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawini,”) beliau menjawab: “Wahai anak saudara ku, anak yatim perempuan yang dimaksud adalah wanita yatim yang berada pada pemeliharaan walinya yang bergabung dalam hartanya.” Sedangkan ia menyukai harta dan kecantikannya. Lalu, walinya ingin mengawininya tanpa berbuat adil dalam maharnya, hingga memberikan mahar yang sama dengan mahar yang diberikan orang lain. Maka, mereka dilarang untuk menikahinya kecuali mereka dapat berbuat adil kepada wanita-wanita tersebut dan memberikan mahar yang terbaik untuk mereka. Dan mereka diperintahkan untuk menikahi wanita-wanita yang mereka sukai selain mereka.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (103/2020): BERLAKU ADIL DALAM PERKAHWINAN (1)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 2 Jun 2020 / 10 Syawal 1441H (Selasa).
Ustaz Ikmal Zaidi Hashim oleh (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 3.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.

-Surah An-Nisa, ayat 3: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (102/2020): LARANGAN MENGAMBIL HARTA ANAK YATIM



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 1 Jun 2020 / 8 Syawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 2.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.

-Surah An-Nisa, ayat 2: “Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

HURAIAN:
-Ayat ini adalah arahan supaya harta anak yatim dipelihara dan diberi kepadanya apabila telah boleh menguruskannya sendiri.

Sunday 31 May 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (101/2020): BUKTIKAN KETAQWAAN KITA DENGAN MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 29 Mei 2020 / 6. Syawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah An-Nisa, ayat 1-2.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru berlalu jadi asbab keredhaan Allah.

-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

-Surah An-Nisa, ayat 2: “Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

HURAIAN:
-Allah telah menyatakan bahawa manusia adalah dari yang satu. Allah lah yang menciptakan manusia bermula dengan Nabi Adam as.

-Allah memerintahkan manusia untuk bertaqwa dan ingatkan bahawa mereka adalah bermula daripada ciptaanNya yang satu.

Thursday 28 May 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (100/2020): INGATLAH BAHAWA KITA DARIPADA YANG SATU



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 28 Mei 2020 / 5 Syawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 1.

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Sama-sama kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan. Semoga jadi asbab keredhaan Allah kepada kita semua.

-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

HURAIAN:
-Surah ini dimulai dengan seruan yang kepada seluruh manusia yang mukalaf ketika mula turun ayat hingga kepada seluruh manusia yang lahir di dunia ini sehingga hari kiamat.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (99/2020): OVERVIEW SURAH AN-NISA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 27 Mei 2020 / 4 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru berlalu. Moga jadi asbab keredhaan Allah.

OVERVIEW SURAH AN-NISA:
-Dinamakan surah An-Nisa kerana ayat berkaitan wanita lebih banyak berbanding ayat-ayat yang lain.

-Surah ini juga dikenali sebagai surah Nisa Al-Kubra yang bermakna surah An-Nisa yang besar. Manakala al-Thalaq dikenali juga dengan nama Nisa al-Sughrah atau Nisa al-Qushrah iaitu surah An-Nisa yang kecil.

Bagaimanakah hubungan surah An-Nisa dengan surah sebelumnya iaitu surah ali-Imran:
-Surah ali-Imran telah diakhiri dengan seruan untuk bertaqwa iaitu di ayat 200.

-Jika kita hubungkan dengan ayat pertama pada surah An-Nisa ini, ianya juga dimulai dengan seruan untuk kita bertaqwa kepada Allah.

-Surah An-Nisa, ayat 2: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

-Jika di dalam surah ali-Imran diperincikan tentang peristiwa perang Uhud, dalam surah An-Nisa ini juga disentuh tentang peristwa peperangan tersebut.

-Terdapat juga ayat-ayat yang menyanggah hujah-hujah golongan munafik dan membongkar penyelewangan serta tipu daya mereka.

Tuesday 26 May 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (98/2020): SNAPSHOT SURAH ALI-IMRAN DAN PENGENALAN KEPADA SURAH AN-NISA.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 26 Mei 2020 / 3 Syawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).

●Pendahuluan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..

Segala puji hanya milik Allah.
-Marilah kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik Allah.

-Kita buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.

-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.

-Semoga kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.

-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya selepas sebulan kita menjalani tarbiah Ramadhan. Moga jadi asbab keredhaan Allah.

SNAPSHOT Surah ali-Imran:
-Alhamdulillah kita telah selesai kuliah tafsir surah ali-Imran.

-Menurut sebahagian ahli tafsir, surah ali-Imran ini turun selama terjadi perang Uhud dan perang Badar, iaitu pada tahun kedua dan ketiga hijrah.

-Surah ali-Imran terdiri dari 200 ayat, 3508 perkataan dan 14984 huruf. Ia adalah surah ketiga terpanjang selepas surah al-Baqarah dan surah An-Nisa.

-Surah ali-Imran mempunyai dua perkara penting. Dua rukun agama iaitu aqidah dan syariat.
1) Aqidah:
-Begitu banyak ayat-ayat dalam surah ali-Imran yang menerangkan keesaan Allah, kenabian dan kebenaran al-quran. Ia juga merakamkan tingkah laku dan perbuatan ahli kitab Nasarah yang kufur yang menolak al-quran dan kenabian Nabi saw.

Friday 3 April 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (57/2020): BALASAN DI AKHIRAT ADALAH TERLEBIH BAIK DARIPADA KEDUNIAAN YANG AKAN DITINGGALKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 3 April 2020 / 9 Syaaban 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Tafsir surah ali-Imran, ayat 157-159

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat kurnian Allah terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita taatilah segala perintahNya dan tinggallah segala laranganNya.
Semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.

-Surah ali-Imran, ayat 157: “Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini Allah menyanggah sekali lagi kata-kata orang kafir dan juga untuk memberi motivasi serta menguatkan lagi keimanan orang beriman.
-Dalam ayat ini Allah berfirman, jika kamu mati sebagai orang beriman samada semasa berjuang di jalan Allah atau semasa mengerjakan perkara kebajikan umum, sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).

Thursday 2 April 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (56/2020): ORANG BERIMAN PERLU YAKIN DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 2 April 2020 / 8 Syaaban 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Tafsir surah ali-Imran, ayat 156

●Pendahuluan
-Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah serta perlindungan kepada kita semua.
-Surah ali-Imran, ayat 156: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini perkataan saudara mara mereka adalah merujuk saudara mara orang yang kufur sesama mereka.
-Dalam ayat ini, Allah mengingatkan orang beriman untuk tidak menjadi seperti orang yang kufur.
Orang yang kufur terlalu bimbang dengan kematian. Mereka merasakan pergi berjuang atau pergi keluar bermusafir untuk berniaga menyebabkan mereka terdedah kepada kematian.

-Mereka merasakan bahawa jika mereka tidak keluar maka mereka tidak mengalami kematian.
-Ini menunjukkan sifat pengecut mereka. Mereka tidak percaya pada qada dan qadar. Mereka tidak ikhlas dan tidak menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

Wednesday 1 April 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (55/2020): KEMBALILAH KEPADA ALLAH SWT BILA TELAH TERSILAP


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.47 pagi: 1 April 2020 / 7 Syaaban 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Tafsir Surah ali-Imran, ayat 155-156

●Pendahuluan
-Semoga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur. Sentiasa taat perintah dan meninggalkan larangan Allah.
-Surah ali-Imran, ayat 155: “Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini Allah menerangkan bagaimana sekumpulan tentera Islam yang berpaling lari. Kumpulan pemanah dan segolongan tentera Islam telah terpengaruh kepada perkara keduniaan dan ketakutan. Keimanan mereka tidak teguh.
-Manakala sebahagian tentera Islam yang yang lain iaitu sekitar seramai 30 orang terus bersama Nabi saw. Mereka pertahankan Nabi saw daripada serangan dan ancaman tentera musuh.
-Syaitan telah menjalankan tugasnya dengan membisikkan was-was kepada golongan yang berpaling.
Mereka telah digodakan dengan keduniaan dan ketamakan serta tidak yakin dengan pertolongan Allah.

-Syaitan menjerumuskan mereka melakukan kesalahan. Jiwa dan hati mereka tidak bulat kepada Allah. Maka ini telah menyebabkan terhalangnya mereka daripada pertolongan Allah.
-Namun Allah telah mengampunkan dosa para sahabat nabi saw tersebut. Mereka telah bertaubat dengan taubat yang sebenar.

Monday 30 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (53/2020): TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-IMRAN 154-155


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 30 Mac 2020 / 5 Rejab 1441H (Isnin) oleh Ustaz Ikhmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 154: “Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.”

Friday 27 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (52/2020): RASA MENGANTUK (KEDAMAIAN) ADALAH KURNIAAN ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 27 Mac 2020 / 2 Rejab 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Surah ali-Imran, ayat 153-154
●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 153: “(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
HURAIAN (samb):
-Dalam ayat ini Allah gambarkan tentera Islam yang tidak stabil. Mereka telah melarikan diri dan meninggalkan Nabi saw.
-Allah mentakdirkan sesuatu yang mendukacitakan iaitu dengan kekalahan dan perselisihan di antara mereka.
-Supaya kamu tidak berdukacita dengan apa yang ditakdirkan dan apa yang telah diluputkan. Iaitu tentera Islam telah ditakdirkan kalah.
Supaya tidak bersedih dengan segala kesakitan dan kecederaan.

-Seterusnya, Allah menfirman bahawa dosa mereka telah diampunkan.
-Allah juga ampunkan apa yang ada dalam hati-hati kamu.
Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalah hati-hati manusia.