السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 2 April 2020 / 8 Syaaban 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.
Sumber: Tafsir surah ali-Imran, ayat 156
●Pendahuluan
-Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah serta perlindungan kepada kita semua.
-Surah ali-Imran, ayat 156: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini perkataan saudara mara mereka adalah merujuk saudara mara orang yang kufur sesama mereka.
-Dalam ayat ini, Allah mengingatkan orang beriman untuk tidak menjadi seperti orang yang kufur.
Orang yang kufur terlalu bimbang dengan kematian. Mereka merasakan pergi berjuang atau pergi keluar bermusafir untuk berniaga menyebabkan mereka terdedah kepada kematian.
-Mereka merasakan bahawa jika mereka tidak keluar maka mereka tidak mengalami kematian.
-Ini menunjukkan sifat pengecut mereka. Mereka tidak percaya pada qada dan qadar. Mereka tidak ikhlas dan tidak menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.
-Mereka yang kufur berkata begitu adalah untuk melemahkan pejuang agama Allah. Iaitu untuk mewujudkan rasa was-was dan menyesal kerana keluar berjuang menegakkan agama Allah.
-Dalam ayat ini Allah melarang orang beriman berfikir dan bersifat seperti orang kafir.
-Perbezaan keimanan dan kekufuran adalah kepercayaan kepada qada dan qadar.
-Iaitu tidak boleh ada kecenderungan yang serupa antara orang beriman dengan orang kafir.
-Justeru, janganlah kita orang beriman berfikiran seperti orang kafir.
-Fokus orang-orang yang kufur itu adalah untuk mempengaruhi pejuang Islam untuk rasa menyesal.
Allah rakamkan kata-kata mereka dalam ayat ini: “"Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh".
-Allah seterusnya berfirman dalam ayat ini, “(Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka.”
Iaitu mereka tidak mendapat manafaat bahkan penyesalan bersama mereka.
Iaitu penyesalan atas penyesalan. Penyesalan itu tidak berlaku melainkan dalam hati hati mereka. Ia tidak akan hilang daripada hati mereka.
-Iaitu akibat daripada perkataan dan keyakinan mereka yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka.
-Orang beriman akan beroleh kejayaan.
Sesungguhnya Allah yang menguji dan mematikan.
-Dalam ayat ini Allah menyanggah kata-kata orang kafir.
Ia juga seruan kepada orang beriman untuk terus berjuang dan beramal soleh.
-Allah lah yang menentukan kehidupan dan kematian setiap hambaNya.
-Berada di rumah tidak memanjangkan umur seseorang. Demikian jugalah, keluar berjuang atau keluar bermusafir atau keluar mencari rezeki yang halal tidaklah memendekkan umur seseorang. Carilah rezeki yang halal dan carilah keberkatan hidup.
-Justeru, orang beriman teruslah lakukan apa yang patut dilakukan dalam kehidupan termasuklah berusaha bekerja mencari rezeki.
Pastikan segalanya berpaksi kepada ketaatan kepada Allah dan mendapat redaNya.
-Segala yang baik dan buruk hanyalah daripada Allah.
-Kita perlu terus membuat banyak kebaikan seperti yang diperintah oleh Allah.
-Janganlah kita mempunyai keraguan atas kejayaan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kita orang yang beriman.
Allah melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk menyerupai orang-orang kafir dalam keyakinan mereka yang rusak seperti yang tertuang dalam ungkapan mereka mengenai saudara-saudara mereka yang meninggal dalam perjalanan dan peperangan,
●Penutup
-Allah melarang orang yang beriman untuk menyerupai orang-orang kafir dalam keyakinan mereka yang rosak seperti kata-kata dan kepercayaan mereka mengenai saudara-saudara mereka yang meninggal kerana perjalanan dan peperangan.
-Allah akan memberikan balasan sesuai dengan amal yang pernah kita kerjakan. Jika kita berbuat baik, maka kebaikan yang akan diperoleh. Dan sebaliknya, jika kita berbuat jahat, maka kejahatan pula yang akan diperolehi.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment