Friday 31 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (23/2020): PENJAWAT AWAM DALAM SITUASI HARI INI- MENCARI KEBAHAGIAN DALAM BEKERJA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sesi Perkongsian Ilmu@Mesyuarat Agung Puspanita, MEA: 30 Januari 2020/ 6 Jumadilakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Imam Muda Asyraf

●Pendahuluan
1. Kita perlu bekerja dengan rasa bahagia. Kebahagian perlu kita pupuk bersama. Kita bukan hendak bahagia seorang tetapi kita hendak semua orang bahagia.
-Bila kita bahagiakan orang, Insyallah kita juga akan bahagia.
2. Untuk menjadi pekerja yang baik perlu ada dua ciri:
i. Berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya
ii. Beramanah
-Kisah Nabi Musa as dan Nabi Syu’aib as. Nabi Musa as menolong anak Nabi Syu’aib as mengangkat air yang Allah rakamkan dalam al-quran, surah al-Qasas, ayat 22-28.
-Firman Allah dalam Surah al-Qasas, ayat 26: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapa ku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”.
-Dalam mencari pekerja, yang dilihat tidak hanya tenaganya atau kelayakannya semata-mata tetapi juga dan tidak kalah pentingnya adalah kejujuran calon pekerja tersebut.
-Puteri Nabi Syu’aib mengusulkan kepada ayahnya untuk mengambil Nabi Musa as kerana Nabi Musa as adalah seorang yang al-qawiy al Amin.
-Untuk mengetahui jujur atau tidaknya seseorang antara lain dapat dilihat dari bagaimana ia beragama ia taat dalam melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama.
-Misalnya dari segi cara berpakaian dan kesungguhan melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
-Dewasa ini sukar untuk mendapat pekerja yang sedemikian.
Oleh kerana majikan sukar untuk mendapat pekerja-pekerja yang memperlihatkan ketaatan beragama yang kuat maka pelbagai sistem pengurusan sumber manusia dilaksanakan bagi menghasilkan pekerja yang berkualiti dan tinggi produktivitinya.

-Para pekerja dan profesional yang taat beragama bukan sahaja menguntungkan majikan dari segi produktiviti tetapi juga aman dan selamat daripada segala macam bentuk penipuan, pecah amanah dan pelbagai penyelewangan.

Thursday 16 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (22/2020): SOLAT JUMAAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 9 Januari 2020/ 15 Jumadilawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Haji Zamani bin Yaakob.

●Pendahuluan
Hukum solat jumaat.
-Surah Al-Jumu'ah, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
-Sabda Rasulullah saw: “Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (HR: Abu Dawud & Hakim.)
-Orang yang tinggalkan solat dengan sengaja termasuk solat Jumaat adalah berdosa besar. Tetapi ia tidak jatuh kafir.
Nota: Satu perkara yang salah bagi yang menyatakan jika tidak pergi solat jumaat tiga hari berturut-turut akan jatuh menjadi kafir.
-Maka kita patuhilah larangan berjual beli bila azan telah dikumandangkan.
-“Kita adalah umat yang terakhir. Bezanya kita menerima kitab yang terahir. Ia mukjizat Nabi saw.
-Walau pun kita umat terakhir tetapi Nabi saw memilih hari kebesaran (hari Jumaat) mendahului umat Nasarah dan umat-umat yang lain (hari Ahad).

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (21/2020): ADAB TERHADAP BINATANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 6 Januari 2020/ 12 Jumadilawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Syukur kita dipertemukan dengan tahun baru. Semoga amal kita juga bertambah dengan bertambahnya umur kita.
Adab Terhadap Binatang:
-Allah kurniakan banyak ruang untuk kita membuat kebaikan termasuk dengan binatang.
-Terutamanya kepada pembela binatang hendaklah kita mengetahui adab kita dengan binatang.
-Kebanyakan orang muslim memahami bahawa binatang adalah makhluk Allah. Maka binatang juga membawa rahmat kepada kehidupan.
Justeru ada adab-adab yang perlu kita amalkan.

Antara adab-adab dengan bintang ialah:
1. Memberi makan dan minum bila di dapati binatang itu lapar dan dahaga.
-Sabda Nabi saw: “Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya).” (HR: Bukhari).
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang tidak belas kasihan nescaya dia tidak akan dibelaskasihani.” (HR: Bukhari & Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit.” (HR: At-Tirmizi).
Betapa hebatnya Islam. Dengan mengasihani binatang pun akan dikurniakan rahmat yang banyak.
2. Menyayangi dan kasihan belas terhadap binatang.
-Pada satu hari Nabi saw melihat sahabat menjadikan burung untuk sasaran memanah. Lalu Nabi saw bersabda: “Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran.”
-Sabda Nabi saw juga menyatakan Allah melaknat orang menjadi sesuatu yang ada roh sebagai sasaran anak panah atau lembing atau sebagainya.
-Sabda Nabi saw: “Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini kerana anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya".
Nabi saw bersabda demikian setelah baginda melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (HR:Abu Daud).

Saturday 11 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (20/2020): KURSUS ASAS HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT, SUNAT IHRAM, LARANGAN IHRAM DAN DAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kursus Asas Haji 1441H / 2020M: Masjid UPM, Serdang, Selangor: 11 Januari 2020 / 15 Jumadilawal 1440H (Kursus Minggu Kelima: Sabtu,9.00- 12.00 tgh)



●Pendahuluan
REVIEW:
Carta Aliran Pekerjaan Haji:
Rukun Haji:
1. Niat Ihram Haji
4. Wuquf
10. Tawaf
11. Sa’ie
7. Bergunting / Bercukur
[Maka dapatlah tahallul Awwal]
12. Tertib pada kebanyakkan rukun

Wajib Haji:
2. Niat Di Miqat
3. Larangan Ihram
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra Pada 10 Zuhijjah
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
~Pada malam hari kita perlu berada pada sebahagian malam.
~Pada siang hari melontar Jamrah
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.

Berwukuf: waktunya ialah pada 9 Zulhijjah, mulanya bila masuk waktu zohor hingga ke masuk waktu fajar subuh 10 Zulhijjah (hari raya aidil adha).
Tiada amalan wajib yang ditetapkan semasa berwuquf.

-Banyakkan amalan sunat. Antaranya, kita bertalbiah, beristigfar, berselawat, membaca al-quran dan lain-lain.
Kemudian pada 10 Zullhijjah ke Muzdalifah untuk bermalam di sana (Mabit).
Kemudiannya melontar Jamrah Kubra pada 10 zulhijjah tersebut.
Seterusnya bermalam (Mabit) di Mina, iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
Kemudiannya diikuti dengan melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
-Orang yang berusaha bersungguh-sungguh akan merasa kenikmatan beribadat bagi mendapat haji yang mabrur.

Friday 10 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (19/2020): BERSIFAT LEMAH LEMBUT DALAM BERHUBUNGAN DENGAN SAHABAT DAN PENGIKUT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Taddabur Al-Quran Selepas Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 10 Januari 2020/ 15 Jumadilawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Imam Hakimi

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 159: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya
-Surah ali-Imran, ayat 160: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Wassalam.

Monday 6 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (18/2020): DOSA BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 4 Januari 2019/ 10 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Dr Haji Mohd Aizam Mas’od.

Tajuk:
i. Dosa Besar: Haram Menasabkan Nama Anak Angkat Dengan Nama Bapa Angkat

ii. Dosa Besar: Haram Berdebat dan Berbalah Pada Perkara Yang Jelas Kebathilannya

●Pendahuluan
Dosa Besar: Haram Menasabkan Anak Angkat Dengan Nama Bapa Angkat:
-Dosa besar bagi orang yang menasabkan anak yang bukan anak kandungnya dengan namanya.
-Anak luar nikah juga tidak boleh dibinkan dengan nama bapa yang biologikalnya.
-Surah al-Ahzab, ayat 4: “...dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri..."
-Surah al-Ahzab, ayat 5: "...panggillah anak-anak angkat itu dengan ber‘bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.”
-Sesungguhnya yang menetapkan nasab itu ialah Allah dan menasabkan kanak-kanak itu kepada bapa kandungnya ialah hak kanak-kanak tersebut.
-Memelihara hak Allah dan hak kanak-kanak itu merupakan sesuatu yang wajib. Maksudnya hak Allah dipelihara dengan menasabkan kanak-kanak itu kepada asal usul keturunannya, kerana dari situlah dia dijadikan Allah, manakala hak kanak-kanak itu ialah mesti dinasabkan kepada bapanya kerana darah daging seseorang itu sabit kepada bapa kandungnya.
-Seorang bapa angkat boleh berkahwin dengan isteri kepada anak angkat yang telah diceraikan. Ini telah ditunjukkan oleh sirah Nabi saw.
-Surah al-Ahzab, ayat 37: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu (Zainab) itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan nyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah lebih patut engkau takuti (melanggar perintah-Nya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.”

Sunday 5 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (17/2020): KEDIAMAN MAKHLUK JIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 5 Januari 2019/ 9 Jumadilawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Ahmad Fuad Mokhtar.

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat dan rahmat Allah kita menemui alaf baru dengan persekitaran dunia yang semakin mencabar.
-Kita hendaklah menjadi benteng kepada Islam. Berjuang untuk mempertahankan agama.
-Semoga Allah selamat negara kita. Cabaran untuknanak muda kita agar semakin pandai dan dapat memakmurkan negara.
-Border manusia bercakap semakin luas. Namun kita hendaklah berupaya berhujah dalam ruang lingkup rasional yang berpaksikan undang-undang.
-Kita perlu jaga agama supaya institusi agama Islam terpelihara.
Kisah Harut dan Marut:
-Dalam ayat yang berbicara tentang sihir di zaman Nabi Sulaiman as, Allah Ta’ala menyebutkan nama Harut dan Marut. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 102:
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.”
-Ibnu Katsir mengatakan:
حاصلها راجع في تفصيلها إلى أخبار بني إسرائيل ، إذ ليس فيها حديث مرفوع صحيح متصل الإسناد إلى الصادق المصدوق المعصوم الذي لا ينطق عن الهوى
“Kesimpulannya, rincian kisah Harut dan Marut itu berasal dari Israiliyat. Kerana tidak ada hadith yang sahih marfu’ muttashil sanadnya kepada Nabi saw yang tidak bicara dengan hawa nafsu.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/360).

Saturday 4 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (16/2020): KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA MALAM JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bacaan Hadith Selepas Asar@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 4 Januari 2020/ 8 Jumadilawal 1441H (Sabtu)

-Sabda Nabi saw:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736).
-Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri ra, Rasulullah saw bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” HR: Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249).
-Daripada Ibnu Umar ra, berkata: Rasulullah saw bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (HR: Abu Bakr bin Mardawaih).

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (15/2020): APAKAH ISLAM , IMAN DAN IHSAN?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bacaan Hadith Selepas Asar@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 29 Disember 2019/ 3 Jumadilawal 1441H (Ahad).

Sabda Nabi saw:
عَنْ عُمَرَ أَيْضًا قَالَ: ” بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخْذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ! قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْنَا مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. قَلَتْ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ “. (رواه مسلم)
Daripada Saidina Umar ra, katanya: Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah saw pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu dia duduk bersama Rasulullah saw, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah saw, serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah saw, lalu ia berkata: Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam? Rasulullah saw bersabda: Islam itu ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu mengerjakannya.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (14/2020): KURSUS ASAS HAJI: SA'IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM,Serdang, Selangor: 4 Januari 2020 / 8 Jumadiawal 1441H (Kursus Minggu Keempat; Sabtu, 9.00 - 12.00 tgh).

●Pendahuluan
REVIEW:
(i) Bilakah kita Talbiah? Bagi umrah semenjak kita niat ihram sehingga kita mengerjakan tawaf umrah.
Bagi haji semenjak niat ihram sehingga selesai Tahalul awal.

(ii) Jangan kita takut dengan bayaran Dam. Segala harta yang kita ada adalah kepunyaan Allah.
Maka kita gunalah buat ibadat kita kepada Allah. Jangan bimbang akan rugi bila berbelanja untuk beribadat.

(iii) Haji terbahagi kepada 3 kaedah:
(a) Haji Ifrad:
-Bila masuk ke Mekah terus berniat untuk mengerjakan haji. Bagi haji ifrad ini kita lama untuk menunggu untuk ke Arafah.

-Pada 8 Zulhijjah baru pergi ke Arafah. Jika kita sampai ke Mekah 20 hari awal daripada 8 Zuhijjah maka kita perlu menanggung pantang larang ihram haji (iaitu 13 perkara) sehingga selesai haji.
-Haji Ifrad inilah yang paling sukar berbanding Haji Qiran dan Haji Tamattu’. Ia perlu kepada kesungguhan yang tinggi.
(b) Haji Qiran:
-Kita berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji dengan melaksanakan semua rukun dan syarat haji.
-Selesai haji maka selesailah umrah. Tetapi kita perlu bayar dam.

Cara kedua Haji Qiran:
-Ia mula niat untuk buat haji Tamattu’ iaitu semasa di Bir Ali ia niat untuk buat umrah.
-Namun bila sedang buat umrah di Mekah ia ada halangan untuk meneruskan umrah. Maka ia boleh tukar untuk buat haji Qiran & ia perlu bayar Dam.

Nota:
Mengerjakan Haji Tamattu’ kena 1 dam. Mengerjakan Haji qiran kena 1 dam. Walau bagaimana pun hanya perlu bayar satu dam sahaja.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (13/2020): KURSUS ASAS HAJI: TAWAF

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 29 Dec 2019 / 1 Jumadilawal 1441H (Kursus Minggu Ketiga (Samb):Sabtu, 9.00 - 12.00 tgh.)

Rukn Haji:
1. Niat Ihram Haji
4. Wuquf
10. Tawaf
11. Sa’ie
7. Bergunting/Bercukur
12. Tertib pada kebanyakan rukun


Wajib Haji:
2. Niat di Miqat
3. Larangan ihram
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.

Tawaf Dan Pengertiannya:

-Tawaf->Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh (7) pusingan dengan syarat-syaratnya.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (12/2020): KURSUS ASAS HAJI: RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 29 Dec 2019/ 1 Jumadilawal 1441H (Kursus Minggu Ketiga:Sabtu, 9.00 - 12.00 tgh.).

Rukun Haji:
Pengertian Rukun Haji:
-Rukun Haji ialah pekerjaan yg mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji.
-Jika tidak ditunai, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.

Rukun Haji Ada Enam:
1. Niat Ihram Haji
2. Wuquf di Arafah
3. Tawaf haji
4. Sa’ie Haji
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun haji

-Nota: Dosa yg dilakukan di tanah haram lebih berat berbanding dgn dosa yg dibuat di tanahair.
-Nota: Isteri yg kematian suami yang dalam keadaan hendak berangkat (belum naik kapalterbang) untuk menunaikan haji atau umrah, maka hukumnya ia tidak boleh pergi menunaikan haji/umrah.
Ini kerana seorang perempuan yang kematian suami, ia mempunyai tempoh edah. Dalam edah tersebut, ia tidak boleh keluar dari rumah.
Pahalanya lebih besar kerana ia taat kepada perintah Allah (iaitu walau pun ia tidak dapat mengerjakan / menundakan haji).

Tetapi kalau kematian suami berlaku semasa sedang menunaikan haji/umrah si isteri boleh terus menunaikan haji. Tetapi tidak perlu buat perkara-perkara sunat seperti ziarah.
Dosa yang disengajakan lebih berat hukumnya.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (11/2020): KURSUS ASAS HAJI: PENGENALAN HAJI DAN UMRAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 21 Dec 2018 / 25 Rabiaulakhir 1440H (Kursus Minggu Kedua (Samb): Sabtu,9.00- 12.30 tengahari.) oleh Ustaz Dr Hadi (UPM).

●Pendahuluan
Dalil Wajib Haji:
Firman Allah, Surah Ali Imran, ayat 97: “Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadat haji) maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

~Jadi Allah suruh kita buat ibadat haji dan amalan-amalan yang lain adalah untuk diri kita sendiri. Allah tidak berhajat kepada kita.
Firman Allah, surah al-Baqarah, ayat 196: “Dan tunaikanlah haji dan umrah kerana Allah SWT”.
Jadi bila kita diuji semasa membuat haji maka hendaklah kita ingat ayat ini. Kita buat kerana Allah. Jangan kita buat sekadar buat sahaja. Kita buat dengan sempurna dan sebaiknya.
Kita bangga menjadi Islam. Kita ada aqidah yang menjadi anak kunci syurga.
Haji Adalah Jihad:
Sabda Nabi saw (riwayat Al-Bukhary): “Daripada Aishah r.a berkata ia kepada Rasullullah saw bahawa kami percaya bahawa jihad itu adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak berjihad, maka sabda Rasullullah saw bagi kamu sebaik-baik jihad itulah haji mabrur.”

Senyuman seorang isteri kepada suami adalah pahala yang besar. Sentiasalah kita bersyukur dengan kurniaan Allah.
Jangan kita besarkan pahala. Hendaklah kita besarkan Allah. Jadi bukan kita membuat ibadat kerana pahala semata-mata.
Orang yang meninggalkan solat ia sukar untuk menunjukkan keperibadian yang muslim.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (10/2020): KURSUS ASAS HAJI: IBADAT HAJI DAN UMRAH- FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 21 Dec 2018 / 25 Rabiulakhir 1441 (Kursus Minggu Kedua:Sabtu,9.00 - 12.30 tengahari) oleh Ustaz Dr Hadi (UPM).

●Pendahuluan
-Allah menyeru dalam surah Ali-Imran, ayat 97: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji (dengan) mengunjungi Baitullah, Iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya.”
Talbiah (Lafaz dan Makna):
-“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”

Nabi saw mula hendak menunaikan haji pada tahun 5 Hijrah. Namun hanya dapat mengerjakan haji pada 10 Hijrah.
Jika niat yang ikhlas dan bekalan yang halal:
-Seruan kamu diterima dan bahagialah kamu, bekalan kamu itu halal, kenderaan/tunggangan kamu halal dan haji kamu haji mabrur, haji kamu tidak ditolak.

Jika niat tidak ikhlas dan pendapatan yang digunakan daripada sumber haram:
-Tidak diterima seruan mu dan tidak ada kebahagiaan bagi kamu, bekalan kamu haram, perbelanjaan kamu haram dan haji kamu ditolak, tidak ada pahala dan tidak ada ganjaran bagi mu.

Hikmah Dan Falsafah Mengerjakan Haji:
1. Pengorbanan
2. Pengampunan Dosa
3. Persamaan
4. Satu Cita-Cita
5. Sabar dan Tabah
6. Persaudaraan / Ta’aruf
7. Gambaran Kematian dan Akhirat
8. Melawan Nafsu
9. Fadhilat
10. Mengabdikan Diri

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (9/2020): KURSUS ASAS HAJI: SEJARAH & PENGENALAN TANAH SUCI & KELEBIHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441 Bil 1 (Musim Haji 1441H)/2020: Masjid UPM, Serdang, Selangor: 14 Dec 2019 / Rabiulakhir 1441H (Sabtu,9.00 pagi - 12.00 tgh)

●Pendahuluan
-Dalam persiapan menunaikan haji/umrah, jangan terlalu fokus kepada buku-buku yang dibaca. Kebanyakan buku memasukkan banyak sangat doa-doa. Hampir setiap muka surat ada doa.
-Bagi ibadat Haji atau Umrah tidak ada satu bacaan yang wajib dibaca. Ibadat haji & umrah adalah ibadat berkaitan dengan perbuatan. Walau bagaimana pun ia lebih afdal diiringi dengan doa-doa.
-Justeru, jangan kita terlalu fokus kepada doa-doa yang ditulis dalam buku-buki panduan haji & umrah.
-Yang afdhal untuk berdoa ialah berdoa dengan khusuk. Untuk doa yang khusuk maka kita baca dalam bahasa yang kita fahami.
Maksud Haji:
Dari sudut bahasa haji ialah tujuan.
Dari maksud sebenar, haji ialah mengunjungi baitul haram dgn syarat2 tertentu pada musim haji (syawal, zulkaedah, zulhijjah..)

Haji ia menghimpunkan segala ibadat-ibadat yang ada.
Dalam haji ada solat, di mana kita disunatkan untuk solat sunat selepas tawaf.
Dalam haji ada tanggungjawab beri makan bila kita membayar Dam.
Dalam haji juga ada puasa bila kita kena bayar dam kerana buat haji tamattur.
Jika tidak mampu bayar dam maka boleh puasa 7 hari di Mekah dan 7 hari selepas balik ke negara sendiri.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (8/2020): PERMUSUHAN SYAITAN DAN MENGENAL TIPU DAYANYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 4 Januari 2019/ 8 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Mohd Zulrusdi Salleh.

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat kurniaan Allah. Semoga kita terus istiqamah dan sabar dalam mentaati perintah Allah dan sabar meninggalkan larangan Allah.
-Ketika ditanya tentang siapa orang yang paling baik, Rasulullah SAW menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Sedangkan orang paling buruk adalah mereka yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.” (HR: Ahmad)
-Jadi sesiapa yang Allah beri umur yang panjang dan ia membuat kebaikan maka ia golongan yang beruntung. Jika sebaliknya maka ia adalah golongan yang rugi.
-Surah al-An’am, ayat 2: “Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu) dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah yang mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).”
-Nabi saw menyatakan “Aku disuruh untuk menyeru manusia ke jalan Allah. Tetapi aku tidak mampu memberikan hidayah.
-Nabi saw tidak boleh beri hidayah walau pun kepada bapa saudaranya Abu Talib.
-Rasulullah SAW bersabda; Katakanlah (bacalah surah) Qul Huwallahu Ahad dan Qul ;audzu Birabbinnaas dan Qul a;udzu Birabbil Falaq ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR: Abu Daud dan An Nasai).
-Daripada Aisyah ra katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (HR: Bukhari).

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (7/2020): ORANG YANG TERGAMAK MELAKUKAN SESUATU YANG DILARANG TIDAK SEMPURNA IMANNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Putrajaya 9: 3 Januari 2019/ 8 Jumadilawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Redza (Imam Masjid WP).

●Pendahuluan
-Surah al-Ahzaab, ayat 70: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara).”
-Sabda Nabi saw: “Jadilah kamu orang alim ataupun orang yang belajar (menuntut) ilmu ataupun orang yang selalu mendengar pelajaran agama ataupun orang yang mencintai tiga golongan tersebut. Dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
-Sabda Nabi saw: ““Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga dan sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya karena ridla (rela) terhadap orang yang mencari ilmu…” (HR: Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Majjah).
-Sabda Nabi saw: ““Barangsiapa keluar (pergi) untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga kembali” (HRTirmidzi).
-Sabda Nabi saw: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak akan berzina orang yang berzina, di waktu melakukan perzinaan itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan meminum minuman yang memabukkan, di waktu minum itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, di waktu melakukan pencurian, ketika dia orangberiman. Tidak akan melakukan perampasan, yang menyebabkan orang banyak mengarahkan pemandangan kepadanya, ketika dia orang beriman."
-Sabda Nabi saw: “Dari Abu Syuraih r.a, Nabi saw. berkata: "Demi Allah, ia tidak beriman! Demi Allah, ia tidak beriman! Demi Allah, ia tidak beriman!" Orang bertanya: "Siapa itu, ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Orang yang kejahatannya tidak pernah memberi rasa aman kepada para tetangganya."

Friday 3 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (6/2020): BERSEDERHANA DALAM MELAKSANAKAN IBADAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor, Selangor: 22 Disember 2019/ 25 Rabiulakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
Syukur dengan nikmat kurniaan Allah.
Hati yang sejahtera:
-Rasa lapang
-Rasa nikmat hidup
-Bila bangun pagi rasa ceria. Tidak ada rasa cemas. Ada air yang hendak diminum, ada makanan yang hendak dimakan, ada persekitaran dan negara yang aman, ada insan-insan yang menyayangi dan pelbagai nikmat lain kurniaan Allah.

-Di dalam surah Ar-Rahman, Allah menguraikan beberapa nikmat yang dianugerahkan kepada kita dan selepas itu Allah bertanya :
“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan’?

-Dalam ayat tersebut, Allah menggunakan kata “Dusta”! bukan kata “Ingkar”.
-Sesungguhnya Nikmat yang Allah berikan kepada manusia itu tidak boleh diingkari. Yang sering dilakukan manusia adalah ‘Mendustakan’-Nya
-Di dalam Surat Ar-Rahman tersebut, ada pengulangan satu ayat yang berbunyi :
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Artinya “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”
-Kalimat ini diulang-ulang sebanyak 31x oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
-Dusta bererti ‘Menyembunyikan Kebenaran’. Manusia sebenarnya tahu bahwa mereka telah diberi ‘Nikmat’ oleh Allah, tetapi manusia menyembunyikan kebenaran dan sanggup menyembunyikannya.
-Firman Allah:
“Jika kamu bersyukur maka akan Aku tambah. Jika kamu kufur maka sesungguhnya siksaan Ku amat pedih”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (5/2020): CABARAN ALLAH SWT UNTUK ORANG TIDAK BERIMAN MEMBUAT SATU SURAH SEUMPAMA DENGAN AL-QURAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 2 Januari 2019/ 7 Jumadilawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Maulana Mohamad Ihsan.

●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 23: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 24: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”
-Di neraka nanti akan dipenuhi oleh manusia dan batu-bata berhala yang mereka sembah.
Kaitan ayat ini dengan ayat sebelum ini:
-Selepas Allah mengkategorikan tiga jenis manusia iaitu yang taat, kufur dan munafik maka Allah mengisbatkan tentang wahyu yang diturunkan kepada Nabi saw.

Thursday 2 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (4/2020): URUSAN HUTANG PIUTANG DALAM ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 28 Disember 2019/ 2 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Muzairi al-Hafiz.

Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 282 - 284

●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 282: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (3/2020): MENSYUKURI NIKMAT ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 28 Disember 2019/ 1 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz SS Dato’ Dr Zulkifly SS Mufti Negeri Terengganu).

●Pendahuluan
-Marilah kita syukuri nikmat iman yang Allah kurniakan kepada kita. Kita syukur kerana dapat merasakan nikmat beribadat dan perhambaan kita kepada Allah.
-Kita sentiasa akhiri doa kita dengan berdoa semoga pengakhiran hayat kita adalah kematian husnul khatimah.
-Ramai yang berpeluang berada sezaman Nabi saw termasuk saudara mara Nabi saw tidak mendapat nikmat iman dan hidayah daripada Allah.
Bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Mutalib walau pun telah membantu dakwah Nabi saw tetapi tidak diberi hidayah oleh Allah.

-Surah al-Qasas, ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (2/2020): SIFAT KHAUF (TAKUT) KEPADA ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 31 Disember 2019/ 5 Jumadilawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Zainol Hanif.

Sumber: Kitab Penawar Bagi Hati, Fasal 19: Asy Syeikh Abdul Qodir bin Abdul Muttolib


●Pendahuluan
-Manusia yang bersifat khauf disukai Allah. Ia tidak bersifat berlebihan dan melampau.
-Bila bersangatan takut seseorang maka ia akan mendekatkan diri kepada agama dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.
-Orang yang khauf dan harap kepada Allah maka ia akan sentiasa takut kepada Allah.
-Bagi mendapat rasa khauf, maka hendaklah kita mencari ilmu, memperbanyakkan beramal, membuat kebaikan dan banyak bergaul dengan orang alim.
-Sabda Nabi saw: “Jangan mati (salah)seorang (daripada) kamu pada satu kelakuan daripada segala kelakuan melainkan pada kelakuan membaikkan ia akan sangka dengan Allah Taala”.
Makna Takut Kepada Allah (Khauf):
-Ketahuilah oleh mu bahawasanya takut itu pedih hati dan sakit ia dengan sebab yang dibenci pada masa yang akan datang.
-Dan terkadang adalah takut itu kerana dosa.
-Dan terkadang ada ia kerana mengenal sifat Allah Taala.
-Dan yang kedua ini lebih sempurna daripada yang pertama kerana bahawasanya orang yang mengenal akan Allah Taala tidak dapat tiada takut ia akan dia.

Wednesday 1 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (1/2020): EMPAT JENIS MASA DALAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 1 Januari 2020 / 5 Jumadilawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Hj Mohd Gunawan Che Abdul Aziz.

●Pendahuluan
-Dalam kehidupan, kita tertakluk kepada empat jenis masa. Iaitu manusia tidak boleh lari daripada 4 keadaan (masa).
1. Masa dapat nikmat
2. Masa diuji dengan musibah
3. Masa dapat membuat ketaatan kepada Allah
4. Masa yang diperdaya digunakan untuk melakukan kekufuran/maksiat

HURAIAN:
-Syukur dengan nikmat Allah. Dengan kurniaan Allah, kita dapat terus terikat kehidupan kita dengan ajaran agama. Pagi ini kita terpilih untuk berada rumah-rumah Allah dan majlis taman-taman syurga.
-Surah An-Nahl, ayat 18: “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-Jangan kita terpedaya dengan masa. Kita semakin berumur dan umur berbaki semakin berkurangan.
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa di antara kamu masuk pada waktu pagi dalam keadaan sehat badannya, aman pada keluarganya, dia memiliki makanan pokoknya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan untuknya.” (HR. Ibnu Majah).