Friday, 3 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (6/2020): BERSEDERHANA DALAM MELAKSANAKAN IBADAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor, Selangor: 22 Disember 2019/ 25 Rabiulakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
Syukur dengan nikmat kurniaan Allah.
Hati yang sejahtera:
-Rasa lapang
-Rasa nikmat hidup
-Bila bangun pagi rasa ceria. Tidak ada rasa cemas. Ada air yang hendak diminum, ada makanan yang hendak dimakan, ada persekitaran dan negara yang aman, ada insan-insan yang menyayangi dan pelbagai nikmat lain kurniaan Allah.

-Di dalam surah Ar-Rahman, Allah menguraikan beberapa nikmat yang dianugerahkan kepada kita dan selepas itu Allah bertanya :
“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan’?

-Dalam ayat tersebut, Allah menggunakan kata “Dusta”! bukan kata “Ingkar”.
-Sesungguhnya Nikmat yang Allah berikan kepada manusia itu tidak boleh diingkari. Yang sering dilakukan manusia adalah ‘Mendustakan’-Nya
-Di dalam Surat Ar-Rahman tersebut, ada pengulangan satu ayat yang berbunyi :
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Artinya “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”
-Kalimat ini diulang-ulang sebanyak 31x oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
-Dusta bererti ‘Menyembunyikan Kebenaran’. Manusia sebenarnya tahu bahwa mereka telah diberi ‘Nikmat’ oleh Allah, tetapi manusia menyembunyikan kebenaran dan sanggup menyembunyikannya.
-Firman Allah:
“Jika kamu bersyukur maka akan Aku tambah. Jika kamu kufur maka sesungguhnya siksaan Ku amat pedih”

-Dalam hidup banyaknya jalan-jalan untuk membuat kebaikan.
-Sabda Nabi saw:
“Sesungguhnya agama itu mudah. Dan tidaklah agama itu dilakukan dengan memaksa diri. Tidaklah seseorang itu memaksa diri dalam melakukan ibadah maka ia tidak akan mampu dan akan kalah.

-Lakukanlah ibadah itu dengan benar.
-Lakukan ibadah dengan tidak berlebihan.
-Lakukanlah sesempurna mungkin walau pun tidak boleh semaksimun mungkin.

-Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Agama itu mudah, tidaklah agama itu diperkeraskan oleh seseorang melainkan agama itu akan mengalahkannya iaitu orang yang memperkeras-keraskan itu sendiri yang nantinya akan merasa tidak kuat meneruskannya. Maka dari itu, bersikap luruslah engkau semua, lakukanlah yang sederhana sahaja- jikalau tidak kuasa melakukan yang sesempurna-sempurnanya, bergembiralah – untuk memperoleh pahala, sekalipun sedikit, juga mohonlah pertolongan dalam melakukan sesuatu amalan itu, baik di waktu pergi pagi-pagi, berpetang-petang atau pun sebahagian waktu malam.” (HR: Bukhari).
-Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memberatkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” – (HR:Bukhari).
-Abu Burdah berkata: “Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersatu padu kamu.” (HR:Bukhari dan Muslim).
HURAIAN:
-Jika boleh buat solat sunat dua rakaat sahaja maka buat sesempurnanya.
-Dan bergembiralah kalian dan gunakan sedikit pada waktu pagi, pada waktu petang dan sedikit pada waktu malam untuk beramal.
-Contohnya, jika kita membuat sesuatu yang tidak wajib keterlaluan dan akhirnya kita akan tewas dan kemudiaannya kita akan meninggalkannya. Tidak istiqamah.
-“Perelokkan kepada kesempurnakan pada waktu pagi...nescaya kamu akan mencapai tujuan”
-Jadi dalam ibadat kita tidak diminta berlebih-lebihan.
-Dalam perkara kehidupan juga kita diminta untuk tidak melampau.
-Bahkan para Nabi dan Rasul atau orang soleh kita tidak boleh diletakkan mereka setara dengan Allah.
-“Allah inginkan kepada kamu yang mudah dan Allah tidak menginginkam kamu yang susah.”
-Surah al-Maidah, ayat 36: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
-“Allah inginkan untuk kamu yang mudah dan Allah tidak menginginkan kamu yang susah.”
-Mandi wajib dan wuduk boleh diganti dengan tayyamun.
Dalam satu peristiwa perjalanan, ada seorang yang perlu mandi hadas besar. Ia menyebab ia kesejukan dan memudaratkan kesihatan.
Maka Nabi saw menyatakan jika kamu tidak boleh mandi kerana kesejukan maka hendaklah kamu bertayyamun.
-Jangan tanya pada sebarang orang. Tanyalah pada yang berkelayakan!
-Jangan kita ambil hukum yang paling keras. Cari yang sederhana.
-Bila masalah telah berlaku. Maka hendaklah memberi jawapan yang paling longgar untuk menyelesaikan.
-Saidina Aisyah ra menyatakan bahawa Nabi saw antara yang mudah dan susah maka Nabi saw mengambil yang mudah selagi mana ia tidak bertentangan dengan agama.
-Justeru jangan ambil perkara yang paling ketat untuk selesaikan masalah.
Firman Allah: “Berjihadlah kamu dengan sebenarnya...ia tidah menyusahkan kamu”
Contoh. Solat lima waktu itu mudah. Ia mula dengan membersihkan badan dan hatinya. Ia berwuduk untuk angkat hadas kecil.
-Bila kita berwuduk kita mengucapkan syahadat..dan membaca doa.
Maka bila solat kita telah bersih.

-Demikian juga dalam ibadat zakat. Ia hanya wajib bila telah cukup haul dan nisab (kadarnya).
Ada pun harta yang dipakai tidak dikenakan zakat.

-Sabda Nabi saw: “Seorang mukmin itu tidak wajib keluar zakat pada hambanya dan kudanya..”
-“Tidak ada harta yang berkurangan bagi mengeluarkan zakat bahkan ditambah.”
-Lihatlah pula pada syariaat puasa. Allah tidak fardhukan untuk puasa setahun. Hanya sebulan.
Manakala orang yang sakit, musafir dan orang perempuan yang uzur boleh tidak berpuasa.
Ia juga boleh diganti dengan fidyah jika sakit berterusan.

Dalam ibadat haji:
Firman Allah:
“Dan antara kewajipan manusia pada Allah ialah menunaikan haji iaitu yang mampu sampai ke sana.”

-Jika tidak mampu kerana sakit dan kematian maka ia boleh upah orang (haji badal).
-Solat sahaja yang tidak boleh tinggal.
Boleh duduk dan baring jika tidak mampu berdiri. Jika tidak mampu maka solat dengan duduk. Jika tidak mampu juga bolehlah berbaring.

-Jadi, agama itu mudah. Jika ada keuzuran dalam ibadat maka ada kemudahan dan pengecualian.
-Sabda Nabi saw: “Jika kamu tidak mampu solat berdiri, hendaklah kamu duduk atau berbaring.”
-Sesiapa yang menyulitkan dirinya sendiri dalam ibadatnya menyebabkan ia tewas. Lama-lama ia meninggalkan agama.
-Jadi jika suka “jangan suka sangat”. Jika benci “jangan benci sangat”.
Maka binasalah orang yang suka berlebih-lebihan.
-Apa jua benda ada kekurangan!. Tidak ada yang sempurna kecuali agama.
Firman Allah, dalam surahal-Ma’idah, ayat 3: “....Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”

-Lakukanlah sesuatu itu dengan benar. Dan lakukan dengan sempurna.
Berilahlah khabar gembira.

-Sabda Nabi saw: “Wahai Adam, aku memerintah : ambillah anak cucu mu untuk memasuki neraka berapa banyak yang dihantar ke neraka..Bagi setiap 1,000 orang, 9999 orang dihantar ke neraka.
Maka para sahabat mendengar Nabi saw..susah hati...Sabda Nabi saw, bergembiralah kamu kerana kamu duduk antara dua umat Yakjuk dan Mahjuk.”

-Kemudian para sahabat takbir sebagai tanda gembira.
Maka Nabi saw bersabda bergembiralah kamu.
-Namun jangan sampaikan berita gembira sahaja. Perlu juga banyak berita ancaman. Iaitu nasihat-nasihat yang keras.
-Jika berita gembira yang banyak sangat ia gembira berlebihan. Jika berita ancaman sahaja menyebabkan seseorang itu berputusasa.
-Demikianlah seseorang itu menggembirakan saudaranya. Namun setengah keadaan perlu juga keras (ancaman).
-Misalnya,orang yang suka meninggalkan kewajipan dan maksiat maka mulakan berita gembira dahulu jika ia ingin bertaubat.

-Maka lalukankan ibadat itu yang benar. Jika tidak mampu lakukan dengan banyak maka lakukan dengan sempurna.
-Ambillah sedikit masa pada waktu pagi, pada waktu petang dan waktu malam untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Maka bersederhanalah kita dalam kehidupan.
-Perjalanan ukhrawiah dan rokhiah perlu seiring.

-Nabi saw membuat perumpamaan pada waktu pagi dan waktu malam..
-“Wahai orang beriman, sebutlah Allah banyak-banyak. Bertasbihlah pada waktu pagi dan malam..”
-Jadi Nabi saw minta kita laksanakan ibadah khusus dan umum.
Jangan kita berputus asa dan tewas dalam melaksanakan ibadah.


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment