Saturday, 4 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (14/2020): KURSUS ASAS HAJI: SA'IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM,Serdang, Selangor: 4 Januari 2020 / 8 Jumadiawal 1441H (Kursus Minggu Keempat; Sabtu, 9.00 - 12.00 tgh).

●Pendahuluan
REVIEW:
(i) Bilakah kita Talbiah? Bagi umrah semenjak kita niat ihram sehingga kita mengerjakan tawaf umrah.
Bagi haji semenjak niat ihram sehingga selesai Tahalul awal.

(ii) Jangan kita takut dengan bayaran Dam. Segala harta yang kita ada adalah kepunyaan Allah.
Maka kita gunalah buat ibadat kita kepada Allah. Jangan bimbang akan rugi bila berbelanja untuk beribadat.

(iii) Haji terbahagi kepada 3 kaedah:
(a) Haji Ifrad:
-Bila masuk ke Mekah terus berniat untuk mengerjakan haji. Bagi haji ifrad ini kita lama untuk menunggu untuk ke Arafah.

-Pada 8 Zulhijjah baru pergi ke Arafah. Jika kita sampai ke Mekah 20 hari awal daripada 8 Zuhijjah maka kita perlu menanggung pantang larang ihram haji (iaitu 13 perkara) sehingga selesai haji.
-Haji Ifrad inilah yang paling sukar berbanding Haji Qiran dan Haji Tamattu’. Ia perlu kepada kesungguhan yang tinggi.
(b) Haji Qiran:
-Kita berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji dengan melaksanakan semua rukun dan syarat haji.
-Selesai haji maka selesailah umrah. Tetapi kita perlu bayar dam.

Cara kedua Haji Qiran:
-Ia mula niat untuk buat haji Tamattu’ iaitu semasa di Bir Ali ia niat untuk buat umrah.
-Namun bila sedang buat umrah di Mekah ia ada halangan untuk meneruskan umrah. Maka ia boleh tukar untuk buat haji Qiran & ia perlu bayar Dam.

Nota:
Mengerjakan Haji Tamattu’ kena 1 dam. Mengerjakan Haji qiran kena 1 dam. Walau bagaimana pun hanya perlu bayar satu dam sahaja.

(c) Haji Tamattu’:
-Bila kita masuk sahaja ke Mekah terus buat umrah. Kita boleh buat umrah beberapa kali, iaitu sebanyak mungkin (pagi & petang).
-Bila masuk sahaja 8 Zulhijjah maka terus niat mengerjakan haji. Kita boleh berniat di bilik hotel. Bila niat di hotel maka ia sudah menjadi haji Tamattur’. Haji Tamattu’ kita perlu bayar Dam.

[Haji Ifrad tidak perlu bayar Dam. Haji Qiran & Tammatur sahaja yang kena bayar Dam].
(iv) Waktu wukuf adalah pada 9 Zulhijjah. Kita lalu di Arafah antara waktu zohor dan maghrib.
Sebaiknya kita berada di Arafah pada waktu siang dan malam.

(v) Boleh buat jamak Tammam bagi solat Asar & Zohor.
Jika tidak Jamak lagi baik. Walau bagai mana pun TH menggalakkan jamak.
Tetapi kita tidak boleh buat jamak dan qasar kerana kita bukan Musafir.

-Nota: Bilakah kita boleh buat Jamak walau pun kita tidak bermusafir?
Bagi kerja-kerja yang kita lakukan ada Mussaqah maka kita boleh buat Jamak Tammam. Iaitu seperti seorang Doktor yangvmembuat pembedahan, orang membuat kerja-kerja kejuteraan di bawah tanah dll.
Tetapi jangan dibuat tanpa bersebab.

(vi) Allah ingin melihat kita punya amal. Bersungguh-sungguh atau tidak.
Kadang-kadang kita banyak buat daripada tidak buat.

Apa-apa yang kita guna untuk beribadat akan mendapat keberkatan.
(vii) Bermalam (Mabit) di Muzdalifah:
-Ia bermula selepas pertengahan malam.
-Jika sampai/masuk sebelum pertengahan malam seperti pukul 11.45mlm maka masih belum dikira sebagai bermalam di Muzdalifah.

-Jika telah sampai pada waktu subuh, maka kita boleh bergerak ke kompleks Jamrah pada waktu maghrib 11 Zulhijjah.
(viii) Bagi orang-orang yang telah buat tahalull awal maka 10 daripada 13 larangan telah tergugur.
-Bila terbuat 3 perkara tersebut, damnya berbeza bagi jika ianya dibuat selepas tahalull awwal atau sebelum tahalull awwal.

Sa’ie, Bercukur Atau Bergunting Dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun:
-Sa’ie bererti berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat-syaratnya.
-Syarat-syarat
-Sunat-sunat Sa’ie

Syarat-Syarat Sah Sa’ie:
1. Dilakukan selepas Tawaf samada tawaf haji/tawaf Qudum (Ifrad/Qiran)/Umrah
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah (jarak 420 meter x 7= 3km).
3. Cukup 7 kali dengan yakin, dikira satu kali daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah dan satu kali daripada Bukit Marwah ke Bukit Safa
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa’ie di kaki Bukit Safa dan di kaki Bukit Marwah (ada papan tanda)
5. Hendaklah Sa’ie di Batnulwadi (tempat yang termaklum)
6. Mengekalkan niat Sa’ie

-Tawaf qudum ialah tawaf selamat datang.
-Sekiranya Sa’ie di tempat Sa’ie bawah tanah (loweground), jemaah perlu berhati-hati kerana sempadan akhir di tempat Sa’ie di bawah tanah benar-benar hampir dengan dinding kaca Bukit Marwah.
Perhatian:
1. Kawasan tempat laluan utk pengguna kerusi roda membuat pusingan patah balik di kaki Bukit Safa & Bukit Marwah telah dikira sampai ke kaki Bukit tersebut (tidak semestinya memanjat ke kawasan tinggi)

2. Jemaah yang berhenti minum air zamzam ketika Sa’ie disyorkan agar melangkah sedikit kebelakang (undur) dari tempat berhenti (minum air zamzam) sebelum memulakan sambungan Sa’ie.
3. Berhati-hati dengan kumpulan yang mengambil kesempatan menggunting rambut jemaah & mengenakan bayaran yang tinggi.
4. Tidak ada niat iktikaf/solat tahayyat masjid di kawasan Sa’ie kerana bukan kawasan masjid.
Wanita haid boleh berada di kawasan Sa’ie (antara Safa dan Marwah)

5. Tidak ada ibadat Sa’ie sunat
6. Jemaah perlu berhati-hati untuk permulaan & pengakhiran di Safa & Marwah jika Sa’ie di bawah tanah (lower ground).
Nota: Buat Sa’ie tidak disyaratkan bersuci daripada hadas.
Nota: Kita berada di tempat orang maka kita ikut apa yang menjadi praktis di tempat tersebut, seperti menjaharkan bacaan Basmallah, qunut dll.
Sunat Ketika Mengerjakan Sa’ie:
1. Dalam keadaan berwuduk
2. Menuju ke tempat Sa’ie melalui pintu Safa (Bab Al-Safa)
3. Menaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah bagi lelaki sahaja
4. Mengadap ke arah Kaabah/Kiblat sambil bertakbir
5. Muwalat (Berturut-turut)
6. Melakukan Ramal (berlari-lari anak apabila sampai di kawasan yang bertanda lampu hijau bg lelaki sahaja)
7. Beridtiba’ pada semua pusingan (lelaki)
8. Berdoa
9. Berjalan kaki
-Pandanglah rahmat Allah itu luas.
Nota:
Sunat pergi ke kawasan pintu sebelum pergi ke Safa.

Di Madinah, masa iqamah lebih kurang 20 minit selepas masuk waktu.
Tetapi di Mekah lebih kurang 5 minit sahaja.

Bercukur Atau Bergunting:
-Pengertian: Menanggalkan/menghilangkan sekurang-kurangnya tiga (3) helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya:
1. Masuk waktu
2. Rambut di kepala
3. Tidak kurang 3 helai rambut

-Waktu bercukur/bergunting:
Ia dilakukan selepas separuh malam, malam 10 Zulhijjah bagi orang yang mengerjakan haji.

Perhatian:
1. Boleh mencukur atau menggunting sama ada rambut sendiri atau rambut orang lain apabila telah masuk waktunya

2. Afdhal mencukur atau menggunting rambut sendiri terlebih dahulu sebelum melakukannya untuk orang lain
3. Ketika bergunting, jemaah haji wanita hendaklah menjaga auratnya
4. Hujung rambut juga dikira sah utk digunting
5. Jemaah haji juga boleh bergunting di tempat penginapan
6. Bagi jemaah haji lelaki yang botak licin sunat dilalukan mata pisau di atas kepala
Tahallul:
-Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan dalam ihram

-Tahallul Haji: Tahallul Awwal
Tahallul Thani
-Tahallul Umrah

Tahallul Awwal:
-Tahallul awwal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua (2) daripada tiga (3) perkara:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Tawaf rukun & Sa’ie
3. Bergunting/bercukur

Perhatian: Jemaah haji yang telah tahallul awwal, boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa Ihram kecuali (3) perkara:
1. Nikah dan perkara yang berkaitan
2. Mukadimah persetubuhan
3. Bersetubuh

Larangan Ihram:
1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit & bercantum (lelaki)
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
3. Menutup muka (wanita)
4. Memakai sarung tangan (lelaki dan wanita)
5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dlm hidung
6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi
7. Menanggalkan rambut atau bulu
8. Mengerat atau memotong kuku
9. Menebang/memotong/mencabut pokok-pokok di tanah haram
10. Memburu binatang buruan
11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin
12. Melakukan pendahuluan persetubuhan
13. Melakukan persetubuhan

Tahallul Thani:
-Tahallul Thani terhasil apabila selesai mengerjakan amalan berikut:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Tawaf & Sa’ie
3. Bergunting/bercukur
-Setelah selesai Tahallul Thani tiada lagi larangan Ihram.

Tahallul Awwal:
-Tahallul awwal terhasil dengan melakukan dua (2) daripada tiga (3) perkara:
1. Tawaf dan Sa’ie
2. Bergunting/Bercukur
3. Melontar di Jamrah Kubra

Tahallul awwal terhasil di Mina:
-Melontar Jamrah Kubra
-Bergunting/Bercukur

Tahallul awwal terhasil di Makkah:
-Tawaf Ifadah dan Sa’ie
-Bergunting/bercukur

Tahallul awwal terhasil di Makkah:
-Melontar jamrah Kubra
-Tawaf Ifadah dan Sa’ie

Apabila terhasil tahallul awwal, 10 perkara larangan dalam ihram dapat dilakukan melainkan 3 perkara.
Tahalllul: Carta Bagi Tahallul Awwal & Tahallul Thani:
Tertib Pada Kebanyakan Rukun:
Rukun haji hendaklah dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun:
-Didahulukan niat Ihram daripada rukun-rukun yang lain, didahulukan wuquf daripada tawaf ifadah, dan didahulukan tawaf daripada Sa’ie.

-Tetapi Sa’ie Haji boleh dikerjakan sebelum wuquf & tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran iaitu selepas Tawaf Qudum.
-Begitu juga bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf apabila telah masuk waktu dan sebelum tawaf Rukun.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment