Saturday, 4 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (11/2020): KURSUS ASAS HAJI: PENGENALAN HAJI DAN UMRAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 21 Dec 2018 / 25 Rabiaulakhir 1440H (Kursus Minggu Kedua (Samb): Sabtu,9.00- 12.30 tengahari.) oleh Ustaz Dr Hadi (UPM).

●Pendahuluan
Dalil Wajib Haji:
Firman Allah, Surah Ali Imran, ayat 97: “Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadat haji) maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

~Jadi Allah suruh kita buat ibadat haji dan amalan-amalan yang lain adalah untuk diri kita sendiri. Allah tidak berhajat kepada kita.
Firman Allah, surah al-Baqarah, ayat 196: “Dan tunaikanlah haji dan umrah kerana Allah SWT”.
Jadi bila kita diuji semasa membuat haji maka hendaklah kita ingat ayat ini. Kita buat kerana Allah. Jangan kita buat sekadar buat sahaja. Kita buat dengan sempurna dan sebaiknya.
Kita bangga menjadi Islam. Kita ada aqidah yang menjadi anak kunci syurga.
Haji Adalah Jihad:
Sabda Nabi saw (riwayat Al-Bukhary): “Daripada Aishah r.a berkata ia kepada Rasullullah saw bahawa kami percaya bahawa jihad itu adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak berjihad, maka sabda Rasullullah saw bagi kamu sebaik-baik jihad itulah haji mabrur.”

Senyuman seorang isteri kepada suami adalah pahala yang besar. Sentiasalah kita bersyukur dengan kurniaan Allah.
Jangan kita besarkan pahala. Hendaklah kita besarkan Allah. Jadi bukan kita membuat ibadat kerana pahala semata-mata.
Orang yang meninggalkan solat ia sukar untuk menunjukkan keperibadian yang muslim.

Pengertian Haji Dan Umrah:
Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di Makkah pada bulan-bulan Haji untuk mengerjakan Ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
-Bulan haji ialah pada 1 syawal hingga 10 Zulhijjah (ia ada kaitan dengan haji Tamatuk).
Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
Sejarah Ringkas Haji:
-Haji telah diwajibkan pada tahun ke-5 Hijrah
-Pada tahun ke-6 Hijrah, Rasullullah saw mengerjakan umrah dengan disertai oleh 1,500 orang para sahabat namun demikian rombongan ini tertahan di Hudaibiyah.
-Pada tahun ke-7 Hijrah, mereka membuat umrah Qada’
-Pada tahun ke-10 Hijrah, Rasullullah saw telah mengistiharkan untuk menunaikan Fardhu Haji
-Pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah, Rasullullah saw dengan isteri baginda telah memulakan perjalanan dan diikuti oleh 120,000 orang para sahabat
-Haji tersebut dikenali sebagai Haji Islam, Haji Akbar, Haji Wada’
[Dinamakan Haji Akbar bila hari wukuf berlaku pada hari Jumaat]

Nabi saw ada menyatakan bahawa Haji itu adalah Arafah.
Kelebihan Haji Dan Umrah:
1. Mendapat status “Tetamu Allah swt”
Allah menyantuni kita. Allah akan kurniakan kita dengan pelbagai kelebihannya
2. Mendapat ganjaran yang besar
Diberi banyak fadhilat dan kelebihan
3. Selamat daripada kecelakaan seksaan sebagai Yahudi da Nasrani.

Haji ini susah. Orang Yahudi dan Nasrani telah menerima perintah daripada Nabi saw tetapi mereka engkar.
4. Mendapat syafaat di dalam doa keampunan Rasullullah saw
5. Bersih seperti bayi yang baru dilahirkan
6. Antara Jihad yang paling utama
7. Haji yang Mabrur tiada balasan melainkan syurga.

Manfaat Duniawi:
1. Pertemuan orang Islam seluruh dunia
2. Kepentingan perniagaan dan ekonomi
3. Menunjukkan persamaan di kalangan orang Islam
-Agama yang sama, Nabi yang sama, Kiblat yang sama dan lain-lain.

Manfaat Ukhrawi:
1. Kem latihan penumpuan kepada ibadat
2. Kem latihan membentuk keperibadian Muslim
3. Latihan supaya bersedia untuk meninggalkan alam dunia
4. Mendapat ganjaran pahala melihat Kaabah
5. Melatih diri supaya mengikhlaskan amalan kerana Allah SWT
6. Mendapat pujian Allah SWT di hadapan Malaikat
7. Mendapat haji Mabrur

Pengertian Haji Mabrur:
-Haji Mabrur: Haji istimewa & balasannya ialah syurga
-Haji Mardud: Haji yang ditolak dan tidak diterima
Haji tidak diterima antaranya kerana keikhlasan tidak wujud dan meninggalkan rukun haji.

Haji Mabrur bila mana seseorang itu menjadi orang yang lebih baik. Meninggalkan amalan-amalan mazmumah. Suka membantu sesama insan.
Sabda Nabi saw (Riwayat Bukhary & Muslim): “Haji Mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga”
Tingkatan Ibadat Haji:
-Haji Mabrur: Ini haji yang paling tinggi dan istimewa, diampun segala dosanya, mengekalkan ibadat hingga akhir hayat dan dijamin masuk syurga.

-Haji Makhsus: Haji yang sah dan diampunkan segala dosa-dosanya.
-Haji Maqbul: Haji yang diterima
-Haji Mardud: Haji yang tidak diterima kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain.
Panduan Mendapat Haji Mabrur:
Sebelum Menunaikan Haji:
-Niat ikhlas kerana Allah SWT
-Mempersiapkan diri dengan ilmu manasik haji & wang secukupnya dari sumber yang halal dan mengeluarkan zakat
-Melakukan rukun Islam dengan sempurna

Semasa Menunaikan Haji:
-Menyempurnakan rukun dan wajib dengan betul
-Membayar dam yang berkaitan dan tinggal larangan ihram
-Tidak melakukan sifat mazmumah, keji, fusuq, jidal, rafath.

Selepas Menunaikan Haji:
-Menjauhkan diri dari dosa dan perkara mungkar
-Membanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaan
-Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak dan kelakuan secara berterusan

Nota: Dam bukannya denda tetapi ia adalah ibadat.
Doa Mohon Haji Yang Mabrur:
“Ya Allah, Ya Tuhan kami kurniakanlah haji mabrur dan ampunkanlah dosa-dosa hamba dan pekerjaan haji yang dipuji, amalan soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak merugikan.”

“Jangan kita meletakkan kita di posisi yang mencampakkan diri kita ke api neraka.”
Syarat Wajib Dan Umrah:
Islam
Baligh
Berakal
Merdeka
Berkemampuan/Berkuasa (Istito’ah): tidak wajib ke atas mereka yang tidak mampu

Berkuasa/Berkemampuan (Istito’ah):
-Ada tambang pergi/balik
-Ada bekalan/nafkah
-Ada kenderaan pergi/balik
-Terpilih dalam kuota haji
-Aman dalam perjalanan pergi/balik
-Sihat tubuh badan
-Berkesempatan masa

Perbezaan Antara Rukun Haji Dan Umrah:
Rukun Haji:
1. Niat ihram haji
2. Wuquf
3. Tawaf
4. Sa’ie
5. Bergunting/Bercukur
6. Tertib pada kebanyakan rukun

Rukun Umrah:
1. Niat ihram Umrah
2. Tawaf
3. Sa’ie
4. Bergunting/Bercukur
5. Tertib pada semua rukun


Beza Rukun Vs Wajib:
Rukun jika kita tidak buat maka tidak adalah haji atau umrah. Perkara wajib jika tertinggal maka boleh di bayar dam atau diganti.

Perbezaan Antara Wajib Haji Dan Umrah:
Wajib Haji:
1. Niat ihram di Miqat
2. Meninggalkan perkara larangan dalam ihram
3. Mabit di Muzdalifah
4. Melontar jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
5. Mabit di Mina pada hari-hari Tasyriq (11, 12, dan 13 Zul)
6. Melontar ke tiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zul)

Wajib Umrah:
1. Niat Ihram di Miqat
2. Meninggalkan perkara larangan dalam Ihram


Waktu Ibadat Haji:
Turutan (Biasa) Dalam Melaksanakan Ibadat Haji:
[lihat slide].

Tiga jenis Haji:
Haji Ifrad:
-Ifrad bermaksud sendiri atau satu. Ia juga bermaksud memisahkan sesuatu yang bergabung dengan menjadi sendiri.

-Dalam erti kata lain, ibadah Haji dan umrah tidak dilakukan sekali. Jemaah akan melakukan ibadah Haji sahaja manakala umrah akan dilakukan sebelum atau selepas Haji.
Haji Tamattu’:
-Istilah tamattu’ bermaksud kesenangan atau bersenang-senang.

-Mengikut mazhab Syafi’e, Haji ini dilakukan dengan mengerjakan umrah dalam bulan Haji dan setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah akan berihram pula untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah.
-Melalui Haji ini, jemaah akan mula miqat, iaitu berihram sebanyak dua kali. Kali pertama ketika memulakan umrah dan kali kedua ketika menunaikan Haji.
-Bagi jemaah yang mengerjakan jenis Haji ini akan dikenakan dam, iaitu dengan menyembelih haiwan korban seperti seekor kambing atau jika tidak mampu, maka wajib ke atasnya untuk berpuasa selama 10 hari.
Mafhum: “Kemudian, apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukan kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haram (Mekah).” (Surah Al-Baqarah, 2:196)
Haji Qiran:
-Qiran dari sudut bahasa bermaksud mengumpulkan.
-Dari segi istilah Haji, ia membawa makna penggabungan dua niat ibadat, iaitu umrah dan Haji dengan permulaan satu ihram.

-Dalam erti kata lain, sambil menunaikan ibadat Haji, muslim itu akan menunaikan umrah dengan niat umrah dan Haji dalam satu waktu dan miqat ihram yang sama.
من أحرم بالحج والعمرة أجزأه طواف واحد وسعي واحد
Maksud: “Sesiapa yang berihram untuk menunaikan Haji dan umrah sekali gus, cukuplah dengan satu Tawaf dan satu Saie.” (HR: Tirmizi no. 148).
-Menurut Mazhab Maliki dan Syafi’e, mereka berpendapat bahawa jenis Haji Ifrad adalah yang paling afdal dilakukan dengan disokong oleh pendapat Saidina Umar Al-Khattab ra, Saidina Uthman bin Affan ra, Saidina Ali bin Abi Talib ra dan beberapa orang sahabat Baginda lagi.
-Manakala, menurut pendapat Mazhab Hanafi, Haji yang utama untuk dilakukan ialah Haji Qiran dan disokong juga oleh Sufyan At-Tsauri, Al-Muzani dan dari kalangan Mazhab Syafie serta Ibnu Munzir.
Kuiz Haji Minggu Ke-2:
1. A
2.B
3.A
4.D
5.B
6.B
7.A (Mabrur, makhsus, maqbul, mardud)
8.B
9.D
10.A
[10/10]


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment