السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 30 November 2019/ 4 Rabiulakhir 1441H (Sabtu).
Tajuk: Perbezaan Wirid Kerana Perbezaan Situasi/Tanggungjawab: 6 Golongan
●Pendahuluan
-Orang yang berjalan menuju akhirat boleh dikategorikan kepada 6 golongan:
i. Ahli ibadat
ii. Ahli ilmu
iii. Penuntut ilmu
iv. Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali)
v. Golongan pekerja
vi. Orang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
ii. Ahli ilmu
iii. Penuntut ilmu
iv. Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali)
v. Golongan pekerja
vi. Orang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
-Surah al-Furqan, ayat 62: “Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).”
-Jadi dalam ayat di atas menyatakan bahawa bila kita mengingati Allah bermakna kita berwirid.
-Allah jadikan siang untuk manusia mencari dunia dan malam untuk berehat. Namun bukan tidak boleh bekerja di malam hari.
Allah jadikan siang itu untuk kehidupan kamu. Jangan pula kamu ingat kehidupan dunia itu bukannya wirid.
-Syukur kita dapat terus mentaati perintah Allah.
-Semoga Allah pandang kebaikan yang kita buat dan menjadi bekalan bagi kehidupan akhirat kita.
-Semoga Allah pandang kebaikan yang kita buat dan menjadi bekalan bagi kehidupan akhirat kita.
-Walau pun mungkin kita tidak dapat menafaat keduniaan terhadap kebaikan yang kita lakukan di dunia, yakinlah bahawa Allah akan membalas kebaikan yang kita buat di akhirat kelak.
-Golongan kafir ia akan menjadi golongan pelampau. Pada hari ini mereka memperlecehkan Islam.
-Apa yang Allah nukilkan dalam al-quran tentang Bani Israel hendaklah kita jadikan pengajaran dan panduan.
-Ilmu agama ini hendaklah dipelajari melalui jalan yang benar.
-Imam Syafie menyatakan doa, zikir dan wirid adalah amalan yang sama.
Wirid adalah satu bentuk bacaan yang perlu kita amalkan melalui keadaan semasa.
-Imam Syafie menyatakan bahawa ada orang berwirid mengikut keadaa masing-masing.
-Dalam kerja harian yang kita laksanakan dengan ikhlas juga adalah wirid.
Contohnya, wirid bagi seorang guru ialah mengajar anak muridnya dengan ikhlas.
Wirid bagi orang yang ahli ibadat ialah amalan bacaannya.
Setiap orang tidak sama. Justeru masing-masing ada perbezaan dalam usaha mereka.
-Jangan kita rasa bahawa buat kerja dunia boleh diselitkan unsur-unsur dosa.
Bila kita buat kerja dengan ingatkan Allah maka kita akan rasa bahawa kerja kita adalah ibadat. Maka tidak lakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Imam Syafie mengkategorikan amalan wirid kepada enam golongan:
-Ahli ibadat
-Ahli ilmu
-Penuntut ilmu
-Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali) / Orang yang berprofession
-Golongan pekerja
-Seseorang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
-Ahli ilmu
-Penuntut ilmu
-Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali) / Orang yang berprofession
-Golongan pekerja
-Seseorang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
(i) Ahli Ibadat:
-Orang meninggalkan segala kesibukan dunia kerana menumpukan kepada ibadah.
-Keadaan ahli ibadah di kalangan ulamak salaf adalah berbeza-beza.
Antara mereka ada yang menghabiskan kebanyakan masa dengan membaca al-quran sehingga dapat mengkhatamkannya sekali, dua atau tiga kali sehari. Ada yang memperbanyakkan tasbih, sembahyang atau pun tawaf di Baitullah.
-Orang meninggalkan segala kesibukan dunia kerana menumpukan kepada ibadah.
-Keadaan ahli ibadah di kalangan ulamak salaf adalah berbeza-beza.
Antara mereka ada yang menghabiskan kebanyakan masa dengan membaca al-quran sehingga dapat mengkhatamkannya sekali, dua atau tiga kali sehari. Ada yang memperbanyakkan tasbih, sembahyang atau pun tawaf di Baitullah.
-Abu Sulaiman al-Darani berkata: “Apabila kamu dapat merasa khusuk ketika berdiri, janganlah kamu terburu-buru rukuk. Apabila kamu khusuk ketika rukuk, jangan pula kamu terburu-buru untuk bangkit daripadanya.”
-Kita boleh jadi ahli ibadah. Namun jika kita telah diberi profession dan tanggungjawab maka hendaklah ia memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya.
-Jika seseorang itu telah selesai tanggungjawab seperti telah pencen dan tiada tanggungan maka ia seharusnya boleh menjadi ahli ibadah.
-Orang yang berdakwah ke jalan Allah ia juga adalah ahli ibadah.
-Bila kita bekerja dengan asas taqwa dan ikhlas maka kita akan menjadi umat yang termaju dan berjaya.
-Seorang ahli ibadat, pada waktu malam ia membahagikan kepada tiga bahagian (seperti yang dinyatakan oleh Imam as-Syafie rhm) iaitu satu pertiga pertama dengan menulis ilmu, yang kedua dengan sembahyang dan ketiga dengan tidur. Pada musim panas, mungkin kita tidak mampu melakukannya melainkan jika kebanyakan waktu tidur digantikan pada siang hari.
-Ahli ibadat jika tidak berhati-hati ia akan menyeleweng.
-Ahli ibadat juga perlu bekerja. Tidak seharusnya beribadat di masjid semata-mata.
(ii) Ahli ilmu
-Ialah golongan di mana orang ramai mengambil manafaat daripada keilmuannya samada melalui fatwa, pengajaran, karangan atau peringatan yang disampaikannya.
-Susunan dan tingkatan wiridnya adalah berbeza dengan ahli ibadat.
Golongan ini memerlukan masa untuk membaca dan mengulangkaji kitab-kitab, mengarang dan menyampaikan pengajaran.
Golongan ini memerlukan masa untuk membaca dan mengulangkaji kitab-kitab, mengarang dan menyampaikan pengajaran.
-Sekiranya dia banyak menghabiskan masa dengan perkara tersebut, itu merupakan amalan yang paling afdal selepas solat fardhu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang berorientasikan hari akhirat dan membantu jalan menuju ke sana sehingga merasa gemar kepadanya.
-Jiwa yang suci dengan berzikir sebelum mengerjakan urusan duniawi akan menjadikannya bijak dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
-Masa pertamanya digunakan untuk amalan lidah, masa kedua untuk amalan hati iaitu berfikir, masa ketiga dengan amalan mata dan tangan iaitu mengulangkaji dan mengarang, manakala masa keempat dengan amalan pendengaran untuk merehatkan mata dan tangan.
-Pada waktu malam, Imam Syafie membahagikan masa kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga yang pertama dengan menulis ilmu, yang kedua dengan sembahyang dan ketiga dengan tidur.
Pada musim panas, mungkin kita tidak mampu melakukannya melainkan jika kebanyakan waktu tidur digantikan pada siang hari.
Pada musim panas, mungkin kita tidak mampu melakukannya melainkan jika kebanyakan waktu tidur digantikan pada siang hari.
-Orang yang hadir ke majlis ilmu walau pun tidak faham pun mendapat keberkatan berdasarkan hadith Nabi saw.
(iii) Penuntut Ilmu
-Sesungguhnya belajar itu lebih mulia daripada zikir dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain. Jadual dan susunan wirid seorang penuntut ilmu adalah sama dengan ahli ilmu.
Cuma pengisiannya sahaja kadang-kadang berbeza.
Cuma pengisiannya sahaja kadang-kadang berbeza.
-Dia akan sibuk mengambil ilmu daripada orang lain ketika mana orang alim sibuk menyampaikan ilmu.
-Dia sibuk dengan mencatat nota dan menyalin semula kitab ketika orang alim sibuk dengan mengarang.
-Bagi orang awam pula, mereka perlu menghadiri majlis-majlis zikir, ilmu dan tazkirah daripada mengisi kelapangan mereka dengan wirid-wirid yang disunatkan.
(iv) Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali)
-Iaitu pemerintah, kadi atau orang yang dilantik memegang sesuatu tanggungjawab berkaitan orang Islam.
-Tugas mereka ialah memenuhi keperluan masyarakat Islam berdasarkan hukum syarak dengan hati yang ikhlas.
-Tugas ini sebenarnya lebih mulia daripada wirid-wirid atau zikir yang berkenaan.
-Ini kerana manfaat kerjanya secara umum turut dirasai kesannya oleh masyarakat.
-Oleh itu seharusnya dia membataskan ibadatnya pada siang hari dengan solat-solat fardhu, manakala waktu selebihnya dihabiskan dengan tugas dan tanggungjawab tersebut.
-Mereka cukup dan memadai melakukan wirid-wirid pada malam hari.
-Mereka cukup dan memadai melakukan wirid-wirid pada malam hari.
(v) Golongan pekerja
-Iaitu orang yang bekerja dan berprofesyen untuk menyara hidup diri dan tanggungannya.
-Iaitu orang yang bekerja dan berprofesyen untuk menyara hidup diri dan tanggungannya.
-Dalam keadaan ini dia tidak perlu menghabiskan masa dengan ibadah.
-Bahkan dia hendaklah bersungguh-sungguh dalam kerjanya di samping berzikir.
-Apabila dia memperolehi apa yang mencukupi keperluan hidupnya, dia hendaklah komitmen dengan wirid-wirid atau zikir sebagaimana yang telah disebutkan pembahagiannya.
(vi) Seseorang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah.
-Wiridnya selepas sembahyang yang difardhukan ialah menghadirkan hati bersama Allah Taala. Ini kerana kehadiran hati itulah yang menggerakkannya untuk berwirid dengan wirid-wirid yang dikehendakinya.
-Wirid dan amalan kebaikan yang kita buat hendaklah dilakukan secara berterusan walau pun sedikit.
Sabda Nabi saw: “Amalan yang paling dikasihi Allah Taala ialah yang dilakukan secara berterusan sekali pun sedikit.”
-“Diumpamakan amalan Rasulullah saw yang berterusan dengan hujan renyai-renyai.”
-Setengah orang Islam bila ia lebih nikmat ia lupa pada Allah. Sifat kesyukuran pudar.
-Nabi saw menyatakan bahawa bila kamu merasakan kesusahan dan musibah maka hendaklah kamu banyakkan lagi bersedekah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment