السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 3 Disember 2019/ 7 Rabiulakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohamad Darwi.
●Pendahuluan
-Syukur kerana dengan kasih sayangNya kita diberi taufik dan hidayah dapat kita menunaikan tanggungjawab dan melakukan amalan.
-Kita diwajibkan meminta hidayah Allah. Sekurang-kurang 17 kali sehari kita memohon hidayah Allah, iaitu bila kita baca fatihah dalam setiap rakaat solat fardhu kita.
-Justeru, bila kita telah mendapat hidayah, kita perlu syukur dengan sebenar-benar syukur.
-Orang yang beriman itu ialah orang yang gembira dengan perbuatan baiknya dan sedih dengan perbuatan buruk yang dilakukannya.
-Kata-kata mutiara yang diungkapkan oleh al-Hasan al-Basri: “Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu ialah apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan oleh amal.
Barang siapa berikrar untuk berbuat baik pada hal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah menolak perkataannya.
Dan barang siapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan amalnya.”
Barang siapa berikrar untuk berbuat baik pada hal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah menolak perkataannya.
Dan barang siapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan amalnya.”
Sabda Nabi saw:
-Bila orang sempurna iman berdoa, Allah menyukainya. Maka Allah berfirman kepada malaikat Jibrail untuk tidak terus perkenankan doa orang tersebut. Allah suka kepada orang yang merintih doa.
-Bila orang sempurna iman berdoa, Allah menyukainya. Maka Allah berfirman kepada malaikat Jibrail untuk tidak terus perkenankan doa orang tersebut. Allah suka kepada orang yang merintih doa.
Manakala bila orang fasikh berdoa, Allah perintahkan malaikat Jibril cepat-cepat tunaikan doanya. Allah tidak suka dengannya.
Daripada hadith di atas, maka hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Banyak aturan Allah yang kita tidak tahu.
Daripada hadith tersebut juga dapat kita tahu ada tugasan diberi kepada malaikat Jibril.
Kepercayaan Kepada Kitab-Kitab dan Suhuf:
-Beriman dengan semua kitab yang Allah sebutkan namanya di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya kita telah mengetahui sebahagian daripadanya, iaitu: Al-Quran, Taurat, Zabur, Injil, Suhuf Ibrahim dan Suhuf Musa.
Sesungguhnya kita telah mengetahui sebahagian daripadanya, iaitu: Al-Quran, Taurat, Zabur, Injil, Suhuf Ibrahim dan Suhuf Musa.
Kita juga beriman bahawa sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan kitab-kitab lain selain daripada kitab-kitab yang tersebut kepada nabi-nabiNya, tidak mengetahui namanya serta bilangannya kecuali yang menurunkannya (Allah Taala).
Suhuf-Suhuf:
-Bermakna lembaran-lembaran.
-Wajib bagi orang Islam untuk beriman dengan suhuf-suhuf.
-Sahuf ialah jamak kepada sahifah.
-Bermakna lembaran-lembaran.
-Wajib bagi orang Islam untuk beriman dengan suhuf-suhuf.
-Sahuf ialah jamak kepada sahifah.
“Wajib beriman kepada kitab-kitab dan suhuf-suhuf al-khalil (Nabi Ibrahim as) dan al-kalim (Nabi Musa as). Di dalam suhuf-suhuf itu terkandung kata-kata Allah Yang Maha Mengetahui.”
“Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (Surah An-Nisa’, ayat 164).
“Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam kitab-kitab yang terdahulu, iaitu kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (Surah Al-A’la, ayat 16-19).
Bila Nabi Ibrahim as menerima kalam-kalam Allah, ia menulisnya di atas kulit-kulit kayu, binatang dan batu.
-Wajib bagi seorang mukalaf untuk percaya dengan suhuf Ibrahim as dan suhuf Musa as.
Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan Musa a.s:
-Iaitu Suhuf yang telah diberi oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa a.s.. Suhuf-suhuf ini telah hilang tidak dapat diketahui sesuatu tentang isi kandungannya kecuali perkara yang telah disebut mengenainya dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah Taala:
Surah An-Najm, ayat 36-41:
“Atau belumkah dia diberitahu akan apa yang terkandung dalam kitab-kitab Nabi Musa dan juga (dalam kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? (Dalam kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain kecuali dosa yang dilakukannya sahaja. Dan bahawasanya seseorang itu tidak memperolehi sesuatu selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usaha itu akan ditunjukkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian usaha itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna”.
Surah An-Najm, ayat 36-41:
“Atau belumkah dia diberitahu akan apa yang terkandung dalam kitab-kitab Nabi Musa dan juga (dalam kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? (Dalam kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain kecuali dosa yang dilakukannya sahaja. Dan bahawasanya seseorang itu tidak memperolehi sesuatu selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usaha itu akan ditunjukkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian usaha itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna”.
-Ayat tersebut memberitahu kita bahawa seseorang tidak akan menanggung dosa orang lain.
-Surah al-A’la,ayat 16-19: “Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa”.
-Berapa banyak suhuf yang Allah turunkan?
Jumhur ulamak menyatakan ada 100 suhuf. Ada yang menyatakan ada 110 suhuf.
Jumhur ulamak menyatakan ada 100 suhuf. Ada yang menyatakan ada 110 suhuf.
-10 suhuf diturunkan kepada Nabi Adam
-50 suhuf diturunkan kepada Nabi Syihh).
-30 suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
-10 suhuf diturunkan kepada Nabi Musa
-10 suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
-50 suhuf diturunkan kepada Nabi Syihh).
-30 suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
-10 suhuf diturunkan kepada Nabi Musa
-10 suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
Apakah kandungan Suhuf?
-Ianya adalah nasihat-nasihat, kisah-kisah, pedoman dan tauladan.
-Ia tidak mengandungi hukum-hukum
-Ianya adalah nasihat-nasihat, kisah-kisah, pedoman dan tauladan.
-Ia tidak mengandungi hukum-hukum
-Al-quran juga menceritakan kandungan suhuf (surah An-Najm, ayat 36-41 dan surah al-A’la,ayat 16-19).
Soalan Abu Zar kepada Nabi saw:
Abu Dzarr pernah bertanyakan kepada Nabi saw, “Apa saja isi kandungan suhuf Ibrahim itu,Rasulullah?” Beliau menjawab, “Semua isinya adalah perumpamaan perumpamaan (amtsâl).Di antaranya, ‘Wahai raja yang berkuasa, yang diuji, dan yang tertipu! Akutidak mengutusmu untuk menumpuk harta kekayaan, tapi untuk memenuhi permohonanorang yang terzalimi. Sebab, Aku takkan menolak permohonannya, meskipun iakafir. Orang berakal, selama tidak dikuasai oleh akalnya, harus bisa membagiwaktunya; waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, waktu untuk introspeksi diri,waktu untuk merenungkan ciptaan ciptaan Tuhan, dan waktu untuk bekerja mencarimakan dan minum. Orang berakal hendaknya tidak bepergian kecuali dengan tigatujuan; pergi untuk mencari bekal menuju akhirat, pergi untuk mencari bekalhidup di dunia, dan pergi untuk menikmati sesuatu yang tidak haram. Orangberakal hendaknya jeli melihat perkembangan zaman dan siap mengarunginya, sertasenantiasa menjaga lisan. Barangsiapa menganggap perkataan sebagai bagian dariamal, tentu hanya akan sedikit berbicara kecuali yang bermanfaat.”
Abu Dzarr bertanya lagi, “Lalu, apa isi kandungan suhuf Musa, Rasulullah?”Beliau menjawab, “Semua isinya adalah ungkapan ungkapan penuh kebijaksanaan. Aku hairan dengan orang yang percaya neraka, tapi dia masih bisa banyak tertawa. Aku hairan dengan orang yang percaya kematian, tapi dia hanya santai dan bergembira. Aku hairan dengan orang yang percaya takdir, tapi dia berjudi mengundi nasibnya. Aku hairan dengan orang yang percaya adanya perhitungan amal,tapi dia enggan beramal (kebaikan).”
-Abu Dzarr berkata, “Berilah aku wasiat, Rasulullah.” Beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu untuk senantiasa bertakwa kepada Allah karena takwa adalahpokok segala urusan.” “Tambahkanlah,” pinta Abu Dzarr. Beliau bersabda,“Bacalah Al Quran dan zikirlah kepada Allah. Itu akan menjadi cahaya di duniadan simpanan di langit untukmu.” “Tambahkanlah, Rasulullah,” kata Abu Dzarrmemohon. Beliau bersabda, “Hindarilah banyak tertawa karena itu bisa mematikanhati dan memudarkan sinar di wajah.” Abu Dzarr masih meminta, “Tambahkanlah.”“Berjihadlah karena jihad adalah kerahiban umatku,” tambah Rasulullah. AbuDzarr berkata, “Tambahkanlah.” Beliau bersabda, “Cintailah kaum miskin danpergauilah mereka.” “Tambahkanlah.” “Lihatlah pada orang yang berada dibawahmu, jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu.” “Tambahkanlah,Rasulullah.” “Katakanlah yang benar, meski pahit.” “Tambahkanlah, Rasulullah.”“Cukuplah keburukan seseorang ketika dia tidak mengetahui dirinya sendiri dansuka melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat untuknya.” Rasulullah lalu menepukdada Abu Dzarr dan bersabda, “Tidak ada akal seperti adanya perencanaan, tidakada wara’ seperti menahan diri, dan tidak ada kemuliaan seperti baiknyabudi pekerti."
-Yang wajib diimani hanyalah suhuf Nabi Ibrahim dan suhuf Nabi Musa.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
Terima kasih tuan budiman.. sungguh menarik akan nasihat yang ada dalam suhuf para anbia.. Saya tertarik dengan petikan suhuf nabi Musa "Aku hairan dengan orang yang percaya takdir, tapi dia berjudi mengundi nasibnya"
ReplyDeleteSesungguhnya ada segelintir manusia mahu mengejar impian duniawi setelah terpesona dengan nikmatnya.. akan tetapi mereka lupa takdir Allah swt adalah penentu segalanya..Bahkan ada segelintir mereka gah menceritakan agama tetapi sebaliknya menghamba kan diri dengan dunia dan harta..
Moga moga kita sama sama dijauhi dengan sikap memperjudikan takdir hidup yang sementara.. Masya'Allah.. amin