Tuesday 25 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (101/2019): BAGAIMANA UNTUK MENJAUHI AZAB API NERAKA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra, Kuantan, Pahang: 25Jun 2019/ 19 Syawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Rosmaini

●Pendahuluan
-Imam Ghazali menyatakan:
“Siapa yang hendak selamat daripada azab Allah maka hendaklah ia sabar dalam setiap kesulitan dan hendak ia sentiasa taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.”
-Firman Allah: “Hendaklah kamu takut pada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu batan.”
-Saidina Aisyah menyatakan bahawa bila Nabi saw membacakan ayat firman Allah tersebut, ianya telah menyebabkan batu kisar gandum menangis. Batu tersebut meminta pada Nabi saw untuk didoakan ia bukannya batu yang dinyatakan dalam firman Allah itu.”
-Dinyatakan, sebenarnya batu yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah batu berhala yang menjadi sembahan manusia yang kufur.
-Jadi kalau batu pun takut pada api neraka maka apatah lagi manusia yang bakal dihisab.
Jadi untuk masuk syurga maka Imam Ghazali minta kita lakukan 3 perkara:
1. Jauhi azab api neraka Allah
-Jangan kita menjemput kemurkaan Allah. Kita jauhilah apa yang dilarang.
Dirikanlah solat dan bersabar.
2. Kumpulkan pahala yang sebanyaknya.
-Pahala hanya akan Allah zahirkan di akhirat kelak.
-Kita masih ramai yang endah tidak endah tentang untuk membuat amal bagi mendapat pahala. Ini kerana manusia tidak nampak pahala.
Walau pun diberitahu bahawa pahala berjemaah 27 kali ganda, masih ramai yang tidak mahu mengejarnya.
-Maka hendaklah kita bersabar dalam mengumpul pahala.
-Kita bersabar dalam membuat ketaatan, kita bersabar dalam menjauhi kemaksiatan & kekufuran dan kita sabar menghadapi ujian.
3. Mendapatkan rahmat Allah.
-Allah masukkan hambaNya ke syurga bukan kerana amalan hambaNya. Tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
-Umur kita pendek. Jadi kalau nak buat amalan pun tidak banyak yang dapat dibuat. Nikmat kurniaan Allah kepada kita lebih banyak daripada amalan kita. Jika kita hendak tulis nikmat-nikmat Allah maka tidak tertulis. Bahkan jika air laut menjadi dakwatnya, sampai kering air laut pun tidak akan terhitung.
Maka dengan rahmat Allah lah kita dapat masuk syurga.
-Saidina Umar ra dan generasi para sahabat yang lain yang dikenali sebagai generasi khairun ummah pun tidak merasakan bahawa mereka adalah calon syurga.
Walau pun mereka buat banyak amalan berbanding kita, mereka masih merasakan bahawa amalan mereka masih tidak cukup untuk mereka masuk syurga, melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
-Jadi kita usahalah buat perkara-perkara yang akan mendatangkan kasih sayang Allah kepada kita. Kita jadi insan yang banyak bersabar dan memberi kebaikan serta membuat kebajikan kepada insan & ummah. Bila kita diberi amanah, maka kita tunai tanggungjawab dengan sempurna. Bila kita jadi pemimpin, kita jalankan tanggungjawab kita dengan amanah dan adil. Bila kita ada ibubapa maka kita jaga mereka dan jadi anak yang soleh. Bila kita mampu bantu orang maka kita bantu sebaik mungkin.
-Sesungguhnya amat penting untu kita mendambakan rahmat & kasih sayang Allah. Kita bukan boleh masuk syurga kerana amalan kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (100/2019): AMALAN ROH MANUSIA YANG BERCAHAYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 19 Jun 2019/ 15 Syawal 1440H (Rabu). oleh Ustaz Dai Hazman Yani

Sumber: Kitab Al-Hikam: Bab 10 - Amalan Roh Manusia Yang Bercahaya
●Pendahuluan
-Alhamdulillah syukur atas penganugerahan rezeki oleh Allah kepada kita. Kita hendak rezeki yang berkat. Iaitu bertambah baik rezeki kita.
Juga kita hendak keberkatan masa, iaitu bertambah baik penggunaan masa kita.
-Kita hendak jasad yang sihat dan wal-afiat. Iaitu sihat dan selamat. Kita hendak sihat yang membawa kita banyak membuat kebaikan. Maka sebab itu kita hendak dapat wal-afiat.
-Orang yang beribadat perlu berasa motivasi dalam kehidupannya.
-Allah berfirman: “Katakanlah, sama ada sama atau tidak orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui..”
-Di kalangan orang beriman pula ada beberapa kategori.
-Sesungguhnya, orang yang beriman hatinya tenang.
Amalan Roh Yang Bercahaya:
-Amalan yang kita buat dengan ikhlas maka Allah gambarkan rohnya bercahaya. Ada cahaya kebaikan dan pintu kebajikan.
-Ada orang yang dikurniakan hati yang bercahaya walau pun ia buta.
-Allah gambarkan kebaikan dengan cahaya (nur).
-Terdapat setengah kita melihat amalan-amalan sebagai gambaran. Jangan kita rasa telah banyak kebaikan yang kita buat.
-Jangan kita tertipu dengan perbuatan baik yang kita buat. Ianya tipu muslihat dan cara iblis memasuki diri orang alim/agama.
-Allah bukan melihat kita dengan amalan kita. Allah juga tidak lihat kepada rupa paras kita.
-Allah Maha Mengetahui nilai hambaNya. Lihat hati dan keikhlasan hambaNya. Allah ingin melihat hati yang berbuat kebaikan.
-Intipati khutbah yang dibaca pada setiap hari Jumaat, “Wahai orang beriman, takutlah kamu dengan sebenar-benar takut. Jangan kamu mati melainkan dengan iman.”
-Jika hati kita tidak seronok duduk di masjid dan lebih suka duduk di pasaraya & tempat hiburan, maka hendaklah kita perbaiki hati kita.
-Amalan itu semata-semata tidak mencukupi. Ia hendaklah dibuat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kecintaan kita kepada Allah dan utusanNya, Rasulullah saw.
-Hendaklah kamu buat sesuatu amalan itu kerana ikhlas. Jangan kita buat amalan kerana dunia. Jangan hendak dapat puji-pujian daripada manusia.
-Untuk membuat kebaikan perlu berilmu. Kita perlu berusaha dan bermujahadah. Maka baru sampai tahap keikhlasan. Kita ingin mendapat nikmat ikhlas.
-Kita jinjing sahaja dunia ini. Bahkan semua kita mengetahui bahawa setiap kita akan meninggalkan dunia.
-Maka tinggalkanlah dunia sebelum dunia meninggalkan kita.
-Ulamak menyatakan, untuk mendapat ikhlas ada tiga perkara yang perlu kita lakukan:
i. Banyakkan berzikir dengan Allah. Kita sucikan hati.
Kita tidak boleh mudah-mudah menhukum orang. Kita gunakanlah kacamata untuk melihat kekurangan kita dan jangan sekali-kali kita gunakan kanta unti melihat kekurangan dan aib orang lain.
Para sahaba dan para ulamak mereka amat yakin dan berpegang kepada dengan kalimah syahadat.
Ia membawa khusuk dalam solat. Ikut perintah Allah. Sentiasa ikhlaskan diri kepada Allah.
-Pada satu hari Nabi saw berhimpun bersama para sahabat. Kemudian datang seorang wanita yang kafir. Kemudian ia berikan beberapa biji buah jeruk yang sudah lama kepada Nabi saw. Nabi saw terima dengan muka gembira. Nabi saw makan sebiji demi sebiji sehingga habis. Para sahabat kehairanan. Nabi saw tidak kongsi dengan sahabat. Maka selepas wanita itu berlalu pergi,maka Nabi saw menerangkan kepada para sahabat kenapa baginda saw tidak kongsikan pemberian jeruk tersebut dengan para sahabat seperti kebiasaannya. Nabi saw menyatakan bahawa jeruk itu terlalu masam dan tidak sesuai untuk dimakan oleh para sahabat dan dalam masa yang sama Nabi saw tidak mahu wanita tersebut berkecil hati jika tidak dimakan.
-Menghormati orang, memuliakan orang adalah akhlak/adab yang mulia.
-Dengan orang kafir kita tidak boleh percaya secara membuta tuli. Ini kerana ia juga tidak percaya kepada Allah. Orang kafir itu ujian bagi orang Islam.
-Orang kafir itu jasadnya hidup tetapi hatinya mati. Tiada roh keimanan.
Untuk hidupkan hati maka hendaklah kita banyakkan ingat kepada Allah. Kita perbanyakkan zikir.
Apakah itu ikhlas:
-Ada ulamak menyatakan bahawa ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan malam atas batu yang hitam.
-Nabi saw pernah bertanya kepada malaikat Jibril apakah itu ikhlas. Lalu malaikat Jibril telah bertanya kepada Allah.
Allah berfirman dalam hadith kursi: “Ikhlas ini hanya Aku beri pada hamba-hamba Ku yang dicintai.”
-Justeru kita jangan banyak mengeluh dan jangan kita meminta-minta pada manusia. Kita rapatkan hubungan kita dengan Allah dan saling menjalin silaturrahim sesama insan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 24 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (99/2019): PERJALANAN MENUJU TAQWA-PUASA DAN SOLAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid As Saadah, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor: 23 Jun 2019/ 17 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Kamaruddin

●Pendahuluan
-Puasa dan solat adalah amalan jasmani dan rohani.
-Perjalanan menuju taqwa melalui solat dan puasa.
Apakah hasil daripada satu bulan Ramadhan yang berlalu:
-Kita berjuang untuk menjadikan solat kita yang terindah dan yang terbaik.
-“Beruntunglah bagi orang yang khusuk dalam solatnya.”
Kita jaga apa yang kita baca, daripada telinga sampai ke hati. Bila imam baca, kita ikut dengan kalbu.
Kita tinggalkan kecintaan kita kepada dunia.
Bila kita jaga solat, Insyallah kita akan berjaya di dunia & akhirat.
-Solat akan mencegah kita daripada perkara fasakh & mungkar.
-Kita ambil peluang latihan puasa Ramadhan yang kita telah lalui untuk kita teruskan dengan mengamalkan puasa-puasa sunat di sebelas bulan yang akan datang.
-Kita jangan menyombong kepada Allah.
-Firman Allah: “Kami tidak memandang kepada mereka yang menyombong diri tanpa hak di muka bumi..”
Jangan kita langgar peraturan yang ditetap Allah.
-Kita banyak menyombong. Banyak yang Allah suruh kita tidak buat.
Maka kita perlu tingkatkan ketaatan kita kepada Allah.
Contohnya, bila seruan azan didengari, ramai di antara kita yang tidak pun datang ke rumah Allah. Tetapi bila bos kita panggil, kita cepat sahaja pergi berjumpa bos kita.
-Perjuangan Ramadhan pastinya memberi pengajaran besar untuk kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Kita lihat ujian manusia terdahulu bila mana peperangan berlaku di bulan Ramadhan. Ujia mereka amat besar.
Peperangan kita sekarang ialah peperangan melawan hawa nafsu.
Kita perlu rasa manis dalam beramal. Kita perlu rasa manis untuk berada dalam masjid dan berada dalam majlis ilmu.
Betapa banyak orang berilmu tetapi ilmu hanya tinggal ilmu.
Kita amalkan ilmu yang kita pelajari.
Namun jangan putus asa. Teruskan berusaha untuk kita amalkan apa yang kita pelajari.
Jadikan Ramadhan sebagai perintis untuk kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.
-“Orang munafik itu hendak menipu Allah. Sesungguhnya mereka menipu diri mereka sendiri. Orang yang munafik ia berdiri dengan malas dalam solatnya.”
-Beribadatlah seolah kamu melihat Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 23 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (98/2019): ISTIQAMAH UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Program Tanya Ustaz@TV3, 6.30 pagi:23 Jun 2019/ 19 Syawal 1440H (Ahad).
Moderator: Daie Hakim

●Pendahuluan
-Syukur kita kerana masih berpeluang untuk membuat kebaikan dan menyediakan bekalan untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi.
Keutamaan Menuntut Ilmu:
-Pada satu hari, Nabi saw melihat dua kumpulan orang yang berada di masjid. Satu kumpulan sedang berzikir dan satu kumpulan lagi sedang menuntut ilmu. Maka ditanya oleh sahabat kepada Nabi saw, yang mana satukah yang lebih utama. Maka sabda Nabi saw, “sesungguhnya majlis menuntut ilmu itu lebih utama.”
-Dinyatakan, dengan duduk sahaja dalam majlis-majlis ilmu tanpa bawa beg dan buku pun pahalanya umpama membebaskan seribu orang hamba sahaya.
-Yang akan ikut kita selepas kita mati tiga perkara: sedekah jariah, ilmu bermanafaat dan anak yang soleh.
-Maka dalam zaman teknologi sekarang kita boleh menyebarkan ilmu bermanafaat yang akan mengalir pahalanya kepada kita walau pun kita telah meninggal.
-“Setiap yang bernyawa pasti akan mati”
-Maka kita hendak agar dosa-dosa kita diampunkan sebelum kita ke alam barzakh.
-Pengakhiran kehidupan kita adalah kematian. Namun sebelum kita menemui kematian, Allah telah memberi kita banyak peringatan-peringatan.
-Umpamanya, bila kita memandu ada signboard-signboard yang diletakkan di sisi jalan untuk memberi peringatan kepada pemandu terutamanya di kawasan yang merbahaya.
Bagaimana Allah beri peringatan kepada kita?
-Kita boleh lihat kepada tubuh badan kita. Bila kita di hujung usia, rambut kita telah putih, badan kita sudah berkedut, suara sudah tidak merdu, pergerakan sudah tidak kuat dan lain-lain.
-Kemudian Allah beri pula kita sakit. Ianya juga adalah tanda Allah sayang kita, Allah beri peringatan kepada kita.
-Allah kurniakan al-quran untuk menjadi petunjuk dan peringatan kepada kita. Allah juga utuskan para Nabi / Rasul untuk kita ikuti.
-Allah kurniakan bulan Ramadhan kepada kita untuk kita perbanyakkan bekalan amalan kita seperti puasa, baca al-quran, sedekah, solat malam, dll. Maka kita teruskanlah amalan kita di luar bulan Ramadhan.
-Sebaik-sebaik orang ialah orang yang memohon keampunan dan kembali ke pangkal jalan bila ia telah tersesat dan melakukan kesilapan.
-Untuk kita berhubung rapat dengan Allah maka hendaklah kita berakhlak seperti akhlak Nabi saw.
Saidina Aisyah saw menyatakan akhlak Nabi saw adalah al-quran.
-Antara akhlak Nabi saw dalam menjaga lisan ialah:
-i. Nabi saw selalu mendiamkan diri. Bila bercakap bila perlu sahaja.
Sabda Nabi saw:
“Sesiapa yang beriman dan percaya kepada hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap yang baik-baik.”
ii. Perbicaraan Nabi saw amat fasih dan ringkas.
iii. Bila Nabi saw berbicara, baginda saw mengadapkan seluruh tubuh & wajahnya kepada orang yang sedang berbicara dengannya.
Bahkan bila bercakap dengan budak kecil, direndahkan sedikit badan kita.
-Firman Allah: “Engkau Muhammad mempunyai akhlak yang terbaik.”
Salah satu sifat Nabi saw, bila orang kutuk Nabi saw, ianya dibalas dengan doa.
Di syurga kelak, akan ada kamar/bilik yang indah-indah. Ia boleh dilihat daripada dalam dan dilihat daripada luar.
Siapa yang dapat bilik-bilik / kamar-kamar indah di syurga kelak?
-Nabi saw menyatakan 4 golongan yang akan mendapat kamar-kamar indah di syurga:
i. Manusia yang melembutkan kata-kata dalam semua keadaan.
Iaitu dalam keadaan marah pun
ii. Manusia yang sentiasa memberi makan orang samada dalam keadaan senang atau susah. Suka berkongsi makanan dengan orang lain.
Orang yang memberi peluang untk orang menjana pendapatan untuk membeli makanan juga termasuk dalam kategori ini.
iii. Manusia yang suka berpuasa
Manusia ini juga dapat pintu Ar-Rayyan.
Orang ini ia rindu untuk berpuasa untuk hari berikutnya. Umpama puasa Nabi Daud as.
iv. Manusia yang suka memisahkan lambungnya daripada tidurnya.
Iaitu sanggup bangun malam untuk mendirikan solat malam. Banyak melakukan ibadat kepada Allah.
-Setiap kita akan mendapat balasan di akhirat kelak.
Kita perlu menjaga ukhwah:
Setiap orang beriman adalah bersaudara.
Orang beriman umpama satu jasad. Jika ada anggota yang sakit maka anggota yang lain akan rasa sakit.
Nabi saw menyatakan antara amalan ahli syurga ialah, ibadat kepada Allah, jangan sekutu Allah, memberi orang makan dan menjalin silaturarahim.
Maka kita gunakan bulan Ramadhan ini untuk bersilaturahim dan berukhwah.
Kita hendak menjadi mukmin yang bertaqwa.
Wahai orang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar-sebenar taqwa. Janganlah kamu mati melainkan dalam Islam.
Imam Al-Khusairi menyatakan bahawa ada 4 ciri mukmin yang bertaqwa:
Ciri-ciri mukmin bertaqwa:
Orang mukmin hendaklah berusaha untu sentiasa mendapat redha Allah. Kita beribadat semata-mata untuk dapat redha Allah.
Mukmin yang bertaqwa ia mempunyai empat sifat-sifat berikut:
i. Tawaduk (buat hanya kerana Allah)
ii. Qanaah (merasa cukup)
iii. Warak (berhati-hati)
iv. Yakin (kita perlu penuh yakin kepada Allah. Jauhi daripada prasangka kepada Allah).
Ibadat adalah hubungan kita dengan Allah. Ia bukan untuk dinilai oleh manusia.
Jangan kita bertaqwa hanya dalam masjid sahaja atau hanya dilihat orang sahaja.
Nabi saw bersabda: “bertaqwalah kamu walau pun di mana kamu berada.”
Kelebihan Solat Sunat Dhuha:
Nabi saw telah menwasiatkan tiga perkara kepada Saidina Abu Hurairah ra:
i. Puasa 3 hari pada setiap bulan;
ii. Mendirikan solat dhuha dan
iii. Mendirikan solat witir sebelum tidur.
Pada manusia mempunyai 366 ruas. Maka setiap ruas itu perlu memberi sedekah. Namun Nabi saw menyatakan ia boleh diganti dengan mendirikan solat dhuha.
Orang yang mendirikan solat dhuha ia adalah orang yang diberikan keuntungan.
Nabi saw menyatakan, orang yang mendirikan solat dhuha 4 rakaat akan dibangunkan sebuah mahligai di syurga.
Kehidupan Itu Adalah Ujian:
-Surah al-Baqarah, ayat 286: “ Allah tidak membebani seseorang melaikan ia mampu menghadapinya....”
Maka kita hadapi ujian samada kecil atau besar dengan sebaiknya. Kita perlu jaga emosi kita.
-Sentiasalah kita bersyukur pada Allah kerana ujian yang kita terima dalam kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita syukuri.
-“Mintalah pada Allah dengan solat dan sabar. Maka akan datanglah pertolongan Allah.”
-Sesungguhnya setiap kesusahan itu akan ada kesenangan.
-Surah Al-Dhariyat, ayat 55: “Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Saturday 22 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (97/2019): TASAWUF: HALAL HARAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Program Tanya Ustaz@TV3, 6.45pagi: 22 Jun 2019/ 17 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Jaffri Abu Bakar

-Jika Allah hendak kita buat kebaikan, maka Allah akan bagi hidayah dan berikan kefakihan (kefahaman) dalam agama kepada kita.
-Kita perlu menjadi orang yang berkira-berkira dalam perkara halal haram.
-Kita jangan jatuh kepada perkara yang subahah.
-Sabda Nabi saw: “Kamu jagalah Allah, maka Allah akan jaga kamu”
-Maksud jaga Allah ialah kita meletakkan tembok antara yang halal dan haram. Tembok itu adalah perkara subahah. Maka meninggalkan yang haram dan subahah itu adalah selamat.
Kita jaga akhlak dan diri kita dalam beragama.
Q& A:
Q1: Bagaimana kalau telah termakan makanan yang haram
A1: Hendaklah kita bertaubat dan berhati-hati dengan apa yang kita makan. Jadilah kita orang yang menjaga daripada perkara yang haram dan subahah.
Q2: Ada yang menyatakan bahawa Islam itu penuh dengan perkara yang pantang larang sedangkan banyak lagi perkara yang tidak dilarang.
A2: Allah tidak menjadikan dengan sia-sia. Allah buat semua itu ada sebab. Ada check & balance. Ada malam & siang. Ada lelaki & perempuan. Ada syurga & neraka.
Allah hendak menguji kita samada kita hendak menjadi hambaNya yang taat kepadaNya.
Surah al-Mulk, ayat 2:
-“Allah yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun”
yang mentadbirkan yg hidup dan yang mati..siapakah?
Kita ada nafsu dan syaitan. Ia membisikkan untuk membuat kejahatan. Kita banyak yang halal tetapi masih hendak yang jahat. Contohnya, telah ada isteri & kehidupan yang halal tetapi kenapa cari juga yang tidak halal.
Itu sebab satu yang paling sukar dalam taubat adalah untuk rasa menyesal untuk lakukan perkara yang tidak baik.
Jangan kita terjebak untuk merasa kelazatan dalam melakukan kejahatan.
Q3: Mengapa Islam menetapkan halal dan haram. Bagaimana orang yang culas dengan kerja. Kerja tidak ikut masa.
A3: Kita perlu amanah dalam kerja kita. Setiap sen yang kita dapat akan dihitung.
Syarat Taubat:
i.Berhenti
ii. Azam tidak hendak buat lagi
iii.Menyesal atas perkara yg berlaku
iv. Jika bersabit pd orang kita minta maaf dan pulang balik jika terambil barang.
Kita sebagai manusia memang banyak buat janji. Terutama janji kita pada majikan.
Adakah layak kita ambik gaji jika kita tidak jalankan tugas dan amanah kita.
Kita jauhilah daripada sifat-sifat kecurangan.
Ada perkara yang mulanya halal tetapi jika tidak amanah maka ia menjadi haram. Justeru kita jagalah pekerjaan dan amanah.
Sabda Nabi saw: “Apa yang aku larang dalam kehidupan maka kamu lakukan. Apa yang kamu larang dalam kehidupan maka kamu tinggalkan”
Q4: Bagaimana kita banyak membuat perkara-perkara makruh
A4: Makruh itu duduk dalam perkara yang dibenci. Jika kita dapat tinggalkan maka kita dapat pahala.
Kita usaha untuk tinggalkan perkara makruh. Kita tinggalkan juga perkara subahah.
Siapa yang tinggalkan perkara subahah maka kita telah menjaga diri dan agama.
Jauhi dpd mengambil racun iaitu perkara yang dilarang.
Ada juga perkara yang haram buat seseorang tetapi halal buat seseorang kerana adanya musaqah. Misalnya memakan bangkai kerana tidak ada makanan lain dan jika tidak makan maka membawa kepada kemudaratan.
Q5: Adalah makanan halal dan haram mempengaruhi akhlak dan peribadi seseorang
A5: Ya, apa yang masuk dalam perut kita akan mempengaruhi akhlak kita. Jika banyak makan perkara haram maka akan mempengaruhi akhlak.
Terlebih makan pun akan mempengaruhi tindak tanduk kita, seperti letih dan banyak tidur.
-
Apa makanan yang kita makan akan mempengaruhi kita.
Allah berkehendak untuk memberi kemudahan kepada kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday 19 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (96/2019): AKIDAH-KEPERCAYAAN KEPADA MALAIKAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 18 Jun 2019/ 14 Syawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohamad Darwi

●Pendahuluan
-Syukur kita kepada Allah. Dengan kasih sayang Allah maka kita dapat berada di rumah Allah dan buat banyak kebaikan termasuk hadir dalam majlis-majlis ilmu.
-Kita dapat hadir ke rumah Allah kerana Allah pilih kita. Ia bukan kerana kita kuat, bukan kerana kita dekat dengan masjid, bukan kerana kita baik, bukan kerana kita telah rutin pergi masjid, dll.
-Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
-Maka kita bersyukur, kita tidak rasa kita baik, tidak rasa alim dan besar bila buat banyak kebaikan.
-Bila kita bersyukur maka Allah akan kurniakan banyak lagi kebaikan kepada kita. Allah akan tambah lagi.
-Dalam kehidupan kita ini penuh dengan tanggungjawab. Bila kita mati kelak, maka akan banyak pertanyaan / persoalan yang perlu kita jawab. Kita akan ditanya aqidah, amalan, harta benda, usia kita dan lain-lain.
-Kita hanya boleh jawab jika kita telah tunaikan setiap tanggungjawab kita. Bukab kita boleh jawab dengan menghafal jawapannya.
-Selepas itu maka kita akan diberi pembalasan.
-Allah Maha Mengetahui lebih daripada apa yang kita tahu tentang diri kita.
Apa jua amalan baik dan buruk Allah ketahui, walau pun kita sendiri telah lupa.
-Maka kita pastikanlah dengan kesempatan yang kita ada untuk kita beramal dan membuat segala ketaatan kepada Allah. Kita usaha untuk istiqamah membuat Amal makruf nahi mungkar.
-Firman Allah: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu.” Maka jawab roh, “Bahkan kami bersaksi bahawa Allah adalah tuhan kami.”
-Jadi bila kita mudah untuk beramal dan buat amalan baik maka kita perlu bersyukur kepada Allah.
-Hati kita perlu rasa nikmat keimanan. Intipati kita belajar ilmu tauhid ialah untuk kita rasai keimanan kita. Contohnya, bila kita imani bahawa ada syurga dan neraka maka tingkah laku kita hendaklah membuktikan bahawa kita percaya adanya dosa & pahala, adanya syurga dan neraka. Kita rasa nikmat keimanan itu.
-Intipati kita belajar tauhid adalah sejauhmana kita dapat sematkan dalam hati kita adanya perkara-perkara ghaib.
-Bidang Tauhid terbahagi kepada tiga:
i. Ketuhanan
ii. Kenabaian
iii. Sammiyat: Iaitu perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Nabi saw (kita tahu/dengar).
Sammiyat:
-Percaya adanya dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, mukjizat, hari akhirat, alam barzakh, dll.
Kepercayaan Kepada Malaikat:
-Malaikat terlalu ramai sehingga tidak terhitung.
-Sabda Nabi saw: Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi saw ditunjukkan Baitul Makmur. Di Baitul Makmur ialah tempat malaikat tawaf pada setiap hari seramai 70,000. Malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur pada setiap hari itu adalah malaikat yang berbeza. Ini menunjukkan betapa ramainya malaikat yang dicipta oleh Allah.
-“Tidak ada ruang di dunia selebar 4 jari melainkan adanya malaikat yang menebarkan sayapnya bersujud pada Allah.”
-Jadi kita tidak tahu berapa sebenarnya bilangan malaikat. Kita boleh mengira bilangan titisan hujan tetapi tidak untuk malaikat.
Untuk menunjukkan banyaknya malaikat, menyuap nasi ke mulut kita juga ada malaikat yang menjaganya.
-Antara malaikat yang begitu ramai, syariat memperuntukkan kepada kita untuk kita wajib mengetahui secara terperinci sepuluh malaikat. Sepuluh malaikat ini disebut secara spesifik dalam al-quran. Secara terperinci ini bergantung kepada masyarakat. Ada berpendapat yang mencukupi untuk mengetahui namanya.
Sepuluh Malaikat:
1. Jibril (sampaikan wahyu & tiup roh pada janin)
2. Mikail (memberi rezeki kepada makhluk di dunia)
3. Israfil (meniup sangkakala pada hari kiamat)
4. Izrail (mencabut nyawa semua makhluk yang hidup)
5. Munkar (menanyai orang dalam kubur yang berbuat keburukan)
6. Nakir (menanyai orang dalam kubur yang berbuat kebaikan)
7. Raqib (mencatat amal baik manusia semasa hidupnya)
8. Atid (mencatat amal buruk manusia semasa hidupnya)
9. Malik (menjaga pintu neraka)
10. Ridwan (menjaga pintu syurga)
Ada juga nama-nama malaikat yang lain seperti malaikat zannabiah.
Malaikat Jibrail:
-Ada ulamak menyatakan bahawa Jibrail adalah ketua kepada malaikat.
-Sabda Nabi saw: “Jika Allah cintakan seseorang hambaNya maka Allah panggil malaikat Jibril,beritahu bahawa Allah mencintai si polan. Maka malaikat Jibril juga akan mencintai si polan. Kemudian malaikat Jibril memberitahu kepada malaikat-malaikat yang lain. Maka malaikat-malaikat yang lain akan juga turut mencintai sipolan.
-Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap.
Malaikat yang lain ada 2, 4, etc sayap.
-Sabda Nabi saw: “Bahawa Nabi saw melihat malaikat Jibril dan ia mempunyai 600 sayap yang menutup ufuk (seluruh alam).
-Sesunguhnya Nabi saw telah melihat malaikat Jibrail dalam rupa yang asal semasa di siratul muntaha dan di gua hira.
-Malaikat Jibril ia mempunyai kepantasan terbang yang pantas melebihi kepantasan cahaya.
-Jika dunia ini diibaratkan sebuah cincin, maka keluasan langit pertama adalah umpama padang pasir yang luas. Lapisan langit yang kedua dan seterus juga demikian luasnya.
-Maka kita perlu sabitkan dalam hati kita bahawa betapa hebatnya Allah yang mencipta para malaikat.
-Nabi saw adalah sahabat karib kepada malaikat Jibril. Dinyatakan bahawa Nabi saw kerap kali jumpa malaikat Jibrail berbanding Nabi Isa as yang hanya berjumpa 10 kali sahaja.
-Terdapat banyak nama yang diberikan kepada malaikat jibrail. Antaranya, arruhil qursi, naamus, dll.
-Tugas utama malaikat Jibril ialah menyampaikan wahyu. Ia adalah utusan Allah dengan para Nabi/Rasul.
-Malaikat Jibril juga mempunyai tugasan yang lain. Terdapat Jibril, Israil, Mikail,
Jibril bertanggungjawab menguruskan angin dan tentera-tentera Allah yang lain.
Izrail-mencabut nyawa
Mikail-hujan
Israfil-menyampaikan perintah-perintah Allah kepada malaikat yang lain.
-“Telah sampai kepada perkhabaran kepada kami bahawa malaikat Jibril menyampaikan apa yang Allah perkenankan kepada hamba-hambaNya”
Allah suka kepada hambaNya yang merintih berdoa. Maka Allah lambatkan perkenankan doa hambaNya.
Malaikat ini mulia. Namun para Nabi/Rasul lebih mulia daripada malaikat. Selepas malaikat, diikuti oleh alim ulamak.
●Penutup
Semoga dengan ilmu yang kita perolehi akan mendorong kita lebih banyakkan amalan.
Kita rasai bahawa Allah sentiasa mengawasi kita. Allah tidak perlukan malaikat untuk mengawasi kita. Tetapi diciptakan malaikat untuk kita rasa betapa hebatnya Allah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (95/2019): RISALAH PERSEDIAAN BAGI YANG SAKIT SEHINGGA KEMATIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 17 Jun 2019/ 13 Syawal 1440H (Isnin) oleh Ustaz Ahmad Al-Hafiz

●Pendahuluan
-Risalah ini menerangkan adab-adab dan doa bagi orang yang sakit dan kemudian selepas mati. Sehingga dikuburkan dan ziarah kubur.
-Doa anak-anak yang soleh akan sampai kepada simati.
-Bagi doa daripada orang selain daripada anak-anskvperlu disebutkan nama orang yang didoakan secara spesifik. Contohnya seorang yang membaca al-quran kemudiannya disedekahkan pahalanya kepada simati.
-Nabi saw bersabda bahawa bila mati seorang anak Adam maka terputus semua amalannya kecuali tiga:
i.Sedekah jariah
ii. Ilmu yang bermanafaat
iii. Doa dan amalan titipan daripada anak-anak yang soleh
-Firman Allah: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku.”
-Kita belajar ilmu ini sebagai persiapan untuk kita menghadapi situasi kesakitan dan kematian.
-Risalah ini adalah himpunan daripada sifakir, ia berharap kepada keredhaan Allah.
-Kebanyakan orang awam tidak memperdulikan adab-adab dan doa-doa bagi orang yang sakit sehingga ia letih, kemudian pada kematian serta pengkebumiaannya.
-Bila kita menjadi orang yang soleh dan berilmu maka kita akan rasa tenang menziarahi orang yang sakit & mati.
-Kita sentiasa memohon kepada Allah untuk sentiasa diberikan kesihatan dan mati atas iman & Islam.
-Ada seorang lelaki yang mengelilingi kaabah hanya berdoa “Matikan aku dalam iman dan khusnul khatimah”. Lalu perbuatannya telah diketahui oleh seorang ulamak yang pada masa yang sama tawaf di kaabah.
Maka ditanya oleh ulamak itu kenapa ia hanya berdoa yang sama. Maka jawab lelaki itu bahawa jika ia tahu apa yang berlaku pada kisah hidupnya maka ia tahu kenapa ia berdoa begitu. Dinyatakannya bahawa seorang muazzin yang telah banyak membuat kebajikan telah keluar daripada mulutnya untuk keluar daripada Islam di saat kematiannya. Maka ini yang menyebabkan ia sentiasa memohon untuk ditetapkan iman dan mati dalam husnul khatimah semasa mengelilingi kaabah.
-Kita doa untuk Allah tetapkan hati kita dalam keimanan dan untuk mendapat kematian yang husnul khatimah.
-Bila mana kamu mengusung ke kubur satu jenazah maka kamu ingat bahawa pada satu masa nanti kamu akan juga diusung ke kubur.
-Bila kamu memerintah rakyat pada satu masa iaitu menjadi pemimpin maka ingatlah maka kamu akan dipersoalkan satu persatu.
Setiap daripada kamu adalah pemimpin. Seorang ayah, seorang suami dll adalah pemimpin kepada anak-anak, isteri dll.
-“Ya Allah jadi kematian ku lebih baik daripada kehidupan ku dan jadikanlah kubur ku lebih baik daripada rumah ku.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 17 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KLULIAH (94/2019): TAKUT KEPADA ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 16 Jun 2019/ 12 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin

Sumber: Tajuk: Kitab Riyadus Solihin
Bab 50: Takut Kepada Allah~sambungan.

●Pendahuluan
-Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 40: “Dan hanya kepada Aku sahajalah kamu takut (tunduk).
-Hadith # 412:
Daripada Abu Zar menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya saya dapat melihat sesuatu yang saudara sekalian tidak dapat melihatnya. Langit bersuara. Dan memang patut pun ia bersuara. Tiada satu ruang pun walau sebesar empat jari langit itu, melainkan ada malaikat yang meletakkan dahinya untuk sujud kepada Allah. Demi Allah, sekiranya saudara tahu apa yang saya tahu, pasti saudara semua akan ketawa sedikit sahaja dan menangis sebanyak-banyaknya. Saudara juga pasti tidak akan berseronok-seronok dengan isteri-isteri saudara di atas katil. Pasti saudara semua akan keluar mencari jalan bagi memohon pertolongan Allah.” (HR: Tirmizi).
-Semua makhluk adalah berzikir kepada Allah. Malaikat,bumi langit, batu, tumbuhan, binatang dan lain-lain semuanya berzikir kepada Allah.
-Semua makhluk hidup dengan sistem yang Allah ciptakan.
-Cuma makhluk-makhluk selain daripada jin dan manusia sahaja yang tidak mempunyai hawa nafsu.
-Untuk manusia Allah berikan ilham untuk tahu mana yang baik dan yang buruk.
-Surah Al-Syams, ayat 8-10: “Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan (jiwa)nya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
-Makhluk-makhluk selain daripada manusia juga berpuasa. Tetapi mereka berpuasa dengan cara masing-masing yang tersendiri seperti ditetapkan oleh Allah.
-Hadith # 413:
Daripada Abu Barzah menyatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Di padang Mahsyar kelak, kedua-dua kaki seorang hamba tidak akan dapat berganjak sama ada menuju ke syurga atau pun neraka. Sehinggalah beliau ditanya berkenaan umurnya,bagaimana umurnya dihabiskan. Beliau juga ditanya berkenaan ilmunya, apa yang dilakukan dengan ilmunya itu. Beliau juga ditanya berkenaan hartanya, daripada mana ia diperolehi dan ke mana ia dibelanjakannya. Beliau juga ditanya berkenaan tubuh badannya, bagaimana beliau menggunakannya.” (HR: Tirmizi).
-Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, seseorang yang sudah tua dan hilang tenaganya sehingga telah tidak mampu beribadat seperti tidak mampu berpuasa, solat malam, dan ibadat-ibadat yang lain maka Allah akan kira amalannya seperti apa yang dilakukannya semasa usia muda & semasa sihat tubuh badannya.
-Maka pada zaman muda kita hendaklah kita buat apa jua yang sepatutnya kita buat.
-Kita banyakkan persiapan amalan & bekalan akhirat.
-Hadith # 414:
Daripada Abu Hurairah ra menyatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Rasulullah membaca ayat 4 surah al-Zalzalah yang bermaksud, “Pada hari kiamat itu, bumi akan memberitahu setiap perkara.” Kemudian beliau bertanya, “Adakah saudara semua tahu apakah perkara-perkara itu? Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkara-perkara itu adalah bumi akan menjadi saksi kepada apa yang dilakukan oleh setiap hamba lelaki dan perempuan di atas muka bumi. Bumi akan berkata, “Kamu melakukan begini dan begitu, pada hari ini dan hari itu.” Inilah perkara-perkara yang akan diberitahu oleh bumi.” (HR: Tirmizi).
-Hadith ini adalah menerangkan sebab turun ayat.
-Jadi bumi tempat kita berpijak akan bercakap tentang apa yang kita lakukan. Bahkan tentang perlakuan kemaluan kita juga akan dinyatakan oleh bumi di akhirat kelak.
-Hadith #415
Daripada Abu Sa’id al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Bagaimanakah saya dapat bergembira, sedangkan malaikat yang ditugaskan meniup sangkakala, sentiasa bersedia meniupnya. Ia bersedia menunggu arahan. Apabila beliau diarah meniupnya, beliau akan melakukannya.” Berita ini menjadikan para sahabat berasa cemas. Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi, “Saudara semua ucapkanlah: “Cukuplah kami semua menyerah diri kepada Allah. Dialah sebaik-baik pelindung kami.” (HR: Tirmizi).
-Hadith # 416:
Daripada Abu Hurairah ra menyatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesiapa yanf takut kepada azab Allah, pasti beliau segera melakukan ketaatan bermula pada awal malam. Sesiapa yang segera melakukan ketaatan, beliau akan berada pada kedudukan yang mulia di sisi Allah. Ingatlah yang harta benda Allah itu mahal nilainya. Ingatlah yang harta benda Allah yang dimaksudkan itu adalah syurga.” (HR: Tirmizi).
-Maka hendaklah kita sentiasa ingat kepada Allah.
-Hadith # 417:
Daripada Saidina Aisyah ra menyatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Manusia dikumpulkan pada hari kiamat dengan keadaan tidak berkasut, tidak berpakaian, dan kemaluan mereka terdedah. Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, sekiranya begitu, adakah lelaki dan perempuan saling memandang antara satu sama lain? Rasulullah menjawab: “Wahai Aisyah, peristiwa yang berlaku pada hari itu lebih dahsyat untuk mereka perhatikan daripada memerhatikan orang lain.” (HR: Bukhari dan Muslim).
Jadi pada hari akhirat, kita umpama seperti dilahirkan. Kita tidak berpakaian. Semua dibangkitkan pada umur muda.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 16 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (93/2019): TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 16 Jun 2019/ 12 Syawal 1440H (Ahad) oleh
Ustaz Kamarul Najam

Sumber: Surah Al-Baqarah: Ayat 21-22:
●Pendahuluan
-Kehidupan kita memerlukan kesabaran & ketabahan.
-Menurut Ibnu Qayyim, ada tiga jenis kesabaran yang perlu kita lalui:
i. Sabar dalam melaksanakan ketaatan
ii. Sabar dalam menjauhi maksiat/kemungkaran
iii. Sabar dalam menghadapi pelbagai ujian kehidupan
-Kita lihatlah kata-kata Nabi Ismail a.s bila ayahnya Nabi Ibrahim a.s diperintahkan untuk menyembelihnya. Mereka taat kepada perintah Allah. Ianya dirakamkan oleh Allah dalam al-quran.
-Surah Al-Baqarah, ayat 21:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.
-Surah al-Baqarah, ayat 22:
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
-Manusia terbahagi kepada tiga:
i. Mukminin
ii. Kafir
iii. Munafikin
-Dua ayat tersebut menyatakan secara umum risalah yang dibawa oleh Nabi saw sebagai risalah yang syumul.
-Terdapat 20 kali Allah menggunakan kalimah “wahai manusia” dalam al-quran.
-Perintah beribadah ini adalah terus menerus. Iaitu manusia di zaman Nabi dan selepas kewafatan Nabi.
-Orang Islam yang beriman,kaedah menyembah kepada Allah ialah dengan mendirikan solat seperti yang ditunjukkan oleh Nabi saw.
-Bila kita mengangkat takbir kita tunduk merendah diri. Kita merasa bahawa betapa hinanya kita. Kita menyembah Allah yang menciptakan kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Saturday 15 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (92/2019): PERJALANAN MENUJU ALAM ALKHIRAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 15 Jun 2019/ 11 Syawal 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Mohamad Hasnol Abu Bakar

●Pendahuluan
-Semoga amalan kita semua termasuk amalan di bulan Ramadhan diterima Allah. Semoga kita terus istiqamah dalam melaksanakan amalan dan membuat ketaatan serta kebajikan.
-Menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakan Amal Makruf Nahi Mungkar.
Lima Pembelajaran Yang Kita Perolehi Daripada Bulan Ramadhan:
1. Kita diajar membuat ketaatan kepada Allah.
-Walau kita rasa susah namun kita mampu melaksanakannya.
-Walau pun kita tidak makan & tidak minum, kita mampu mendirikan solat terawikh, tahajud, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan yang lain.
Di samping itu kita terus melakukan kerja-kerja rutin kita seperti bekerja, dll.
-Banyak peperangan utama di awal perkembangan Islam berlaku di bulan Ramadhan. Contohnya pada peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, kekuatan/bilangan tentera Islam hanyalah satu pertiga daripada kekuatan musuh.
2. Betapa besarnya anugerah Allah kepada hambaNya.
-Bila kita menjaga hak Allah, maka Allah menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
-Allah menjamin kepada kita bahawa amalan puasa kita hanya Allah yang mengetahui berapa banyak kebaikan dan pahala yang kita terima.
-Sesungguhnya dalam kehidupan kita ada hak-hak Allah yang perlu sentiasa kita tunaikan.
-Saidina Umar ra menyatakan bahawa istiqamah itu ialah bila kita dapat istiqamah dalam melaksanakan perkara Amar makruf dan Nahi mungkar.
-Balasan buat orang yang suka melakukan dosa. Dalam surah Al-Nahl, ayat 45-47:
-Surah Al-Nahl, ayat 45: “Maka apakah orang yang membuat tipu daya yang jahat itu merasa aman (dari bencana) ditenggelamkan mereka oleh Allah ke dalam bumi, atau datangnya azab kepada mereka daripada tempat yang mereka tidak sedari?
-Surah Al-Nahl, ayat 46: “Atau Allah mengazab mereka pada waktu mereka dalam perjalanan, maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu).”
-Surah Al-Nahl, ayat 47: “Atau Allah mengazab mereka dengan beransur-ansur (sampai binasa). Maka sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
-Jadi ada 4 balasan yang akan berlaku kepada orang yang suka berbuat maksiat/kemungkaran.
i. Allah hilangkan keamanan dan kedamaian
ii. Allah akan menimbuskan mereka ke dalam bumi
iii. Allah akan datangkan azab atas mereka atas jalan yang mereka tidak perasan (jalan yang tidak sangka)
iv. Allah letakkan rasa ketakutan & kelemahan
3. Dunia ini akan hancur dan akan ditinggalkan.
-Kita fikirkanlah tentang dunia dan lihat betapa cepatnya kita akan meninggal dunia.
-Mungkin Ramadhan yang lepas adalah bulan Ramadhan yang terakhir bagi kita.
-Maka kita sentiasa berdoa untuk dipertemukan Ramadhan yang akan datang.
-“Ya Allah, aku memohon kepada Mu petunjuk. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.”
-Kita hendaklah rapat dengan masjid & majlis ilmu.
-Kita jaga hubungan dengan masjid. Jaga hubungan sesama jemaah.
-Jika kita ada keupayaan, seperti kemahiran ICT maka kita bantu masjid/kariah kita. Kita bijak untuk mengemas dan menghias, maka kita bantu bersihkan dan hiasi masjid/surau kita.
-Bila kita hidup berjemaah, Insyallah kita akan selamat daripada fitnah.
-Syaitan akan mudah mengganggu jika kita bersendirian. Umpama kambing yang bergerak bersama-sama akan tidak mudah untuk diganggu oleh serigala.
4. Kita perlu banyak merenung (muhasabah) bahawa kehidupan akhirat kita adalah kehidupan yang kekal abadi.
-Maka hendaklah kita menyediakan bekalan sebanyak mungkin.
-Kita minta untuk mendapat kematian yang khusnul khatimah. (Mati dalam berwuduk, dalam solat, dll kematian yang baik).
5. Kita banyakkan berfikir untuk beristiqamah di atas jalan Allah untuk selama-lamanya.
-Hendaklah jalan kehidupan kita sentiasa mengikut tuntutan agama.
-Maka kita teruslah beramal dan menjaga silaturrahim.
-Di akhirat kelak kita akan dikurniakan air sejuk yang tidak menjadikan kita haus semasa syurga.
-Sabda Nabi saw: “Nabi saw bertanya para sahabat: “Adakah kamu suka untuk masuk syurga.” Jawab sahabat, ya Rasulullah. Lalu sabda Nabi saw: “Maka pendekkanlah angan-angan kamu, gambarkanlah ajal kamu dalam pemikiran kamu dan kamu laksanakanlah hak-hak Allah.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.