السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 18 Jun 2019/ 14 Syawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohamad Darwi
●Pendahuluan
-Syukur kita kepada Allah. Dengan kasih sayang Allah maka kita dapat berada di rumah Allah dan buat banyak kebaikan termasuk hadir dalam majlis-majlis ilmu.
-Kita dapat hadir ke rumah Allah kerana Allah pilih kita. Ia bukan kerana kita kuat, bukan kerana kita dekat dengan masjid, bukan kerana kita baik, bukan kerana kita telah rutin pergi masjid, dll.
-Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
-Maka kita bersyukur, kita tidak rasa kita baik, tidak rasa alim dan besar bila buat banyak kebaikan.
-Bila kita bersyukur maka Allah akan kurniakan banyak lagi kebaikan kepada kita. Allah akan tambah lagi.
-Dalam kehidupan kita ini penuh dengan tanggungjawab. Bila kita mati kelak, maka akan banyak pertanyaan / persoalan yang perlu kita jawab. Kita akan ditanya aqidah, amalan, harta benda, usia kita dan lain-lain.
-Kita hanya boleh jawab jika kita telah tunaikan setiap tanggungjawab kita. Bukab kita boleh jawab dengan menghafal jawapannya.
-Selepas itu maka kita akan diberi pembalasan.
-Allah Maha Mengetahui lebih daripada apa yang kita tahu tentang diri kita.
Apa jua amalan baik dan buruk Allah ketahui, walau pun kita sendiri telah lupa.
Apa jua amalan baik dan buruk Allah ketahui, walau pun kita sendiri telah lupa.
-Maka kita pastikanlah dengan kesempatan yang kita ada untuk kita beramal dan membuat segala ketaatan kepada Allah. Kita usaha untuk istiqamah membuat Amal makruf nahi mungkar.
-Firman Allah: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu.” Maka jawab roh, “Bahkan kami bersaksi bahawa Allah adalah tuhan kami.”
-Jadi bila kita mudah untuk beramal dan buat amalan baik maka kita perlu bersyukur kepada Allah.
-Hati kita perlu rasa nikmat keimanan. Intipati kita belajar ilmu tauhid ialah untuk kita rasai keimanan kita. Contohnya, bila kita imani bahawa ada syurga dan neraka maka tingkah laku kita hendaklah membuktikan bahawa kita percaya adanya dosa & pahala, adanya syurga dan neraka. Kita rasa nikmat keimanan itu.
-Intipati kita belajar tauhid adalah sejauhmana kita dapat sematkan dalam hati kita adanya perkara-perkara ghaib.
-Bidang Tauhid terbahagi kepada tiga:
i. Ketuhanan
ii. Kenabaian
iii. Sammiyat: Iaitu perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Nabi saw (kita tahu/dengar).
i. Ketuhanan
ii. Kenabaian
iii. Sammiyat: Iaitu perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Nabi saw (kita tahu/dengar).
Sammiyat:
-Percaya adanya dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, mukjizat, hari akhirat, alam barzakh, dll.
-Percaya adanya dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, mukjizat, hari akhirat, alam barzakh, dll.
Kepercayaan Kepada Malaikat:
-Malaikat terlalu ramai sehingga tidak terhitung.
-Sabda Nabi saw: Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi saw ditunjukkan Baitul Makmur. Di Baitul Makmur ialah tempat malaikat tawaf pada setiap hari seramai 70,000. Malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur pada setiap hari itu adalah malaikat yang berbeza. Ini menunjukkan betapa ramainya malaikat yang dicipta oleh Allah.

-“Tidak ada ruang di dunia selebar 4 jari melainkan adanya malaikat yang menebarkan sayapnya bersujud pada Allah.”
-Jadi kita tidak tahu berapa sebenarnya bilangan malaikat. Kita boleh mengira bilangan titisan hujan tetapi tidak untuk malaikat.
Untuk menunjukkan banyaknya malaikat, menyuap nasi ke mulut kita juga ada malaikat yang menjaganya.
Untuk menunjukkan banyaknya malaikat, menyuap nasi ke mulut kita juga ada malaikat yang menjaganya.
-Antara malaikat yang begitu ramai, syariat memperuntukkan kepada kita untuk kita wajib mengetahui secara terperinci sepuluh malaikat. Sepuluh malaikat ini disebut secara spesifik dalam al-quran. Secara terperinci ini bergantung kepada masyarakat. Ada berpendapat yang mencukupi untuk mengetahui namanya.
Sepuluh Malaikat:
1. Jibril (sampaikan wahyu & tiup roh pada janin)
2. Mikail (memberi rezeki kepada makhluk di dunia)
3. Israfil (meniup sangkakala pada hari kiamat)
4. Izrail (mencabut nyawa semua makhluk yang hidup)
5. Munkar (menanyai orang dalam kubur yang berbuat keburukan)
6. Nakir (menanyai orang dalam kubur yang berbuat kebaikan)
7. Raqib (mencatat amal baik manusia semasa hidupnya)
8. Atid (mencatat amal buruk manusia semasa hidupnya)
9. Malik (menjaga pintu neraka)
10. Ridwan (menjaga pintu syurga)

Ada juga nama-nama malaikat yang lain seperti malaikat zannabiah.
Malaikat Jibrail:
-Ada ulamak menyatakan bahawa Jibrail adalah ketua kepada malaikat.
-Ada ulamak menyatakan bahawa Jibrail adalah ketua kepada malaikat.
-Sabda Nabi saw: “Jika Allah cintakan seseorang hambaNya maka Allah panggil malaikat Jibril,beritahu bahawa Allah mencintai si polan. Maka malaikat Jibril juga akan mencintai si polan. Kemudian malaikat Jibril memberitahu kepada malaikat-malaikat yang lain. Maka malaikat-malaikat yang lain akan juga turut mencintai sipolan.
-Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap.
Malaikat yang lain ada 2, 4, etc sayap.
Malaikat yang lain ada 2, 4, etc sayap.
-Sabda Nabi saw: “Bahawa Nabi saw melihat malaikat Jibril dan ia mempunyai 600 sayap yang menutup ufuk (seluruh alam).
-Sesunguhnya Nabi saw telah melihat malaikat Jibrail dalam rupa yang asal semasa di siratul muntaha dan di gua hira.
-Malaikat Jibril ia mempunyai kepantasan terbang yang pantas melebihi kepantasan cahaya.
-Jika dunia ini diibaratkan sebuah cincin, maka keluasan langit pertama adalah umpama padang pasir yang luas. Lapisan langit yang kedua dan seterus juga demikian luasnya.
-Maka kita perlu sabitkan dalam hati kita bahawa betapa hebatnya Allah yang mencipta para malaikat.
-Nabi saw adalah sahabat karib kepada malaikat Jibril. Dinyatakan bahawa Nabi saw kerap kali jumpa malaikat Jibrail berbanding Nabi Isa as yang hanya berjumpa 10 kali sahaja.
-Terdapat banyak nama yang diberikan kepada malaikat jibrail. Antaranya, arruhil qursi, naamus, dll.
-Tugas utama malaikat Jibril ialah menyampaikan wahyu. Ia adalah utusan Allah dengan para Nabi/Rasul.
-Malaikat Jibril juga mempunyai tugasan yang lain. Terdapat Jibril, Israil, Mikail,
Jibril bertanggungjawab menguruskan angin dan tentera-tentera Allah yang lain.
Izrail-mencabut nyawa
Mikail-hujan
Israfil-menyampaikan perintah-perintah Allah kepada malaikat yang lain.
Izrail-mencabut nyawa
Mikail-hujan
Israfil-menyampaikan perintah-perintah Allah kepada malaikat yang lain.
-“Telah sampai kepada perkhabaran kepada kami bahawa malaikat Jibril menyampaikan apa yang Allah perkenankan kepada hamba-hambaNya”
Allah suka kepada hambaNya yang merintih berdoa. Maka Allah lambatkan perkenankan doa hambaNya.
Malaikat ini mulia. Namun para Nabi/Rasul lebih mulia daripada malaikat. Selepas malaikat, diikuti oleh alim ulamak.
●Penutup
Semoga dengan ilmu yang kita perolehi akan mendorong kita lebih banyakkan amalan.
Kita rasai bahawa Allah sentiasa mengawasi kita. Allah tidak perlukan malaikat untuk mengawasi kita. Tetapi diciptakan malaikat untuk kita rasa betapa hebatnya Allah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment