السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 15 Jun 2019/ 11 Syawal 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Mohamad Hasnol Abu Bakar
●Pendahuluan
-Semoga amalan kita semua termasuk amalan di bulan Ramadhan diterima Allah. Semoga kita terus istiqamah dalam melaksanakan amalan dan membuat ketaatan serta kebajikan.
-Menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakan Amal Makruf Nahi Mungkar.
Lima Pembelajaran Yang Kita Perolehi Daripada Bulan Ramadhan:
1. Kita diajar membuat ketaatan kepada Allah.
-Walau kita rasa susah namun kita mampu melaksanakannya.
-Walau kita rasa susah namun kita mampu melaksanakannya.
-Walau pun kita tidak makan & tidak minum, kita mampu mendirikan solat terawikh, tahajud, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan yang lain.
Di samping itu kita terus melakukan kerja-kerja rutin kita seperti bekerja, dll.
Di samping itu kita terus melakukan kerja-kerja rutin kita seperti bekerja, dll.
-Banyak peperangan utama di awal perkembangan Islam berlaku di bulan Ramadhan. Contohnya pada peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, kekuatan/bilangan tentera Islam hanyalah satu pertiga daripada kekuatan musuh.
2. Betapa besarnya anugerah Allah kepada hambaNya.
-Bila kita menjaga hak Allah, maka Allah menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
-Allah menjamin kepada kita bahawa amalan puasa kita hanya Allah yang mengetahui berapa banyak kebaikan dan pahala yang kita terima.
-Sesungguhnya dalam kehidupan kita ada hak-hak Allah yang perlu sentiasa kita tunaikan.
-Saidina Umar ra menyatakan bahawa istiqamah itu ialah bila kita dapat istiqamah dalam melaksanakan perkara Amar makruf dan Nahi mungkar.
-Balasan buat orang yang suka melakukan dosa. Dalam surah Al-Nahl, ayat 45-47:
-Surah Al-Nahl, ayat 45: “Maka apakah orang yang membuat tipu daya yang jahat itu merasa aman (dari bencana) ditenggelamkan mereka oleh Allah ke dalam bumi, atau datangnya azab kepada mereka daripada tempat yang mereka tidak sedari?
-Surah Al-Nahl, ayat 46: “Atau Allah mengazab mereka pada waktu mereka dalam perjalanan, maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu).”
-Surah Al-Nahl, ayat 47: “Atau Allah mengazab mereka dengan beransur-ansur (sampai binasa). Maka sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
-Jadi ada 4 balasan yang akan berlaku kepada orang yang suka berbuat maksiat/kemungkaran.
i. Allah hilangkan keamanan dan kedamaian
ii. Allah akan menimbuskan mereka ke dalam bumi
iii. Allah akan datangkan azab atas mereka atas jalan yang mereka tidak perasan (jalan yang tidak sangka)
iv. Allah letakkan rasa ketakutan & kelemahan
3. Dunia ini akan hancur dan akan ditinggalkan.
-Kita fikirkanlah tentang dunia dan lihat betapa cepatnya kita akan meninggal dunia.
-Mungkin Ramadhan yang lepas adalah bulan Ramadhan yang terakhir bagi kita.
-Maka kita sentiasa berdoa untuk dipertemukan Ramadhan yang akan datang.
-“Ya Allah, aku memohon kepada Mu petunjuk. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.”
-Kita hendaklah rapat dengan masjid & majlis ilmu.
-Kita jaga hubungan dengan masjid. Jaga hubungan sesama jemaah.
-Jika kita ada keupayaan, seperti kemahiran ICT maka kita bantu masjid/kariah kita. Kita bijak untuk mengemas dan menghias, maka kita bantu bersihkan dan hiasi masjid/surau kita.
-Bila kita hidup berjemaah, Insyallah kita akan selamat daripada fitnah.
-Syaitan akan mudah mengganggu jika kita bersendirian. Umpama kambing yang bergerak bersama-sama akan tidak mudah untuk diganggu oleh serigala.
4. Kita perlu banyak merenung (muhasabah) bahawa kehidupan akhirat kita adalah kehidupan yang kekal abadi.
-Maka hendaklah kita menyediakan bekalan sebanyak mungkin.
-Kita minta untuk mendapat kematian yang khusnul khatimah. (Mati dalam berwuduk, dalam solat, dll kematian yang baik).
5. Kita banyakkan berfikir untuk beristiqamah di atas jalan Allah untuk selama-lamanya.
-Hendaklah jalan kehidupan kita sentiasa mengikut tuntutan agama.
-Maka kita teruslah beramal dan menjaga silaturrahim.
-Di akhirat kelak kita akan dikurniakan air sejuk yang tidak menjadikan kita haus semasa syurga.
-Sabda Nabi saw: “Nabi saw bertanya para sahabat: “Adakah kamu suka untuk masuk syurga.” Jawab sahabat, ya Rasulullah. Lalu sabda Nabi saw: “Maka pendekkanlah angan-angan kamu, gambarkanlah ajal kamu dalam pemikiran kamu dan kamu laksanakanlah hak-hak Allah.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment