السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 26 Mei 2019/ 21 Ramadhan 1440H (Ahad). oleh Ustaz Prof Madya Dr Muhamad Ikram
●Pendahuluan
Hidup kita adalah satu musibah:
-Musibah itu adalah ujian daripada Allah.
-Surah al-Mulk, ayat 2: “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
-Surah al-Mulk, ayat 2: “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
-Sejak lahir lagi kita diuji. Bila lahir sahaja kita menangis.
Begitulah makhluk Allah sentiasa diuji, daripada mulai lahir hingga ke akhir hayat.
Begitulah makhluk Allah sentiasa diuji, daripada mulai lahir hingga ke akhir hayat.
-Lihatlah kehidupan rama-rama. Ia bermula dengan kepompong. Sebelum ia keluar daripada kepompong ia berusaha untuk pecahkan kepompongnya. Kemudian ia keluarkan sayapnya. Kemudian ada pula sayapnya yang tidak kembang dan ada yang patah. Namun ia terus gigih berusaha untuk menjalani kehidupan.
-Surah al-Baqarah, ayat 155: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
-Surah Al-Baqarah, ayat 156: “ (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
-Surah Al-Baqarah, ayat 157: “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
-Bila ada sahaja berlaku musibah, maka kita sebut “Innalillah..”
-Sabda Nabi saw: “Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”
-Musibah itu juga adalah ujian kepada orang/masyarakat/negara yang tidak kena.
-Kenapa banyak negara Islam yang ditimpa musibah? Apa boleh kita buat?
-Kenapa banyak negara Islam yang ditimpa musibah? Apa boleh kita buat?
-Bila Allah uji musibah pada orang (negara) lain ia adalah juga ujian pada kita. Bagaimana kita berusaha untuk membantu. Islam itu saling bantu membantu.
-Sabda Nabi saw: “Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”. Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya. (HR al-Bukhari).
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya kebaikan..”
-Surah Saba, ayat 34: “Katakanlah, “Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkannya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.” Dan apa sahaja yang kamu berikan (infaqkan), Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”
-Dalam menafsirkan ayat di atas, Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata : “Betapapun sedikit apa yang kamu infakkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang diperbolehkanNya, nescaya Dia akan menggantinya untukmu di dunia, dan di akhirat engkau akan diberi pahala dan ganjaran, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits.”
-Imam Ar-Razi berkata, ‘Firman Allah : “Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantinya” adalah realisasi dari sabda Nabi saw:
مَا مِنْ يَوْمِ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا : اَللَّهُمِّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفَا، وَيَقُوْلُ الآْخَرُ : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفَا
“Tidaklah para hamba berada di pagi hari, melainkan pada pagi itu terdapat dua malaikat yang turun. Salah satunya berdoa, ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfak’, sedang yang lain berkata, ‘Ya Allah, berikanlah kebinasaan (harta) kepada orang yang menahan (hartanya).”
-Surah An-Nisa, ayat 85: “Sesiapa yang memberikan pertolongan dengan baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripada-Nya, dan sesiapa yang memberikan pertolongan dengan buruk nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadaNya. Dan Allah adalah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
-Surah An-Nahl, ayat 112: “Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”
-Surah Al-Qhashah, ayat 59: “Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.”
-Surah Insyirah ayat 5: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
-Surah Insyirah ayat 6: “(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
-Allah ulang dua kali perkara tersebut iaitu setiap kesulitan akan ada kesenangan/kemudahan. Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu bersabar dengan ujian.
Dunia Dalam Kelaparan:
-3.1 juta kanak-kanak mati kelaparan setiap tahun.
-3.1 juta kanak-kanak mati kelaparan setiap tahun.
Makanan Tidak Cukup di dunia?
Fakta utama:
Fakta utama:
i. Pertumbuhan penduduk adalah 2.0 % setahun.
ii. Pertumbuhan makanan 2.8% setahun
iii. 1.5 billion penduduk lebih berat badan.
iv. Satu pertiga (1.3 bil ton) makanan dibazirkan.
v. Kekerapan berlakunya bencana
-Dunia sudah tua. Terdapat banyak malapetaka.
Apa peranan kita?
-Sabda Nabi saw: “Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu jasad. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.” (HR al-Bukhari).
-Sabda Nabi saw: “Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu jasad. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.” (HR al-Bukhari).
-“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”
-Surah Al-Maaidah, ayat 32: “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa melapangkan seorang mukmin dari salah satu kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan penderitaan orang lain, maka Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutupi (cacat) seorang Muslim, maka Allah akan menutupi (cacatnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu memberi pertolongan kepada seseorang selama orang tersebut suka membantu kawannya. Dan barangsiapa melintasi suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga. Dan tiada berkumpul satu kaum dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah untuk membaca Al-Quran dan mengkajinya bersama-sama, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan menyelimuti mereka, dan malaikat akan mengerumuni mereka, serta oleh Allah mereka akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang berada di sisi-Nya. Sedang siapa yang memperlambat pengamalan (ilmu)nya, maka dia tidak akan dipercepat oleh nasab keturunannya (tidak lekas naik derajat).” (HR: Bukhari dan Muslim).
Bagaimana Hendak Membantu?
-Sumbangan Dana dan “Fundraising”
-Sebarkan maklumat
-Bantu dalam pengurusan, contohnya: logistik, media, penulisan dll
-Melibatkan diri dalam Misi Bantuan
-Berdoa
-Sebarkan maklumat
-Bantu dalam pengurusan, contohnya: logistik, media, penulisan dll
-Melibatkan diri dalam Misi Bantuan
-Berdoa
-Sabda Nabi saw : “Barangsiapa menyiapkan keberangkatan seorang tentera Islam dalam jihad di jalan Allah, bererti ia ikut berjihad. Dan barangsiapa menjamin keperluan keluarga yang ditinggalkannya dengan baik, bererti ia ikut berjihad.” (HR. Muslim, no. 1895).
-Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
“Maksudnya, ia akan mendapat pahala dengan sebab jihadnya orang tadi, dan pahala ini akan didapatkan pada setiap jihad, baik sedikit mahu pun banyak. Pahala tersebut juga diberikan bagi setiap orang yang menjamin keperluan keluarga seorang Mujahid dengan baik; seperti menafkahi mereka atau membantu urusan mereka.
“Maksudnya, ia akan mendapat pahala dengan sebab jihadnya orang tadi, dan pahala ini akan didapatkan pada setiap jihad, baik sedikit mahu pun banyak. Pahala tersebut juga diberikan bagi setiap orang yang menjamin keperluan keluarga seorang Mujahid dengan baik; seperti menafkahi mereka atau membantu urusan mereka.
-Justeru, semua ada peranan. Tidak semestinya semua pergi dalam misi bantuan. Yang membantu bagi membuat persiapan juga mendapat ganjaran.
Fakta tentang Bantuan Kemanusian:
i. Siapsiaga bencana dan bantuan yang efektif dapat mengurangkan kesengsaraan dan mempercepatkan pemulihan.
ii. Amat penting kecekapan dalam melaksanakan sesuatu misi. Persiapan akan membantu kelancaran misi bantuan & menyelamat.
ii. Amat penting kecekapan dalam melaksanakan sesuatu misi. Persiapan akan membantu kelancaran misi bantuan & menyelamat.
iii. Kesedaran dan ilmu adalah penting.
Siapsaga Bencana:
-Kesedaran dan latihan
-Persediaan individu dan komuniti
-Sistem Amaran Awal (Early Warning System)
-Pengurangan risiko setempat
-Penyimpanan barang keperluan
-Penyiapan tempat perpindahan/penempatan
-Kesedaran dan latihan
-Persediaan individu dan komuniti
-Sistem Amaran Awal (Early Warning System)
-Pengurangan risiko setempat
-Penyimpanan barang keperluan
-Penyiapan tempat perpindahan/penempatan
-Contoh bantuan yang tidak efektif: Ada sebuah jambatan di Honduras telah dibina sebanyak 9 kali menggunakan dana awam.
-Bila pergi ke tempat misi bantuan jangan pergi pegang senjata/bom terpakai. Ini kerana ada yang masih hidup.
-Justeru penting untuk memberi perhatian kepada keselamatan.
-Justeru penting untuk memberi perhatian kepada keselamatan.
-Bila berlaku musibah, maka ianya jua adalah peluang untuk berdakwah.
Kita tunjukkan akhlak yang baik. Kita bantu semua orang.
Kita tunjukkan akhlak yang baik. Kita bantu semua orang.
“Smart” Ibadah:
Pahala secara berganda-ganda
-Mendapat pahala secara ‘passive’.
-Mendapat pahala berterusan walau pun telah mati.
Pahala secara berganda-ganda
-Mendapat pahala secara ‘passive’.
-Mendapat pahala berterusan walau pun telah mati.
Membuat kebajikan adalah diberi ganjaran yang besar.
-Sabda Nabi saw: “Bila seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.
Jadi bila kita buat banyak amal jariah seperti membantu orang dalam kesusahan ganjarannya akan kembali kepada kita.
●Penutup
i. Musibah bencana adalah ujian dan peringatan daripada Allah kepada kita semua.
ii. Ianya berlaku adalah juga sebagai peringatan Allah atas kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia.
ii. Ianya berlaku adalah juga sebagai peringatan Allah atas kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia.
iii. Kita berkewajiban menolong saudara kita dalam meringankan kesengsaraan.
iv. Kerja kemanusian adalah pelaburan akhirat.
v. Skop aktiviti kemanusiaan adalah luas.
vi. Peluang dakwah adalah luas.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment