Wednesday 30 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (220/2019): NILAI SEBUAH PENGHARGAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 30 Okt 2019/ 3 Rabiuawal 1441H (Rabu).
Ustaz Muhammad Syuaib Sangkrah

●Pendahuluan
-Syukur Allah masih kurniakan kepada kita nikmat kehidupan di atas muka bumi ini.
Maka kita gunakanlah peluang yang masih ada untuk kita memohon ampun dan beramal ibadat kepada Allah.
-Sabda Nabi saw:
“Bergembiralah kalian bila Allah panjangkan umur kalian kerana masih dapat terus beribadat kepadaNya.”
-Surah al-Nahl, ayat 70: “Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
-Surah Az-Zariyat, ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”
-Justeru jangan kita persia-siakan kurniaan dan penghargaan Allah kepada kita. Sentiasalah kita bersegera kepada keampunan dan buat ketaatan kepada Allah”
-Sabda Nabi saw: “Wahai manusia minta ampunlah kepada Allah. Aku sendiri sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali sehari.”
-Jadi kita ikutlah apa yang Nabi saw telah tarbiahkan kepada kita.
-Surah al-Takathur, ayat 1-3: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!”
-Surah al-Kahf, ayat 23-24: “Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan tentang sesuatu, ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok pagi, kecuali dengan menyebut insya Allah. Dan segera ingatlah kepada Rabbmu jika engkau lupa, lalu katakanlah, ‘Mudah-mudahan Rabbku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini,’"
-Surah al-Insan, ayat 30: “Dan engkau tidak mampu menempuh jalan itu, kecuali apabila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
-Justeru, jangan sekali-kali kita lalai kerana akibat membawa kepada kebinasaan.
-Sabda Nabi saw: “Jika seorang anak Adam memiliki emas dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha) mencari lembah yang ketiga. Perut anak Adam tidak akan berasa puas sehinggalah dipenuhi dengan tanah” (HR: Bukhari).
-Iaitu walau pun anak Adam itu dikurniakan kekayaan/kesenangan yang banyak umpama satu lembah (wadi) yang penuh dengan emas, tetap ia pasti akan mempunyai cita-cita untuk mempunyai lembah emas yang kedua dan seterusnya.
-Jika kamu mempunyai lembah pertama dan ia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat lembah kedua maka Allah Yang Maha Kaya akan kurniakan kepadanya. Kemudian kamu terus merasa tidak cukup.
“Tidak ada yang mematikan cita-cita untuk mempunyai lembah-lembah seterusnya melainkan tanah (mati).”
-Maka kita sama-sama manafaatkanlah umur dan rezeki untuk mentaati Allah.
-Pada satu hari Nabi saw melalui satu jalan dalam pasar bersama para sahabat tiba-tiba Nabi saw terlihat satu bangkai kambing. Nabi saw pergi dekat bangkai kambing itu dan Nabi saw lihat ada kecacatan pada telinganya. Maka Nabi saw mengambil telinga kambing itu lalu baginda saw bertanya adakah di antara kamu hendakkan bangkai kambing ini yang mempunyai kecacatan ditelinga dengan harga satu dirham. Pertanyaan tersebut ditanya dua kali oleh Nabi saw kepada sahabat, dijawab para sahabat mana ada orang yang hendak. Bahkan jika ia hidup pun mereka tidak akan hendak kerana ia cacat. Maka sabda Nabi saw, itulah nilai kehidupan dunia berbanding dengan akhirat yang tidak ternilai harganya.
-Justeru jangan kita persia-siakan kehidupan kita.
-Beruntunglah bagi orang yang sentiasa menghadiri majlis zikirullah/ilmu.
-Dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang menyatakan tentang para malaikat yang ditugaskan untuk mencari-cari majlis-majlis yang diadakan untuk mengingati Allah. Majlis tersebut samada berbentuk majlis zikir, pengajian agama atau sebagainya.
-Iaitu Allah mempunyai satu kumpulan malaikat yang berjalan untuk mencari kumpulan orang yang berada dalam majlis zikir dan ilmu. Bila mereka berjumpa maka ia akan memanggil malaikat yang lain hingga berduyun-duyun Malaikat datang menaungi kumpulan orang yang berada di majlis zikirullah/ilmu.
-Sesungguh Allah tahu apa yang ada dalam hati-hati hambaNya.
-Sabda Nabi saw:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: ”Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang berkeliling di jalan untuk mencari-cari kumpulan orang yang berzikir. Jika mereka telah menemui kumpulan orang yang berzikir kepada Allah, mereka akan berseru: ”Mari, di sini ada yang kamu semua cari.” Majlis mereka ini akan dikerumuni dengan sayap para malaikat hingga ke langit dunia.”
Rasulullah saw seterusnya bersabda: ”Tuhan kemudian bertanya (sedang Dia lebih mengetahui tentang keadaan hamba-hambaNya): ”Apakah yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?”
Malaikat menjawab: ”Mereka semua memahasucikan, membesarkan, memuji serta memaha-agungkan Engkau.”
Allah berfirman: ”Apakah mereka pernah melihat Aku?”
Malaikat menjawab: ”Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihat Engkau.”
Allah berfirman: ”Bagaimanakah seandainya mereka dapat melihat Aku?”
Malaikat menjawab: ”Seandainya mereka dapat melihat Engkau, sudah tentu mereka akan lebih banyak beribadat, lebih banyak mengagungkan dan lebih banyak memahasucikan Engkau.”
Allah berfirman: ”Apakah yang mereka minta dariKu?”
Malaikat menjawab: ”Mereka meminta syurgaMu.”
Allah berfirman: ”Apakah mereka pernah melihat syurga?”
Malaikat menjawab: ”Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya.”
Allah berfirman: ”Bagaimana seandainya mereka telah melihat syurga.”
Malaikat menjawab: ”Seandainya mereka pernah melihat syurga, sudah tentu mereka akan lebih tertarik untuk memperolehinya da lebih bersungguh-sungguh mencarinya, juga lebih berkeinginan untuk mencapainya.”
Allah berfirman: ”Dari apakah mereka meminta perlindungan?”
Malaikat menjawab: ”Mereka memohon perlindungan dari neraka.”
Allah berfirman: ”Apakah mereka pernah melihatnya?”
Malaikat menjawab: ”Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya.”
Allah berfirman: ”Bagaimanakah seandainya mereka pernah melihatnya?”
Malaikat menjawab: ”Seandainya mereka pernah melihatnya, sudah tentu mereka akan lebih bersungguh-sungguh lari menjauhkan diri darinya dan lebih berperasaan takut terhadapnya.”
Allah berfirman: ”Aku persaksikan padamu semua bahawa Aku telah mengampuni hamba-hambaKu itu.”
Salah seorang dari para malaikat itu berkata: ”Di antara mereka ada seorang yang sebenarnya bukan termasuk golongan ahli zikir. Dia datang ke majlis itu hanya ada sesuatu keperluan sahaja.”
Allah berfirman: ”Mereka itu adalah satu kelompok kaum yang siapa sahaja berkawan dengannya sudah tentu tidak akan mendapat celaka.”
(HR: Bukhari)
-Hadith tersebut di atas menyatakan orang yang datang ke majlis ilmu saja-saja iaitu seperti untuk berehat pun akan dikurniakan kebaikan kepadanya.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mengingati Allah dan bercucuran air matanya kerana takut kepada Allah hingga bercucuran air matanya ke bumi maka Allah tidak akan mengazabkannya.”
-Ada golongan yang lalai ia menyesal dan minta untuk kembali semula ke dunia.
-Surah as-Sajdah, ayat 12: “Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata), “Wahai Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal shaleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin.”
-Surah al-Kahf, ayat 22: “Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka kami singkapkan dari padamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu sangat tajam.”
-Surah al-Mulk, ayat 10: “Andaikata kami dahulu mau mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu), niscaya kami tidaklah termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”
-Surah Maryam, ayat 38: “Alangkah terangnya pendengaran mereka dan alangkah tajamnya penglihatan mereka pada hari mereka datang kepada Kami.”
-Mereka terkejut dengan apa yang tertulis dalam buku amalan mereka.
-Tidak ada jalan untuk orang yang berdosa melepasi pengadilan Allah.
Golongan yang berdosa ia akan dikumpul dan diseretkan ke depan pintu neraka Allah. Mata, pendengaran, kulit mereka akan menjadi saksi apa yang mereka lalukan. Orang itu bila melihat mata, telinga, kulitnya berkata-kata ia rasa terhina. Maka Allah berfirman bahawa ianya mudah bagi Allah untuk membuatnya.
-Moga-moga semua deria kita akan menjadi saksi kepada kebaikan kita dan ia akan mendoakan kita di hadapan Allah kelak.
Inilah nilai sebuah kehidupan. Orang beriman sentiasa memohon ampun dan menyediakan bekalan dengan membuat ketaatan.
Gunakanlah kesempatan umur yang Allah berikan kepada kita memyediakan bekalan untuk kehidupan akhirat.
Lazimilah diri kita untuk berada di majlis ilmu dan carilah redha Allah.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (219/2019): MAKMURKAN RUMAH ALLAH SWT DAN JAUHI SIFAT SOMBONG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 30 Okt 2019/ 2 Rabiulawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz PU Farid.

●Pendahuluan
-Syukur kepada Allah kerana Allah izinkan kita untuk melazimi berada di rumah Allah.
-Surah at-Taubah, ayat 18: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
-Surah al-Taubah, ayat 19: “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”
-Surah Jin, ayat 18: “Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata.”
-Sabda Nabi saw:
إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”
-Sabda Nabi saw:
وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud).”
-Allah mengkategorikan orang yang berimanlah dan percaya pada hari akhirat adalah orang yang dipilih untuk memakmurkan rumahNya.
-Orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan hari akhirat ia akan sungguh-sungguh untuk hadir juga ke masjid dalam keadaan macam mana sibuk pun. Ia bukan jenis manusia yang buat tidak tahu sahaja.
-Surah al-Bayyinah, ayat 5: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.”
-Tidak ada seorang pun boleh mengetahui bahawa sebentar lagi umurnya masih ada.
-Kalam ulamak menyatakan bahawa manusia pada pengakhirannya (kematiannya) dalam keadaan macam mana kesukaannya. Jika ia seorang suka kepada alim ulamak dan majlis ilmu maka Insyallah ia akan kembali dalam keadaan husnul khatimah. Jika ia kesukaannya mengumpat maka ia akan mati dalam keadaan mengumpat. Jika ia menyukai perkara lagha’ maka ia akan mati dalam keadaan lagha’.
-Maka kita jangan sahaja memohon untuk mati dalam husnul khatimah tetapi perlu diusahakan dengan amalan.
-Jangan kita rasa sibuk sangat hingga ia tidak masa untuk Allah dan tidak sempat ke masjid maka nanti Allah akan sibukkan kita hingga akhir hayat kita.
-Iman kita amat lemah. Kita perlu suburkannya.
-Jangan kita berlagak bahawa kita suci daripada orang lain. Sifat inilah yang sebabkan iblis keluar daripada syurga Allah. Maka kita sentiasa usaha.
-Perkara yang Allah paling benci ialah sikap angkuh dan sombong.
-Dalam surah Al- A’raaf,Allah rakamkan keangkuhan Iblis. Iblis menyatakan bahawa ia lebih mulia daripada manusia kerana manusia dicipta daripada tanah dan iblis dicipta daripada api.
-Surah al-Baqarah, ayat 34: “Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."
-Surah al-Kahf, ayat 50: “Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai perintah Rabbnya.”
-Maka jangan kita memandang rendah pada orang lain. Jangan kita rasa orang yang masuk penjara itu hina. Para Nabi seperti Nabi Yusof as juga pernah masuk syurga. Justeru jangan kita pandang hina pad orang lain.
-Abuya Hamka ia menyiapkan 30 juzuk tafsir Hamka semasa beliau di penjara.
-Iblis pernah beribadat sebaris dengan para malaikat jibril,mikail dan lain-lain. Tetapi kerana mereka kufur (sombong/takkabur) maka ia dilaknat oleh Allah.
-Maka buanglah ada sombong dan angkuh. Jika kita jadi boss maka kita sombong dengan jawatan.
-Kita berpeganglah dengan tali Allah. Jadi boss yang baik. Ingatkan anak buah untuk tunaikan solat dan taat perintah Allah.
-Di akhir zaman ini hendaklah kita perbanyakkan membaca al-quran. Ia akan memberi panduan kehidupan untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.
-Sabda Nabi saw: “Bacalah al-quran kerana sesungguhnya ia datang di hari akhirat nanti untuk memberi syafaat.”
-Sabda Nabi saw:
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْـرًا يُـفَـقِـهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, akan difahamkan dia tentang agamanya.” (HR: Bukhari, Muslim).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Tuesday 29 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (218/2019): DOA DARIPADA AL-QURAN - KISAH NABI MUSA AS DAN FIRAUN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 9, Putrajaya: 28 Okt 2019/ 1 Rabiualawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Jafri Abu Bakar

●Pendahuluan
-“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).” (Surah al-A’raaf, ayat 126).
Surah al-A’raaf, ayat 123-126:
Kisah para ahli sihir Firaun yang akhirnya telah beriman kepada Allah.
-Surah al-A’raaf, ayat 123: “Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatnya).”
-Surah al-A’raaf, ayat 124: “Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya.”
-Surah al-A’raaf, ayat 125: “Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).”
-Surah al-A’raaf, ayat 126: “Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).”
Firaun telah Allah kurniakan pelbagai kemewahan dan kekuasaan. Ia tidak pernah sakit. Semua itu adalah istidraj.
-Istidraj ialah satu kesenangan yang Allah bagi pada orang yang Allah benci. Orang itu semakin jauh daripada Allah.
-Allah meminta Nabi Musa as dan Nabi Harun as untuk pergi berdakwah kepada Firaun.
Surah al-Araf, ayat 104-106:
-Surah al-A’raaf, ayat 104: “Dan berkatalah Nabi Musa: "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.”
-Surah al-A’raaf, ayat 105: “Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin).”
-Surah al-A’raaf, ayat 106: “Firaun menjawab: "Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar.”
-Surah al-A’raaf, ayat 107: “Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.”
-Surah al-A’raaf, ayat 108: “Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.”
-Surah al-A’raaf, ayat 109: “Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.”
-Surah al-A’raaf, ayat 110: “Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu". (Firaun bertanya): "Oleh itu, apa yang kamu syorkan?"
-Surah al-A’raaf, ayat 111: “Mereka berkata: "Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);”
-Surah al-A’raaf, ayat 112: “Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
-Surah al-A’raaf, ayat 113: “Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: "Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?"
-Surah al-Qasas, ayat 36: “Setelah Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami yang terang nyata, mereka berkata: "Apa yang engkau bawa ini hanyalah sihir yang dibuat-buat, dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.”
-Surah al-Ara’aaf, ayat 115-119:
-Peristiwa semasa tukang sihir Firaun dan Nabi Musa as bertanding berlaku pada waktu dhuha.
-Surah al-A’raaf, ayat 115: “Mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?"
-Surah al-A’raaf, ayat 116: “Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!" Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).”
-Surah al-A’raaf, ayat 117: “Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).”
-Surah al-A’raaf, ayat 118: “Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.”
-Surah al-A’raaf, ayat 119: “Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 27 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (217/2019): JAUHILAH API NERAKA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjis Al Ehsan Tomonyong, Langkawi, Kedah: 27 Okt 2019/ 28 Safar 1441H (Ahad ).

●Pendahuluan
-Andai kata kita tahu bahawa kita akan meninggal dalam tempoh lagi maka pastinya kita akan berusaha untuk dijauhi daripada api neraka.
-Nabi saw anjurkan untuk kita melazimi selepas solat Subuh & Maghrib, untuk berzikir kalimah ini sebanyak 7x:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
"Allahumma ajirni minan-naar"
"Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka"
-Jika dibaca untuk ramai (jamak), dengan: "ajirna (jauhikan kami)"
-Nabi saw bersabda:
إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار
"Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah 'azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka." (HR: Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079).
-Apakah amalan yang boleh membawa seseorang masuk ke syurga?
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa pada satu hari datang seorang lelaki dan bertanya kepada Nabi saw, apakah sifat orang yang bila beramal dengannya maka ia akan masuk syurga. Maka Nabi saw bersabda: “Orang yang akan masuk ialah orang yang takut (taqwa) kepada Allah dan tinggi akhlaknya. Kemudian ditanya kepada Nabi saw, apakah yang mencampakkan seseorang itu ke neraka. Maka sabda Nabi saw, dua perkara yang banyak mencampakkan seseorang itu ke neraka iaitu lisannya dan kemaluannya (perzinaan).”
Maka hati-hatilah dengan lisan dan tulisan kita.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (HR: Bukhari dan Muslim).
-Bercakap yang baik-baik juga adalah sebahagian daripada sedekah. Iaitu sedekah tidak dikhususkan dengan duit semata-mata, bahkan setiap apa yang mendekatkan seseorang kepada Allah, maka ia adalah juga sedekah dengan makna yang umum.
-Setiap perbuatan menunjukkan atas kebenaran pelakunya dalam mencari reda Allah. Maka begitulah juga dengan kata-kata yang mengundang kebaikan kepada si pendengar boleh diibaratkan umpama satu sedekah.
-Ini kerana kata-kata yang baik boleh mendatangkan kegembiraan kepada orang lain dan boleh mendorong seseorang untuk membuat kebaikan.
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan oleh Aisyah ra, katanya, "Rasulullah tidaklah berbicara seperti yang biasa kamu lakukan (iaitu berbicara dengan nada cepat). Namun beliau berbicara dengan nada perlahan dan dengan perkataan yang jelas dan terang lagi mudah dihafal oleh orang yang mendengarnya." (HR: Abu Daud).
-Surah al-Nahl, ayat 125: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk."
-Taqwa itu terletak pada hati bukan sekadar di lisan.
Bertaqwalah kamu di mana jua kamu berada.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Saturday 26 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (216/2019): BERHATI-HATI DENGAN GOLONGAN TIDAK BERIMAN (TAFSIR SURAH AL-IMRAN, AYAT 118)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi, Kedah: 26 Okt 2019/ 27 Safar 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Roslan

●Pendahuluan
-Syukur kita sentiasa berusaha mengambil kesempatan umur dan masa bagi kita menyediakan bekalan akhirat yang kekal abadi.
-Surah al-Imran, ayat 118: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”
-Amat penting untuk rahsia agama tidak didedahkan kepada orang bukan Islam.
-Ibnu Abbas menyatakan bahawa asbab nuzul turunnya ayat ini adalah kerana pada awal dakwah Islam ada yang beriman dan tidak beriman. Yang tidak beriman adalah ada yang kawan-kawan dan saudara-mara. Pada masa itu juga banyak golongan orang munafik.
-Orang munafik ia lebih bahaya daripada orang yang bukan Islam
-Ibnu Abbas menjelaskan, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat kerana dikhawatiri akan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).
-Firman Allah: “Mereka berkata bahawa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi dalam hatinya tidak beriman..”
-Di depan kata beriman dan di belakang tidak beriman.
Jangan bagi perangai ini ada pada kita. Di hadapan cakap baik tetapi mengata perkara yang buruk.
-Dengan ayat ini, Allah melarang orang-orang yang beriman untuk menjadikan orang-orang kafir baik Yahudi ataupun ahlu ahwa’ (pengekor hawa nafsu, ahli bid’ah) sebagai orang-orang dekat yang menjadi tempat bermusyawarah dan mengadukan permasalahan.
-Sabda Nabi saw:
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Seseorang itu mengikuti agama teman dekatnya.” (HR: Abu Daud, Tirmidzi, Hakim).
-Khalifah Umar ra juga pernah mengatakan, “Janganlah kalian mempekerjakan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) kerana mereka menghalalkan suap. Untuk menyelesaikan urusan kalian dan urusan rakyat kalian manfaatkanlah orang-orang yang merasa takut kepada Allah.”
-Sabda Nabi saw: “Dari Abu Said al Khudri, Nabi saw bersabda: “Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi atau mengangkat seorang khalifah melainkan pasti memiliki dua jenis orang dekat. Ada yang mengajak dan memotivasi untuk berbuat kebaikan. Sebaliknya yang kedua malah mengajak dan memotivasi untuk mengerjakan keburukan. Orang yang terjaga adalah orang yang benar-benar Allah jaga.” (HR. Bukhari dan Nasai).
-Allah mengetahui apa yang ada dalam hati-hati manusia. Allah tahu betapa besarnya permusuhan dalam hati orang yahudi dan munafik.
-Jika orang Islam menang dan mendapat harta rampasan maka mereka akan rasa marah sangat. Jika orang Islam susah dan kalah mereka amat gembira. Mereka menyembunyikan permusuhan mereka.
-Namun jika orang Islam sabar dan berpegang kepada kebenaran maka Allah akan memberi kebaikan dan kejayaan.
-Allah adalah Tuhan Yang Amat Mendengar dan Maha Mengetahui setiap perbuatan kamu.
-Pada masa turun ayat ini, Nabi saw dan tentera Islam menghadapi peperangan yang hebat iaitu perang uhud.
-Semasa menghadapi tentangan musuh Nabi saw berbincang samada hendak bertahan di dalam atau di luar. Nabi saw menerima cadangan yang lebih ramai untuk bertahan di luar iaitu di Bukit Uhud.
Dalam perang uhud ramai para sahabat yang meninggal syahid.
-Semasa Perang Uhud, Nabi saw memerintahkan orang yang memanah untuk kekal di tempatnya.
-Abdullah bin Ubai yang merupakan seorang munafik telah melaksanakan kempen kepada orang Islam dengan menyatakan bahawa siapa yang pergi berperang adalah orang yang hendak membunuh diri dan keluarga.
Ia telah ditempelak oleh orang beriman dengan menyatakan bahawa kemenangan orang Islam tidak bergantung dengan banyaknya bilangan.
Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat hampir.
-Surah al-Baqarah, ayat 214: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
-Justeru bila kita diuji hendaklah kita bersabar. Allah timpakan musibah sebagai ujian kepada kita. Maka teruslah berusaha dan berdoa memohon pertolongan Allah.
-Surah al-Baqarah, ayat 214: “Apakah kamu mengira akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat."
-Kemenangan yang paling besar ialah kemenangan keimanan ke atas kekufuran.
-Pangkat, jawatan, harta benda dan semua perkara yang baharu akan hilang. Allah yang kekal.
Jadi, berpegang teguhlah kita kepada perintah Allah. Janganlah kita mati melainkan dalam Islam.
-Kasihlah dengan Nabi saw dengan sebenar-benar kasih. Begitu besar perjuangan Nabi saw untuk umatnya.
-Surah ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (215/2019): JAUHI SIFAT TAKKABUR & HASAD DENGKI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi, Kedah: 26 Okt 2019/ 27 Safar 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu.” (HR: Muslim).
-Imam al-Ghazali berkata: "Saya hairan manusia sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syams ayat 7-10.
-Surah Asy-Syams ayat 7-10: “Dan jiwa/roh serta penyempurnaannya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa/roh itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
-Surah al-Hujarat, ayat 13: “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”
-Surah al-Mujadilah, ayat 11: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat, Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya didalam jasad manusia ada segumpal darah apabila segumpal darah itu baik maka baik pula sekalian anggota tubuh sebaliknya, apabila buruk maka buruk pula anggotanya, ketahuilah yaitu hati.” (HR: Bukhari-Muslim).
-Sekira telah tersesat jalan maka kembalilah ke pangkal jalan.
Pelajarilah ilmu bagi memandu kehidupan kita.
Sifat Takkabur:
-Bagaimana iblis telah takkabur kepada Allah. Walau pun ia kuat beribadat kepada Allah. Ia telah dilaknat oleh Allah.
-Surah al-Baqarah, ayat 30: “Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi Khalifah di atas muka bumi”. Para malaikat berkata: “Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memujaMu (wahai Tuhan kami)”. Allah menjawab: “Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu”).”
-Surah al-Baqarah, ayat 34:
﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ٣٤﴾ [البقرة: 34]
“(Dan ingatlah apabila Tuhan Mu berkata kepada para malikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”. Lalu mereka semua sujud melainkan iblis. Dia enggan dan takabur, lalu dia termasuk di kalangan mereka yang ingkar).”
-Surah al-A’araf, ayat 12:
﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ١٢﴾ [الأعراف: 12]
-“(Allah berkata: “Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?”. Dia (iblis) berkata: “Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah“).”
-Surah al-Isra’, ayat 70: “(Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistimewaannya).”
Sifat Hasad Dengki:
-Sabda Nabi saw: “Tidak boleh masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya sifat takkabur dan hasad dengki”
Jenis Hasad Dengki:
i. Kita bercita-cita untuk hilang nikmat orang lain.
ii. Bila sama-sama dapat pun ia berdengki
iii. Bila berdengki hingga hendak sama-sama tidak dapat
-Sabda Nabi saw: “Jangan kamu saling hasad dengki antara satu sama lain, jangan kamu saling memutuskan silaturrahim antara kamu, jangan kamu saling marah memarahi antara satu sama lain, jangan kamu saling belakang membelakangi antara satu sama lain.”
-Sabda Nabi saw: “Hendaklah kamu saling memberi salam, memberi makan, menyambung silaturrahim, mendirikan solat malam,..”
-Bila ada orang sakit kita saling menziarahi
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (214/2019): SIFAT SABAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi, Kedah: 25 Okt 2019/ 26 Safar 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Abdullah Awangsa.

●Pendahuluan
-Sifat kesabaran kita akan membawa kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat.
-Sabar itu adalah meliputi:
i. Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah
ii. Sabar dalam ketaatan menjauhi perkara yang di larangan oleh Allah
iii. Sabar dalam menanggung musibah
-Sesungguhnya sifat sabar ini akan mendekatkan jiwa hamba-Nya kepada Yang Maha Esa.
-Tidak mungkin seseorang itu bersabar melainkan dia teringatkan Tuhannya kerana sabar adalah penawar yang mendekatkan diri pada Allah.
-Apabila ditimpa sesuatu penyakit maka kita hendak pasak dalam hati kita bahawa Allah yang kurniakan. Kita redha dengan ketentuan Allah. Kemudian kita muhasabah kenapa Allah beri kita sakit.
-Kisah Nabi Ibrahim as yang sabar menghadapi api yang membakar. Allah yang sejukkannya. Allah Yang Maha Berkuasa Atas Setiap Sesuatu.
-Surah al-Baqarah, ayat 155: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 156: “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
-Surah al-Baqarah, ayat 157: “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
-Surah Al-Asr, ayat 1-3: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran."
-Kita dicipta oleh Allah dan kepada Allah kita akan kembali.
Sakit dan sihat semuanya daripada Allah.
-Dalam surah al-fatihah terdapat doa yang besar yang selalu kita baca.
-Nabi saw menyatakan bahawa rawatilah penyakit kamu dengan sedekah.
-Imam Ghazali menyebut dalam dalam kitabnya, Ihya' Ulumuddin menyatakan terdapat lebih 74 perkataan sabar di dalam al-Quran.
-Sesungguhnya dengan sabar sahaja Allah akan sempurnakan pahalanya tanpa terkira.
-Surah Ibrahim, ayat 7: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kiamat.”
-Nikmat kurniaan Allah amat banyak. Ada nikmat zahir dan nikmat batin.
-Allah akan ampuni dosa orang yang inginkan keampunannya.
-Dalam bab sabar, Allah terus beri kurniaan yang banyak buat orang yang mengamalkannya.
-“Orang yang bersabar dan memaafkan orang lain sesungguhnya ianya sesuatu yang berat untuk seseorang itu melakukannya..”
-Kesabaran sesama manusia amat dituntut.
Hak sesama manusia amatlah banyak. Justeru, hendaklah kita tunaikan hak sesama manusia.
-Firman Allah: “Mintalah pertolongan dalam menunaikan ketaatan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 153: “Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 45: “Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya ia adalah benar-benar berat kecuali ke atas orang-orang yang khusyuk”.
-Untuk menjalankan usaha dakwah ia akan sukar untuk berjaya jika tidak ada kesabaran.
-Untuk kita sentiasa mengekalkan wuduk juga memerlukan kesabaran.
-Surah al-Zumar, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
-Sabda Nabi saw: “Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin itu. Tidaklah Allah mentakdirkan baginya sesuatu takdir, melainkan itu adalah sesuatu yang baik baginya. Jika ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur. Adalah itu lebih baik baginya. Dan jika ia dilanda kesusahan, maka ia bersabar. Adalah itu lebih baik baginya”.
-Firman Allah: “Demi sesungguhnya Kami akan tetap menguji kamu orang beriman sehingga ternyata dalam pengetahuan Kami...”
-Surah al-Kaffi: “..Hidup dan mati itu ujian untuk manusia..”
-Sabda Nabi saw: “Bersuci itu separuh daripada iman, mengucapkan alhamdulillah....kesabaran itu sebagai sinaran...”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 21 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (213/2019): RASULULLAH SAW DIUTUSKAN MEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 21 Okt 2019/ 23Safar 1441H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Amin Mohd Tahir al-Hafiz.

Sumber: Kitab Syamail Muhammadiah

●Pendahuluan
-Beruntunglah orang yang berada di majlis taman-taman syurga. Iaitu majlis yang disebutkan nama Allah.
-Surah al-Falaq, ayat 1-2: “Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan.”
-Surah Al-Jumu'ah, ayat 2: “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
-Surah Al-Jumu'ah, ayat 3: “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
-Dengan kasih sayang Nabi saw kita mendapat nikmat agama Islam
-Sekira kita tolong agama Allah maka Allah akan tolong kita.
-Surah Yunus, ayat 58: “Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).”
-Justeru hendaklah kamu bersyukur dengan diutuskan Nabi saw kepada kita.
-Maka hendaklah kita sentiasa membesarkan Nabi saw.
-Sesungguh al-quran yang diterima oleh Nabi saw amat berat kandungan ajarannya.
-Surah al-Hasyr, ayat 21: “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”
-Surah al-Qamar, ayat 17: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
-Surah al-Baqarah, ayat 23: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 24: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”
-Surah al-Hijr ayat 9: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
-Surah al-Ahzab, ayat 40: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
-Selepas Nabi Isa as hanya ada Nabi Muhammad saw. Nabi saw lahir 600 tahun selepas Nabi Isa as.
-Nabi saw amat kasih dan sayang pada umatnya. Nabi saw tidak hendak kita masuk ke neraka.
-Tidak diutuskan Muhamad melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
-Surah al-Anbiyaa, ayat 107: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
-Surah an-Nahl, ayat 128: “Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.”
-Allah redha dengan agama Islam.
-Didiklah anak-anak kamu untuk cintakan Nabi saw.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang beramal dengan sunnah Nabi saw tatkala banyaknya kemusnahan maka ia akan dikurniakan 100 pahala.”
-Surah ali-Imran, ayat 169-170: “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
-Orang yang cintakan Nabi saw akan sentiasa mengikut sunnahnya dan berselawat ke atas Nabi saw.
-“Wahai Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (212/2019): BERIBADATLAH DAN JANGANLAH MENSYIRIKAN ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 20 Okt 2019/ 21 Safar 1441H (Ahad).

Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 21-22

●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 21: “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.”
-Surah al-Baqarah, ayat 22: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”
-Surah An-Nisa, ayat 36: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”
-Ayat ini Allah peringatkan kita jangan menyengutukan Allah. Hanya kepada Allah kita beribadat.
-Dinyatakan ayat seruan sebegini ini diulang sebanyak lebih 20 kali dalam al-quran.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (211/2019): PERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar JDT: 20 Okt 2019/ 20 Safar 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
Hadith Qursi:
Sabda Nabi saw:
“Akulah tuhan Mu, siapa yang berkata dengan kalimah Ku maka ia masuk dalam benteng (kota) Ku maka amanlah daripada siksa kubur, “
-Surah Al-Qasas ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
-Sabda Nabi saw: “Allah SWT akan menghindarkan neraka bagi mereka yang menyebut kalimat syahadah."
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa meninggal, sedang ia mengetahui bahwa tidak ada tuhan yang disembah kecuali Allah, ia masuk surga."
-Surah Muhammad, ayat 19: “Maka ketahuilah bahwa tiada tuhan selain Allah."
-Surah al-Hujurat, ayat 15: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."
-Sabda Nabi saw: “Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah. Tidak ada seorang hamba yang bertemu dengan Allah dengan dua kalimat ini dan tidak ragu tentang kedua-duanya, kecuali masuk syurga."

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.