Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (60/2019): HADITH TERPILIH - KEUTAMAAN NIAT & APAKAH ITU ISLAM, IMAN, IHSAN SERTA TANDA KIAMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 21 April 2019/ 15 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Shukri.

●Pendahuluan
-Niat dikehendaki dalam sesuatu amal. 
Amalan juga hendaklah menepati kehendak agama.

-Surah An-Kabut: Antara tanggungjawab manusia ialah menjadi insan yg bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah. 
-“Kami akan menunjukkan jalan Kami. Kami akan bersama-sama dengan orang mencari keredhaan Allah.”

Kisah sahabat yg gugur syahid.
-Kita menghukum atas perkara zahir. Apa yg dlm hati manusia hanya Allah yg mengetahui.

-Kita perlu sentiasa memperbaharui niat utk meningkatkan keimanan kita kpd Allah.
-Mengikut ulamak, dalam sesuatu amalan niat adalah yg utama dan wajib kecuali dalam perkara tertentu.
-Walau bagaimana pun, dalam melaksana sesuatu amalan itu, terdapat juga perbezaan pandangan di kalangan ulamak. Cthnya, adakah sesuatu perkara itu dilakukan samada dengan duduk atau berdiri. Dalam bab berwuduk, terdapat perselisihan dalam perkara mengenakan air kpd anggota basuhan wuduk.
-Balasan kepada setiap amal kita adalah kita berserah segalanya kepada Allah.
-Pada akhirat ditanya oleh Allah kpd orang yg beramal. Seorang itu ditanya tentang amalan sedekah, bacaan al-quran, jihad, ilmu dll. Terdapat di kalangan yg merasakan ia telah beramal ttp ditolak oleh Allah kerana ia bertujuan selain dpd Allah spt mencari kemuliaan dpd manusia, tidak ikhlas, dll.
-Amal itu adalah qasad yg dikerjakan. Semakin ikhlas seseorang itu dlm beribadat, maka semakin tinggi nilai amalannya.
-Ibadat itu tidak harus diwakilkan kepada orang lain. Kecuali bagi amalan tertentu spt dlm bab zakat, qurban dll.
-Amalan yg hendak dibuat perlulah diqasadkan.
-Di zaman Nabi saw, amalan berhijrah ke Madinah adalah diwajibkan. Ia tanggungjawab yg amat penting utk ditunaikan kecuali mempunyai halangan / alasan yg munasabah.
Ia wajib pada masa awal Islam dahulu. Tetapi sekarang sudah tidak wajibkan.

-Nabi saw menyatakan bahawa tidak ada lagi hijrah selepas kemenangan (pembukaan kota Mekah) kecuali hijrah untuk melawan hawa nafsu dan kepada melaksanakan arahan jihad..”
-Meninggalkan kejahatan & kemaksiatan adalah hijrah yg besar. Ia perlu dibuat dengan qasad.
Setiap kita bertanggungjawab melaksanakan amal makruh nahi mungkar.

-Segala perkara adalah bergantung kepada maksudnya.
-Contohnya, haram utk kita tidak bertegur dengan saudara mara kita lebih 3 hari. Tetapi jika utk perkara-perkara yg dibenarkan syarak maka adalah dibolehkan.
-Dalam contoh yg lain, bila seseorang itu terjumpa barang di jalanan, maka adalah harus utk diambil barang itu utk disimpan kerana ditakuti ia diambil oleh orang yg tidak bertanggungjawab. Maka selepas itu, perlu diusahakan utk kembalikan kpd si pemunyanya seperti dengan cara mengiklankannya.
-Bila seseorang itu susah utk berubah meninggalkan perkara buruk seperti menagih dadah, maka cubalah utk hijrah ke tempat yg lain. Ia mungkin boleh mewujudkan suasana yg baru.
-Hijrah memerlukan pengorbanan. Kita perlu korbankan suasana kampung dan hubungan berdekatan dengan keluarga bila berhijrah ke tempat yg jauh.

#Hadith 2:
Saidina Umar r.a menyatakan:
-Satu hari sedang kami berada bersama-sama Nabi saw, datang seorang lelaki yg dtg secara tiba-tiba. Tidak ada tanda yg ia datang dari perjalanan jauh. Tiada yang mengenalinya. Maka lelaki itu terus duduk di hadapan Nabi saw. Ia seolah-olah seorang sahabat yg memang telah kenal lama.

-Lelaki itu bertanya kpd Nabi saw: “Wahai Muhammad, khabarkan kepada ku tentang Islam & Iman. Jawab Nabi saw “engkau mengakui hanya Allah yg disembah, bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat & menunaikan haji bagi yg berkemampuan.”
Iman itu pula adalah engkau beriman kpd Allah, beriman dgn para malaikat, beriman dengan para Nabi/Rasul utusan Allah, beriman dengan kitab-kitab, beriman dengan hari akhirat/kiamat, beriman kpd qada baik dan buruk.
Lelaki itu bertanya pula, apa itu ihsan. Nabi saw menjawab, Ihsan ialah engkau menyembah Allah seolah-seolah engkau melihatnya. Jika engkau tidak melihatnya maka ketahuilah Allah melihat engkau. 
Kemudian lelaki itu bertanya, khabarkan kepada aku bila berlaku kiamat. Kata Nabi saw maka tidaklah yg bertanya itu lebih tahu daripada aku. Lelaki itu kemudian berkata, maka beri tahu aku apakah tanda-tanda kiamat akan berlaku. Jawab Nabi saw, ianya bila seorang ibu melahirkan tuannya,.....”

-Saidina Umar ra menyatakan tidak pernah ia melihat lelaki seindah lelaki yg bertemu Nabi saw. Ia sebenarnya adalah malaikat Jibrail yg datang kepada Nabi saw menyerupai seorang lelaki yg sangat indah.
Huraian Hadith:
-Hadith ini merangkumi perkara zahir & batin.

1. Malaikat datang bertemu Nabi saw mengajar urusan agama.
Para sahabat menyatakan, jika ada satu hari tidak bertemu dan tidak mendengar suara Nabi saw, ia umpama berada dlm laut yg gelap yg tidak nampak haluan.
2. Malaikat jibril yg datang kpd Nabi saw dalam rupa yg amat cantik.
3. Islam itu adalah orang yg mengucap Syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji pada bulan Ramadhan bg yg berkemampuan.
4. Islam adalah yg menjamin keselamatan manusia di sisi Allah.
-Hanya Islam di sisi Allah. Ia adalah agama yg diredhai Allah.
-Surah Ali-Imran: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Aku redha Islam itu agama kamu.”
-Jadi, tidak ada alasan utk mengambil agama yg lain.
-“Adakah mereka mahu agama yg lain dpd agama Allah. Sedangkan langit dan bumi serta isinya tunduk kepada kekuasaan Allah.”
-Lihatlah bagai mana Allah mentadbirkan pergerakan bumi dan bulan serta semua cakrawala.
-“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepada Ku”
“Dan siapakah yg lebih baik agamanya melainkan mereka yg menyerahkan dirinya dan segala amalannya kepada Allah.”
-Syahadah perlu dijaga. Aqidah boleh terbatal jika kita tidak jaga tutur kata, perbuatan dan ikhtikad kita.
-Jaga ucapan/percakapan kita.
Aqidah kita boleh terbatal jika ada amalan-amalan yg bercanggah dgn aqidah. Cth meletakkan pulut di busut utk tujuan mendapat kelebihan, dll.

-Kemudian, dari segi ikhtikad kita kepada Islam. Perlu ingat bahawa Islam yg menyelamatkan kita. 
Jangan kita ingat bahawa Islam itu hanyalah ibadat khusus.

-Islam itu adalah cara kehidupan kita keseluruhannya. Semuanya perlu ikut dan tunduk kepada Allah. Kita tunduk pada Allah tanpa menggunakan perantaraan.
Setelah kita mengakui bahawa Allah itu tuhan kita, maka kita mengakui Nabi saw adalah pesuruh Allah.
-“Katakanlah wahai manusia bahawa aku adalah utusan Allah..”
-Maka kita perlu jaga syahadah kita.
Taat pada Allah dan ikut Nabi saw. Kita dirikan solat dan semua perintah Allah yg lain.

~Bersambung
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (54/2019): CAHAYA PENGENALAN (USULUDDIN)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA),Presint 8, Putrajaya: 21 April 2019/ 15 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azhar Ghazali (Imam Muda Azhar)
Tenaga Pengajar Teratak Ilmu, Haji Abdul Majid Kuala Ketil, Kedah.


●Pendahuluan
Apa Itu ISLAM
-Beriman dengan Rukun Iman.

1. Rukun Iman Yg Pertama: Beriman Kepada Allah.
-i.Kita percaya Allah adalah tuhan kita.
-ii.Allah adalah tuhan yang patut kita sembah
-iii.Allah adalah tunggal
-iv. Wajib Allah pada bersifat dengan sifat kesempurnaan
-v. Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan.

2. Rukun Iman Ke-2: Percaya Kepada Para Malaikat
-Percaya bahawa pada Allah itu ada beberapa banyak malaikat. Iaitu satu bangsa yang Allah jadikan daripada Nur (cahaya).
-Tiada malaikat itu bersifat seperti sifat manusia. Malaikat tidak lapar, dahaga, tiada jantina, tiada nafsu, dll.
-Tiada malaikat itu berbuat maksiat dan tiada berbuat kesilapan.

3. Rukun Iman Ke-3: Beriman Dengan Kitab-Kitab Allah.
-Kita percaya kepada semua kitab-kitab yg diturunkan kepada para Nabi/Rasul.

4.Rukun Iman Ke-4: Beriman Dengan Segala Nabi/Rasul.
-Semua Nabi/Rasul adalah utusan Allah.
-Rasul/Nabi diutuskan utk menyampaikan segala perintahNya kepada sekelian manusia.

5. Rukun Iman Ke-5: Beriman Dengan Hari Kesudahan.
-Iaitu kita percaya bahawa Allah sediakan hari kesudahan kita.
-Permulaan hari kiamat pada tiupan sangkakala kedua.
-Tiupan sangkakala pertama akan meruntuhkan dunia ini.

6. Rukun Iman Ke-6: Beriman Dengan Qadarnya (Ketetapan Allah).
-Ertinya kita percayakan bhw segala perkara yg berlaku samada yg baik atau buruk adalah hasil dpd perbuatanNya (Allah). Ia seiring dengan takluk iradatNya.
Hasilnya atas berkehendaknya Allah pada azali lagi.
Yang di maksudkan dgn azali ialah sesuatu yg tidak ada mula.
Sebelum Allah jadikan makhluk ialah adalah azali. Slps Azali disebut Inkan.

Maka sesiapa yg percaya perkara-perkara yg disebutkan di atas tadi adalah seorang mukmin (muslimat) bagi lelaki dan mukminat (muslimat) bagi perempuan.
Ilmu yg wajib dipelajari: Ilmu aqidah, Ilmu fekah dan ilmu tassawuff (ilmu ihsan / akhlak).
IKHSAN:
-Apa makna ikhsan? 
-Kita beribadat kerana mencintai Allah
-Kita membenci harta dunia yg sedikit
-Kita mengikut apa yg diturunkan oleh Allah.

-Berbuat baik dgn ikhlas. Ia tunaikam segala amal ibadat spt solat, puasa dll kerana Allah. Bukan kerana manusia.
Janganlah sekali-sekali beribadat selain dpd Allah. Kamu tidak akan diberi pahala.
Janganlah kamu solat kerana manusia yg banyak berlaku spt sekarang ini. Jangan solat kerana takut hukuman manusia.
-Adalah ihsan itu adalah syarat kesempurnan iman dan Islam.
-Amat rugilah orang yg tidak mengumpulkan amalan utk menjadi bekalan akhirat kita.
-Sekiranya kita masukkan diri kita perkara yg bernilai maka diri kita akan bernilai.
~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday, 15 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (42/2019): JENIS-JENIS HUKUM SYARAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 14 April 2019/ 8 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Haji Abd Rani


●Pendahuluan
Hukum-Hukum Syarak Yang Allah Berikan Kepada Orang Islam:
1. Wajib
-Iaitu barang yg diwajib dilakukan dan diberi pahala. Jika meninggalkannya akan mendapat dosa.
-Seorang Islam yg bertaqwa ia akan sentiasa memberi keutamaan kepada perkara yg wajib & sentiasa taat kepada kehendak syarak.

2. Sunat
-Melaksanakan barang yg disuruh dapat pahala.
Iaitu apa yg Allah suruh kita buat dan kita dapat pahala membuatnya.

Iman kita turun naik. Untuk kita melihat samada iman kita naik, maka kita lihat adakah amalan sunat kita meningkat. Lihat samada kita banyak bersedekah, menolong orang, solat sunat, puasa sunat dll.
Perkara sunat yg kita hendak buat ada yamg memerlukan duit dan yg tidak perlukan duit.
Cthnya memberi senyuman kepada suami isteri/anak serta orang lain. Demikian juga mengambil bahagian dalam gotong royong, ziarah orang sakit/meninggal dan aktiviti kemasyarakatan yg lain.

3. Makruh
Iaitu barang yg ditinggalkan kepada ia akan mendapat pahala. Cth makan belacan/budu.

-Rokok adalah haram. “Jangan kamu mencampakkan diri kamu kepada kehancurun.”
-Nikmat yg diredhai ialah bila kita mendapat kenikmat kita lagi dekat dgn Allah. Kita taat pada perintah Allah.
Bila kita terima kurniaan atau musibah kita terima dengan redha.

4. Haram
Iaitu barang yg diberi pahala bila meninggalkannya.

5. Harus
Iaitu barang yg tidak diberi dosa atau pahala bila membuatnya.
Tidur adalah harus. Namun jika kita niatkan tidur utk bekerja dan beribadat maka ia dapat pahala.

Jadi ada 5 hukum yg Allah beri kepada kita umat Islam dalam kita menyelusuri kehidupan kita ini.
Semua tingkah laku kita ada nilai pada sisi Allah.
Jadi, tingkah laku kita, turur kata kita dll hendaklah kita jaga.

Allah beri kita 5 hukum tersebut kepada kita utk kita dapat bergerak di atas muka bumi ini dengan redha dan rahmat Allah.
-Firman Allah: “Tidak dijadikan jin manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku”
Justeru, segala kehidupan kita adalah beribadat.
Kita lakukan segalanya kerana Allah.
Walau pun kita mempunyai kekayaan untuk buat maksiat tetapi kita tidak buat kerana Allah, maka kita mendapat pahala.

Daripada kelima-lima hukum itu hanya satu sahaja yg kita tidak boleh buat iaitu yg diharamkan.
Allah larang kita adalah sebahagian dpd ujian kepada kita.
Allah ingin melihat siapakah di antara kita yg baik amalannya.
Kisah para Nabi: Nabi Musa as,kisah Nabi Ibrahim as, dll.
Kisah Nabi Ibrahim as diperintahkan utk menyembelih anaknya Nabi Ismail as. Kisah Nabi Musa as diminta memukul tongkat ke laut.
Sebagai orang Islam, kita dengar dan kita taat. Apa jua perintah Allah dan sunnah Nabi saw kita dengar dan kita taat.
Kelima-lima hukum takhlifi ini terjatuh bagi setiap Islam yg mukallaf (cukup sempurna akal dan baligh).
Bilakah dan Bagaimana untuk kita melaksanakan kelima-lima hukum tersebut:
1. Perlu ada yang menyebabkannya.
-Ianya perlu ada sebab dan musabab. Cthnya, wajib solat zohor bila telah gelincir matahari.
Tidak berlaku satu hukum jika tidak dipenuhi syaratnya. Cthnya, hanya boleh solat bila telah berwuduk.

2. Adanya syarat
-Perlu patuhi syarat utk sah sesuatu itu dilakukan. Cthnya, utk keluarkan zakat perlu cukup haul dan cukup nisab.
Untuk melaksanakan apa jua ibadat kepada Allah kita perlu mengetahui kafiatnya.

3. Samada ada halangan atau tidak dalam sesuatu perkara
4. Sahih
-Bila kita hendak buat ibadat pastikan semua syarat2 dan kpi nya sempurna.
Kita jangan agak-agak. Cthnya kita solat fardhu bila sudah tahu/yakin masuk waktu.

5. Perlu tahu perkara yg membatalkan.
-Dalam apa yg kita buat perlu tahu perkara yg boleh membatalkan amalan/ibadat kita.

Cthnya, kita perlu tahu apa yg membatalkan puasa, solat dll.
Dalam bab aqidah pula, untuk kita menjaga aqidah, hendaklah kita hati-hati dalam perkataan/pertuturan, perbuatan dan hati.
Kita jangan batalkan/rosakkan aqidah kita dengan tidak menjaga ketiga-tiga tersebut.
Aqidah:
Pertamanya kita benar-benar yakin kepada keesaan Allah.

Sifat Nabi, baginda saw keras (dalam bab hukum) kpd orang kafir dan berkasih sayang sesama Islam.
Untuk kita menjawab soalan mungkar nangkir nanti kita perlu membuat persiapan. Kita boleh menjawabnya jika kita telah lakukan apa yg diperintah oleh Allah dan Nabi.
Kita redha dengan qada dan qadar Allah.
Maka berusahalah untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah.
~bersambung
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday, 11 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (34/2019): HADITH TERPILIH: ISLAM ITU MUDAH TETAPI JANGAN DIMUDAH-MUDAHKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya:
9 Feb 2019/4Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Harme.



●Pendahuluan
-Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw: “Saya telah datang bersama-sama Nabi saw ke masjid sehingga kami berada di pintu masjid lalu melihat seorang lelaki sedang bersolat maka Nabi saw bertanya kepada ku: “Adakah kamu berasa lelaki itu benar dalam perbuatannya (atau pun menunjuk-nunjuk) maka jawab sahabat itu: “Wahai Nabi Allah, bahawa sipolan ini adalah antara ahli Madinah yg paling banyak solat. Maka sabda Nabi saw, jangan kamu memperdengarkan pujian itu kepadanya kerana kamu mungkin membinasakannya. Sesungguhnya kamu ini umat yang diinginkan kemudahan.”
-Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda :
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kamu, serta mohonlah pertolongan (didalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kamu pada waktu kamu bersemangat dan giat”.
-Sebagaimana keadaan tiga orang yang ingin membuat perkara baru (dalam agama). Salah seorang di antara mereka berkata : “Saya tidak akan menikahi perempuan”, yang lain berkata : “Saya akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka”, yang ketiga berkata : “Saya akan solat malam semalam suntuk”. Maka Nabi saw melarang mereka dari hal itu semua, dan memberitahu mereka supaya membaguskan amal mereka semampunya, dan hendaknya dalam mendekatkan diri kepada Allah (beribadah) dengan ibadah yang telah diwajibkan Allah kepada mereka.
-Dan hendaknya kita tidak membuat-buat perkara yang tidak ada asalnya dalam agama ini, kerana kita sekali-kali tidak akan mampu (mengamalkannya), sebagai mana hadith Nabi saw: “Maka sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan”.
-Maka ungkapan “Agama itu mudah” maknanya adalah: “Bahawa agama yang Allah turunkan ini semuanya mudah dalam hukum-hukum, syariat-syariatnya”. Dan kalaulah perkara (agama) diserahkan kepada manusia untuk membuatnya, nescaya seorang pun tidak akan mampu beribadah kepada Allah.
-“Rasullah saw masuk dalam masjid lalu Nabi saw nampak seorang lelaki sedang di akhir solatnya iaitu sedang bertasahud. Dalam tasahud ia berkata “Ya Allah kepada Mu aku tempat bergantung yang tidak ada satu yang sama dengan Mu, moga di ampunkan dosa ku. Maka sabda Nabi saw, ia telah diampunkan, ia telah diampunkan.”
-“Ya Allah Wahai Tuhan ku, ampunkan dosa-dosa ku”
Nabi saw bersabda “ia telah diampunkan dosa, ia telah diampunkan dosa”

-Dalam surah al-Ikhlas ada nama Allah yang Allah amat suka. Maka kita seru nama Allah dalam doa kita, maka doa kita diperkenankan.
-Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah, tuhan tempat bergantung yang tidak beranak..(surah al-ikhlas).
-Dalam hadith yang lain, seorang sahabat Nabi saw menyatakan: “Aku keluar dari rumah dan tiba-tiba aku bertembung Nabi saw lalu aku ikut Nabi saw. Kemudian di satu tempat terdapat lelaki yang sedang membanyakkkan rukuk dan sujud. Maka Nabi saw bertanya kepada sahabat itu, adakah kamu melihat ia menunjuk-nunjuk.”
Huraian Hadith:
Jadi Nabi saw melihat seseorang yang dibimbangi melakukan ibadat dengan berlebih-lebihan sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau dibuat diluar kebiasaan/kemampuan.

Maka jawab sahabat Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, bahawa sipolan ini adalah antara ahli Madinah yg paling banyak solat. Maka sabda Nabi saw, jangan kamu memperdengarkan pujian itu kepadanya kerana kamu mungkin membinasakannya. Sesungguhnya kamu ini daripada umat yang diinginkan kemudahan.”
Agama Itu Mudah:
-Sesungguhnya agama itu mudah.
“Dan tidaklah seseorang itu memberatkan dirinya dalam agama maka agama itu akan mengalahkannya.”

-Buat lah amalan yg bersederhana. -Maka bersegeralah mendapat pertolongan. Maka memohonlah kepada Allah.
-Berlaku fenomena bila seseorang berubah jadi baik ia mendorongnya beribadat secara extreme dan ia meninggalkan hak-hak yang patut ditunaikan.
-Maka nabi saw melihat perkara ini. Lalu Nabi saw menegur perkara ini yang mana Nabi saw melarang seseorang yang terlaku memberat-beratkan diri dalam beribadat sehingga tidak tunaikan hak-hak yg sepatutnya spt hak keluarga, hak majikan/organisasi, hak masyarakat, hak sahabat, dll.
Contohnya, ada orang suka yang banyakkan solat sunat tetapi ia masih tidak betulkan perkara-perkara rukun/wajib dalam solat fardhu.
-Jadi jangan kita melebihi had yang ditetapkan. Jadi situasi melampau dalam agama berlaku sejak zaman Nabi saw lagi.
-Nabi saw bersabda dalam satu khutbah baginda saw:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu manusia tidak mampu untuk melakukan setiap perkara yang aku perintahkan kepada kamu. Akan tetapi buatlah amalan secara pertengahan dan bergembiralah dengan berita gembira bagi orang membuat amalan.”

Dalam ibadat ada yang wajib dan sunat.
Jadi nabi saw meminta kita jangan membuat ibadat sunat sehingga keterlaluan yang akhirnya membebankan kita yang akhirnya menyebabkan bosan dan meninggalkan amalan-amalan yg dibuat.

-“Sesungguhnya Allah itu tidak jemu sehinggalah kamu yang jemu”
Jadi jangan banyak beribadat kemudian sampai satu peringkat kita bosan dan meninggalkan amalan yang dibuat.
Dalam beribadat, kita perlu tahu keutamaan.
Contohnya, kewajipan melayan tetamu berbanding berzikir.

Maka agama itu mudah. Perlu ikut tertibnya. Jangan kita membuat kesesatan dan mengikut hawa nafsu.
-Namun jangan pula kita bermudah-mudah dengan agama. Jangan buat sesuatu perkara agama mengikut nafsu.
Contohnya: Jangan kerana jalan jem atau naik bas yg tidak berhenti maka kita tidak solat dan membuat qada sahaja.
Jangan kerana tidak mahu pergi bilik air maka solat tanpa berwuduk.
Begitu juga bila buat program seperti kenduri kahwin. Jangan sibuk melayan tetamu sehingga tidak solat.

-Setiap perkara yang kita lakukan jangan kita buat secara melampau.
Contohnya, jangan buat perjalanan sehingga melampau tanpa rehat.
Contoh lain, perjalanan dari KL ke Kedah sepatutnya mengambil masa 7 jam dan kita memandu kereta kancil. Kita paksa diri untuk sampai 3 jam. Maka pasti ia tidak dapat dilakukan.

-Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya orang yang berhenti di tengah jalan, tidak ada bumi yang dapat dilintasi (dipotong), tidak ada kenderaan yang boleh ditunggang”
Jadi itu perumpamaan yg dibuat oleh Nabi saw. Ia sebabkan ia tewas kepada agama. Iaitu bosan untuk beramal.
Nabi saw juga tidak mahu seseorang itu beramal kerana ketua mereka (ketua kabilah). Semangat Assabiyyah ikut boss. Bila boss kuat beragama maka ia ikut boss.
Ada yang mulanya asyik pakai kopiah sahaja tetapi tidak bertahan lama.

Jadi janganlah kita memberat-beratkan diri dalam beragama. 
Tapi hendaklah kita ikut keupayaan kita dalam membuat amalan sunat.

-Nabi saw juga melarang membuat pujian yang berlebihan. Ia adalah untuk elakkan riak / takkabur.
-Nabi saw menyatakan jika kamu melihat orang yang kuat memuji (mengampu) maka ambillah tanah dan lemparkan kepadanya.
Ada juga memuji-muji pemimpin yang zalim.
Janganlah kita memuji orang yang berbuat zalim.
Allah benci orang memuji orang yang zalim.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 6 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (23/2019): KAMU ADALAH SEBAIK UMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 5 Feb 2019/30 Jamadilawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Dr Mohd Shafie Md Amin.


●Pendahuluan
-Syukur dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada kita samada perkara yang kita rasa baik atau perkara yg kita rasa tidak baik.
-Allah berfirman, sesungguhnya tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepada Allah.
-Panduan kehidupan manusia adalah al-quran.
-Surah al-Baqarah ayat 2: “Kitab al-quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datang daripada Allah s.w.t dan sempurnya); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.”
“Sesungguhnya al-quran itu diturunkan dalam bahasa Arab..”
Allah kurniakan al-quran.
Allah kurniakan kita kesempatan kepada kita utk berada dalam majlis ilmu.
Semoga Allah memberi kekuatan utk kita menikmati masa yang sementara. Segala nikmat kurniaan Allah di dunia ini adalah sementara sahaja.
Sesunguhnya harta dan anak-anak kurniaan Allah akan ditinggalkan. Yang kekal itu hanya Allah.

Masa itu adalah sesuatu yg sementara. Tetapi kita boleh tukar ia kepada yg kekal dengan membuat amal soleh.
Kita mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk menggunakan setiap saat yg kita ada. Kita boleh buat benda buruk dan benda jahat.
Untuk kita menguruskan masa yang kita ada dengan baik, maka janganlah kita buat banyak benda yang bukan urusan kita. Setiap kita telah ada bidang tanggungjawab masing-masing.
Kita perlu mendapat motivasi daripada Allah. Cerita tentang perkara-perkara yang baik. Cerita tentang para Rasul/Nabi, dll.
Allah mendidik manusia setiap hari dengan bertanya soalan.
-“Wahai manusia, ambillah syaitan itu sebagai musuh kamu.”
Syaitan sentiasa usaha untuk menyesatkan manusia. Ia datang dari segala sudut, kanan, kiri, depan & belakang.

Syaitan sentiasa membisik-bisikkan kepada manusia untuk membuat maksiat. Syaitan bukan bisik kepada telinga tetapi bisik dekat hati. Ia menyebabkan kita mudah dipengaruhi.
-Sesungguhnya orang yang beriman hatinya akan tenang.
-Syaitan suka utk kita membuat dosa.
Kalau kamu diserang oleh syaitan maka hendaklah kamu berlindung dgn Allah.

Kita minta hidayah daripada Allah. Kita minta Allah tetapkan kita di jalan yg lurus yg diredhai Allah. Kita jauhi daripada jalan-jalan syaitan.
Manusia mempunyai banyak kebimbangan, seperti bimbang ditimpa sakit, kesusahan dll.
Walau bagai mana pun yang paling perlu kita bimbang ialah bimbang diperdayakan oleh syaitan.

Kita minta sungguh-sungguh daripada Allah berlindung daripada syaitan.
-Surah ali-Imran, ayat 110: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasiq.”
Kamu Adalah Sebaik Umat?:
Semua orang hdk menjadi baik. Ingin menjadi the best.

Apakah itu baik?
Adakah sihat itu baik? Apa kah tidak sihat itu tidak baik?

Kebanyakan manusia mengambil bahawa apa yang mereka suka itu baik dan yang mereka tidak suka itu tidak baik.
Sesungguhnya tidak semestinya yg kita rasa tidak baik itu sebagai tidak baik. Contonya, tidak semestinya tidak sihat/sakit itu tidak baik.
Sebenarnya mungkin sakit itu baik jika ia membuatkan kita lebih dekat kepada Allah. Iaitu kita akan lebih ingat pada Allah.
-Surah al-Baqarah ayat 216 (ms 34): “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kami. (Ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Apa yang ada pada sisi Allah itu adalah kebaikan.
Jadi apa maksud baik?
-Surah al-Baqarah ayat 189: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji. Bukanlah kebajikan jika kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram), tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Apa asban nuzul turun ayat ini. 
Orang terdahulu meraka pergi haji. Namun haji mereka buat mengikut cara jahilliah. Ianya satu pesta keramaian.
Adat mereka memasuki rumah daripada belakang.

Dalam konteks negara kita, pada zaman dahulu ada mandi safar. Kenapa ia dibuat? Ia kerana adat masyarakat yg menerimanya.
Masyarakat jahilliah dahulu define baik itu berdasarkan penerimaan majoritu. Maka makna baik itu tidak ada maksud yg mutlak (tetap).
-Maksud baik dlm surah al-baqarah ayat 189 ialah bertaqwa. Maksud bertaqwa ialah compliance.
Dalam british law ia nyatakan good citizen adalah yang abide kepada undang-undang.
-Dalam disiplin pengurusan, the best worker ialah yg mempunyai integriti yang tinggi.
Manusia realitinya tidak suka ikut panduan.
Apa maksud Baik?
Baik adalah lakukan apa yang Allah suka. Bukan yang kita suka. 
Contohnya, Kalau kita berniaga, maka Allah suka kita yg compliance pada perintahNya. Bukan untuk buat untung semata-semata sehingga lupa halal/haram. Kita perlu berniaga ikut peraturan Allah. Kita tidak boleh mencipta keuntungan. 
Tetapi kita boleh mengikut perintah Allah. Bila kita ikut perintah Allah maka jika kita untung atau rugi ia tetap baik di sisi Allah.

Siapakah Manusia Yang Terbaik?
Surah Al-Hujurat, ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Jadi, bukan pangkat, jawatan, harta dll yang membuatkan kita hebat. Orang yang paling hebat di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
Malangnya ramai di kalangan kita define orang yg terbaik/hebat ialah orang kaya/berharta/berpangkat.
Apakah sijil yang ada pada orang bertaqwa:
Sura Al-An’Am, ayat 19: “Bertanyalah (wahai Muhammad): “Mana satu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah, Dia menjadi Saksi antara aku dan dengan kamu, al-quran ini diwahyukan kepadaku, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-quran itu. Adakah kamu bersungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?” Katakanlah: “Aku tidak mengetahuinya. “Katakanlah lagi: “Sesungguhnya Dia sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan (dengan Allah ‘Azza Wa Jalla).”

-Sesungguhnya sijil yg paling tinggi di sisi Allah adalah taqwa.
Allah tanya manusia, apakah sijil yg paling tinggi sekali?
Sijil yg paling besar di sisi Allah ialah syahadah. Iaitu pengsaksian kepada keesaan Allah.

Orang buat ijazah, phd dll untuk mendapat masa depan yg cerah.
Setiap kita memang perlukan duit.
“Jika ada duit semua boleh cuit..dunia Ana yang punya..”

Namun ingatlah, duit/harta benda bukan segalanya.
Kalau sakit duit boleh buat apa? 
Duit ada banyak limitations. Ia tidak boleh membeli kebahagian, tidak boleh membeli ketenangan.
Duit tidak boleh bagi anak-anak yang baik/soleh, tidak boleh bagi tidur yang lena, tidak boleh beri keselamatan dll.

Jadi jangan sibuk mencari degree sahaja tetapi kita lupa untuk ambil sijil taqwa.
Dengan adanya taqwa maka Allah akan berikan “duit/kekayaan” yang “cukup”. Allah akan berikan kecukupan kepada kita.
Kita bukan hendak yang banyak. Tetapi kita hendak yang cukup.!
Allah berfirman bahawa siapa yang bertaqwa kepada Allah maka ia akan diberikan kecukupan.
Kehidupan kita memang sentiasa mempunyai masalah. Kita akan hadapi pelbagai perkara dan mengejar keperluan kehidupan.
Namun ingatkah, duit/kekayaan/harta benda tidak boleh menyelesaikan semua masalah kita.

Al-quran memberi segala panduan. Ia adalah panduan hidup yang terbaik.
[Allah jadikan Israel untuk uji umat manusia.]
Kehidupan harian manusia bukanlah untuk selesaikan masalah. Sebaliknya kita hanya dikehendaki menangani masalah (handle problem). Allah lah yang akan menyelesaikan masalah kita. Allah lah yang memberi jalan keluar atas kesulitan, kesusahan, kepayahan dan masalah kita.
-Surah Al-talak ayat 2: “Kemudian, apabila mereka (hampir) tamat tempoh ‘iddahnya, maka bolehlah kamu kembali kepada mereka (ruju’) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil antara kamu (semasa kamu meruju’kan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Demikianlah, diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dam hari akhirat. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).
-Surah al-Talak, ayat 3: “Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas dihatinya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Allah telah menetapkan ketentuan setiap sesuatu.”
Justeru sijil paling tinggi yang perlu kita kejar ialah taqwa.
Al-quran adalah kitab yg memberi panduan untuk kita menjadi insan bertaqwa.
Hendaklah kita usaha hafal ayat al-quran dengan bersungguh-sungguh dan sebaiknya. Dan kita hendaklah praktis dan amalkan segala firman Allah.
Sesungguhnya Taqwa ialah lesen utk kita masuk syurga.
Bagaimana untuk kita hafal al-quran:
-Kita kebanyakannya dalam kategori “no time student”. Sentiasa tidak ada masa. Namun kita boleh berusaha. Kita buat sedikit-sedikit dengan istiqamah. Jangan kita bazirkan masa atas perkara yang bukan bidang tanggungjawab kita. Kita perlu pandai manage masa yg kita ada.

Maka utk menjadi orang bertaqwa, kita perlu:
1. Membaca al-quran
2. Memahami al-quran
3. Menghafal al-quran
4. Mengamal al-quran

Allah tunjukkan bahawa Nabi saw mengambil masa 23 tahun mengusai dan menyebarkan ajaran al-quran.
Doa yg kita baca bila ke masjid: “Wahai Allah, letakkan dalam hati ku cahaya.”
-cahaya itu adalah al-quran.

Jika hendak hafal al-quran, pertamanya yang perlu dilakukan ialah mempunyai azam & kesungguhan yang tinggi.
Ada cara utk kita dpt hafal al-quran.
Antaranya kita ulang2 banyak kali setiap ayat pada setiap kesempatan masa yang kita ada. (Cthnya, sambil memandu kita sebut ayat2 yang hendak kita hafal..”Abbasa watawalla.”.,).

Selagi nyawa tidak sampai lagi ke halkum, kita masih berpeluang utk menghafal al-quran.
Allah hendak kita punya keazaman.
Sebaik-baik amal ialah amal yg sedikit tetapi berterusan.

Maka berazamlah kita menghafal al-quran.
Attitude skill amat penting jika kita hendak berjaya dalam semua perkara termasuk dalam keazaman kita untuk menghafal al-quran.
Semoga Allah letak cahaya al-quran dalam hati kita. Aamiin.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 23 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (21/2019): MASA KITA SEMAKIN SINGKAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ceramah Umum 1.0 2019@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 18 Jan 2019/10 Jamadilawal 1440H (Jumaat) oleh Ustazah Dr Robiah binti K. Hamzah (Pakar Kaunseling Keluarga).

●Pendahuluan
-Semua kita berkata kita tidak ada masa, tidak cukup masa, sibuk dll.
-Ya, sesungguhnya masa kita semakin berkurangan.
-Satu harta/hadiah kurniaan Allah yang akan ditanya kelak ialah bagai mana masa muda kita digunakan, bagai mana masa sihat digunakan, bagai mana masa senang digunakan,dll.
Masa kita yg pendek sebenarnya semakin pendek.
Surah Al-Asr”: “Demi masa kamu dlm kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Mari kita semak kita, anak isteri kita. Adakah benar-benar telah mempunyai keimanan tebal atau nipis.
Hadith kursi:
Malaikat Jibril datang kpd Nabi saw dan bertanya tiga perkara:
Apa itu iman, apa itu Islam, apa itu ihsan.

Imam bukan sahaja di dada. Tetapi hendaklah tertampil pada perbuatannya. Iaitu pada mulut/kata2nya, pada matanya, pada telinganya, pada perut, pada kaki, pada kerja, pada tanggungjawab & amanah dan dalam keseluruhan aspek kehidupan.
Kita semak anak2 kita samada anak2 kita boleh mengucap syahadah dan memahaminya dengan sebenar-benarnya.
Kita semak samada iman kita kurus atau tebal.

Justeru, iman tidak boleh dikatakan hanya di dada, di bibir. Ia perlu tertampil dalam kehidupan harian kita.
Semua yg ada pada kita adalah pinjaman. Kaki tangan dan segala-segalanya semua Allah yang punya. Allah pinjamkannya kepada kita.
Masa yg sedikit jika tidak jelas taliannya maka kita akan terpesong dan rugi di akhirat kelak.
Jika kita boleh rindu dengan isteri, dengan anak, maka adakah kita juga rindu pada Allah dan Rasululllah saw.
Masa kita sudah pendek untuk kita kenal pada Allah.
Kalau kita mempunyai iman dan keyakinan yg jelas maka kita tidak akan mengeluh dalam menghadapi setiap perkara.
Ada orang yg mempunyai kekayaan & segalanya tetapi tidak mempunyai perasaan.
Adakah kita sempat bawa anak isteri kita untuk kenal Allah, untuk bawa mereka ke syurga atau kita alpa & bawa mereka ke neraka.

Maka hendaklah kita sentiasa semak hubungan kita dengan Allah.
Perkahwinan adalah perkongsian kehidupan. Kita perlu kepada makan minum, kasih sayang & jaminan bagi kebahagian di dunia & akhirat.
Sekarang banyak orang yg tidak puas hati berbanding bilangan yang berpuas hati. 
Isteri banyak yang tidak puas hati, suami juga banyak yang tidak puas hati, anak-anak juga tidak puas hati dan masyarakat juga tidak puas hati.

Bagaimana kita boleh bangunkan roh Islam dalam semua anak-anak kita.
Jika anak-anak kita tidak kenal Allah, maka kehidupannya akan tersasar.

Firman Allah: “Wahai lelaki, selamat diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka.”
Hendaklah kita dekatkan diri kita kepada Allah dan Rasullullah saw. 
Kita dambakan cintakan Allah.

Siti Khadijah r.a bila beliau berkahwin dengan Rasulullah saw, beliau menyumbang semua hartanya kepada perjuangan Islam. Kasih sayangnya pada Rasulullah saw amat tinggi.
Jangan kita sibuk cari rezeki sehingga kita tidak ingat untuk cari redha Allah.
Hendaklah kita bangunkan keyakinan bahawa segala yg kita buat adalah untuk mendapat redha Allah.
Nabi saw menyatakan bahawa kita akan sampai ke akhir zaman di mana dirasai bahawa sangat cepatnya masa berjalan.
Segalanya semakin cepat. Namun bila kita tuntut ilmu “kita rasa panjang”.

Kita akan melihat di akhir zaman, pemimpin yang diangkat kurang ilmu agamanya.
Di akhir zaman, fitnah merata-merata. Semakin mudahnya manusia bergaduh.
Di akhir zaman pembunuhan merata-merata. Ia bukan sahaja pembunuhan fizikal tetapi pembunuhan adab.
Kita sukar untuk melihat orang senyum.

-Berilah tanpa henti, beri tanpa nanti.
-Bila bawa anak ke masjid, jika kita tidak ajar adab-adab berada di masjid maka ia tidak tahu untuk menjaga adabnya.
Orang yg beriman perlu beradab. Ramai di kalangan kita menuntut ilmu tetapi tidak belajar tentang ilmu adab.
Ulamak terdahulu menuntut ilmu adab berpuluh tahun.

Adab dan ilmu perlu selari.
Orang yg berilmu perlu beradab. Jika berilmu tetapi tidak beradab maka ia perlu ditinggalkan.

Ramai yg jumpa Nabi saw akhirnya masuk Islam krn adab Nabi saw.
Kekuatan adab membawa ilmu yang kita pelajari kepada keyakinan keimanan yang kuat.
Sekarang segalanya semakin pendek, hubungan semakin singkat, sekejap sahaja boleh sampai ke destinasi.
Dajjal tanya:
Nabi Muhammad saw telah lahir atau belum
Kebun-kebun kurma masih berbuah atau sudah tidak berbuah
Air masih ada atau tidak.

Bila semuanya telah berlaku maka Dajjal akan keluar. Ia akan kuasai sungai & laut.
Sekarang ini semakin pendek utk kita belajar agama.
Bila kita tidak baca ayat-ayat Allah dan hadith Nabi saw maka hubungan kita dengan Allah & Nabi saw akan terputus.
Kita dicipta daripada yang hina. Maka janganlah kita sombong. Jangan dalam matanya ada sombong, jangan dalam duduknya sombong, jangan dalam bercakapnya sombong, dll.
Jangan kita garang sangat kepada anak-anak. Kita perlu semai rasa cinta kepada anak-anak kita.
Lidah kita sentiasa sebut Allah dan sentiasa ingat akhirat.
Imam Ghazali menyatakan Allah beri kepada manusia tiga unsur:
Iaitu dalam badan manusia ada unsur binatang, iblis/syaitan dan malaikat.

i) Unsur Binatang.
Binatang ia suka empat perkara: makan, tidur, bergaduh & seks. Binatang ada nafsu tetapi tidak ada fikiran.

i) Unsur iblis/syaitan. 
Ia mahu manusia sentiasa membuat kejahatan. Ia sebabkan manusia takut dan malas buat baik.
Ini bila mana syaitan/iblis menjadi tuannya. Ia sentiasa berusaha membuat banyak kerosakan bahkan tidak mahu lihat orang lain buat baik.

Justeru janganlah biarkan iblis/syaitan menguasai seluruh badan & jiwanya.
iii). Unsur malaikat.
Unsur malaikat membolehkan kita mempunyai ketaatan kepada Allah. Kita akan mudah buat kebaikan & ketaatan kepada Allah.
Setiap hari Malaikat datang kepada kita berulang kali.

Jangan kita biar diri kita dikuasai oleh unsur binatang dan syaitan/iblis.
Jangan kita sesat jalan tanpa tahu jalan pulang.
Maka kita selusuri kehidupan kita sebaik-baiknya.
Tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Sentiasa usaha untuk mendapat redha Allah.

Surah Al-Araf ayat 96: “(Allah berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-ruah keberkatannya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Tanya diri kita, adakah rezeki dan ibadat kita ada keberkatan.
Rezeki bukan sekadar gaji. Anak isteri, nikmat sihat, sahabat & jiran yang baik, dll semuanya rezeki.
Ada orang yang mempunyai banyak kenderaan (rezeki) tetapi ia tidak diguna untuk ke rumah Allah.
Rezeki yg betul-betul berkat ianya digunakan sepenuhnya untuk mendapat redha Allah.

Nabi saw tidak mendidik Saidina Khadijah r.a utk menjadi baik tetapi mendidiknya untuk menjadi terbaik.
Saidina Khadijah r.a menjadi sangat-sangat baik. Disediakan istana di syurga.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.