Wednesday, 23 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (21/2019): MASA KITA SEMAKIN SINGKAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ceramah Umum 1.0 2019@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 18 Jan 2019/10 Jamadilawal 1440H (Jumaat) oleh Ustazah Dr Robiah binti K. Hamzah (Pakar Kaunseling Keluarga).

●Pendahuluan
-Semua kita berkata kita tidak ada masa, tidak cukup masa, sibuk dll.
-Ya, sesungguhnya masa kita semakin berkurangan.
-Satu harta/hadiah kurniaan Allah yang akan ditanya kelak ialah bagai mana masa muda kita digunakan, bagai mana masa sihat digunakan, bagai mana masa senang digunakan,dll.
Masa kita yg pendek sebenarnya semakin pendek.
Surah Al-Asr”: “Demi masa kamu dlm kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Mari kita semak kita, anak isteri kita. Adakah benar-benar telah mempunyai keimanan tebal atau nipis.
Hadith kursi:
Malaikat Jibril datang kpd Nabi saw dan bertanya tiga perkara:
Apa itu iman, apa itu Islam, apa itu ihsan.

Imam bukan sahaja di dada. Tetapi hendaklah tertampil pada perbuatannya. Iaitu pada mulut/kata2nya, pada matanya, pada telinganya, pada perut, pada kaki, pada kerja, pada tanggungjawab & amanah dan dalam keseluruhan aspek kehidupan.
Kita semak anak2 kita samada anak2 kita boleh mengucap syahadah dan memahaminya dengan sebenar-benarnya.
Kita semak samada iman kita kurus atau tebal.

Justeru, iman tidak boleh dikatakan hanya di dada, di bibir. Ia perlu tertampil dalam kehidupan harian kita.
Semua yg ada pada kita adalah pinjaman. Kaki tangan dan segala-segalanya semua Allah yang punya. Allah pinjamkannya kepada kita.
Masa yg sedikit jika tidak jelas taliannya maka kita akan terpesong dan rugi di akhirat kelak.
Jika kita boleh rindu dengan isteri, dengan anak, maka adakah kita juga rindu pada Allah dan Rasululllah saw.
Masa kita sudah pendek untuk kita kenal pada Allah.
Kalau kita mempunyai iman dan keyakinan yg jelas maka kita tidak akan mengeluh dalam menghadapi setiap perkara.
Ada orang yg mempunyai kekayaan & segalanya tetapi tidak mempunyai perasaan.
Adakah kita sempat bawa anak isteri kita untuk kenal Allah, untuk bawa mereka ke syurga atau kita alpa & bawa mereka ke neraka.

Maka hendaklah kita sentiasa semak hubungan kita dengan Allah.
Perkahwinan adalah perkongsian kehidupan. Kita perlu kepada makan minum, kasih sayang & jaminan bagi kebahagian di dunia & akhirat.
Sekarang banyak orang yg tidak puas hati berbanding bilangan yang berpuas hati. 
Isteri banyak yang tidak puas hati, suami juga banyak yang tidak puas hati, anak-anak juga tidak puas hati dan masyarakat juga tidak puas hati.

Bagaimana kita boleh bangunkan roh Islam dalam semua anak-anak kita.
Jika anak-anak kita tidak kenal Allah, maka kehidupannya akan tersasar.

Firman Allah: “Wahai lelaki, selamat diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka.”
Hendaklah kita dekatkan diri kita kepada Allah dan Rasullullah saw. 
Kita dambakan cintakan Allah.

Siti Khadijah r.a bila beliau berkahwin dengan Rasulullah saw, beliau menyumbang semua hartanya kepada perjuangan Islam. Kasih sayangnya pada Rasulullah saw amat tinggi.
Jangan kita sibuk cari rezeki sehingga kita tidak ingat untuk cari redha Allah.
Hendaklah kita bangunkan keyakinan bahawa segala yg kita buat adalah untuk mendapat redha Allah.
Nabi saw menyatakan bahawa kita akan sampai ke akhir zaman di mana dirasai bahawa sangat cepatnya masa berjalan.
Segalanya semakin cepat. Namun bila kita tuntut ilmu “kita rasa panjang”.

Kita akan melihat di akhir zaman, pemimpin yang diangkat kurang ilmu agamanya.
Di akhir zaman, fitnah merata-merata. Semakin mudahnya manusia bergaduh.
Di akhir zaman pembunuhan merata-merata. Ia bukan sahaja pembunuhan fizikal tetapi pembunuhan adab.
Kita sukar untuk melihat orang senyum.

-Berilah tanpa henti, beri tanpa nanti.
-Bila bawa anak ke masjid, jika kita tidak ajar adab-adab berada di masjid maka ia tidak tahu untuk menjaga adabnya.
Orang yg beriman perlu beradab. Ramai di kalangan kita menuntut ilmu tetapi tidak belajar tentang ilmu adab.
Ulamak terdahulu menuntut ilmu adab berpuluh tahun.

Adab dan ilmu perlu selari.
Orang yg berilmu perlu beradab. Jika berilmu tetapi tidak beradab maka ia perlu ditinggalkan.

Ramai yg jumpa Nabi saw akhirnya masuk Islam krn adab Nabi saw.
Kekuatan adab membawa ilmu yang kita pelajari kepada keyakinan keimanan yang kuat.
Sekarang segalanya semakin pendek, hubungan semakin singkat, sekejap sahaja boleh sampai ke destinasi.
Dajjal tanya:
Nabi Muhammad saw telah lahir atau belum
Kebun-kebun kurma masih berbuah atau sudah tidak berbuah
Air masih ada atau tidak.

Bila semuanya telah berlaku maka Dajjal akan keluar. Ia akan kuasai sungai & laut.
Sekarang ini semakin pendek utk kita belajar agama.
Bila kita tidak baca ayat-ayat Allah dan hadith Nabi saw maka hubungan kita dengan Allah & Nabi saw akan terputus.
Kita dicipta daripada yang hina. Maka janganlah kita sombong. Jangan dalam matanya ada sombong, jangan dalam duduknya sombong, jangan dalam bercakapnya sombong, dll.
Jangan kita garang sangat kepada anak-anak. Kita perlu semai rasa cinta kepada anak-anak kita.
Lidah kita sentiasa sebut Allah dan sentiasa ingat akhirat.
Imam Ghazali menyatakan Allah beri kepada manusia tiga unsur:
Iaitu dalam badan manusia ada unsur binatang, iblis/syaitan dan malaikat.

i) Unsur Binatang.
Binatang ia suka empat perkara: makan, tidur, bergaduh & seks. Binatang ada nafsu tetapi tidak ada fikiran.

i) Unsur iblis/syaitan. 
Ia mahu manusia sentiasa membuat kejahatan. Ia sebabkan manusia takut dan malas buat baik.
Ini bila mana syaitan/iblis menjadi tuannya. Ia sentiasa berusaha membuat banyak kerosakan bahkan tidak mahu lihat orang lain buat baik.

Justeru janganlah biarkan iblis/syaitan menguasai seluruh badan & jiwanya.
iii). Unsur malaikat.
Unsur malaikat membolehkan kita mempunyai ketaatan kepada Allah. Kita akan mudah buat kebaikan & ketaatan kepada Allah.
Setiap hari Malaikat datang kepada kita berulang kali.

Jangan kita biar diri kita dikuasai oleh unsur binatang dan syaitan/iblis.
Jangan kita sesat jalan tanpa tahu jalan pulang.
Maka kita selusuri kehidupan kita sebaik-baiknya.
Tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Sentiasa usaha untuk mendapat redha Allah.

Surah Al-Araf ayat 96: “(Allah berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-ruah keberkatannya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Tanya diri kita, adakah rezeki dan ibadat kita ada keberkatan.
Rezeki bukan sekadar gaji. Anak isteri, nikmat sihat, sahabat & jiran yang baik, dll semuanya rezeki.
Ada orang yang mempunyai banyak kenderaan (rezeki) tetapi ia tidak diguna untuk ke rumah Allah.
Rezeki yg betul-betul berkat ianya digunakan sepenuhnya untuk mendapat redha Allah.

Nabi saw tidak mendidik Saidina Khadijah r.a utk menjadi baik tetapi mendidiknya untuk menjadi terbaik.
Saidina Khadijah r.a menjadi sangat-sangat baik. Disediakan istana di syurga.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment