Wednesday, 23 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (18/2019): ADAB KE-2 ( ADAB-ADAB TERHADAP ANAK-ANAKL DALAM KEHIDUPAN ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 21 Jan 2019/15 Jamadilawal 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz
Sumber: Kitab Adab-Adab Orang Islam:


●Pendahuluan
-Surah Ali-Imran, ayat 102:
“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

-Surah Al-Ra’d, ayat 18:
“Bagi orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang yang tidak memenuhi seruanNya, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi, nescaya mereka akan menebus diri mereka dengan kekayaan itu. Orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.”

-Surah Al-Ra’d:
“Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikan: orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).”

-Syukur kerana kita masih lagi mempunyai kehidupan dan ketaatan kepada Allah.
Adab Terhadap Anak-Anak:
-Seorang muslim yg beriman ada hak-hak yg perlu ditunaikan oleh bapa dan ada adab-adabnya.
1. Yang pertamanya ialah memilih ibu (isteri) yang bakal melahirkan anak.
2. Kemudian memperelokkan nama anak. Biar ada maksud yg baik. Jangan mempunyai maksud buruk.
Dalam hidup ini, bila kita panggil anak kita ianya adalah satu doa. Contoh nama Jamilah bererti cantik. Maka kita selalu panggil namanya maka kita juga berdoa untuk ia jadi cantik.

Jangan kita gabung nama ibu bapa yg membawa maksud yg buruk atau tidak mempunyai maksud apa-apa.
3. Membuat aqiqah pada hari ke-7 kelahirannya, mengkhatannya dan menyayangi & mengasihaninya.
Hari ke-7 ini bukannya kewajipan tetapi sunat. Jika kemampuan diperolehi selepas hari ke-7 maka boleh buat juga selepas itu.

4. Memberi perbelanjaan dan memperelokkan pendidikannya.
Bila lahir sahaja anak, kita dengarkan kalimah yg baik. Kita azankan. Iaitu kita membesarkan Allah.
Pendidikan awalan, biar dengarkan nama Allah dan membesarkan Allah kepada anak.

5. Mengambil berat dan memberi pelajaran agama kepadanya.
Iaitu bila telah lahir maka kita ambil berat ilmu agamanya.

6. Disiplinkannya dengan adab-adab dalam Islam.
Bila bawa ke masjid/surau, ke rumah orang, hubungan dengan jiran, hubungan dengan kawan-kawan dll ajar adab-adabnya.

Bila dinyatakan disiplin bermakna ia bukan sekali sahaja. Ia perlu banyak kali dan hendaklah di tarbiahkan.
7. Melaksanakan kewajipan Islam yang fardhu dan sunat.
Ia bukan bererti perlu buat semua pada umur belum baligh. Buat mengikut keupayaan dan tahap umur anak-anak.
Dalam proses pembesaran, anak-anak banyak belajar dengan melihat apa ibubapa buat.
Jika ibubapa solat maka ia akan lihat bagaimana ibubapanya solat dan kemudian ia ikut.

8. Apabila telah sampai umur berkahwin maka berilah ia berkahwin. Maka kemudian beri ia pilihan samada ia hendak duduk sekali dengan ibubapa atau minta mereka hidup sendiri.
Biar mereka membina masa depan dgn usaha mereka sendiri.

Kita tidak boleh paksa anak-anak kita ikut seratus peratus dengan kita. Tidak boleh paksa anak-anak tinggal dengan kita.
Semua lapan perkara tersebut ada dinyatakan dalam al-quran dan hadith Nabi saw.
-Surah Al-Baqarah ayat 233:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (menghentikan penyusuan sebelum dua tahun), dengan kerelaan keduanya dan musyawarah, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

-Seorang ibu hendaklah menyusukan 2 tahun genap. Dan wajib atas lelaki yg mempunyai anak untuk memberi pakaian dan nafkahnya.
Jadi bila dah ada anak jangan kita lalai pada ibunya. Jangan tumpuan lebih kepada anak-anak sahaja. Perlu diseimbangkan.
Surah At-Tahrim ayat ke-6:
“Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar; dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

-Dalam ayat ini Allah panggil dan seru kpd kita. Allah tidak panggil wahai org Islam, wahai manusia..
Kita tidak tahu bahawa kita benar-benar beriman.
Kenapa orang yg beriman itu merujuk kepada kita. Allah panggil orang beriman secara umumnya.
Bila kita telah percaya kepada rukun iman dan laksanakan rukun Islam maka asas utk kita jadi orang beriman telah ada pada kita. Jadi, seruan “wahai orang beriman” bukan untuk orang alim & ulamak sahaja.

-Maka jika kita beriman pada Allah, hendaklah kita ikut apa yg Allah suruh.
Pelihara sungguh-sungguh diri kita dan ahli keluarga kita daripada siksaan api neraka. 
Justeru hendaklah kita sentiasa taat kpd Allah.
Kita bukan jaga diri kita sahaja tetapi juga ahli keluarga kita. Ianya berjalan serentak. Dalam masa kita hendak perbaiki diri kita hendaklah juga perbaiki ahli keluarga kita juga bersama-sama.
Bila kita selesa hadir majlis ilmu, jangan kita lupa untuk menyampaikan kepada anak isteri dan ahli keluarga kita.

Perintah untuk pelihara diri dan ahli keluarga kamu daripada api neraka bererti hendaklah kita mentaati Allah. Kita usaha utk diri kita dan ahli keluarga sentiasa istiqamah dalam mentaati Allah.
Perlu tahu apa yg wajib dilakukan, wajib ditinggalkan, yang mana dosa, pahala dll.
Ia perlu kepada pembelajaran dan ilmu.

Perlu tekankan kepada anak-anak bab ketaatan kpd Allah. Buat permulaan perlu ada elemen paksaan untuk ketaatan kepada Allah. Selepas beberapa lama baru ia datang secara amalan biasa.
Ayat-ayat berbentuk suruhan dalam al-quran untuk ajak orang buat kebaikan dan cegah kemungkaran kebanyakannya datang bersekali.
Ia bererti tidak boleh buat satu sahaja. Bahkan tidak boleh tinggalkan kedua-duanya.
Iaitu kedua-dua perkara yg perlu dilakukan oleh kita, bukannya tugas alim ulamak semata-mata.

Oleh kerana anak termasuk sebahagian jadi ahli keluarga maka seorang bapa hendaklah ia mendidik anak-anaknya agar anaknya ikut suruhan dan tinggalkan larangan Allah.
Iaitu seorang bapa hendaklah mengajar, mendidik, memberi panduan dan memaksa anak-anak untuk membuat kebajikan dan ketaatan kepada Allah dan Rasulullah saw.
Anak-anak yg telah berumur 10 tahun yang masih tidak solat boleh dipukul.
Sayangilah anak kamu secara yg betul. Jangan kita sayangi anak-anak hingga tidak suruh anak-anak untuk solat dan berbuat ketaatan kepada Allah.

Didik isteri dan anak-anak ke jalan Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment