Wednesday, 23 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (22/2019): MANUSIA MAKHLUK ALLAH SWT YANG MULIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid As-Syakirin, KLCC, KL: 17 Jan 2019/11 Jamadilawal 1440H (Khamis) oleh Ustaz Khairil

●Pendahuluan
-Surah al-Isra, ayat 70: “Dan sungguh, Kami telah muliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan i laut, dan Kami mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami telah lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
Nabi saw menyatakan untuk kita mengenal Allah maka lihat dan teliti tiga perkara:
1. Melihat dan teliti kejadian manusia;
2. Melihat dan teliti kejadian makhluk-makluk lain & alam semesta; dan
3. Melihat dan meneliti segala nikmat kurniaan Allah.

Imam Ghazali menyatakan bahawa bila manusia itu beriman dan mentaati Allah maka ia menjadi makhluk yg paling mulia dan ditinggikan darjatnya.
Surah al-Baqarah, ayat 30: “Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka bertanya (untuk mengetahui tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata), “Adakah Engkau (Ya Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Mu dan menyucikan Mu (daripada sesuatu yang tidak layak bagi Mu)?. “Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
~Bila Allah hendak ciptakan manusia, Allah menyatakannya padamalaikat.
Malaikat berkata kpd Allah, adakah Allah hendak menjadikan manusia yang akan merosakkan mukabumi. Sedangkan malaikat sentiasa beristigfar & bertasbih pada Allah. Sentiasa mensucikan Allah. 
Jadi malaikat kata ia lebih layak jadi khalifah di mukabumi.

Maka firman Allah, “Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui..”
-Dinyatakan Allah ajar Nabi Adam pelbagai nama-nama benda yang ada di mukabumi ini. Kemudian Allah minta malaikat sebut nama-nama benda itu. Malaikat tidak dapat menyebutnya. Kemudian bila diminta kepada Nabi Adam a.s untuk menyebutnya, ia dapat menyebutnya.
Ini tunjukkan bahawa Nabi Adam a.s adalah yang layak untuk menjadi khalifah di mukabumi ini.
Khalifah di mukabumi bermaksud untukbmendirikan agama dan mentadbirkan alam dengan agama.
Memang manusia diberikan kurniaan dan kelebihannya.

Nabi saw menyatakan bahaw setiap manusia beriman, Allah hantar 100 malaikat utk menjaganya, jaga mata, mulut, jaga telinga, dll.
Tanpa malaikat maka manusia mudah diperdaya olh syaitan.

Malaikat sentiasa berbakti dan taat kepada Allah.
Jadi di sini menunjukkan bahawa betapa hebatnya manusia.
Imam Ghazali nyatakan bahawa manusia beriman adalah manusia yang hebat. Sebaliknya jika ia engkar dan kufur maka ia lebih hina daripada binatang.
Surah Al-Tin, ayat 5:”Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).
Surah Al-Tin, ayat 6: “Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.”
Justeru jika manusia tidak mahu beriman dan tidak ikut mengikut jalan ketaatan maka manusia jatuh ke mertabat yg paling bawah dan sehina-hinanya.
Jadi kita bersyukur kerana Allah jadikan kita manusia. 
Kemudian kita bersyukur kerana kita menjadi umat Nabi saw. Iaitu umat yg terbaik. 
Dijadikan dari kalangan manusia dan kita ditugaskan menyeru manusia kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Kita juga bersyukur kepada Allah, kerana kita menjadi manusia yang menjaga ketaatan kita kepada Allah.
Sesungguhnya manusia yang paling mulia ialah manusia yang bertaqwa kepada Allah.
Jadi hendaklah kita sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang bertaqawa. Maka kita akan menjagi manusia yang mulia.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment