السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 6 Jan 2019/ 28 Rabiulakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Ahmad Farkhan.
●Pendahuluan
-Kita perlu muliakan sesiapa sahaja. Kita jangan pandang rendah kpd orang lain kerana warna kulit, rendah darjat, buruk penampilan, rendah status, dll.
-Orang yg paling mulia di sisi Allah ialah orang yg bertaqwa. Di zmn Nabi saw, orang2 biasa spt Saidina Bilal ra sangat rapat dgn Nabi saw. Tapak kakinya didengari oleh Nabi saw di syurga
-Ilmu itu tidak ada harga. Jika diberi maka diambil, tidak mengapa.
-Kisah Imam Abu Hanifah. Ia menghargai orang yg memberi ilmu kepadanya walau pun dari seorang tukang gunting.
Kisah Imam Abu Hanifah yg hendak bertahallul & bercukur dgn seorang tukang gunting. Beliau nyatakan, lima ilmu disampaikan oleh tukang gunting kpdnya, iaitu:
i. Tiada bayaran utk membuat kerja agama/beribadat (Iaitu bila ditanya olh Imam Abu Hanifah berapa bayaran utk menggunting rambutnya).Tukang gunting itu kata bhw jika diberi ia akan ambil.
ii. Semasa bercukur hdklah mengadap kiblat
iii. Mulakan cukur dari kanan kepala
iv. Semasa bertahallul banyakkan berzikir
v. Selepas siap buat sesuatu amal, berdoa dulu dimakbulkan. Jadi slps tahallul ia berdoa.
Sebenarnya Imam Abu Hanifah mengetahui apa yg diajar olh tukang gunting itu. Imam Abu Hanifah sekadar utk berkongsi betapa tingginya ilmu tukang gunting itu wp ia hanya seorang tukang gunting.
-Nota: Usaha2 bathil termasuk antaranya menyekat usaha dakwah, spt tidak bagi berceramah. Usaha menyekat dakwah telah berlaku sejak zaman dahulu lagi spt di zaman Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s lagi.
-Jadi amat malang jika ada di kalangan kita yg terjatuh dari kalangan yg mewarisi kerja2 yg dibuat oleh Firaun, Abu Jahal dll yg menghalang usaha dakwah.
-Yang memberi manafaat dan memudaratkan ialah Allah.
Jadi kita menafikan apa yg kita nampak dan membenarkan perkara yg.
-Bani Tamin antara Bani yg sgt kuat.
Kisah Saidina Khalid Bin Said Al As:
-Pd satu hari sblm ia masuk Islam, ia bermimpi hendak terjatuh dlm neraka. Bapanya menolak2nya ke neraka. Maka dalam mimpinya itu dtg Nabi saw menyelamatkannya.
Beliau mempercayai mimpinya, maka slps itu beliau telah berjumpa Saidina Abu Bakar r.a sblm berjumpa Nabi saw utk memeluk Islam.
-Bila Saidina Khalid memeluk Islam mk Nabi saw amat gembira.
-Jadi bila kita buat kerja dakwah maka Nabi saw gembira dgn kita. Allah dan Nabi saw mencintai kita.
-Allah berfirman: “Siapa yg mendapat cinta Aku maka ia mendapat segala-segalanya. Siapa yg tidak mendapat cinta Aku maka ia tidak mendapat segala-segalanya.
-Bila bapa Saidina Khalid yg merupakan pembesar kaumnya dpt tahu anaknya memasuki Islam. Lalu ia telah menyiksanya selama 3 hari , tidak beri makan dan ada yg nyatakan ia ditindihkan dgn batu.
-Slps tiga hari didapati siksaannya tidak berkesan maka bapanya bawa balik Saidina Khalid ke rumah utk ia cuba bincang dgn anaknya secara baik & tidak dgn kekerasan.
Bapanya memujuknya utk ia kembali kpd agama nenek moyang mereka dan meninggalkan agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jika bersetuju maka ia akan memberinya makan. Bila Saidina Khalid masih tidak mahu kembali kpd agamanya mk ia tdk diberi makan oleh ayahnya.
-Saidina Khalid menyatakan kpd bapanya sampai bila engkau hendak menahan aku dari makan. Katanya kpd bapanya, sesungguhnya Allah yg memberinya makan.
Akhirnya, bapanya menghalaunya keluar dari rumahnya. Lalu Saidina Khalid keluar dan pergi kpd Nabi saw.
Bapanya mengancam anak2nya yg lain utk mrk tdk mengikut Saidina Khalid. Jika ikut ia akan disiksa spt Saidina Khalid.
-Nabi saw telah memuliakan Saidina Khalid beliau datang berjumpa baginda saw.
-Dinyatakan bhw tekanan dan siksaan yg dialami oleh Saidina Khalid ini juga berlaku kpd shbt2 yg lain. Mereka yg di peringkat awal memeluk Islam telah ditindas selama 13 thn. Iaitu dalam tempoh usaha dakwah olh Nabi saw di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah.
-Kemudiannya Saidina Khalid tinggal di Habshah selama 7 thn. Selepas itu ia berpindah ke Madinah.
-Beliau walau pun seorang yg pendiam adalah seorang yg berani. Dlm medan perang ia seringkali berada di barisan depan. Beliau sentiasa bersama Nabi saw berjuang sehingga di saat kewafatan Nabi saw.
-Beliau telah dihantar oleh Nabi saw utk berdakwah di Yaman.
Nabi saw pernah melantik beliau sbg Gabenor di satu tempat di Yaman.
-Nabi saw wafat pd hari Isnin 12 Rabiulawal dan disemadikan pd hari selasa.
Saidina Abu Bakar ra telah diminta jadi Imam beberapa hari sblm baginda saw wafat. Ini diambil olh shbt sbg isyarat utk Saidina Abu Bakar ra utk memimpin umat slps Nabi saw.
-Semasa kewafatan Nabi saw, Saidina Khalid tidak berada bersama Nabi saw.
Selepas mdpt berita kewafatan Nabi saw, Saidina Khalid balik utk memberi pandangan tentang perlantikan khalifah.
Pada pandangan beliau,memang Saidina Abu Bakar r.a seoranh yg sangat baik ttp ia berpandangan bhw adalah lebih baik jawatan khalifah dilantik di kalangan keluarga Nabi saw atau pembesat Quraish spt Abu Abbas.
Saidina Abu Bakar ra tdk kecil hati dgn pandangan Saidina Khalid. Bahkan ia sentiasa menyebut kebaikan-kebaikan yh dibuat oleh Saidina Khalid.
Kemudian Saidina Khalid kembali ke Yaman. Setelah beberapa lama, Saidina Khalid telah datang ke Mekah utk berjumpa Saidina Abu Bakar ra. Beliau berbaiah kpd Saidina Abu Bakar ra. Dia kata bhw memang dia lah yg layak jadi Khalifah krn beliau banyak bersama dgn Nabi saw dan begitu banyak sumbangannya kpd Islam.
Dlm satu peperangan, Saidina Khalid tidak dilantik sbg pemimpin tentera Islam. Ianya hasil dpd perbincangan yg dibuat oleh Khalifah dgn para sahabat. Perkara ini telah disampaikan kpd Saidina Khalid dan beliau menerimanya dgn baik.
Di sini kita lihat bahawa berbincang/muzakarah adalah ptg dalam sesuatu perkara besar.
Saidina Khalid syahid di bumi Syam dalam satu peperangan.
Ada lebih kurang 40,000 shbt Nabi saw wafat di Syam.
●Penutup
Kita hargailah siapa sahaja dalam kehidupan kita.
Istiqamah dlm perjuangan adalah ptg.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment