السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Batu 4, Tambun, Ipoh, Perak: 2 Jan 2019/ 26 Rabiaulakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Haji Mokhtar.
Sumber: Kitab Tafsir al-Munir, Juz 2 :Bab Perkahwinan:Tahklil, Khulu’ (Tebus Talaq), ms 438-446.
●Pendahuluan
Perkahwinan tahlil.
-Iaitu perkahwinan yg dilangsungkan dengan tujuan utk menghalalkan isteri yg dicerai dgn talaq tiga dgn bekas suaminya atau lebih dikenali dgn istilah “cina buta” secara sementara, sama ada dgn syarat atau persetujuan dlm akad atau lain-lainnya dgn niat tersebut, dikira sbg perkahwinan batil & tidak sah.
Dgn perkahwinan spt itu, isteri tetap tidak sah berkahwin dgn suaminya terdahulu.
Perkahwinan dgn tujuan tsbt adalah maksiat yg dilaknat thdp pelakunya olh syariat, samada suami baharu tsbt mengetahuinya atau tidak.
Ini adalah pendapat Imam Malik, Ahmad, al-Thauri dan golongan al-Zahiriyyah.
Manakala ulama mazhab Hanafi & al-Syafie pula berpendapat perkahwinan tersebut adalah sah tetapi makruh selagi mana tidak disyaratkan tahlil di dlm akad.
Pendapat pertama adalah lebih tepat & benar utk diikuti berdasarkan kpd hadith riwayat Ahmad & al-Nasa’i dpd Ibn Mas’ud & Riwayat Ibn Majah dpd ‘Uqbah bin Amir ra bhw Rasulullah saw bersabda: “Mahukah kamu jika saya memberitahu siapa orang yg keji lagi hina? Para sahabat menjawab: “Ya, wahai Rasulullah saw. “Baginda saw bersabda: “Ia adalah al-muhallil (lelaki yg mengahwini seorang perempuan yg telah dicerai talaq tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kpd bekas suaminya selepas ia menceraikan). Allah melaknat al-muhallil dan al-muhallal lahu (suami yg menjatuhkan talaq tiga kemudian ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan tahlil).”
-Abu Ishaq al-Jauzani meriwayatkan dpd Ibn Abbas ra berkata Rasulullah saw telah ditanya tentang muhallil, lalu Baginda saw bersabda: “Tidak, perkahwinan yg halal hanyalah perkahwinan dgn keinginan (yg ikhlas), bukannya menipu, mempermainkan hukum Allah ‘Azzawajalla. Kemudian dia merasai kemanisan (bersetubuh).”
-Dalam kehidupan kita mohon kpd Allah untuk istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya dan dijauhi dpd kezaliman.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment