Thursday, 10 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (14/2019): SETIAP YANG HIDUP BAKAL MENEMUI KEMATIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Tuanku Ahmad Shah, Kuantan Pahang : 6 Jan 2019/ 29 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azhar.

●Pendahuluan
-Syukur atas nikmat kehidupan yg dikurniakan oleh Allah. Kita ambil semua nikmat yg diberi untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Dari tanah kita datang ke tanah kita pergi.
Kita milik Allah dan kita akan kembali kpdNya.
Jisim kita akan akhirnya jadi tanah. Yang ada dalam alam barzakh nanti ialah roh/hati kita.

-Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Kita walau pun telah beriman, kita akan diuji untuk kita dilihat keimanannya.
-Surah Al-Mulk, ayat 2: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
-Kesenangan, kesusahan, pangkat, harta benda dan kekayaan dll adalah ujian Allah.
Allah tidak melihat pada rupa kamu tetapi pada hati kamu.
Hati digunakan utk meletakkan sifat-sifat diperlukan. Kita perlu ikhlas dan yakin dengan Allah. Bukan yakin dengan harta & wang ringgit.
Setiap hidup akan menemui mati. Maka kita perlu dua sifat:
1.Takut/bimbang kpd Allah.
Kita takut dlm hati. Kita banyak buat dosa.

-Sabda Nabi saw:Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.
Syeikh Abdul Kadir Al-Madini menyatakan sekurang-kurang takut ialah takut untuk membuat dosa. Iaitu bukan sahaja hanya tahu takut sahaja.

2. Takut dengan anggota.
Bila hendak bercakap, melihat dll kita takut utk buat dosa.

Jangan kita suka mencela.
Jangan kita berjalan di atas muka bumi ini untuk melaga-laga. Suka wujudkan kebencian.
Janga lihat benda yg dilarang.
Kita nilai semua perkara yg kita buat samada Allah marah atau tidak.

Maka bila kita telah takut dgn hati dan dengan anggota maka kita akan mendapatcbalasan syurga.
Harap kepada Allah.
-Surah Al-Baqarah, ayat 218: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

-Surah Muhammad, ayat 7: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
-Surah Muhammad, ayat 8: “Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.”
-Dalam surah al-Baqarah, ayat 6 & 7, Allah ceritakan tentang perangai orang kafir. Dalam surah al-Baqarah juga Allah menfirmankan dengan panjangnya tentang orang yg munafik.
-Surah al-Baqarah, ayat 6: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”
-Surah al-Baqarah, ayat 7: “ (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.”
-Antara ayat al-quran yg menyatakan perangai orang munafik:
-Surah al-Baqarah, ayat 10: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
-Surah al-Baqarah, ayat 11: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”
-Sahabat Nabi saw bila lalu di kawasan perkuburan ia menangis sehingga basah janggutnya. Ia berkata, jika di kubur kita lepas maka di masyar kita lepas.
Di alam Barzakh, ditanya siapa tuhan kamu?
Maka adakah semasa hidup kita kenal Allah.
Jika di dunia penampilan tidak semacam bertuhan maka bagai mana ia kata kenal tuhan.

Orang kafir akan menghalang orang islam utk mengenal Islam.
Bila kita diminta berhijrah kepada yg lebih baik maka kita tinggalkan kekotoran hati kita. Kita bersihkan. Di hari akhirat tidak ada guna lagi isteri & anak-anak melainkan hati yg sejahtera.
Bila manusia cela kita marah. Tetapi bila Allah cela, kita buat tak tahu aje.
-Wahai manusia taubat & minta ampunlah kpd Allah. Nabi bertaubat 100x sehari.
-“Sesungguhnya orang yg bersungguh-sungguh pada jalan Kami, sesungguh kami akan membuka jalan-jalan untuk sampai kepada kebaikan.”
-Jadi kita perlu bersungguh-sungguh dalam beramal. Bermujahadah dalam ketaatan.
Orang beriman perlu ada sifat hijrah. Segalanya akan kita tinggalkan.
Jangan kita bawa sifat-sifat buruk.

Orang yang bersungguh-sungguh dalam membuat ketaatan maka ia akan mendapat keredaan Allah.
Takut yang amat sangat ialah untukkita tinggalkan maksiat dan tidak derhaka kepada Allah. Yang Allah suruh kita taat.
Jadi bagi orang yang banyak buat dosa hendaklahvia kena banyakkan takut kepada Allah.
Bagi org yg sama banya pula iaitu ia taat dan dalam masa yg sam buat juga maksiat, maka ia perlu takut dan harap sama banyak.

Nabi saw puji iman Saidina Umar ra.
[Saidina Umar ra menyatakan bahawa sekiranya malaikat menyeru semua manusia untuk masuk syurga kecuali seorang, ia takut dialah orang yg seorang itu. Dan jika semua diseru oleh malaikat untuk masuk neraka kecuali seorang, Saidina Umar ra mengharapkan bahawa yg seorang itu adalah ia.]

Bagi yg telah di hujung umur maka hendaklah lebih banyak harap daripada takut. Harap kpd rahmat, harap keampunan &. harap balasan syurga.
Kita perlu harap lebih banyak kepada Allah. Harapkan keampunan & rahmatNya.

-Sabda Nabi saw: “Jangan mati di kalangan kamu melainkan ada di penghujung umur kamu, kamu bersangka baik kepada Allah. 
Iaitu Allah hendak beri keampunan & rahmatNya.

-Harap & cita-cita adalah berbeza. Harap kita akan buat sesuatu.
Kita bukan digagahi tetapi kita perlu usaha. Bila makan nasi kita akan pilih nasi yg ada lauk berbanding nasi yg tidak berlauk.
Maka kita berusaha bila hendakkan sesuatu. Iaitu kehendak itu kita sertakan dengan perbuatan kita.

Kalau kita hendak diampunkan dosa maka kita usaha. Berdoa, bertaubat & beramal.
Jadi kita hendaklah berusaha,bukan tidak buat apa-apa.

Jangan ikut pemikiran jabariah, di mana manusia dikatakan tergagah. Ia rasa pebuatan itu dijadikan untuknya.
Iktiar adalah pilihan kita.
Ikhtiroh bila kita jatuh tidak boleh buat apa-apa.
Kita berharap bererti kita buat sungguh-sungguh utk kita dapat pahala.
Allah akan buka jalan-jalan kebajikan bila kita sungguh-sungguh. Kita jangan berangan-angan sahaja.

Jadi bila kita takut maka kita sungguh-sungguh takut untuk buat dosa. Bukan hanya takut itu diterima sebagai perkhabaran sahaja.
Kita tidak tinggal puasa, solat, zakat, tidak buat maksiat dll kerana kita takut dosa.
-Al-quran adalah sumber hidayah.
Hidup biar bermatlamat.
Jangan kita ikut orang kafir yg tidak ada matlamat hidup.

Surah al-Baqarah, ayat 6: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”
Moga kita memahami al-quran dan mengambil petunjuknya.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment