السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 8 Jan 2019/ 2 Jamadiulawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Hussam
●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw:
“Hak bagi orang Islam terhadap orang Islam yang lain ialah:
Menjawab salam;
Ziarah akan orang yg sakit;
Menziarahi akan jenazah;
Menerima jemputan; dan
Mendoakan orang yg bersin.
-Dua dpd hak tersebut adalah wajib dan tiga adalah sunat muakkad.
Hikmah Utk Kita Ziarah Orang Sakit:
1). Bila kita yg sihat pergi ziarah orang sakit maka ia dapat mengingatkan/menyedarkan kita bahawa kesihatan itu adalah nikmat.
-Iaitu kadang kala kita lupa nikmat sihat, maka dgn diminta untuk kita ziarah orag sakit dapat menimbulkan rasa syukur kita atas nikmat sihat yg Allah beri kepada kita.
-Maka bila syukur mk kita gunanya utk jalan yg diredhai Allah. Kita zahirkan dgn tindakan kita melaksanakan ketaatan kita kepada Allah.
-Allah telah nyatakan bhw jika kita bersyukur maka Allah akan tambah.
-Seperti hadith Nabi saw yg masyhur, kita jagalah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satunya ialah nikmat sihat sebelum sakit.
-Begitu juga dgn nikmat harta dan kekayaan. Kita perlu tunjukkan kesyukuran kita dengan menggunakannya ke jalan Allah.
2. Mendatangkan ketenangan dalam jiwa bagi orang yg sakit.
-Orang sakit yg kita ziarah akan terharu dan gembira dengan adanya orang menziarahinya. Dia rasa ada orang yg ingatkan dia.
-Namun bila ziarah orang sakit, ada adab-adabnya. Setiap ibadah ada adabnya. Jika tidak ikut boleh jadi perbuatan baik kita menjadi haram/berdosa.
-Antara adabnya ialah:
i. Jangan duduk lama sangat bersama orang yg sakit yg kita ziarahi
ii. Menjaga kata-kata.
-Jangan bercakap perkara yg menyakiti hati. Cakap yg sepatutnya. Jangan ucapan kita melanggar panduan yg diberi oleh syarak. Cakaplah sesuatu yg menyeronokkan pesakit.
Ulamak menyatakan bila ziarah orang sakit, kita bercakap dengannya tentang topik/perkara yg dia suka.
Kita cakap perkara yg boleh sebabkan ia seronok.
Contohnya, kita bercerita kisah-kisah lama yg mengimbau masa kegembiraannya.
iii. Bawa buah tangan. Tetapi biarlah yg bersesuaian. Yang mudahnya bagi hadiah wang ringgit.
iv. Berdoa
-Doa ditempat orang yg sakit adalah mustajab.
Namun ia adabnya. Jangan terlalu lama. Keutamaanya ialah doa yg ringkas & padat.
3. Mengiringi akan Jenazah
~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment