Showing posts with label TAKBIR ULA'. Show all posts
Showing posts with label TAKBIR ULA'. Show all posts

Thursday, 7 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (29/2019): KALAULAH MANUSIA TAHU KELEBIHAN AZAN, TAKBIR ULA', DUDUK DI SAF PERTAMA, SOLAT SUBUH DAN ISYAK BERJEMAAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 6 Feb 2019/1 Jamadilakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Mohd Ikhsan bin Rosli.

●Pendahuluan
-Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinnya kita diberi kesempatan untuk kita terus beribadat kepada Allah. Semoga ia menjadi dorongan dan bukti ketaqwaan kita kepada Allah.
-Nama yg paling disukai dan dicintai oleh Allah, yang pertama Abdul..dan keduanya Abdul Rahman. Nama yang baik ialah nama yg mempunyai sifat kepujian dan penyembahan. Banyak nama dikaitkan dengan nama-nama Allah kerana Allah sahaja yang layak disembah.
-Sesungguhnya di hari kiamat nanti, kamu akan dipanggil dengan nama kamu semasa di mukabumi. Maka perelokkan lah nama-nama kamu dan anak-anak kamu.
-Daripada Abu Hurairah ra menyatakan, Nabi saw telah bersabda: “Sekiranya semua orang tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan berada di barisan pertama ketika menunaikan sembahyang berjemaah, pasti mereka semua berebut-rebut melakukannya. Mungkin juga mereka terpaksa mengadakan undian bagi merebut peluang itu. Dan sekiranya semua orang mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang awal ketika sembahyang didirikan, pasti mereka juga berlumba-lumba melakukannya.
Manakala sekiranya mereka mengetahui juga betapa besarnya pahala orang yang mengerjakan sembahyang isyak dan subuh secara berjemaah pasti mereka berebut-rebut melakukannya walau pun dalam keadaan yang sukar.” [HR: Bukhari dan Muslim].

-Imam Nabawi dalam kitabnya ada menyebut kelebihan-kelebihan azan.
Sabda Nabi saw: “Orang yang melaungkan azan adalah orang paling utama pada hari kiamat kelak.”
Sabda Nabi saw: “Doa yang dihajatkan antara waktu azan dan iqamah adalah tidak ditolak.”

-Perkataan “kalau” dalam hadith di atas ialah satu perkataan yang mempunyai maksud unsur-unsur penyesalan. Iaitu kita rasa bersalah atas apa yang kita lakukan.
-Dalam al-quran ada banyak disebut tentang penyesalan oleh orang-orang kafir/kufur kerana kekufuran mereka di dunia.
-Bila mana kita telah berumur/meningkat umur dan bila mana kita tidak tekun beribadat sewaktu muda maka kita rasa penyesalan.
Maka kita kata kalau lah diberikan peluang untuk muda semula maka nescaya ia akan memperbanyakkan amalan baik serta berbuat banyak kebajikan.

-Nabi saw menyatakan bahawa jika kamu ditimpa musibah, janganlah kamu kata “kalau”. Katalah bahawa itu adalah ketentuan Allah maka itulah yang terbaik. Kita redha atas setiap ketentuanNya.
Menggunakan perkataan “kalau” akan membuka ruang untuk syaitan memperdaya manusia. Perkataan kalau mendedahkan kita kepada hasutan syaitan.

-Ayat “Kalaulah manusia “mengetahui”
Lawan kepada “mengetahui” ialah jahil. Kita perlu belajar ilmu untuk tahu.

-Apakah nilai masa pada kalangan ulamak?
Imam Malek, Imam Syafie, Imam Ahmad Hambal, Imam Hanafi, dll mereka menggunakan masa dan umurnya untuk menggali ilmu dan menyebarkannya kepada ummah terutamanya dalam bentuk penulisan kitab.
Mereka mempunyai ketekunan tinggi dalam ilmu. Mereka menjadi tokoh dalam masyarakat & ummah.
Semua umur mereka dihabis untuk agama Allah.

-Kejahilan adalah satu malapetaka.
Surah al-Hujurat, ayat 6: “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Kejahilan terbahagi kpd tiga:
1. Jahil ilmu
2. Jahil ikhtikad
3. Jahil perbuatan

Ilmu adalah kunci kepada ketaqwaan kita kepada Allah.
Kelebihan Azan:
Tidak semua manusia mengetahui azan dan kelebihannya.

-Azan adalah syiar dpd syiar-syiar Islam.
-Nabi saw menyatakan bahawa orang yang azan (muazzim) adalah orang yang diberi amanah.
-Sebaik-baik perbuatan adalah mengajak manusia kepada Allah.
-Nabi saw menyatakan, ampunkanlah dosa-dosa muazzim atas kesalahannya.
-Orang solat kerana takut kepada Allah bila mendengar azan dilaungkan maka ia akan dijamin syurga.
Di akhirat kelak, di wajah muazzin ada tanda-tanda cahaya keimanan.
Apakah kelebihan berada di Saf pertama:
-Sabda Nabi saw: “Sesungguh Allah dan Rasul memuji dan mendoakan orang yang berada di saf yang pertama.”

-Seorang ulamak menyatakan bahawa ia tidak pernah solat berjemaah dibelakang kaki/punggung orang selama 50 tahun.
Kelebihan Takbir Ula’:
-Sembahyang di awal waktu amat dicintai Allah.
Banyak kelebihan takbir ula’.

-Nabi saw bersabda: “Orang solat berjemaah dengan takbir ula yang pertama maka Allah berikan kepadanya dua pelepasan iaitu pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat munafik”
-Tanda-tanda munafiq bila ia bangun solat ia malas, bila berjanji ia mungkiri, bila diberi amanah ia tidak laksanakan (khianat), dll.
-Dalam satu hadith, Nabi saw menyatakan orang yang bersolat malam secara berjemaah selama 40 malam berturut-turut maka ia akan diberi pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat-sifat munafiq.
Maka manusia yang tahu kelebihan takbir ula maka ia akan berlumba-lumba utk bertakbir dengan imam.
Dan apabila seorang itu tahu kelebihan solat isyak berjemaah maka ia akan berlumba-lumba datang untuk berjemaah.
Munafik terbahagi kepada dua iaitu munafiq aqidah dan munafiq amal.
-Demikian juga kelebihan solat subuh.
Orang yang datang awal ke masjid/surau dan ia menunggu untuk solat berjemaah didirikan maka ia mendapat banyak kelebihan. Ia lebih baik daripada solat malam.

Semua kelebihan yang dinyatakan (kelebihan azan, duduk saf pertama, takbir ula, solat isyak berjemaah dan solat subuh berjemaah) maka manusia beriman sepatut berlumba-lumba datang ke masjid walau pun dalam keadaan merangkak (sukar).
Semoga kita diberi kesempatan untuk mendapat kelebihan-kelebihan yang disebut oleh Nabi saw tersebut.
Q&A:
Q:Apakah adab duduk dalam majlis ilmu

A: Di zaman Nabi saw, para sahabat duduk mengadap hingga bertemu lutut.
Peristiwa Jibril datang duduk berdepan dengan Nabi saw dengan bertemu lutut boleh menjadi contoh adab dalam menuntut ilmu.

-Bila menuntut ilmu kita hendak mendapat keberkatan. Kita perlu santuni guru kita dan saling mendoakan.
-Jika guru tidak selesa dengan keadaan duduk kita maka hendaklah diperbaiki.
-Selagi guru dan murid selesa dalam kedudukan satu majlis ilmu maka ia dikira sebagai baik & beradab.
Majlis ilmu adalah majlis yang banyak keberkatan dan diturunkan rahmat.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 6 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (25/2019): SOLAT BERJEMAAH - FADHILAT TAKBIR ULA'


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Jamek Kampung Melayu, Kluang, Johor Darul Takzim: 3 Feb 2019/28 Jamadilawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azahari.

●Pendahuluan
-Surah Yunus, ayat 85: “Lalu mereka berkata, “Kepada Allah jualah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim.”
-Surah Yunus, ayat 86: “Selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.”
-Semoga kita dapat membezakan:
Yang betul dan yang salah
Yang baik dan yang tidak baik
Yang bathil dan yang hak

-Hendaklah kita sentiasa:
Menjaga syahadat
Menjaga iman
Buat peningkatan dalam iman
Buat peningkatan dalam amal soleh

-Mereka yang bersabar, beriman dan beramal soleh maka Allah dengan rahmat dan rahimNya akan mengampun segala dosa kita di dunia dan dikurniakan hasanah.
-Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
Walau pun dosa kita sebanyak buih di laut akan di ampunkan sekiranya kita benar-benar bertaubat.
Solat Berjemaah:Takbir Ula’:
Di manakah takbir Ula?
-i.Apabila imam takbir, kita terus takbir.
Iaitu takbir ula berada dalam takbirratur ihram
-ii. Takbir ula’ sebelum imam membaca surah-alfatihah
-iii. Takbir ula’ sebelum imam habis membaca al-fatihah
(Iaitu takbir ula’ paling lambat sebelum imam habis membaca al-fatihah)

Orang yg mengangkat takbir di salah satu tiga tempat tersebut di atas mendapat takbir ula’.
Kelebihan Orang Mendapat Takbir Ula’:
-Antara fadhilatnya:
1. Lebih baik dpd 1000 kali haji
2. Lebih baik dpd 1000 kali umrah
3. Tiap-tiap rakaat umpama ibadat selama setahun
4. Lebih besar daripada sedekah emas sebesar Jabar Uhud
5. Dilepaskan/dimerdekakan daripada api neraka dan dosa munafik
6. Tidak dikeluarkan hujung hayatnya melainkan ditunjukkan syurga
7. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab
(Doa dalam pusingan tawaf yg kedua).
“Masukkanlah kami dalam syurga tanpa hisab.”

Rahmat Allah untuk hambaNya amat besar. Begitu besarnya kurniaan fadhilat amalan sedikit yang dibuat dengan ikhlas dan istiqamah.
Perbendaharaan Allah tidak pernah berkurang dengan banyaknya kurniaan rahmat kepada hamba-hambaNya

-Amat malang bagi orang yang tidak mendapat takbir Ula’.!
Q: Mana yang lebih utama antara membuat solat sunat tahiyatul masjid berbanding solat sunat rawatib bila waktu iqamah sudah hampir tiba.
Q: Bila seseorang masuk masuk ke masjid, ia boleh terus buat solat sunat rawatib dan ia niatkan juga solat sunat tahhiyatul masjid. (Rujuk kitab:..). Jika kita masuk ke masjid & ketika itu solat jemaah telah hendak didirikan maka terus sahaja berjemaah. Kita dapat juga pahala solat tahiyatul masjid.
Dirikanlah solat, ia akan mencegah kamu daripada kemaksiatan.
Solat itu adalah khusuk
Solat itu mengetahui akan ia bahawa kita sedang mengadap dan berkata-kata kepada Allah.

Q: Apakah keutamaan saf pertama
A: Saf berjemaah yang utama adalah saf yg pertama di sebelah kanan. Nabi saw menyatakan bahawa jika seorang itu tahu kelebihan berjemaah di saf pertama, kedua dan seterusnya, maka ia akan berebut-berebut dan sanggup mencabut undi untuk mendapat saf di hadapan.
Justeru, siapa yang datang awal, maka pergi lah ke saf hadapan. Bila bilal iqamat maka boleh terus didirikan jemaah dengan membuat saf secara tertib dan teratur.
-Orang yg berilmu binasa bila ia tidak beramal dengan ilmunya.!
Surah al-Baqarah: “~Hendak yang berilmu beramal dengan ilmunya..”
-Surah al-Imran, 133: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.”
-Maka hendaklah kita menjadi orang yg bertaqwa.
-Sebelum mendirikan solat subuh & solat-solat yang lain sementara menunggu iqamat hendaklah kita banyakkan beristigfar. Mohon keampunan daripada Allah. Kita tidak sunyi daripada membuat dosa. Sifat manusia penuh dengan kelalaian & kelemahan.
Maka hendaklah kita jaga solat berjemaah kita. Kita datang ke masjid/surau awal supaya kita mendapat takbir ula’.
Semoga kita sentiasa menjadi orang yg bertaqwa demi kejayaan di dunia dan di akhirat.

-Pakailah pakaian yang cantik bila kita ke masjid.
-Bila datang ke masjid jangan tergopoh gapah atau berlari.
(Jika kita makmun yang masbuk, kita tidak mendapat takbir ula’).

A: Apakah yang menyebabkan kita perlu membuat sujud sahwi
Q: Bila kita tinggal sunat-sunat ab’ad kita perlu melakukan sunat sahwi.
Orang yg hendak buat sujud sahwi, ia baca tahiyatt akhir dalam keadaan duduk spt duduk tahiyat awal. Kemudian di akhir bacaan tahiyat akhir itu niat utk sujud sahwi. Sujud sahwi dibuat dua kali. Selepas itu baru bagi salam.

Jika solat berjemaah, bila imam buat sujud sahwi maka makmun wajib ikut. Jika tidak ikut mk solat makmun batal.
Q: Bilakah berakhir waktu haji
A: Waktu haji berakhir pada subuh 10 Zulhijjah. Walau bagaimana pun dengan rahmat Allah kita mendapat pahala haji bagi ibadat2 yg dibuat selepas hari ke-10 Zulhijjah.

Surah al-Mulk ayat 1: “Maha Tinggi dan Maha Suci Allah Yang Menguasai segala pemerintahan (dunia dan akhirat) dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Surah al-Mulk, ayat 2: “Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.